February 27, 2009

aku tengah bilang, berapa saat lagi nak pukul 5.30 petang?

hari jumaat.
hari baik-baik.
penghulu segala hari.

aku turun nak g bilik air bawah.
dengar si minah A sedang pot pet pot pet dengan si minah B.
aku terjah.
opocot!
terkejut si minah A.
aku saja bikin saspen.
mesti dia ingat dia kantoi ngumpat pasal aku.
aku masuk bilik air. pasang telinga.
ko ingat aku tak dengar?
huh, dasar pompuan.
pagi-pagi dah mengumpat.

aku kuar bilik air,
terus naik atas
masuk bilik.
aku bisik kat bee.
tadi si minah A dengan si minah B mengumpat pasal si minah C.
kata bestfriend bertiga.
main cakap-cakap belakang.
huh, dasar pompuan.
pagi-pagi dah mengumpat.

hari jumaat.
hari baik-baik.
penghulu segala hari.

ps : aku anto peluru kang.. haha

February 24, 2009

macam nak perang lagi je ni..

aku cukup2 menyampah dengan orang yang kunci alarm, tapi x reti2 nak bangkit.

gelap2 hari dah berbunyi,
set lagu top terkini,
nak canang satu dunia,
aku nye henset stereo baik punya,
dia tidur kat tingkat bawah,
aku yang duduk kat bilik atas pun leh dengar.

tapi tuan punye tepon tido xgerak, xberganjak,
macam mati.
sesekali berkalih ke kanan kiri,
kekadang grup-grup bunyi kunyah gigi,
sambil menganyam mimpi
memecah keheningan pagi

alarm dah bunyi berkali-kali
aik, tpi x reti2 nak bangkit lagi
xdengar kot.
kesian,
aku tumpang simpati

dia pekak barangkali.

hahahahaha.

ps : meh cni aku cek tinge ko. oo, patut la, lama x korek. kihkihkih.

February 20, 2009

tetiba aku rasa macam elizabeth wong plak.

adeh. aku kantoi la plak. cet.

aku kena candid dengan chot. dan aku baru tahu arini sebab kawan aku bagitau.

dan.
aku nak gelak.
hahaha.
hahahaha.



chot!!!!!!!!!
aku nak gelak dengan title tuh.
dating ko cakap. adeh, see the leg la beb.
hahaha.

February 19, 2009

seb bek hujan tak sampai ke petang..

keadaan telah pulih seperti biasa.

saje je budak2 techworks ni bikin aku cuak. ada ke jadikan yahoo mail ni bahan ekperimen, main blok2. aish..








sekarang aku dah boleh cek emel seperti sediakala.

February 18, 2009

mihun goreng pagi ni bau hangit..

cuba story kat aku,





cmne nk survive bila yahoo mail kena block kt ofis sedangkan semua urusan rasmi/xrasmi aku guna emel tu?

February 16, 2009

perkara paling susah bila nak post entri adalah fikirkan tajuk.

i.
meninggalkan, satu hal.
ditinggalkan, satu hal.
menaruh harapan, satu hal.
berhenti berharap, satu hal.

4 hal..
banyak tuh. belum masuk hal lain-lain lagi.

aduh.

ii.
aku dalam lrt, odw g masjid jamek. aku nampak sorang pompuan ni. kesian, dia bocor dan pakai seluar putih tapi dia xperasan. aku bangun, pergi tegur dia-

"awak period ek?"

terus dia tutup mulut untuk tahan jerit. bocor?kat tempat awam? kalau anda seorang perempuan, itu worst case scenario la, perkara yang paling mahu dielakkan dalam hidup. sebelum dia turun dari lrt, sempat dia cakap kat aku sambil mengkaver-kaver seluar dia dengan baju.

"hari ni memang hari malang saya. tadi saya tercampak selipar saya kat atas rel lrt. macam mana nak capai? terpaksa panggil pekerja rapidKL tolong amikkan.."

kesian, memang hari malang dia.

iii.
aku g LTDL. niat nak jumpa kawan aku-Aizuddin. dan tanpa aku sedari, aku duduk semeja dengan shamshahrin. mana aku tau tu dia. dah duduk2 minum semeja, minum2, dah balik, dah babai2 baru aku tahu dia adalah shamshahrin. ok, sapa dia? anggap je jika kamu peminat kucing, dan terjumpa seekor kucing kat tepi jalan. korang gosok2, pastu blah. bila dah blah baru korang perasan kucing tu sebenarnya Crookshanks (kucing Hermione Granger dalam Harry Potter yang comel).. kan rugi tu? kalau tau dari awal2, mesti aku kidnap bawak balik rumah. haha. shoot LTDL? bawak 50mm, hmm, apa yang ko dapat?

o, aku dapat 2 je.
yang bebayang hantu tu beskal la tuh. laju sangat. macam angin. tapi aku xnk freezekan gambar beskal tu. aku nak highlight gambar bro 3 orang tu. hmm, yang cameraman tu siap dengan helmet.extra protection in case ada beskal terbabas. haha. tapi aksi ni xdapat lawan aksi baring2 kat sini.
dan
dia
selalu ditinggalkan.

ps : niat nak panning. silap teknik plak.. hahaha.

February 12, 2009

5 hari tak baca paper. waah, tenang jiwa.

aku memang takut berdepan dengan realiti.
serius, aku selalunya lari.

haha,
aku memang pandai lari.
pandai menyorok.
pandai menyembunyikan hati.
matikan hati.

tapi aku dah penat.
penat sangat.

aku nak berhenti.
aku nak berhenti berlari.

dengan syarat;
jangan kejar aku lagi.

February 10, 2009

Gemuk ensem aku ada awek..!

Gemuk dah ada awek. anak jantan aku besar dah. macam lawak pun ada. Gemuk malu-malu, xnk ngaku tuh kat aku dia ada awek.. Awek dia nama Oren.
Gambar curi 1 : Gemuk dah besar.

Oren tu datang dekat2, datang panggil Gemuk kat pintu rumah. Gemuk tak nak keluar pun. Tapi aku suruh Gemuk keluar. Gemuk pun follow la. Oren tu mesti rasa Gemuk sengal. Ye la, apa la Gemuk, nak dating pun bawak mak.. hahaha.
Gambar curi 2 : Oren bawak Gemuk tepi semak. nak tunjuk lubang biawak.

Oren : Gemuk, Gemuk jangan masuk dalam semak ni tau. nanti biawak ngaap. dah la ada banyak 'pirrah' --> bhs teranung. google sendiri. haha.
Gemuk : Ok, ok.. Gemuk tak nak masuk dalam semak tu. Baik kite main polis sentri, kan?
Oren : Meoww..
Gambar curi 3 : Gemuk (kanan) tengah bertenet dengan Oren.

Diorang jalan-jalan kejap, pergi lepak kat pagar rumah depan. Tengok lah, duduk pun jauh-jauh. Borak kejap je, pastu Gemuk lari2 datang kat aku. Gesel2, sorok muka kat celah-celah aku. Bila aku tanya awek Gemuk ke, Gemuk terus jatuhkan telinga. Hidung gemuk pink, telinga Gemuk pun pink. Gemuk malu nak ngaku! Dia blushing. Haha.
Untuk tatapan korang : Kurus pun dah besyar. Cun giler beb. Dulu kat mata putih, skang dah pandai mekap~aku pun xreti buat smokey eyes. Macam rakun pun ada. Pandangan matanya menusuk kalbu. Bikin jatuh cinta. Haha.

ps : Aku ingat dulu dia kecik lagi, bangun pagi je aku kena bersihkan tait dia, aku balik keje je bersihkan tait dia. skang Gemuk dah pandai kambus tait sendiri. dah pandai jaga diri. maknanya dah layak nak ada awek. aku kena terima hakikat, Gemuk dah BESYAR!!!

February 6, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

words of the day : BN-friendly independent(s)

meaning : party hoppers cover line baik punya. lompat keluar parti sebab dah tak sebulu dengan parti pemerintah terdahulu. tak nak bagi nampak gelojoh atau konon ada membabitkan politik wang, menggunakan istilah 'independent' sebelum isi form join/rejoin UMNO/BN. orang sebegini tak layak jadi pemimpin sebenarnya. tak layak diundi.

example : .. he was accompanied by the 27 BN assemblymen, a defector who was rejoining Umno, and 3 BN-friendly independents, following the sultan instruction.

ps : oh, BN guna camry la pasni? ke jual balik pakai perdana sebab tak nak jilat ludah sendiri? ye la, tiap2 malam org BN kutuk camry tu, sampai pemimpin tertinggi dok citer pasal Camry. TV3 pun cover citer tu je tiap2 malam. macam takda berita lain.



February 4, 2009

what goes around comes around..

Semalam, masa aku tengah lepak-lepak kat KL sentral, aku terserempak dengan sorang budak ni.

aish, muka cam kenal.

physically dah lain banyak, tapi tengok bf dia tu, hah, aku tau tu memang dia. sah budak sekelas dulu.

aku pun beria la memanggil, melambai. nak tanya khabar neh.

****!

dia berpaling.

aku standby nak bangun gi kat dia.

korang tau reaksi dia camne?

slow motion neh aku citer, pastu cuba korang bayangkan.

dia berpaling-dengan muka tak menunjukkan sebarang perubahan seperti nak senyum misalnya-angkat tangan macam tak ekhlas- terus sambung borak ngan bf dia-sambil blah dari tempat kejadian-macam aku xwujud.

demmit, aku depan dia je, 1.5 meter. xnampak rushing pon. (well, korang tau la kapel jalan camne.. bukan reti nak jalan laju2. terhayun2 tangan bila pimpin baiik punye..)

cett poodah.

bapak sombong.

terus aku menyumpah.




huh GemOOk!!


ps : terlaser time tu gak. hahaha. masa naik teksi balik ke rumah, aku borak dengan pakcik teksi tu. bila aku nak bayar, pakcik tu tanya, awak budak baik kan?? aish, tetiba. aku diam. pakcik tu bagi diskaun. aku kuar kete. erk~ aku flashback balik. gulp. xlayak.

February 2, 2009

buat-buat pandai pun kekadang terserlah kebodohan

amaran : tajuk entri tiada kena-mengena dengan cerita di bawah.

semalam;

situasi 1.
dia : emi, ko keje esok?

aku : keje, aku kan keje PJ.

dia :jangan jeles, aku cuti..

aku :demmit..!


situasi 2.
dia : emi, apsal ko xjoin g rumah pena malam ni?

aku : ala, aku keje la esok. malas nak balik lambat. esok penat.

dia : seb bek aku cuti esok, so leh la g rumah pena malam ni.. esok leh tido sampai kol 10pagi..! yay2..!

aku : wt* ..!!


Hah, abaikan. tak terjejas kehidupan aku pun. hahaha. ckup2 la menjeleskan aku yang memang cinta pada hari cuti.

anyway, aku nak citer pasal program kawosh amal kerjasama Yayasan Salam Malaysia, kelab Vivac, dan masjid SSAAS, Shah Alam yang berlangsung semalam (Ahad, 1 Feb 2009). Officially, ni program pertama aku ngan Salam utk thn 2009. Ye la, lepas program Korban Kemboja, aku simpan jersey Salam dalam almari- dan aku menyibukkan diri dengan komitmen lain. ekekeke..

aku ngan kawan-kawan ke laut aku di Yayasan Salam berhempas pulas membasuh kete2 viva, neo, myvi dan angkatan proton veteran malaysia ( proton saga dulu2 tuh, haha). ada jugak la basuh kete import (theee hee hee) camry misalnya yang mendatangkan kesulitan -tak dapat gerakkan kete ni sebab tak jumpa handbrake..haha. abg mat yang bawak BM (huruf belakang dirahsiakan =) pun tak jumpa handbrake. apekah??? canggih benor camry nih.
takda waterjet, baldi jet and getal paip pun buleh..

program cuci kereta amal ni diadakan di perkarangan Masjid SSAAS, Shah Alam. huh, dari pagi aku kat sana tau. dengan bantuan kawan2 Salam aku yang sememangnya pakar ->sebab dulu diorang bukak carwash tiap2 minggu untuk cover trip bawa penghuni Rumah Shifa ke Penang dulu. maka kami dapat membasuh berpuluh2 kereta itu dengan jayanya dengan sekelip mata. xyah pakai jin pun. teror kan??
tengok, kete queue nak masuk basuh tu.

aku xpasti berapa kutipan yang kitorang dapat. walaupun tak mencecah 10.2 juta (macam malam amal kat IB tu), tapi rasa seronok dapat menyumbang tenaga untuk tabung Palestin nih.
tahniah untuk korang sume yang terlibat dalam menjayakan program cuci-cuci nih, daripada tukang pegang tabung, tukang drive kete, tuan kete, tukang basuh tayar, tukang bilas, tukang bukak paip air, tukang letak sabun, tukang amek gambar, tukang jaga trafik, tukang tengok, dan semua2. Jasamu dikenang. huahuahua.

untuk kawan-kawan Salam yang kelaut , korang memang rock. aci bet, pasni kelab Vivac tender korang utk jadi tukang basuh kete..

ps : pictures credit to rejab yang baru angkat D80 ngan 50mm. more pictures and action, click here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...