December 22, 2008

PM photo outing : jalan-jalan dalam KL

semalam.

semalam.

semalam.

semalam.
itu je la keje aku.
semalam.

oh ya, semua gambar di ambil oleh my sis erma except the last one. yg last tu idea aku, aku yang amek gambor tu, n kasut tu kasut aku. my first kasut-gombak tau. gambar dari kamera aku? huh, xsempat lagi nak convert ke JPEG. cerita? aku takda cerita sebab sekarang aku hidup dalam blues. next week aku hapdet, kisah dari temasek. chow!

bila tuan blog nak hapdet blog ni?

jiwa kacau.











guwa mau ke temasek. melarikan diri. mau ikut?

December 15, 2008

Humanitarion Mission 2008 : Cambodia

Aku nak kongsikan sedikit je pengalaman aku masa aku gi Kemboja ni. Memandangkan latar belakang aku xde sedikit pun tentang journalism, setakat belajar format diari masa UPSR darjah 6 zaman dulu-dulu je, maka aku cerita je mengikut gambar yang terpapar. Malas nak cerita ikut kronologi. Kalau ikut kronologi, 4 hari baru habis daa..

Ok, mulakan cerita.

Aku ke Kemboja untuk menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja 2008 anjuran Yayasan Salam dan MAYC Veteran Kedah. Terbahagi kepada 2 team, team pertama bertolak pada 28hb dan 30hb Nov untuk, lebih menjurus kepada program dokumentari. Manakala team kedua terbang ke Kemboja pada 7hb Disember untuk melakukan program ibadah Korban di sana, dan pada hari-hari seterusnya, melagho ke angkor wat.. haha.

Aku berada dalam team pertama, sebabnya last minit punya decision and aku xpk bos aku bagi cuti lama-lama. team pertama sebenarnya takda keje banyak pun. macam aku, g sana untuk tangkap-tangkap gambar dan berlakon. haha. Team pertama juga membawa wakil media seperti TV9 (ada tayang kat tv masa raya haji aritu, muka ku dgn beg timberland kaler dark brown tu banyak kali je keluar, haha), BERNAMA, Anjung Seri, Milenia dan Sinar harian.

Secara peribadi, pendedahan itu penting. bukan untuk glamor tetapi bagi aku ia penting supaya masyarakat tahu apa yang Yayasan Salam buat di sana adalah real, bukan scam. yang pasti, orang-orang seperti aku dapat melihat sendiri betapa sukarnya kehidupan masyarakat Islam di sana.

Pada tahun ini, 40 ekor lembu akan dikorbankan di sini dan akan diagih-agihkan ke 3 perkampungan Islam di Wilayah Kratie. Dengan pendedahan in, diharapkan lebih ramai warga prihatin dapat menyumbang untuk program Salam di Kemboja ini. Untuk makluman, kira-kira Rm60,000 diperlukan untuk menaik taraf dan memperbaiki kemudahan penduduk seperti tadika, surau dan perigi.
Suasana pagi di Praksandai. Ini jalan utama untuk masuk ke kampung ni. Sekali kereta lalu, habis naik sume debu2 merah. Jangan la nak jemur baju kat sini, takda makna. huhu.

Tropengbeang, Tanaksawai dan Praksandai. 3 kampung ini terletak di Wilayah Kratie, kira-kira 5 jam perjalanan dari Phnom Penh. Rata-rata penduduknya bekerja sendiri seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan untuk kegunaan sendiri. Tiada kemudahan elektrik, tiada kemudahan air. Sumber air adalah dari Sungai Mekong yang warnanya seperti kopi o tak cukup susu. Cuma beberapa rumah diterangi lampu kalimantang pada malam hari, itu pun berbekalkan kuasa daripada generator ataupun bateri kereta. Tidak semua rumah mempunyai bilik air sendiri, boleh dilihat masih ada yang mandi dan membasuh pakaian di sungai.

Pagi ni sebelum kitorang bertolak ke Tropengbeang, Kampung Baru kot dalam BM. aku pun xpasti. Kami ke sana untuk gotong-royong bina masjid, dan sambutan hari raya la. ada la sembelih lembu, masak-masak sume. Rumah tingkap biru tu rumah yang aku duduk. rumahnya cantik dan bersih, walaupun dalam rumah kosong, xde apa-apa. Malam-malam SANGAT sejuk, sejuk tak terkata.

Aku terserempak dengan dik-adik ni sedang berbasikal ke sekolah. Memakai tudung, tapi pakai skirt, dan sekadar berselipar jepun. Hehe. Tiada beg, cuma beberapa buah buku tulis dan beberapa batang pensel. Kalau adik aku, jangan kata selipar jepun, kasut Bata pun dia taknak pakai. paling-paling koman pun Converse. huh

Kereta lembu boleh didapati dengan banyak di sini. Aku sempat gak merasa naik kereta lembu ni. Dengan jalan berlopak2, huh lembu-lembu ni main redah je., bukan reti nak elak. Ada sorang kawan aku tercampak ke tanah. hahaha.

Tunggang dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang.

Aku naik lori ni untuk ke kampung Tropengbeang. Agak jauh la jugak dari Praksandai. Jalan lagi teruk. Aku tak tau berapa jauh Tropengbeang, dengan Praksandai sebab asyik tengok pemandangan ngan letih melompat-lompat dalam lori. Macam naik kuda, tapi best best walaupun sakit pinggang aku dibuatnya. Pelik aku tengok lori ni, handmade kot. enjin xde cover2.. sebelah driver je lak enjinnya. huahuahua, Tengok diorang, enjoy je kan. Gambor driver tu asyik senyum jer.. Bagus, awet muda.

Bergambar kenangan di hadapan masjid dalam pembinaan di Tropengbeang. Masjid ini dibina dengan duit sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan. Terdapat sebuah surau di sebelah masjid ini, tiada kemudahan paip untuk berwuduk, cuma terdapat sebuah perigi di belakang surau.

Sebuah tadika terletak di bawah surau, berlantaikan tanah, berdinding kayu yang jarang-jarang, sebuah papan hitam dan beberapa meja usang. Jadi, kali ni Yayasan Salam ke Kemboja selain untuk ibadah Korban Aidiladha, mereka juga ke sana untuk membantu memperbaiki, menaik taraf, meningkatkan beberapa kemudahan seperti masjid dan tadika untuk penduduk di sana.

Okes, sekarang kita dah tiba ke Tropengbeang. 2 ekor lembu yang disembelih untuk dihidangkan kepada penduduk kampung. Bukanlah hidang mentah-mentah. ape daa..

Kawah-kawah ni untuk masak nasi daging. Tokwan yang masak. Tokwan dah berusia 80tahun, (berkain pelikat) masih gagah dan sanggup ikut misi Yayasan Salam ni, turun ke Kemboja dari Kedah untuk jadi tukang masak. tapi Tokwan arah-arahkan orang je la.. dia xda la nak gi kacau-kacau nasi dalam kawah tu. huhu.
Nasi daging yang dimasak oleh Tokwan. berebut-rebut. tapi sayang, tak cukup. Lain kali kena masak banyak lagi.

Masjid dalam pembinaan. 2 pekerja kontrak diimport khas dari Malaysia sedang bertungkus-lumus berlakon untuk di ambil gambarnya. huh. Jangan marah ye En Ghani!

Lepas kenduri, gotong-royonG, kitorang singgah jap kat rumah penduduk kampung ni untuk tukar baju. Ye la, pagi tadi pakai baju kurung, nak beraya. Tapi tu la, ada seorang akak kat sini minat la plak dengan tudung yang kawan aku pakai. mula-mula kitorang ingat akak tu nak suh pakaikan dia tudung macam kitorang. kawan aku beria la ngajor cara-cara pakai tudung. tapi akak tu dok gelak-gelak ngn kawan dia, ntah apa yang dibualkan. akhirnya lepas kitorang buat-buat tak faham terpaksa buat-buat faham gak, huhu akak tu nak tudung yang kawan aku pakai rupanya. kena la bagi. huhu.
Lepas bertungkus-lumus bergotong royong masak-masak ngn bina masjid (leh percaya ke?), dah tukar uniform skang kitorang nak masuk bendang la plak. Hijau kan padi tu. Huh, sangat hijau. aku rasa rumput kat emirates stadium dah hijau cantik, yang ni lagi cantik..

seumur hidup, ni kali pertama aku masuk dalam bendang. takda lintah. ni nak tanam anak padi. rosak padi orang kitorang kerjakan. pasni komfirm tuan sawah tanak bagi kitorang masuk dah.

lepas masuk sawah, kitorang naik sampan lak. Sungai Mekong. Nadi bagi kebanyakan penduduk Di Kemboja. Kitorang naik sampan ni untuk ke kampung seberang. huh, dasyat kan?? Hah, aku tipu je. Ni saje je merasa naik sampan. Uish, xstabil..
Babak menangkap ikan ini adalah lakonan semata-mata. haha. kitorang sempat merasa naik sampan kecik, g tangkap ikan kat sungai mekong. tapi bukan betul2 kat sungai. air sungai mekong tu mengalir masuk ke kawasan yang rendah. jadi macam tasik la.. dalam. siap lawan macam dragon bot lagi. nasib baik bot tak terbalik. bukannya ada life jacket ke apa..

Esoknya, sebelum bertolak ke Phnom Penh, aku jalan-jalan kejap kat kampung Praksandai tu. Ni la pasar kat sana. Macam-macam ada. Penduduknya ramah. Nak beli barang xfaham. Tapi ada beberapa penduduk kat sana yang reti berbahasa Malaysia ( sebab pernah kerja kat Malaysia), rajin je menolong jadi translator.

Ini klinik gigi. Macam comel lak aku tengok klinik ni.. hehe. Tapi xmasuk lak kat dalam tu. Ntah camne rupe. Kol 10pagi kitorang bertolak balik ke Phnom Penh. Sepanjang perjalanan leh nampak sawah padi luas menghijau. aku tak pernah ke Kedah, jadi aku xtau padi kat Kedah rupa camtu gak ke..
Van ni aku jumpa kat stesen minyak dalam perjalanan balik ke Phnom Penh. Benda-benda camni standard kat sana. Kalah keretapi barang. Jangan harap la kalau kat Malaysia lepas nak angkut barang camni. Ni baru lah asia hebat namanya.

Ni gambar di hadapan sebuah masjid di Phnom Penh. Luaran tidak diselenggara dengan baik, tetapi dalamannya bersih. Bil elektrik dan air ditampal di dalam masjid, dengan tunggakan kira-kira Rm3000. Dah balik ke Phnom Penh, kami jalan-jalan ke Killing Field, tempat pembunuhan beramai-ramai ketika era pemerintahan Pol Pot dan Tuol Sleng, bekas penjara yang menempatkan tahanan sebelum mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam.

Sekitar tahun 1976-1979, Saloth Sar,Perdana enteri Kemboja atau lebih dikenali sebagai Polpot, pemimimpin de facto ketika zaman pemerintahannya mengetuai gerakan regim Khmer Rouge dan mengamalkan prinsip agrarian collectivization, dimana Polpot mengarahkan penduduk di kawasan bandar berpindah ke kampung untuk bercucuk tanam dan menjadi buruh paksa dengan matlamat untuk memulakan ketamadunan dari asas yang kosong. Perpustakaan, hospital, kuil dan apa-apa sahaja yang dianggap kebaratan akan dimusnahkan.

Okes, ini Killing Field. Dalam bangunan tu, ataupun Stupa dipenuhi dengan tengkorak-tengkorak mangsa pembunuhan beramai-ramai ketika era regim Khmer Rouge memerintah.
Pemerintahan Polpot menyebabkan hampir 750,000 to 1.7 juta penduduknya mati akibat daripada kesan penderaan, kebuluran, penyakit dan kerja berat. Regim Khmer Rouge ini membunuh sesiapa sahaja yang tidak patuh pada arahan mereka, golongan profesional seperti doktor, peguam dan guru malah turut menyasarkan etnik minoriti dan etnik yang paling terjejas adalah orang Islam Cham.

nampak itu katil besi?? nampak itu gambar dinding?? okes, sekarang aku bawak korang ke Tuol Sleng Genocide Museum.. ini merupakan bekas penjara semasa Polpot bermaharajalela dulu. (peringatan: google sendiri). kalau korang nak tau, kat muzium ni penuh dengan gambar-gambar Cambodian yang dipenjarakan dan dibunuh di sini. Katil ni merupakan tempat regim khmer rouge menyeksa tahanan sebelum dibunuh. gambar kat dinding tu kalau korang perhatikan sebenarnya gambar mangsa yang telah dibunuh, dengan darah2 menitik kat lantai. kat dalam muzium ni penuh dengan gambar2 mangsa, sebelum dan selepas dibunuh.
Gambar-gambar ni diambil sebelum tahanan dibunuh. Mangsa kena duduk atas kerusi yang dekat belakang kerusi tu macam ada besi terpacakyang ngam-ngam kena kat belakang kepala. Jadi mangsa-mangsa ni kena duduk tegak la. Ada gambar yang mangsa tengah menitiskan air mata pun ada.
Bagaimanapun, kerajaan komunis Vietnam berjaya menakluk Kemboja dan menumbangkan kerajaan Khmer Rouge. Polpot lari ke dalam hutan, dan mati dalam tahanan rumah pada tahun 1998, dipercayai diracun. Polpot tidak pernah dihadapkan ke mahkamah. Sungguh tak adil.

Justify Fullokes, tak nak dah citer dah pasal Polpot. cuba teka ini ape?? okey la, yg meliuk lentok tu ular. lepas tu anak ayam. lepas tu semut. yg kaler itam tu aku xtau serangga apa. yang pasti sume adala, cengkerik, belalang, lipas etc. Rasa ? aku xrasa lak. kalau aku tau korang nak, aku tapau bawak balik aritu.

Sebelum balik, kitorang berjalan-jalan kat Central Market, Asean Market, dan sempat singgah di istana nak amek gambor. Gambar lepas ni banyak adegan melompat. Nak buat camne, aku memang teror bab-bab amek gambor lompat ni.. sronok, nampak happy je. hehe.

Walaupun tak berkesempatan ke Siem Reap (datang misi ke nak berjalan-jalan?), tapi untuk misi kali ni memang satu pengalaman yang berbeza. Melihat kepada kesusahan orang-orang di sana, memang jauh berbeza dengan di Malaysia. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Dok dengar Yayasan Salam cakap nak ke Afrika plak. kalau dapat ke Darfur kan bagus.. kn???

okes, sekian cerita panjang-lebar aku. terima kasih kerana membaca. hehe.


ps : mau lagi gambar, klik ->sini<-.




December 10, 2008

Wajah-Wajah Kemboja

Nama saya Ahmad. Saya menolong ayah saya menangkap ikan di Sungai Mekong. Ini hasil tangkapan ayah.

Nama saya Ali, dan ini adik saya Abu. Kami tiada bekalan air paip bersih. Dibelakang kami adalah sungai Mekong, sumber air utama kami.

Nama saya Mira. Ini sekolah saya, terletak di bawah surau kecil di kampung ini. Sekolah ini sangat kecil, cuma ada beberapa meja usang dan papan hitam.

Nama saya Zaleha. Yang kecil itu adik saya, dan Ina adalah rakan saya. Kampung saya tiada bekalan elektrik.

Nama saya Aminah. Saya tidak bekerja, sekadar membantu ibu di sawah. Di kampung saya tiada peluang pekerjaan.


Nama saya Maryam. Saya bersekolah. Setiap hari saya ke sekolah bersama-sama rakan saya dengan menaiki basikal.

Nama saya Zainab. Saya harap saya dapat bersekolah pada tahun hadapan.

Nama saya Kadir. Saya berusia 5 tahun.

Nama saya Fatimah dan ini adik saya Khatijah. Saya memakai pakaian cantik kerana ada orang ingin mengambil gambar saya.

Nama saya Mohammed. Saya suka bermain basikal. Dengan basikal ini, saya dapat ke kampung sebelah.

Nama saya Akhbar dan Malik.Kami gembira kerana ada orang datang membantu kampung kami.

Saya seorang yang pemalu. Mujur ada Ibu.

Saya berharap saya dapat peluang untuk ke sekolah apabila tiba masanya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membantu keluarga.





Mari bersama-sama membantu mereka memiliki kualiti kehidupan yang lebih baik.
Berikan mereka peluang itu.

Hubungi Yayasan Salam Malaysia untuk maklumat lanjut.


ps : ini belum tengok lagi kisah-kisah masyarakat di Zimbabwe, Darfur ataupun mangsa taufan Nargis di Myanmar. Aku dok kat sini sekejap pun boleh rasa mereka sangat susah.Bersyukurlah, sesusah-susah orang kat Malaysia, kat dapur ada jugak kicap. kat sana, cuba masuk dapur diorang. ada garam je. Sob3.. ---> aku kalu tulis ayat BM skema, mesti ayat aku otomatis jadi poyo. hehehe..




December 9, 2008

'Haramkan serta-merta pembanguan lereng bukit'

kehadapan pemandu-pemandu bas RapidKL T622 laluan LRT Kelana Jaya ke Taman Mayang.

Saya mewakili penumpang-penumpang bas T622 pagi tadi ingin mengucapkan syabas kepada pemandu bas RapidKL tersebut kerana kelihatannya pemandu bas gagal membawa kami ke lokasi sepatutnya. Lagak pemandu bas ketika kami membeli tiket adalah biasa-biasa sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang sikap yang luar biasa ataupun senang cerita, berkelakuan aneh.

Jadi, kami (termasuk saya) seperti biasa-biasa menaiki bas seperti biasa kerana biasanya bas akan berhenti di pitstop ke-7 (kate org trg, 'tebeng' kat signboard berhenti kat situ). Seperti biasa-biasa juga, bila saya tengok jam belum jam 9pagi, kebiasaannya bas tetap akan masuk ke kawasan tersebut sebelum pukul 9 pagi. jadi memang perkara yang luar biasa kalau ternampak kelibat bas tersebut berada di pitstop ke-7 dalam julat jam 10pagi- 4 petang. Kalau ada pun, mungkin pemandu bas itu menghantar awek ataupun pemandu bas baru yang tak dengar kata mandor yang dah cakap bas tu yang memang xkan masuk ke pitstop ke-7 selepas jam 9 pagi.

tetapi pada hari ini, sungguh ganjil perilakunya kerana seperti biasa-biasa, ada satu laluan berbukit sebelum lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, pemandu bas seperti biasa akan memusingkan stereng ke kiri untuk masuk ke terowong sempit selalu naik air bawah NKVE.

tetapi,agak luar biasa apabila;

pemandu bas itu terus belok ke kanan tanpa rasa bersalah, atau buat-buat tak tahu yang dalam bas ada lagi beberapa orang yang pejabatnya di laluan kiri, jadi bas tu sepatutnya belok ke kiri dahulu! (dalam bas tu ada 8 orang, 7 orang berhaluan kiri, cuma ada seorang sahaja yang berhaluan kanan). apa kes tak nak belok kiri. saya dah buat muka nganga. budak sebelah saya dah cuak-cuak. ada 2 orang mat saleh berkolar putih galas beg laptop buat derk. kontrol macho kot. seorang perempuan cina berusia pertengahan 30-an memberanikan diri bangun berjalan perlahan-lahan ke arah pemandu bas. entah apa yang dibualkan, saya memang tak dengar. tapi saya rasa perempuan itu sedang cuba memujuk pemandu bas tersebut untuk singgah ke kiri kot nanti. apa yang saya mampu lihat cuma pemandu bas itu menggeleng-geleng kepala dan perempuan itu memandang ke arah rakannya sambil mencebik lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya lalu menelefon seseorang. memaki, mungkin.

saya perlahan-lahan melangkah ke arah pemadu bas yang nampak biasa-biasa je, seperti tak da apa-apa berlaku.

bro, awat bas tak gi kiri tadi? ada ramai lagi nak turun sana.. belum kol 9 pun.

arini saya dapat arahan daripada pihak atasan, kena bawa bas macam hari sabtu. hari sabtu bas tak masuk kiri. sebab tu saya tak masuk kiri.

aik, arini kan selasa. arini kan kerja. bukan public holiday pun..

ye la, memang la arini selasa. saya cuma ikut arahan pihak atasan. memang tak leh masuk sana. pagi tadi pun depa* jalan kaki (depa* merujuk kepada orang-orang yang nak ke kiri).

o, abes tu kami-kami kena jalan kaki la??

a'a.

maka kami diturunkan hidup-hidup di tepi lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, dan terpaksa melalui terowong sempit selalu naik air yang kalau bas atau lori yang lalu memang makhluk bernama manusia bisa kena langgar melainkan bersandar pada dinding rapat-rapat. terowong sempit selalu naik air itu juga seperti biasa asyik-asyik dinaiki air tiap kali hujan lebat berlaku. terowong ini juga punca kesesakan trafik tapi seperti biasa, pengguna-pengguna terowong sempit selalu naik air ini sudah biasa dengan keadaan tersebut, dan sudah biasa dengan keadaan lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup. alhamdulillah, hari ini tidak hujan, dan terowong sempit selalu naik air tidak dibanjiri. untuk pengetahuan semua, memang seperti biasa sangat la rare untuk melihat ada makhluk bernama manusia melalui terowong itu, melainkan pekerja-pekerja kontrak yang mahu ke tapak pembinaan sebelah.

maka kami kena la menapak ke ofis arini. walaupun jarak ofis tu boleh kata dalam jarak500 meter dari lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, tapi bagi kami, tak da salahnya untuk bas tu masuk ke pitstop ke-7. tapi mungkin bagi korang-korang yang optimis, mungkin akan berkata tak da salahnya untuk kami-kami berjalan ke pitstop ke-7. 500meter je pun!

Kami, pengguna-pengguna bas T622 sudah sedia maklum, masak benar dengan beberapa situasi :
1) bas tak masuk lepas kol 9pagi
2) bas masuk lepas kol 5 - 7petang sahaja.
3) bas takkan ke kiri langsung pada hujung minggu dan cuti umum.

tapi pagi tadi,
1) jam belum 9 pagi. tapi bas tak ke kiri juga
2) belum berlaku. skip.
3) hari ini hari bekerja. come on la. apa kes drebar tu cakap kat saya hari ni kena kira macam hari sabtu haah?? ini la alasan paling tak munasabah yang saya dengar. gelihati lutut saya mendengar penjelasan tersebut.

oh ye, saya ingin menokok tambah sedikit. sekarang ni saya perasan pemandu bas dah pandai main ngelat.

sebagai contoh, saya balik kerja jam 5.30 petang. saya tunggu bas kadang-kadang dari jam 5.45 petang, sampai 7.15petang pun side mirror bas pun tak kelihatan. menghilang ke mana ya?? maka saya terpaksa la naik teksi. tetapi saya bernasib baik kerana ada ramai lagi pengguna bas T622 yang senasib dengan saya, menunggu bas berjam-jam, tetapi akhirnya tiket seringgit yang dibeli yang kononnya boleh digunakan untuk semua laluan bas tempatan dan seberapa kali yang boleh terpaksa menyimpan sahaja tiket itu sebagai koleksi semata-mata dan duit lain pula dikeluarkan untuk menaiki alternatif lain iaitu teksi NGV yang sibuk nak naikkan harga tambang padahal full tank NGV harganya lebih kurang sama macam makan nasi kandar original kayu dekat SS2. Kadang-kadang kami seperti gajah jatuh ditimpa tangga ketika makan tebu, terhantuk pula pada batu. terpaksa membayar lebih pula kepada pemandu teksi atas alasan jalan jem berpunca daripada lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya dan terowong sempit selalu naik air itu. Nasib baik lah ramai yang kena tinggal bas, boleh la naik teksi penuh 4 orang, boleh la tong-tong tambang.. kisah teksi NGV yang sibuk nak naikkan harga tambang padahal full tank NGV harganya lebih kurang sama macam makan nasi kandar original kayu dekat SS2., lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya dan terowong sempit selalu naik air dah kisah lain la. pihak RapidKL tidak perlu lah bersusah payah menjawab mengenai situasi itu. itu dah masuk pihak berkuasa lain yang sangat banyak kuasa tetapi bekerja guna prinsip, tak kuasa i nak layan. huh..!

Berbalik kepada kes bas, saya menuntut jawapan dari pihak rapidKL. Sila jelaskan, dimana logiknya saya membayar tambang seringgit, tetapi saya tidak dapat sampai ke lokasi yang diingini atas alasan, hari ni kena kira macam hari sabtu.. maknanya bas tak masuk ke kiri. saya cuma mahu penjelasan itu. sila lah mereply dengan panjang lebar supaya saya berpuas hati dan pemandu bas serta mandornya itu tidak kelihatan bodoh. tolonglah..

sekian, harap maklum.


pengguna pengangkutan awam yang setia,


.................................
kasut-gombak

ps : kalau betullan kerajaan akan mengharamkan pembangunan di kaki, lereng atau atas bukit, aku setuju 100%. kalau betul kerajaan buat camtu, my vote goes for them la.. ha ha


December 4, 2008

Cintaku tertinggal di Kemboja..

*update : laporan Bernama klik BERNAMA FOTOWEB

Alhamdullillah, pasukan pertama dan kedua rombongan Yayasan Salam Malaysia yang disertai oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan wakil media untuk misi kemanusiaan Kemboja telah selamat tiba di Malaysia pada jam 8.00 malam, 3 Disember 2008.

Untuk episod pengenalan, sila lah ke blog Datuk Ahmad A.Talib, seorang wartawan hebat dan pemegang amanah bagi Yayasan Salam Malaysia yang turut mengikuti misi ini.

Pasukan ketiga pula akan berangkat ke Phnom Penh pada 7hb Disember 2008, untuk melakukan ibadat Korban di sana. Sebanyak 40 ekor lembu akan dikorbankan dan akan diagihakan kepada 3,000 penduduk Islam di Tropengbeang, Tanaksawai dan Praksandai di wilayah Kratie Kemboja.








Untuk cerita selanjutnya dari aku, tunggu..

ps : tetiba je aku rasa ayat aku skema. ahaks..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...