July 31, 2008

misteri cacing kerawit berjaya disingkap


ps : masa kecik2 dulu, cikgu selalu bagi aku bintang sebab tulisan aku cantik. huhu.





July 28, 2008

26 Julai : birthday aku!!!!!!!!

aku ingin berterima kasih kepada korang.

kerana sudi menemani aku menempuh usia 24 tahun ni.

terima kasih kepada kembar aku sebab sanggup share 1 plasenta ngn aku. hahaha.

terima kasih kepada emak sebab lahirkan aku.

terima kasih kepada abah sebab besarkan aku.

terima kasih kepada kakak2 aku sebab igt birthday aku walaupon aku selalu lupa birthday diorang.

terima kasih kepada adik aku sebab slalu pow topup. cess.

terima kasih kepada dewi, syndie, vee, hafiz, najwa, nany, bee, alin, shidah, sebab sudi jadi kawan aku yang terbaik.

terima kasih kepada awak sebab call saya. vespa!

terima kasih kepada molly the cat sebab setiap kali aku balik kampung dia tercongok depan pintu sambil tersengih.

kepada teman2 opis, teman2 serumah, teman2 Salam, teman2 bloggers, teman2 jalanan, teman2 sepermainan, teman2 sekelas, teman2 sekampung, teman2 setaman..

terima kasih kerana sentiasa-

mewarnai hari2 aku;

menceriakan jiwa aku;

memenuhi hati aku yang xde la besar sangat. dalam 1.4kg je;

aku tahu aku dah 24tahun, tapi aku harap korang sudi lagi teman aku, membesar dengan aku. hahahaha.

terima kasih.

SAYANG KORANG!!!!

aku dapatkan seekor bebiket utk hadiah birthday aku. yang kaler putih. aku xtau nak letak nama apa. korang suggestkan la kat aku. aku nak nama tu ada ciri2 poyo, comel, kiut, bodoh dan kampung. korang pk ek?nnti bg kat aku.

orang2 yang selebret birthday dekat2 ngn aku : meichin,yati (24julai); john(25julai); erma, yan (26julai); juman, baiti(27julai)-sume budak sekelas masa sek men; kak ely (28julai), kam(29julai). utk TL aku, alin (11julai) dan raja (16julai). ramai lagi budak2 lain, tapi yang ni je aku igt.

"I can't send you a birthday cake..I can't sing you a birthday song...I can't buy you a birthday present...but I hope that my little birthday wish will warm your heart... "

selamat hari jadi utk korang gak!

ps : aku dah lama xminum Dumex sebab aku nak stop membesar. jadi aku leh la kawan ngn bebiket tu. ha ha ha.


July 25, 2008

huhuhu.. 1 hari lagi!

July 22, 2008

yay2, nak beli kete omputeh!

jangan marah.

pasni depa drive kompressor la plak.

depa cakap kete omputeh lagi bagus utk long term sebab kos mentenen rendah. kire orait la tu. tgk Chin Yaw, 2 kali baiki V6 kos dah RM50k. banyak tu. rugi. jadi lepas depa wat evaluation, klu nk jimat RM50k , kena belanjakan RM3.43 juta untuk beli kompressor E200. dengan itu, leh la dwet 50k tu dijimatkan dan dapat disalurkan utk kebajikan rakyat.

hah, kan bagus tu. ini salah satu cara nak mengurangkan apa yang 'bocor dan tiris'. dalam latest entry oleh kadir jasin, dia da citer pasal nak percaya kat sapa dalam bab2 ekonomi ni. eii, itu pon nak kena bagitau ke? kan pemimpin2 kita teror bab2 ekonomi ngn matematik ni. kena Lah percaya kat depa. klu depa cakap beli kete ni satu benda yang bagus, aku pon setuju je la. [uwek, terasa nak muntah plak].

klu cmtu, aku pon nak la oder satu.

tapi

jap, jap.

camne aku nak bayar bulan2?

sebagai pejalan kaki profesional dan pengguna bas sepenuh masa, aku selalu berisiko kena simbah air camni kat bus stop. kesian kan kat aku?tu yang aku nak beli kompressor gak tu.huhu.

ps : aku bukan miskin tegar. aku xmiskin fakir. tapi utk org yang hidup cukup2 makan mcm aku ni, RM10 pon aku dh rasa banyak, ini lagi la RM50k. ada RM2k pon dah rasa macam jutawan!

July 21, 2008

berdasarkan gambar di bawah, sila buat cerita sendiri mengikut sesedap hati anda asalkan tidak mengandungi unsur khianat dan hasutan.

malas aku nak citer. bukan xde benda menarik pon, tapi aku xlarat nak mengarang. cuma apa yang boleh aku katakan, keje aku wiken lepas adalah point and shoot. suma benda pon aku snap. tapi sori la, gambar2 yang aku amek memang xde nilai estetika. huhu.

aku dah la bosan tahap gaban sebab kena tinggal sorang2 kat umah, jadi aku amek la gambar barang2 berharga yang aku nampak. mesti la berharga, korang igt sabun dynamo tu leh dapat free kat giant?kena beli beb sebab tu berharga.hehe.

dah xtau nak buat ape dah, bru aku terigt Yayasan Salam ada aktiviti kat Rumah Sinar Salam, Chowkit. aku pon berdesup g situ, ye la, at least ada benda gak aku leh shoot. aku pon xpernah g sana, n xpernah la plak menari poco2, maka aku dengan berbesar hatinya melangkah ke Chowkit walaupon aku dah terlewat sejam. jangan terkejut, aku terlewat sejam pon leh dikonsider sebagai yang paling awal sampai. pasai ape, yang lain sume tu sampai lagi lewat sebab jem. tapi kali ni jem bukan sebab roadblock ok, n aku xmarah gak sebab aku nek lrt. perjalanan smooth dari Taman Bahagia ke PWTC.

balik dari ChowKit, hoosemate aku ajak pi Tasik Perdana. nak pi tengok pameran landskap. aku bukan minat sangat benda2 taman bunga ni, tapi aku ikut la jugak sebab diorang sanggup datang amek aku kat Chowkit. ala, aku tau diorang tu saje je nk ajak aku sebab diorang nak aku amek gambar diorang la. dengan senangnya diorang memperkotak-katikkan aku. posing sana, posing sini, aku sengsorang jadi tukang amek gambar diorang. dalam beratus2 gambar tu, ada 1 je gambar aku ngn diorang yang cukup korum. terima kasih kepada cermin, akhirnya ada jgak gamabr kenang2an aku kat situ.


Ahad. ad-hoc punya program. dah penat tekan remote tv, dah mabuk tengok desperate housewife marathon, dah desperate xtau nak buat apa dah. last2 angkut2 nasi bawak bekal g ulu yam. xpnah pi sana. dh la g kol 3pm. sampai je ari macam nak ujan. tgh2 makan, pinggan aku banjir. hanyut suma nasi dalam pinggan. huhu. pengajaran, lenkali nk kuar mana2, plan ape2 ke, sila tgk ramalan cuaca!

dalam cerek kat gambar atas tu ada air sirap tau. ada sekor baby monkey tu sebok nak curi air sirap aku. wei, penat tau aku bancuh kat umah, angkut turun lalu celah2 batu pastu dia nak curik plak. last2 aku bawak cerek air sirap tu masuk dalam air terjun. padan muka, baby monkey tu xleh merasa air sirap. hahaha. klu nk jgak, sila bawak gelas sendiri. aku xkuasa nak share cawan!

ps : facebook baru aje diharamkan kat opis aku. uwaaaaaaa!


July 17, 2008

Entri ini ditulis dengan penuh emosi dan kebengangan tahap cipan sampai xleh kontrol dah.

50min bergerak 500meter je.

wei, tolong la opis aku lagi 4 KM.

nak aku smpi opis kol bape?

ko bajet ko leh siapkn keje aku la yg bertimbun2 kat opis tu?

dah la bas pack gegiler, aku berdiri , campur pose lak tu.

abes ilang pahala aku, tambah dosa ada la.

LDP tu dh la slalu jem.

arini mcm xgerak.

korang wat sekali lg,

pasni aku usulkn undi tak percaya kat korang lak.

nyusahkan orang tol Lah..!

xkuasa aku nk pi wat demo ke, berkumpul ke, ape2 yg seangkatan dengannya pada hari2 bekerja camni. wiken leh la. (eh, cmtu plak. cess..hehe)

aku bngun awal hari2, cuba bersiap on time, setiap kali keluar rumah aku berharap perjalanan aku ok jadi aku xkn terlewat smpi ke ofis. tapi sbb roadblock tu, terima kasih, aku sampai 9.45 pg kat opis. terima kasih banyak2 sbb bg aku berdiri 1 jam ++ dalam bas. terima kasih.

aku bkn nk g jom heboh, g demo, g rompak bank, aku xlanggar undang2, aku tak timbulkan kekecohan, tp aku nk g keje.

so plz la tolong bg aku g keje ngn AMAN dan LANCAR!!!

ps : aku tulis dengan penuh ketidak-rasionalan. jgn salahkan aku. bukan aku yang trigger kemarahan ini.. ada 1 lg perkara yg aku nk korg pk, did they set up road blocks besar2an cmni in search of Sharlini?


July 16, 2008

sosek sosek cakap cakap

Penasihat Parti Keadilan Rakyat vs Menteri Penerangan.

Mantan Timbalan Perdana Menteri vs bekas kolumnis Harakah.

pot pet pot pet.

aku tengok je.

tapi 1 benda yang paling menarik perhatian aku- Venezuela.

awat la depa suke sungguh sebut Venezuela tu.

o, lupa.

ni mesti terkena penangan Miss Universe.

ye la, Diana Mendoza kan dari Venezuela.

Depa dok angau la tu.

hahahaha.

July 11, 2008

Where The Hell Is Matt

aku tahu pasal video ni dari zaid. jadi aku pon gugel2 la.

dan aku jumpa ini.


yang kat bawah ni versi kedua-released on 2006 dengan tajuk Dancing 2006...



Where The Hell is Matt? ada version 2008- tajuknya Dancing 2008, tapi aku xjumpa yang downloadable, jadi aku bagi link. sila klik di sini untuk melihat video paling baru bagi Where The Hell is Matt? aku lagi suka yang baru ni. memang bes.. enjoy it! Lagu background utk Dancing 2008 dinyanyikan dalam bahasa Bengali. [update : lagu ni bertajuk Prann. utk mendonlod lagu ni tanpa perlu membeli sila klik di sini. ]

For those who still dont know Matt’s story, here’s a rundown:

A few years back, Matt decided to screw everything, quit his 9 to 5 day job working with computer games and travel around the world. A friend of his came up with the idea to film Matt doing his ‘unique’ dance at every location they went to and made the first ‘Where the Hell is Matt’ video clip. The clip was an overnight Youtube success, which quickly got a chewing gum company called Stride to make Matt the following offer (more or less):

“Plan another trip around the world, anywhere you want, all expenses paid by us, and make a second clip for YouTube. All we want in return is that you write ‘Thank you to Stride’ at the end of the clip.”

Matt agreed. (Duh, you think?)

"14 months in the making, 42 countries, and a cast of thousands. Thanks to everyone who danced with me." -Matt

baca kisah pengembaraan Matt di sini.

baca apa yang Matt tulis mengenai Malaysia di sini.

dan ada satu kisah lawak kat gambar ni. cuba baca notis yang tertulis. Matt kata papan notis ni dia jumpa kat border Malaysia-Thai. Memang kelakar..Ha8.



ps : ada sapa2 yang nak sponsor aku travel 1 dunia? ok la, aku kecikkan skop. Dpt sponsor pusing 1 Malaysia pon aku syukur dah. hehe.


Tag lagi!

Aku kena tag dengan panadol7-eleben. tag ni mcm pernah buat, kadang2 tu konar2 pi mai pi mai tang tu gak. lebih kurang je. tp xpe la, aku jawab gak.

Terms and Conditions.
1. Each blogger must post these rules first. - done.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves - done.

3. Blogger that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names. - done.

4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged, and to read your blog. - done.

8 fakta mengenai kasut-gombak

1. Aku xpernah g Paris.

2. Aku xpernah masuk lokap.

3. Aku xkumpul hot wheels.

4. Aku xreti main alat muzik.

5. Aku xberdarah putih. (bukan mahsuri k..)

6. Aku xfaham bahasa Jerman.

7. Aku xbercinta ngn Hans Issac (sies..!)

8. Aku xamek dadah without prescription.. (hehe)

sape yang aku nak tag? (korang isi sendiri la, kang aku xtulis nama korang, ada yang majuk lak..huhu)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.



July 9, 2008

walaupun maskara dah masuk edisi ke-9 (macam mag plak), tapi aku xpernah ada maskara. hehe.


dulu,

aku ingat maskara tu satu event untuk para blogger berkumpul.

jadi aku pon g la.

ye la, teringin benor nak tengok cmne rupe azzam.

bila dah sampai kat situ,

barulah aku faham apa sebenarnya maskara.

1. maskara @ rumah pena. 2. saudara pyan habib. 3. erk-sape ntah xkenal. tapi aku suka dengar diorang main gitar. 4.tok rimau tgh wat pesen show.



.
.
.
.
.
.



it's a fashion show!

yap,

fashion show.



haha.


1. dinner~sundae cornetto. supper -mihun goreng kat maskara. 2. kasut-gombak memang tiada dalam sesi penggambaran, 3. kalau minum super power, berdiri dalan lrt pon xyah pegang benda gayut2 tu~kuat la katakan. haha. 4. jehan, kareem, jaja-sekali lagi kasut gombak tidak kelihatan di dalam gambar.

dan

satu perkara yang pasti..


memang ada makan2.

ps : terpaksa balik awal malam tu. biasa lah, budak2 mana leh kuar smpai lewat malam. huhu.


July 7, 2008

i'm moving on


aku tengah kemas barang.


pindah.


iya, pindah.





July 3, 2008

hadiah yang mungkin dipulangkan

birthday aku hujung bulan ni.

dan aku dah dapat hadiah birthday aku.

benda yang paling aku nak..

DSLR.

aku dapat canon lak tu.

aku masih xpercaya yang benda tu ada dalam tangan aku.

tapi aku mungkin akan pulangkan balik kat orang yang bagi kat aku.

aku tak dapat terima.

tiap2 malam aku fikir ada perompak akan masuk umah aku dan curi kamera tu.

hehe.

xpe la,

aku pulangkan balik.

for now, i'll stick with my Sony T-2.

July 2, 2008

camry : new model


got this from email.

a special edition of camry is out now.

so, go to your nearest showroom and have a look at it.

wanna see it?

.
.
.
.
.
.
.
.
.








credit to : orang yang anto emel tu la.

July 1, 2008

kaedah menguji fungsi2 otak anda dengan cara paling mudah dan selamat.

arahan.

1. sila baca turutan huruf di bawah dengan nada senyap (dalam hati maksudku).

a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

2. sila lihat turutan huruf di bawah.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

3. sila baca turutan huruf di atas dengan nada kuat.

4. cuba fikir, apakah perbezaan sebutan antara turutan huruf-huruf kecil dengan turutan huruf-huruf capslock di atas?

if ( tiada perbezaan)
then {
Tahniah.

Anda tidak buta huruf.

Terima kasih.
}

else
sila kembali ke sekolah.



ps : aku tahu kalian semua boleh membaca. bagaimana khairy yang pendidikannya di oxford boleh menyamakan orang yang boleh membaca dengan monyet. dia memang goblok!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...