June 27, 2008

ceritakan pengalaman anda yang paling menarik tidak lebih dari 13 ribu patah perkataan.

kumpul kol 10.30 kat plaza tol gombak.

hmm.

kol 10 konon perjalanan bermula.

masalah komunikasi. bosan menunggu. kol 11 xmuncul lagi geng2 lain. nu3k amek tripod, kitorg posing amek gambar kat stesen minyak BHP lepas plaza tol Gombak.

dari kiri : ad3ck, zaid zainal, nany farouq, kasut-gombak dan nu3k.

masalah komunikasi berjaya diatasi selepas memutuskan untuk menggunakan bahasa melayu pasar sebagai bahasa perantaraan. berbekalkan 4 buah kete, 20 biji tayar (4 tu tayar spare) dan minyak full tank, kitorg bergerak keluar dar KL memulakan misi keamanan ke negeri nananana, teranung kite..

ad3ck tanya "kasut , nape langit tu kaler oren??"
aku cakap, dunia dah nak kiamat. huhu.

langit oren.huhu.

itu sebenarnya tanda2 besar kita dah nak sampai kt kawasan perindustrian petroleum di Paka. dengan muka mamai dan kekaguman melihat betapa banyak api dan lampu yang ada kat loji2 minyak tu, kami memulakan sesi penggambaran. oleh kerana jalan raya sangat la lenggang dan beberapa memberku claimed diorang bayar road tax, kami sempat berposing atas jalan raya.

banyaknya asap. tercemar paru2 ku.

kol 6 pagi kitorang tiba kat uitm dungun untuk mengambil jaket keselamatan. pagi2 buta bermain kejar-kejaran dengan kucing pak guard.uitm dungun menghadap pantai.tercetus dalam hati, kan bes klu upm terletak kat ctu.huhu.lepas solat subuh kat surau kg ape ntah kat dungun (surau kaler ijau), kitorg tanpa menoleh ke belakang memecut terus kt KT.

bebiket main sorok2 dalam semak. ommei ngat!

aku dok kete lain. tapi aku jadi pemandu pelancong untuk kete blakang (nany, nu3k, zaid, ad3ck). jadi bila je lalu kat tmpt2 cntek aku akn tnjuk isyarat tangan kat kete blakang (bateri henset lak abes). masa lalu kat masjid terapung, bersungguh2 aku suh diorg pndang kanan, bila aku usha2 huh wat tait mata rupanya penghuni kereta itu. cess.

masjid terapung dari dalam kete.

perut dah berkeroncong, kitorang singgah kat pantai batu buruk untuk brekfes. ad3ck bergegas ke gigian pantai sebab dia ingat warung tu dalam air. huh. ngigau ke? dia ni kuat jeles gak tau. aku tengah tulis2 nama aku kat atas pasir, tiba2 dia attack nama atas pasir tu macam raksasa. rosak nama baikku. seb bek kat terengganu, oltromen cuti ari sabtu, klu tak ko memang dah kena fire tau. masa nak balik, kasut aku hilang. aku saspek raksasa ngigau tu yang sorok.

pantai batu buruk. muka2 xmandi dari semalam.

kitorg check in kat homestay pulau duyong. fully furnished waa cakap sama lu. dah la FOC. ini sudah bagus. mandi2, lepas tu gi jalan2 kat pasar payang.

sarah memang pandai berlakon bab-bab amek gambar ni. pilih kak, pilih.

balik dari pasar payang, terus bersiap ke jeti kg pulau ketam. kg pulau ketam betul2 setentang dengan masjid kristal. suma orang bergambar sakan. macam2 gaya.

xmabuk lagi ni.

ad3ck : "kasut, nanti amek gambar aku muntah tau.leh?"
aku : "hmm, leh. (dlm ati: bes ni klu dapat jual kat ebay, tapi laku ke??).."

ad3ck memulakan aksi. eii, muntah badang. yaks..

g pulau ketam. kg pulau ketam betul2 setentang dengan masjid kristal. suma orang bergambar sakan. macam2 gaya. lebih kurang sejam perjalanan, kitorang selamat sampai ke tempat yang dituju. belakang kitorang adalah pulau bidong. aku sempat borak ngan tekong bot.

aku : "bang, mamat mata sepet yang uwek2 tu bekas pelarian vietnam kat pulau bidong. jom kita campak dia kat cna,nk?"

ada beberapa bot pancung dan bot besar mencandat kat area ctu gak. kalau panggil sure pakcik bot sebelah leh dengar . semua orang pon labuhkan umpan. 1st attemp, janggut je yang sangkut. 2nd attemp dapat sekor.

sotong 1st. bru nak panas enjin. bru intro.ni yang paling kecik. yang lepas2 ni sume bapak besar, mata lagi besar dari mata aku.

bila dah tengah malam sket, laut pon dah semacam. mula beralun kuat, angin kuat gak. aku dah cuak. tapi tekong bot kool aje. dia cakap arus bertukar, sebab tu berombak. aku ingat pesan ayah aku, xyah takut dengan laut sebab sekarang bukan tengkujuh. laut tenang. hmm, iyo la tu. aku dah cuak dah bila tengok ombak tu main2 masuk dalam bot. nak berdiri pon xleh.huhu.

kol 5 pagi, kitorg bertolak balik ke jeti. dapat ja 30 kg sotong (atau 50kg). tu pon hasil usaha joe ngn ju (awak2 bot). aku dapat dalam 13 ekor. tahan bubu, dapat 3 ekor ikan yu, dan beberapa kilo nemo.

nemo terbaring atas lantai bot.

alhamdulillah, selamat sampai jeti. aku pon xde mabuk2 atau muntah. juara candat kategori berkumpulan tentulah afif dan ijan (diorg geng). utk acara single, aku lah juaranya.

pemandangan dari jeti kg pulau ketam. jambatan sultan mahmud di pagi yang gelap, kini sudah cerah.

balik umah, mandi2, pastu pi brekfes.lepas pekena nasi dagang, kitorang ke masjid kristal dan taman tamadun islam. kena bayar sploh hingget tu walaupon xsiap. bergambar sakan kat masjid kristal. masjid kristal tu cantek la, tapi taman tamadun islam tu aku xberapa berkenan la. mcm membazir. pakai dwet ehsan ke?

wazzup2..


berkenalan dengan anngota kumpulan nasyid now-can-believe-or-not. dari kiri : ad3ck, nany, zaid, ina, sarah, nu3k, kasut-gombak.

selepas abes ronggeng rokiah kat masjid kristal, kitorang membuat onar plak kat muzium negeri, losong. sepanjang 23 tahun aku jadi rakyat trg, ni la kali pertama aku jejak kat cni. mak ai, besar giler.

cover album rain terbaru.huhu.

kontrol2, jangan jatuh dalam air. 15 kaki dalam xsilap aku. xpon lagi dalam.

petangnya kitorang dibawa melawat ke heritage bay. mereka2 ini semua berangan seolah2 bot itu mereka yang punya.

nak tengok bot aku x?

mahal tuh nak parking kat cni.

bot kayu kecik tu la aku punya. korang ingat sebarang orang ke leh parking kat marina ni?huh. jangan pandang rendah sama gua tau. dgn bot kayu ni la gua pegang rekod manusia paling lama mengelilingi pulau tenggol. dah 165 hari, xabes2 lagi pusing. DR SMS pi ISS pon dah balik ke bumi.

malam ahad tu ada BBQ. semua sotong terpaksa dikorbankan untuk upacara ini, dan tiada seekor pon sotong yang diawet untuk tatapan umum. aku ni xmakan sotong, tapi memandangkan aku lapar yang akut, dan semua hidanagan pon sotong, maka aku terpaksa telan gak sotong tu. malam tu jugak nany, ad3ck, nu3k, jaja balik ke KL sebab esok kena keje bah..!

sotong, sotong, sotong. lenkali nak candat ayam lak.

pagi isnin, kitorang pon berkemas2 la nak pulang ke ibu kota. dalam perjalanan balik ke KL tu, banyak betul tempat persinggahan. kalau wat filem, maunya kena wat sequel. mana cukup nak story dalam 1 filem. ingat 7 perhentian ke?

sedang tinggalkan tapak kasut di nor arfa batik.

lepas tu pi kg jambu bongkok, umah nenek belah ayah aku. lama xjumpa nenda, pakcik2 dan makcik2 ku kat ctu. huhu.

belakang : kopitiam haipeng di kemaman. tapak ori. xpernah pindah dari zaman aku kecik2.

singgah sebentar kat umah aku di kemaman. kareem dan garbina beria nak jumpa molly. ida muka sedih sebab belum menang motor. haha. dah sampai kemaman, ape lagi. haipeng la!

kopi dan roti haipeng

last shot. bateri pon dah nak abes.

persingggahan terakhir di Cherating. margrib dah pon. bajet leh tengok matahari terbenam. tapi sori la korang, Cherating kat pantai timur. matahari terbenam ikut barat. memangla xdapat tengok sunset. huhu. sampai umah kol 1 pagi. huhu. giler la. esoknya, kelaut kat opis.huhu.

terima kasih daun keladi kepada kak sal dan keluarga. banyak tolong kitorg kat sana. bagi pinjam umah, sewa bot, beli sarapan, dapat keropok free.huhu. lain tahun leh la kitorg g lagi.

so far, ni lah percutian aku paling best. sampai tak tau nak citer cmne. huhu.

geng-geng kelaut dibintangi oleh :
kak alisah
aniza
ida
kasut-gombak
nany farouq
kareem
sarakokohani
ad3ck
nu3k
zaid
afif
ijan
chimek jaja
tim
nani niosh
garbina

('lu kira la sendiri' patah perkataan)

June 26, 2008

exposĕ 1

jeng jeng jeng..

ni la barisan pelakon filem "50 ringgit, bukit pelanduk dan uwek". tidak kelihatan director~kak alisah dan kamerawoman~aniza.

kisah seterusnya..





~*~tunggu~*~








June 25, 2008

50 ringgit, bukit pelanduk dan uwek.








*~tunggu~*








June 24, 2008

invitation to MALAISES/UNCOMFORTABLE screening tour

lenkali aku citer pasal candat sotong yang penuh drama dan tawa. skang aku nk promote sket psl event ni..jeng jeng jeng

Poogenda Proudly Present >> Short film screening tour>>


'Malaises' /Uncomfortable
Directed by Eléonore Merlin & Anna Salzberg (France)
2007, 28 minutes

Synopsis

Aisyah and Oubaïdah, are two Malay women who are seemingly very different from each other, their common bond is that essentially they are both women and both muslim. Aisyah is a young emancipated person who enjoys the hectic lifestyle of Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia. Oubaidah, has single handedly raised seven children. She is a delegate of PAS, the Islamic party and living in Kelantan (*then) the only state of Malaysia steered by this political formation.

Both women provide their insights on work, sexuality and their relationships with men. We see in their answers, contradictions that echo and reflect off each other, often raising the burning questions of the challenges, battles for identity and place in a Muslim society in the midst of transition.

When and where?

26 JUNE, THURSDAY, 9PM
Palate Palette restaurant and bar
21, Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur
(at the back of Hotel Istana, same block with NoBlackTie)
+603 2142 2148

for map and details: www.palatepalette.com

other short films:

An Afternoon with The Hijjabed
by Nadia Hamzah and Wan Muhammad Tamlikha
8 mins/2005

A mockumentary revolving around five different Malaysian women who vastly differ in character, but share one common trait, all of them don the 'tudung' Moslem veil. As they sit over tea one fine afternoon, they ponder upon thoughts and consequences of wearing the veil.

Initially classmates for a production class in Multimedia University, Cyberjaya Malaysia, Wan Muhammad Tamlikha and Nadiah Hamzah started collaborating on creative independent projects since 2004. From music videos they slowly progressed into making films. 'An Afternoon with The Hijjabed' is their second combined effort under on.par pictures, their unofficial filmmaking collective.

Directors' statement: The mockumentary basically exaggerates each of the characters' personalities, bringing them up to manic levels in order to convey certain messages across. It tries to be blatant and blunt about the truth concerning Hijjabed Moslem women, but at the end of it, the audience is left to make their own interpretations.

The Noble Struggle of Amina Wadud
by Elli Safari
The Netherlands/ USA/29 mins/2007

On March 18, 2005, Amina Wadud shocked the Islamic world by leading a mixed-gender Friday prayer congregation in New York. THE NOBLE STRUGGLE OF AMINA WADUD is a fascinating and powerful portrait of this African-American Muslim woman who soon found herself the subject of much debate and Muslim juristic discourse. In defying 1400 years of Islamic tradition, her action caused global awareness of the struggle for women's rights within Islam but also brought violence and death threats against her.

Filmmaker Safari follows this women's rights activist and scholar around the world as she quietly but with utter conviction explains her analysis of Islam in the classroom, at conferences, in her home, and in the hair dresser's shop. Wadud explains how Islam, with its promise of justice, appeals to the African American community. And she links the struggle for racial justice with the need for gender equality in Islam. Deeply engaging, this film offers rare insights into the powerful connections between Islam, women's rights, and racial justice.

AWARDS:

Freedom Film Festival, Malaysia
International Bunker Film Festival, Italy
Amnesty International Malaysia Special Screening

"Highly Recommended. Powerful resource for discussion on topics in religious studies, African-American studies, gender studies, human rights, and women's studies." - Educational Media Reviews Online


28 JUNE, SATURDAY, 10AM
FoodNotBombsHouse,
14, Jalan Jelawat 8/10, Seksyen 8, PJ
+60176306795 (Thilaga)
www.fnbkl.blogspot. com

other program:
"How to Make Tempeh" workshop, 10 am
Coordinate by bebe the cobra

Further info on tempeh: click here

note*
1. space and participant for tempeh workshop are limited. Please call +6013 243 7092 (poodien) for reservation.
2. Screening will start after the workshop. The workshop will end at 6 pm and probably the screening will start at 8pm


1 JULY, TUESDAY, 8.30PM
Bau Bau Cafe
Central Market Annexe,
Jalan Hang Kasturi, KL
+6012 254 4002
*will have surprise screening and other happenings!


COME! JOIN US! ALL SCREENINGS AND PROGRAMS ARE FOR FREE!
*please disseminate! put on ur blog/website/ mailinglist, etc. tq!

June 19, 2008

let's learn terengganu speak

mari mengenal warna dalam loghat terengganu

Merah - Meroh nyaler (merah merrang)
Hijau - ija menaung
Kuning -kuning besio'r
Hitam - itang beletung (itang legik)
Putih - putih seleput
Biru - biru heghang

dan

ada lagi warna2 lain seperti meroh daroh ikang, ija pucuk pisang, kuning lemok ketang, kelabu taik anjing (wujud ke??) etc.

dan

aku malas nak terangkan panjang lebar, jadi sila baca penjelasannya di sini.

dan

tolong jangan persoalkan. aku sendiri pon tak pernah tanya tok aku kenapa hitam jadi itang beletung.. haha

satu benda yang aku xfaham, bila aje aku cakap aku org trg, mesti org akan ejek - "o, makanG ikanG dalanG pingganG r"?

bunyi 'G' pekat giler. percayalah, xramai pon yg pass sebut makang ikang dalang pinggang- 'G' tu pn ada kelembutannya, tau?

adakah itu aje yang korang reti nak cakap?sila tambah vocab anda.

cuba korg ckp korg dr kelantan ke, perak ke, kedah ke, melaka ke, nogori ke, ade ke aku mengejek2 (klu org trg kate 'ngan~jing') deme sekalian?

dalam pada itu, aku nak jawab tag maksu - ini tagnya..

dah seminggu dia bagi kat aku, ni baru aku nak buat.

aku xtau rule utk tag ni, cuma dia suh lukis binatang yang kita suka. jadi ni la yang aku lukis, gambar sotong.. aku lukis tangan pastu aku fotoshopkn sket2 kat CS3.. dan tag ni berakhir di sini. malas nak tag orang2 lain. hehe..

ps : dah cukup orang untuk aku bawak g candat sotong. xyah lagi sibuk2 angkat kening nak cakap taknak ikut. ami - terima kasih. aku memang xnak ajak ko. sila habiskan codex itu. nanti aku nak pinjam. to mr penyu, ko sepatutnya balik terengganu, dok kat bulatan ladang nun. jangan marah, aku nak bawa kawan2 aku pekena haipeng kopitiam. sila google kopitiam haipeng.


June 18, 2008

candat sotong candat sotong..

lelong lelong.

kepada sesape yang rasa2 nak g candat sotong, sila tinggalkan komen anda.

ini perkara serius, bukan main2.urgent ni.

terbuka. tempat terhad.

tarikh : 21 june (jumaat malam) - 23 june (isnin)..

xckup orang ni..

tolong..!

ada lg 4 tmpt ksong..




alkisah entri tiada cerita

buka


tutup


buka


tutup


buka


tutup

June 17, 2008

kasut-gombak ke laut


pada hari sabtu lepas, Yayasan Salam mejenguk ke Perkampungan Orang Asli Bukit Manchung sempena perasmian projek air dan elektrik-kerjasama antara Phillip Morris, Yayasan Salam dan JHEOA.

ke laut @ bukit manchung

xda la jauh kat pedalaman pun perkampungan mereka ni, dekat ngn Bukit Beruntung. kehidupan dah moden, jalan pun cantik, ada tadika, surau kat kampung ni. penduduknya ramah, n memang ramai kanak-kanak.. meriah sungguh.

pada hari ahad pula, Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan pula di attack oleh geng-geng kelaut SALAM. ASDAF ini dihuni oleh anak-anak orang asli dan matlamat ASDAF adalah melahirkan profesional orang asli yang islam. tujuan yayasan salam ke ASDAF adalah untuk bersukaneka.. memang happening dan lawak. tapi xde la se 'kelaut' macam sukaneka kat penang dulu..ha ha ha.

kelaut jugak adik2 ni..huhu

kami juga singgah ke unit neurologi HKL untuk melawat seorang sukarelawan SALAM yang koma. Abg Madi merupakan sukarelawan Yayasan Salam Temerloh, dan banyak membantu kami ketika misi banjir di Temerloh Disember lepas. Ini yang aku baca apa doktor tulis- HPT of r basal ganglia hemorrhage= yang aku faham maknanya hypoparathyroidsm of right basal ganglia hemorrhage. apa maknanya??lu pk la sendiri. aku doktor, kena rahsiakan maklumat pesakit.huhu..

Secara am, basal ganglia adalah sel yang mengawal pergerakan, percakapan, emosi etc. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada basal ganglia adalah tumor, strok, trauma, penyakit hati dan jangkitan kuman. apabila sel basal ganglia rosak, kita akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pergerakan dan pertuturan. Seian kuliah pada hari ini.

Kami, rakan-rakan di Yayasan Salam Malaysia mendoakan kesihatan Abg Madi sembuh seperti biasa, dan semoga keluarga Abang Madi tabah menghadapi dugaan ini. Sob3..


flash back misi banjir temerloh Disember 2007 : xkelaut lagi. berdiri paling kanan-abg madi

dan pada sabtu depan, geng-geng Salam memang betul2 akan ke laut. ape la elly, meh la ke laut betul2.. nk g teranung kite.. pastu nak pi pekena kopi haipeng..syokye (wlpon dwet xde). aku kena bawak siper jepun nih, nnti basah kasut-gombakku.

jeti kg pulau ketam yang melambai..ehem, den nak pi candat sotong.

meh g teranung!

ps : kelaut adalah 1 istilah yang digunapakai oleh geng2 salam untuk menunjukkan betapa hanyutnya mereka dari misi dan visi sebenar. aiyaks!

June 16, 2008

aku harap d oranje menang bergaya ke atas romania, n les bleus brhabis-habisan utk mengutip 3 mata bg menyingkirkan itali utk mara ke suku akhir..

keletang-keletung-keletang-keletung.

pagiku yang gelap terpaksa dicerahkan.

takde lain la tu, mesti mak ngan abah bertekak lagi.

bangkit dari bantal penuh peta, aku turun ke dapur.

"apa abah ni, pagi2 dah gaduh ngan mak.." kata aku sambil mengenyeh2 mata penuh tait~yaks.jijik!hahahaha.

"abah masak nasi lemak kukus la ngan mak. mak ko ni hah, terlajak garam dalam kuah tadi. tapi abah ejas dah.."

"apa lagi. pi basuh muka.. meh makan. panas2 sedap ni.." pelawa mak.

o bertekak pasal garam rupanya. cess.

sampai la ni, aku ada 1 formula yang masih relevan sampai skang.bila..

mak + abah + dapur + masak + gaduh = mesti ada benda sedap sedang menanti.

manyak syok la ini macam.

hahaha.





untuk abah

SELAMAT HARI BAPA

ps : aku suka oren, dan aku suka biru. antara oren dan biru, aku pilih oren. tapi kalau oren xda, aku amek biru. kalau 2-2 takde, aku naik bas. eh, apa kaitan??

June 13, 2008

dah 12 game, tapi 1 game haram pun aku tak tengok lagi.tunggu malam ni, holland vs france.jangan marah, aku pakai baju oren.

pukul 10.00 malam
nurul (bukan nama penuh) baru pulang ke rumah dari satu lokasi yang aku tak tahu di mana.

babak 1
aku :nona (bukan nama sebenar), ko nak mandi ke?
dia : a'a.
aku : air takde.cmne ko nak mandi?
dia : ala, nape xckp awal2 xde air..
aku : ni aku bgtau la ni.
dia : ko dah mandi?
aku : dah.
dia : mana aci..
aku : ape plak mana aci.dah aku balik keje kol 6 td elok je ada air. mana tau nak xda air plak malam2 cmni. sape suh ko balik lambat.huh.

babak 2
dia : betul ke air xde ni?
aku : ye la. klu ada, mesti air kuar dr paip.
dia : ntah2 kena potong. bil kita kan tertunggak sebulan.
aku : setakat tunggakan dua belas hingget tu xkan diorg nak potong?klu diorg potong pon, diorg kunci meter air la.leh nampak.
dia : ye la, cuba ko tengok bil tepon. klu lambat bayar diorg potong tau.
aku : ko igt air ni senang2 nak potong macam tepon ke?xkan diorang sanggup gali tanah cabut batang paip yang masuk kat umah kita?belajo tinggi2 tapi xleh pk.

babak 3
dia : sies la, bek ko g cek tgk betul ke air xde ni.
aku : ko ni kan, nak kena cakap omputeh baru paham gamaknya. u kno, no water la tonite. u don believe heh?wait, i call congratulation (syabas)

babak 4
aku : ello, syabas ae?
SYABAS yang tak PUAS : Terima kasih kerana menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami. Semua pegawai perkhidmatan kami masih sibuk. Sila tekan 1 untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan kami, tekan 2 untuk meninggalkan pesanan suara, tekan butang merah di telefon bimbit anda untuk meletak telefon.
aku : ceh..

aku tunggu. 4 tahun selepas tu baru leh bercakap dengan orang.

aku : ello. awat susah sangat nak angkat?bergayut ngn gilfren la tu.
SYABAS yang tak PUAS : (*%$^!@+/$*~*&-#!)Terima kasih kerana menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS. Ada apa2 masalah cik?
aku : ni hah. bang, umah saya takde air. jalan SS2/4 kat PJ ni. kena potong ae?
SYABAS yang tak PUAS : o, kawasan PJ ye?Sememangnya terdapat gangguan air di sekitar kawasan PJ kerana kerja-kerja pengalihan paip utama di Sungai Yang Aku Tak Ingat Namanya Sebab Tak Pernah Dengar.
aku : o ye ke?agak2 bila kita leh kapel?eh, bila ada air?
SYABAS yang tak PUAS: Kami jangkakan bekalan air akan pulih seperti biasa pada jam 7 pagi esok.
aku : cepat sket. naya esok nak g keje takde air
SYABAS yang tak PUAS : ada apa2 lagi yang saya boleh tolong?
aku : hmm, ya. boleh tak tolong anta air 1 baldi kat umah saya ni?kawan saya ni bising sebab tak mandi lagi. malas nak dengar dia bebel2..
SYABAS yang tak PUAS: tet.. tet.. tet..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~[update entry buku baru yang lama]


lepas aku beli buku digicam yang lama tu, esoknya elok2 ja bai tu taruk digicam bulan jun punya. sama kes ngan buku OTE tu. sah, bai newsplus tu abeskan stok mag lama, bru letak stok mag baru. marah ni, marah.grrrrrrrrrrr~~~

untuk azzam, tima kacih utk dat toast n coffee.xbaca lagi pon.baru sampai semalam. bungkus bagai nak rak.akak receptionist tanya, bungkusan apa tu?akak tgk mcm ganja je.erk~.

sabotaj 3 pon xabes baca lagi. simpan utk wiken ni.hmm.

ps : panjang sungguh entriku untuk hari ini. by the way, aku mandi pagi ni.


June 12, 2008

hello, saya ada kecemasan. sila angkat telefon atau ada orang yang akan mati.

03-2262 6222

ibupejabat polis bukit aman.

3 kali dail.

tidak berangkat.



03-7874 2222

balai polis taman SEA

3 kali dail.

tidak berangkat.






atau aku perlu dail 999?



June 10, 2008

buku baru yang lama

setiap kali aku balik keje,

mesti aku singgah newsplus kat taman bahagia.

semalam singgah lagi.

saja je pusing2 kat dalam tu tengok majalah2 yang langsung aku xminat nak sentuh.

tiba2 trpandang majalah digital camera. dah lama cari tak pernah jumpa.

uish,

wajib beli.

aku dengan penuh ke'ujaan', amek, bayar.

balik umah baca.

belek2, banyak la pulak peraduan kat dalam tu. nak masuk ni.

tengok tarikh tutup,

31 Mei 2008.






semalam, 9 Jun 2008.

bai, ko jual buku lama la..!

salah aku ke?



ps : minggu lepas pun terkena gak. aku beli off the edge yang cover gambar mukhriz tu, tengok event2 kat dalam tu semua event bulan mei. apa kes? rupa2nya edisi mei jugak. ape daa, yang baru takkan nak buat stok jual bulan depan? aku hari2 masuk newsplus wat spotcheck buku baru kat rak. ye la, sebelum tu bila aku masuk newsplus xnampak plak mag tu, ni baru ada. jadi, buku tu mesti la baru kan, kan, kan?

June 9, 2008

molly bujang kembali.

molly bersalin lagi

tapi sayang,

anaknya kematian.

walaupun hospital kerajaan berleluasa di setiap pelusuk daerah

molly masih memilih untuk bersalin di rumah.

aku : molly, lenkali jangan bersalin kat rumah ya..nanti baby molly mati lagi. pi bersalin kat hospital gomen tu, bukan mahal pon. gomen kan bagi subsidi banyak..perubatan percuma la katakan..

molly : meoww...(tanda angguk)

aku : dan tolong jangan bersalin dalam almari mak aku lagi..!jenuh aku nak membasuh.










dan molly~tanpa pantang 40 hari, xyah pun bertungku, xyah pun berbengkung,

melangkah keluar dengan catwalknya mencari laki baru.

alahai,

senangnya hidup..

*~meoww..~*


ni la wajah kesayangan mak aku- molly. pengganti aku sejak aku duduk diperantauan. mak aku, gantikan aku ngn kucing..??huh, ini tarak adil..!




June 6, 2008

ubah gaya hidup

depa kata ubah gaya hidup

ubah

ubah



jadi macam ni la, nampak gayanya.

hahaha.


June 5, 2008

minyak o minyak

Petrol price up by 78 sen - and will be reviewed monthly~erk.

"He reiterated that the public should make changes to their lifestyle, saying they must ensure there was no wastage in resources such as water, energy and food"- senang Lah nak cakap.ceh, ubah lifestyle. mungkin cara hidup aku skang pun xde la high mentenen, hari2 pun berkira nak makan, g keje nek bas aje. hidup pun sedang2 aje, serba kekurangan, nak ubah camne lagi??

nak nyanyi lagi bangau o bangau la kejap..

barang o barang
kenapa engkau mahal
macam mana aku tak mahal
harga minyak mahal
harga minyak mahal

o minyak o minyak
kenapa engkau mahal
macam mana aku tak mahal
harga dah naik Lah
harga dah naik Lah

o harga o harga
kenapa engkau naik
macam mana aku tak naik
xlarat nak subsidi dah
xlarat nak subsidi dah

o subsidi o subsidi
kenapa engkau xlarat
macam mana aku tak larat
duit sudah tarak cukup
duit sudah tarak cukup

o duit o duit
kenapa engkau xcukup
macam mana aku xcukup
koridor aku nak wat banyak
koridor aku nak wat banyak

o koridor o koridor
kenapa engkau nak wat banyak
macam mana aku xbanyak
pembangunan untuk rakyat Lah
pembangunan untuk rakyat Lah

aku tau la gomen xleh nak kontrol harga minyak dunia. nak buat cmne, berserah je Lah.

cuba tengok ni.
pic courtesy from mob's crib.

so how?

ps : kata pakcik aku, ini kes salah pangkah. ape kena mengena plak?sbb aku xpangkah pon, tp aku tanda 'right'..baru la betul.



June 4, 2008

isu minyak dan cukai kereta

cuba korang baca nih..
betul jugak tuh.
klu kete xda cukai, leh la aku pakai civic.
tapi xleh pakai kete tu ari2.
bankrap nak isi minyak.
stakat nak tayang kat mamak kayu SS2 n jalan2 beli barang kat giant leh la.
hahaha.

kepada sindiket sol-jah, aku dah dapat sabotaj 3. ada sain2 lg.trimas!


ps : biar bergaya jangan sampai papa.



June 2, 2008

london yang menggamit

masa:7 pagi.
lokasi:satu tempat di london.

rindu pada london.

rindu pada kesibukan kotanya.

rindu pada kesesakan tube dan DLR.

rindu pada hyde park.

rindu sangat.

sudah lama tak ku jejakkan kaki ke kota itu

sungguh tak ku sangka

semalam aku masih di kuala lumpur

dan

hari ini

jeng jeng jeng

rindu ku akan terubat

tapi

bila aku celikkan mata

huh,

aku masih di kuala lumpur rupanya.

ceh.

ps: segala cerita adalah rekaan semata-mata dan bergantung kepada kehendak penulis untuk menulis apa yang dia suka dan dirasakan releven dengan angan-anganya sekarang. kredit juga untuk pemilik gambar (suka-suka hati je aku gugel gambar tu),aku pun paste kat sini.wah, terlebih sudah!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...