January 30, 2009

korang berdua memang tak leh blah la.. huahuahua..

lama aku tak cerita ntah hape2. takda cerita. takda idea. ntah. aku nak upload gambar kucing aku (yang dah meningkat dewasa), tapi korang mesti dah buhsan kan? so masa aku mengoogle2 di ruang siber tadi, aku terbumps kat facebook kazen aku.. bila aku tengok je, terus aku bantai gelak.

aku dengar je minah 2 orang ni citer pasal amek gambar berpeluk-pelukan ngan ronald mc donald. o, ni la ronald nye. muahahahahaha.. patutla hari2 korang makan steven, sangkut ngan mamat nih rupanya. ju, cian kat hafiz. menduakan dia. erk~

ju, awat la dok peluk mamak tu. suka benor la dia. tak tido malam la kena kepit dek aweks2.
bukan nak gelak ape pun. tapi kelaka pulak bila aku tengok gambar minah 2 orang ni.. FYI, 2-2 ni kazen aku sebenarnya. selalu tengok gambar nurul je, ni kazen aku sorang lagi masuk gak. dalam mengutuk2, sempat lagi jadi model tambahan. abes la kalu anak murid tengok (ya, dia cikgu sekolah, haha). aku tau adik aku ada gak kat belakang tuh tgk orang shoot. klu adik aku masuk, kang ingat aku main kroni plak. hahaha.

gambar taken by jaggat. aku curi dari facebook nurul. hehe. ampun yakk jaggat.. tebeng doh signature dia tu kat gambar.. jaggat, ju, nurul, next time guwe mau folo tau, tapi dok belakang tabir je la. muka tak komersil, nak buat camne. hahahaha.

ps : cun tak, cun tak kazen2 aku ni. sorry yek, for display only. segala urusan berkenal-kenalan tidak akan dilayan. kalu nak, google sendiri. mekaseh.


Segalanya untukmu Palestin

1. CUCI KERETA AMAL UNTUK PALESTINE

Kelab Vivac dengan kerjasama SALAM & Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) akan menganjurkan program cuci kereta amal untuk rakyat Palestin yang terus-terusan ditindas oleh puak Israel. Kehadiran semua adalah dialu-aukan tidak kira sebagai pencuci, pembawa tabung dana, mahupun penyumbang kereta untuk dicuci pada hari tersebut. Bagi yang berpengalaman mencuci kereta sebelum ini, jangan sia-siakan pengalaman yang ada...

Program : Cuci Kereta Amal Untuk Palestin
Tarikh / Hari : 1 Februari 2009 / Ahad
Masa : 9.00 pg - 5 ptg
Tempat : Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam

"Teruskan Menyumbang Tanpa Mengukur Nilaian"


2. MALAM PUISI 'DI BAWAH LANGIT GAZA'
EKSPRESI SIMPATI RAKYAT TERHADAP KESENGSARAAN WANITA DAN KANAK-KANAK PALESTIN

Bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia menyampaikan suara hati mereka yang bersimpati terhadap kesengsaraan wanita dan kanak-kanak Palestin, TV9 bersama-sama Yayasan Salam dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) akan mengadakan Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'.
Butir-butir acara adalah seperti berikut:

Tajuk : Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'
Tarikh: 1 Februari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : Rumah Pena, No. 734, Jalan Lapangan Terbang Lama, 50470 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selain penyair terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dijadualkan mendeklamasi puisi pada malam itu, warga seni seperti 'Papa Rock', Ramli Sarip, Ustazah Datuk Norbahyah Mahmud, Khalid Salleh, Dinsman, Sutung Umar RS, Puzi Hadi, S M Zakir, Nasriah Salam serta Kumpulan Sofaz. Selebriti TV9 seperti Aziz Desa, FarahAdeeba, Mek dan Fimie akan turut menjayakan program ini.

Anda dijemput hadir.
Untuk keterangan lanjut hubungi Nal Azri di talian 03-79584021.

ps : moh ramai2.. maklumat lanjut : layari www.salam.org.my

January 22, 2009

aku selalu menjadi orang yang ditinggalkan.

kamu tahu bagaimana rasa ditinggalkan?


demmit, aku tak suka ditinggalkan.

sedih bai..

jadi sebelum kamu meninggalkan aku;

izinkan aku pergi dahulu.








esok aku stat cuti dah.

jangan maree.. babai.

ps : arini pun last day kat ofis aku ni. so minggu depan, aku bersiaran dari ofis baru. selamat, pasni xyah dah lalu kat trafik light tak pernah betul dan terowong sempit selalu banjir tu..!

January 16, 2009

tamat kisah rumah.

dah, tak nak citer pasal rumah.


hmm, dah lama aku xtepek gambar. kan minggu lepas aku sibuk2 nk g PWTC, yang youth 09 tuh( g melagho je, g amanpalestin xnak. ceh). aku sempat la join pertandingan fotografi kat ctu. 1 lawan 1 tu. tapi first round dah tersingkir. aku malas nak cakap rules tu camne. jadi lepas abes pertandingan fotografi (xsmpt tgk yuna), aku terjah ke kg baru utk majlis pernikahan rozi dan azmi (aku baru tau nama pengantin..hahaha). siot je, gi majlis orang tp xtau nama pengantin. muahahahaha.

aku g tag bro chiko amek gambar wedding. ni memang first time la aku folo dan amek gambar orang kawen.. seronok jugak la, tp tang tak seronoknye sebab aku segan. haha. aku memang tak kenal sesapa pun, dan tu jugak first time aku jumpa bro chiko tu. tau2 chiko tu panggil aku dok sebelah tok kadi. jem kepala otak. nak pusing pun tak dapat. tersepit. nampak badan tok kadi je, muka pengantin pompuan betul2 sebelah aku. aku lak rasa berderau..berdebor2 padahal bukan aku yang nikah pun.

ekeke.

aku xjoin malam berinai malam tu sebab aku flat gile. pagi esoknya azmi ngan rozi bersanding plak kat dewan ape benda ntah sebelah hospital pusrawi.
hmm, xreti gak nak amek gambar orang sanding2 nih. dah la penuh orang amek gambar pengantin kat depan. aku aku duduk kat satu ceruk, tengok orang tepung tawar. hehe.
dan masa yang ditunggu2, outdoor session!

kitorang ke taman tasik perdana. memang aku suka la, walaupun kitorang main kejar2 ngan hujan. kamera aku tak waterproof tau!
ni lah kawan-kawan aku. kawan-kawan baru. ada lagi kat belakang aku, 4 orang. so total 10 orang yang follow termasuk mamat comel nek beskal tu, ngee, tau nama je. dah la bukan budak photoskool. tengah naik beskal tiba2 benti join kitorang. apa kes tak tinggal no tepon. huahuahua..

kalau nak dibandingkan, huh memang jauh la gambar aku ngan depa suma. xlayak nak publish pun sebenanrya. tapi sebab aku nak belajo, aku tunjuk la kat korang. korang rasa okey tak?? tak okey kan?? kompo tak betul, ada yang under, ada yang blow, huh, banyak kena belajar. apa, ingat tag orang kawen sekali dah leh claim jadi wedding fotografer ke?

ps : antara weddding dengan photojournalism, aku lagi suka photojournalism.

sekian laporan aku arini. mekaseh..


yay, tak jadi pindah...!

kan semalam aku anta emel yang tak cukup kejam tu (huh, kurang harmful kalau dibandingkan dengan emel yang aku dapat daripada sorang budak rumah aku tu. gila gaban kejam emel dia tau..)

tapi bila aku balik rumah,

aku jumpa sorang-sorang;

aku salam,

aku mintak maaf.

aku sebenarnya sangat tak suka konfrontasi camni,
jauh dalam hati, aku tau aku taknak gaduh ngan diorang pun.
aku pun xreti nak berkira-kira dengan orang ni.
tak suka la.

sebab tu aku mintak maaf.

guess what,

diorang pun mintak maaf dengan aku..

jadi semalam, dapat la aku tengok mythbusters..

haha.

ps : kesimpulannya, pendam tak akan membantu menjernihkan keadaan. komunikasi tu penting. dan skang ni, aku tengah kumpul kekuatan untuk mintak maaf plak dengan budak ofis aku tuh, walaupun dia cakap taknak cakap dengan aku dah. huhu.

January 15, 2009

argh, perang dah aku balik rumah petang ni..!

aku dah anta emel kat budak2 rumah aku.

apa nak jadi, jadi lah.

aku sound 1 benda je.

kalu rasa nak tengok tv3 je, bek beli tivi sendiri tengok dalam bilik. aku beli tivi, pasang astro, suscribe discovery channel bukan sebab aku nak tengok drama perempuan melayu rambut blond, mata koko, duduk rumah besar bawak kereta mewah cakap pasal bisnes, korporat, skandal ngan laki orang tiap-tiap malam. come on la.. tak berkembang minda aku bai menatap benda camtu.

benda lain aku tak ungkit. sebab aku guna barang diorang gak. walaupun iron je pun.

xfaham la aku dgn orang2 yang dok tengok drama camtu, campur tiap2 hari baca tabloid, campur dengar radio yang DJ nya bercakap pesen jerit2 macam orang bodoh. kacau jiwa.

adui.

dah la.

aku nak masuk dalam dunia aku sendiri.

lagi aman.

nak ikut?


ps : bumi ni bulat. what goes around comes around..pusing2 pi mai tang tu gak. hakikat, duduk rumah sewa ni ada sistem. simbiosis. saling memberi.. jadi kena berigt. berkira dgn org, nnti org berkira dgn kita balik.

aku taknak pindah..!

semalam aku dengan budak bilik aku-bee keluar cari rumah sewa kat area PJ/ Kelana Jaya.

semua rumah yang kitorang jumpa tak best.

ada rumah yang aku masuk2 je nampak lelaki. adeh, ni housemate sosial ni. xleh. rijek.

ada rumah tu masuk2 je bau busuk. bukan busuk hapak ke apa. ni bau dapur. kalu zaman2 belajar dulu, ada budak2 yang kononnya bajet dan xsuka masakan kedai selalu masak dalam bilik pakai periuk nasi karen. cuba masuk bilik diorang. akan ada 1 bau. hah, rumah tu bau camtu lah. aku xsuka. dah la berbau, xreti bukak tingkap plak tu.

ada rumah yang aku gi tu nak kena sewa 3 orang sebilik. apa kes. aku nak dok 2 orang tak boleh. kena 3 orang.

ada satu rumah tu lak, hmm nak kena sewa sorang-sorang 1 bilik lak. aduiyai, aku mana leh berpisah ngan bee.

ada bilik lak takda tingkap. adui, aku lemah la bilik takda tingkap ni. aku xreti la terkurung je. sistem pengudaraan yang tak bagus. lemas. lemas. lepas tu jemur baju dalam rumah lak. hapak, lembap, takda tingkap. eii, baju naik lumut nanti.

argh, aku tak pindah.

tak jadi pindah.

apa nak jadi, jadi lah.

dah la aku ngan bee memang paling senior kat rumah tu. bee la, dah 3 tahun setia dok rumah tu, takkan nak kuar kot.

bee, kita halau diorang keluar nak??

cess,

macam ada berani..

ps : dalam fasa mengarang pantun 14 kerat utk dilayangkan kepada budak2 serumah.. hehehe.
dan untuk mamat berita kosmo ini hari. : aku pun kesian kat dia.. kuikuikui






January 13, 2009

lama tak cerita panjang : nak bebel banyak hari ni.

aku nak cari rumah sewa..

tak tahan dah dok umah tu.

macam neraka.

ko igt aku suka sangat ke bab-bab berkira ni.

siaplah, aku pindah nanti memang aku hangkut peti ais, sofa, periuk nasi, tivi, astro. hah, baru ko tau perasaannya orang berkira. aku tak pernah cakap apa2 pon bila korang duduk baring tak hengat dunia kat sofa tu, masak nasi hari2 pakai periuk nasi, tengok tivi dari pagi sampai ke malam, langsung tak bagi can kat aku nak tengok channel lain.

wei, aku pantang betul la dengan orang-orang yang suka sangat tengok drama, nak-nak kat tv3. wei, apa kejadahnya ada astro bayar 60hingget tiap2 bulan tapi dok bukak tv3 je dari pagi sampai ke malam??

aku tak pernah masak pun kat dapur tu. korang claim ngn aku, cakap beli barang tu barang ni, aku bayar je, walaupun aku tak guna. hah, ni nak main berkira duit dapur 5 ingget ngan aku sampai bermasam-masam muka, amek ko duduk la kat umah tu kosong. takda apa. hah, amek, amek. duduk la kat dapur tu, ada dapur ngan tong gas je aku tinggalkan.

selama ni aku sabar je. o, depan-depan aku tak berani cakap. tapi anta emel, bukan main lagi sound baik punya. bila panggil meeting, suma diam macam batu. bila aku suh cakap, taknak cakap apa2 plak. kat emel tu karangan 3 mukasurat, suma isu timbul. dah berdepan sepatah haram tak cakap apa, buat bodoh macam xpernah ada apa yang berlaku.. aku diam je, malas nak cakap ngan orang-orang tua ni. kang aku tegur cakap aku kurang ajar plak.

dah la aritu aku dah masam muka ngan budak ofis (kes aku tegur jugak la), dah masuk sebulan kot tak bertegur. ntah, bila nak tegur dia aku jadi serba salah. lagipun dia dah sound aku pasni dia takkan bercakap dengan aku walau 1 patah perkataan pun. kalau buleh cakap bahasa isyarat, dia sanggup bercakap guna bahasa isyarat , tu pun kalu dia nak cakap ngan aku la. ko bayangkan perasaan aku g keje tiap-tiap hari camne. kawan naik satu bas, tunggu lrt, sama-sama, makan sama, tiba2 tak beregur. macam neraka je g ofis. balik rumah plak masam muka ngan budak rumah. memang aku rasa sengal tahap gaban la. malas nak pikir. so aku sampai je rumah memang berkurung dalam bilik. layan X-Files lagi baik.

lama tak tepek gambar. saje je bagi intro. gambar ini bukan satu signal yang menunjukkan aku dah kawen, atau nak kawen atau kepunyaan orang. aku masih single trang tang tang. gambar ini merupakan satu petunjuk bahawa aku akan jadi tukang tangkap gambar- tangkap gambar orang kawen misalnya, untuk karier aku akan datang. aku takkan guna istilah fotografer, xlayak pon. aku hanyalah budak perempuan yang suka tangkap gambar. dan aku akan belajar, belajar, dan belajar.

wiken ni aku ada 2 workshop fotografi, 1 dengan bro zamrud, n alhamdulillah aku antara yang terpilih utk attend workshop dia secara PERCUMA sebab kebiasaanya dia caj riban-riban la utk attend cos dia. n aku ada 1 lagi workhop dengan bekas pensyarah UTM, n sekarang dia full time photographer, banyak shoot wedding yang cantik2. terlepas peluang untuk berguru dengan saiful nang,tapi tak pe. belajar je dengan sesape. wiken lepas first time aku follow orang shoot wedding, memang banyak yang aku belajar. thanks to bro chiko, n sume kawan-kawan baru yang aku kenal. fotografi memang satu bidang yang diconquer oleh lelaki, jadi aku kena berani dan berusaha. tapi dalam banyak2 kan, aku paling suka photojournalisme la. aku harap satu hari aku dapat jumpa dengan bazuki, atau shamsharin-antara fotografer malaysia yang femes dan bekerja dengan agensi luar seperti Reuters dan AFP.

ahad ni jugak aku ada Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia. Sangat sedih sebab aku tak dapat join. majlis ni la antara majlis yang semua kawan-kawan volunteer aku akan hadir, bukan senang nak berkumpul. aku pun dah lama tak join aktiviti salam, bizi memanjang. utk korang, aku bukan sombong tau..!

waah, panjang cerita aku kali ni. aku pendam benda ni dah lama. aku tulis, aku save,. xpublish pon. aku tensen. aku banyak diam la. tu antara sebab la aku dah tak banyak tulis entri, blog orang pun aku dah tak singgah. aku banyak je cerita best-best nak share ngan korang tapi aku takda mood. kisah singapore sume aku tak citer lagi. korang tak tengok lagi aku main biola. (wakakakaka-sapa ada facebook ada tengok kot gambar aku). siap ada pakcik kat belakang tu tengok sengih je. mesti sebab best. hahaha.tak caya ek aku main biola?? xpe la, lu piki la sendiri.

memang kawan senang nak cari. tapi susah nak berganti. aku susah nak substitute orang la. xkan punye. orang tengok aku hepi, padahal dalam hati aku lara je. sentap beb. tapi aku tak nanges la. bukan pesen aku kuor ayor mate ni. kekadang bagus gak ada ego yang tinggi.haha. k la, ckup la ngomelan aku arini. aku nak g amek lesen ni. syarat candidsyndrome, nak kena ada lesen, transpot sendiri. nk g amek lesen la ni. chow..!

ps : hah, marah betul aku ni. muktamad. pindah. sebelum aku pindah, aku nak g jumpa jiran rumah hujung tu. selalu senyum2 je, tegur sepatah dua je.. ni aku nak g mintak no tepon. leh la keep in touch pas aku pindah. hahaha. ape kes? mau ngorat bro tu ka?? wakakakaka..

January 8, 2009

Jom kita zaaaaaaaaasssssssss..

scenes from the gaza strip : click here

Oi Houdini, sini kejap. Aku nak mintak ko tolong wujudkan balik..

"Yang ini, aku biarkan kamu tinggalkan komen.."




bai, aku rasa Houdini tu dah hilangkan komen ko la.. ngeng.

ps : kelihatan seperti ada ciri-ciri plagiarism. hahahaha

January 7, 2009

Yayasan Salam Malaysia : Tabung Palestin

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Seperti yang diumumkan di dalam akhbar hari ni, SALAM telah melancarkan Tabung Palestin untuk membantu penduduk Palestian khususnya di Gaza.

Penubuhan Tabung ini diketuai oleh Datuk Ahmad A. Talib, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SALAM dengan kerjasama Forum Profesional Malaysia.

Tujuan kutipan ini adalah untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan. Sumbangan berbentuk ubat-ubatan dan selimut juga diterima. Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan kepada penderma (RM50 ke atas).

Sumbangan boleh di masukkan ke dalam akaun Public Bank 307 287 9302 atas nama Yayasan Salam Malaysia atau sila hubungi SALAM di 03-79584021 untuk maklumat lanjut.

Bantuan sukarelawan diperlukan untuk menyebarkan berita ini.

-NAL AZRI NAWAWI-
Yayasan Salam Malaysia
22, Jalan Changgai 6/22,
46000, Petaling Jaya
Selangor MALAYSIA
03-79584021
03-79584031


lagi info dan cerita: klik sini, sini and sini.

ps : baca apa yang abdullahjones tulis tentang situasi ini. walaupun secara umum, tapi aku rasa korang akan tetap rasa macam tergigit cili.. lu pikir la sendiri.

aku nak try!

hah, aku nk update flickr aku. stat ari sabtu ni aku nak gi tangkap gambor je. nk uplod gambar cantek2, nak letak kat flickr. tu online portfolio aku tuh. aku nak anto kat udey ismail. kononnya nk jadi apprentice kat candidsyndrome.

blah la ko emi. ada hati nak jadi junior photographer kat candidsyndrome? ada hati tu nak belajo ngan saiful nang? syarat pertama je ko dah kena rijek.sebab xda kenderaan sendiri. huhu. n btw, ahad ni aku nak g amek gambor orang kawen. aku xkenal pon sapa pengantin tu, aku tak kenal pon sapa OP kat situ,t api tak kira aku nak g jugak..!

ps : aku pengguna pengangkutan awam sepenuh masa. nak buat camne. mekaseh!

aku baru 24..

aish, bila tengok kawan-kawan aku, baik lelaki atau perempuan (terutama yang sebaya) dah masuk fasa bertunang, fasa nak kawen tapi aku baru je nak cari laluan hidup.

adakah aku yang tak normal?

atau aku normal je,

tapi diorang yang tak normal sebab kawen muda.




hahahaha.

bengong.

aku bengong.

ps: jodoh tak ke mana. sementara aku tak jumpa rusuk aku lagi ni, baik aku kejar hidup aku sorang-sorang dulu. kan?

January 6, 2009

Youth'09




aku takda benda nak buat wiken ni.

aku nak g sana sebab nak amek goodie bag.

ayuh

kita ke sana, ke sana sana, ke sana..!

ada yuna beb.

yuna


yuna!!!!

ps : kalau bertuah dapat G-Shock woo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...