April 28, 2009

hujung minggu bersama rakan-rakan yang aku suka

Malam Jumaat. aku bersama rakan-rakan yang aku suka menonton Rona di Taman Budaya Kuala Lumpur, dalam usaha menyokong industri teater tanah air(pergh..ayat xhengat) padahal niat utama kitorang nak nengok kawan kitorang Rafie yang berlakon teater tu..

Rona. malas nak ulas. cuma aku nak tanya satu je-adakah anda berprasangka terhadap pesakit HIV?
Justify FullRona : hidup adalah sandiwara.kita adalah pelakon dan alam ini adalah pentasnya.

Esoknya, kami bergelak ketawa di padang rumput taman tasik permaisuri, berkejaran dengan gelung dan belon, bersama adik-adik dari Rumah Solehah, dan makan-makan? sudah pasti.

Ahad pula, kami-kami khusyuk mendegar lawak Kak Lang sempena TOT untuk Bingkas Langkawi dan Perlis. Bingkas kembali lagi..! dan aku bersama rakan-rakan yang aku suka akan sibuk menjelajah sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara, bermula dengan Langkawi pada hujung minggu ni-err bermula esok sebenarnya. yahoo!

kami-kami di Yayasan Salam Malaysia memang orang-orang yang baik hati dan prihatin. Dan kami juga tidak berprasangka pada penghidap HIV! ahhaha. kasi up diri sendiri. kihkihkihkih..

ok. masa gembira sudah tamat. malam ni packing!

*Rumah Solehah merupakan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang menghidap HIV.

** Bingkas - Kem Bingkisan Kasih. sebuah program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan dana diperoleh daripada community link fund CIMB Bank dengan yayasan salam sebagai badan pelaksana.

*** sekali lagi orang tanya aku adakah kami-kami menerima bayaran untuk setiap aktiviti, setiap kali tu la aku rasa nak sekeh kepala. biasanya aku akan letak tangan kat belakang dan angkat jari telunjuk(bukan jari tengah, hahaha). bodoh. nama pun kerja sukarela. kalau rasa nak bayaran, g keje mcD. jika kamu rasa nak join Yayasan Salam sebab nak bayaran dan berjalan-jalan seantero dunia-demm. jangan hidup di muka bumi ni lagi.. terima kasih.

April 23, 2009

khamis : pasar malam belakang rumah

aku tengah makan kuih yang agak rare.








kuih siput.
ye la..
mana nak cari selain di jual kat kantin sekolah ngan masa hari raya?

ps : petang ni aku mau pekena nasi kandar kayu kat SS2! huh gile heaven. nasi beriyani+ kuah campur + ayam potong-potong + kanja (ke ganja??).. giler, kecur dah air liur aku. mengidam!

April 22, 2009

rabu : untuk Dia yang aku kenal..

hari ini hari jadi Dia.









hey,
kita dah satu umur sekarang,
walaupun berbeza satu kelahiran!

April 21, 2009

selasa : 3 hari lagi nak jumaat

aku dah sehat banyak.







pergh,
baru ada selera nak tengok lelaki.
hah?

April 20, 2009

isnin : cuma menarik jika ia hari cuti.

aku baru pulang dari satu kem.
bersama orang-orang yang kongsi satu minat yang sama.
aku dapat ramai kawan baru,
walaupun aku tak ingat nama.
tapi itu lain punya cerita.

aku ngah lepak2 dalam istana hinggap,
borak-borak kecil dengan beberapa teman,
pastu ada sorang minah ni tiba2 cakap
err, u know what,
muka u mcm sofea jane la.

aku gamam.
tapi aku xleh la buat muka gelojoh.
orang cantek kena kool.
aku sengih2.
aku baru kenal dia 10minit.
haha.haha.haha.haha.
lawak untuk tahun ini.
zeti, terima kasih.
aku akan anggap itu satu pengalaman manis.

gua kontrol muka lagi sekarang.
orang cantek kena kool.
hahaha.

kasut-gombak bersama orang-orang yang punya SLR telah berkongsi kasih dan sayang di Kem Back to Basic, Rimba Warisan Kemensah. terima kasih daun keladi kepada fotomedia dan comitee dan guruS dan sifooS yang memang tidak boleh dipisahkan dengan air. eh?

April 16, 2009

alveolus aku sudah tidak sekenyal dulu..

nasi putih, sup kosong, ayam tawar.
rasa macam nasi hospital.







argh..!

ps : gua mau ucap terima kasih pada sarip. banyak berbakti sama gua.. ini sakit camna mau transfer balik kat ko, heh?

April 13, 2009

tuala good morning dan pampers..

3 hari.
RM2.8K.







tu jual barang singget-singget je tuh. rugi sape x datang. kasut grendha kitorang jual 10ingget je. tahniah kepada sarah dan fait, projek manager program kali ni. dan member2 seangkatan di yayasan salam yang bekerja keras untuk menjayakan program jualan amal ni, berkampung 3 hari di amcorp mall dan bikin kecoh.

kepada pembeli-pembeli, sah korang memang baik hati. dan kawan-kawan aku, korang memang BEST!

April 10, 2009

ini tiada kaitan dengan kabinet baru.

kepada kamu semua yang baik-baik belaka.

jemput datang ke amcorp mall bermula hari ini (jumaat) hingga ke ahad, kerana kami (yayasan salam malaysia) dan rakan-rakan NGO lain akan berjual-jualan. pelbagai barangan boleh didapati seperti buku, pakaian dan aksesori, cd etc.

datanglah bersama teman wanita/ teman lelaki anda kerana orang-orang yang kool dan romantis memang akan ke sana. mamat khalid misalnya. haha.

peluang untuk anda beramal dan memberatkan bahu kanan.
gerai kami dibuka pada :
jumaat-ahad
10 april - 12 april 2009
10pagi-7.00 malam (atau 10 malam??).
amcorp mall, petaling jaya
(sebelah federal highway tu, exit jalan utara)

oh ye, satu lagi. belajarlah menggunakan pengangkutan awam. amcorp mall juga boleh diakses dengan mudahnya menggunakan sistem transit ringan aliran kelana jaya. sila turun di stesen taman jaya. jika anda masih belum nampak kelibat amcorp mall, maknanya anda mungkin boleh hidup 3 jumaat sahaja lagi.

hahaha.
datang ya? aku juga akan berada di sana.

April 8, 2009

Survey: Young Malaysians Relying On Internet For Info

Dapat ni daripada panadol.. ada ke nak kecoh pasal co dia conduct servei ni. hehe. ko patut jadikan aku salah seorang responden. tau?

KUALA LUMPUR, April 7 (Bernama) -- Young Malaysians are increasingly relying on the Internet for information and to keep themselves up-to-date, according to a recent survey by market research company Synovate.

About 45 percent of the Malaysian youth interviewed in the survey said they planned to use the Internet more than other media, Synovate said in a statement today.

"Young Malaysians are definitely turning to the Internet more for their information and entertainment needs and it's not surprising that the Internet is slowly becoming the medium of choice," said managing director of Synovate in Malaysia, Steve Murphy.

The fourth annual Synovate Young Asians study looks at what's in the hearts and minds of the region's youth, revealing their media consumption, purchase habits, attitudes, favourite singers and cartoons.

It covers 12 markets across Asia, including Japan and Vietnam for the first time. Besides Malaysia, the other markets were China, Hong Kong, India, Indonesia, South Korea, the Philippines, Singapore, Taiwan and Thailand.

The survey, supported by Microsoft Advertising, MTV and Yahoo!, found that young Malaysians were active bloggers with close to half (48 percent) spending a portion of their time blogging.

"Malaysians in general have embraced blogging and bloggers alike as a way of expressing themselves and this virtual form of communications has certainly had an effect on the nation's youth," Murphy said.

"A total of 21 percent of Malaysian youngsters create and update their blogs regularly and this figure is expected to rise," he said.

The survey also found that young Malaysians aged eight to 24 spend an average of 1.2 hours a day on email, one hour and thirty-six minutes a day as part of online communities, two hours and 48 minutes on instant messaging and two hours and 36 minutes on other Internet activities. -- BERNAMA

kelebihan satu gol di tempat lawan, semoga arsenal bernasib baik di emirates..

aku rasa kamu semua(tak semua rasanya) pun berkobar-kobar macam aku, dari pagi menunggu pengumuman barisan kabinet baru hari ini.
tapi tu la, tak jadi pulak.
kena tunggu esok.










tapi aku nak kasi bocor satu rahsia.
ini bukan khabar angin,
ini berita sahih.
itu budak nama kasut-gombak, dia memang tidak tersenarai.
hahahahahaha.

April 6, 2009

jadi calon tapi diri sendiri tak daftar pemilih.. aduyai.

alhamdulillah.
kawan-kawan aku semua dah selamat kembali ke tanah air.
zehan dan kak alisah dah selamat kembali dari menunaikan ibadah umrah.
arip, fifi, ina, kareem, zam, elly, fait dan syuk dah kembali dari HK dan China.
rejab, nik, aniza, sham, sam, sarah, diana, ida selamat kembali dari Temasek (kes dengki ngan budak2 g China)
alhamdulillah,
semua telah selamat pulang dari kelaut.
1 benda je pun yang buat aku beria tunggu kepulangan diorang neh.









aku nak souvenir!!!!!!!!

ps : dan aku tau pasni derang sume ikat perut. lmbt lagi gaji neh! hahahahahaha

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga

i.
hujung minggu yang memenatkan tetapi menggembirakan. 2 hari berkampung kat rumah woren dan rumah biru. kenduri Bee dan Wan. kawen jugak diorang berdua akhirnya walaupun percintaan diorang berdua kadang2 dilambung badai.

Bee memang seorang kawan yang BAIK. kawan propaganda nih. hahaha. banyak sangat jasa dia neh kat aku. tak reti aku nak cerita. Bee, aku doakan yang terbaik untuk ko ngan Wan! aku belum uplod gambar lagi, tapi ada la beberapa link gambar diorang berdua kat cni.. dan cni..
ii.
akhir2 ni aku rasa aku cicir banyak barang. dalam 2 minggu ni, aku tercicir walet (luckily jumpa balik), tiket earth hour (aku pegang tiket untuk 17 orang lain tapi tiket aku sendiri xda), hilang payung (yang ke-2 dalam masa 2 bulan) dan yang ke-4 untuk 6 bulan terakhir, aku salah bayar bil, salah akaun kat cimclicks. dana yang cukup untuk aku survive 2 minggu. banyak siot. yang paling pelik, aku bukan salah 1-2 nombor, tapi aku salah masuk semua nombor. ntah nombor sapa2 ntah aku masuk. orang cimb tu pun boleh pelik,
"camno hah ko buleh salah nombor banyak sangat neh?"
aku diam, xtau nak jawab apa. aku cuma akan diamkan diri je kalau aku xdapat refund balik duit aku-mengenangkan kebodohan diri.

dan semalam aku tercicir LAGI akses kad ngan TNG aku kat KL Sentral.. aku seluk poket tengok ada card holder kosong dengan lanyard je. DEMM!

dah la aku baru je buat kad baru 2 bulan lepas sebab kes tercicir gak. masa tu seb bek xkena denda tapi jenuh gak la nak menjawab. dalam kepala otak aku dah pikir camne nak menjawab kat HR + jumpa lee kuan + denda + beli TNG + topap TNG . aduyai.. denda bukan sikit, pendek kata cukup untuk belanje korang sume makan kentaki.

tapi aku tenang beb, kena kool. aku trace balik laluan aku, tapi sebenarnya aku sndiri hilang jejak. aduh. aku pun pi la jumpa orang kaunter information, cuba nasib. tapi dia kata xda plak orang pulangkan kad. harapan terakhir, aku menapak g pondok polis. last resort.

aku masuk, baru je cakap say hilang akses kad- jeng jeng jeng -bapak polisi tu sengih2. waah, positif. aku suka gile. poket aku tetibe rasa tebal balik. esei 500 patah perkataan yang aku dah draf dalam kepala otak terus aku delete. rasa macam menang motor je masa polis tu pass akses kad ngn TNG kat aku. hahaha.

walaupun kena ceramah ngan polis tu,tapi aku xkesah dah. aku melangkah keluar dari pondok polis tu dengan rasa lega yang amat. tapi aku dah jalan 3-4 tapak, baru aku perasan aku tertinggal suratkhabar yang aku baru beli kat meja polis tadi. hmmm.. xpe la, xnak patah balik. nanti polis tu perasan plak aku memang 'cakduh'..!

ps : terima kasih kepada antie yang jumpa kad aku dan hantar kat pondok polis. aku rasa cam nak hadiahkan dia bunga ros sedozen tapi tu la, dia x tinggalkan kontek num/ nama pun. terima kasih antie! ~~ bukan maksu yek! jangan aku tercicir boifren aku sudah. hahahaha.

April 3, 2009

aku gian nak mengundi. xda sapa2 nak tarik aku jadi pengundi hantu?

nampak kekosongan pada katil itu?
roomate aku dah pindah, nak bersatu dengan rusuknya dah petang ni (nikah la)
jadi aku dok sorang2..

aku mahu mengisi kekosongan itu.
aku ingin membuat tawaran kepada kamu semua,
tapi;
ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu sebelum menerima aku sebagai teman hidup, eh teman sebilik.

kekurangan-kekurangan aku.
1- aku xberdengkur (wah, berdengkur satu kelebihan rupanya)
2- aku xda broadband
3- aku xmasak dalam bilik (ingat ni hostel ke?)

jika kamu-kamu ni kebal dengan perkara-perkara di atas, leh la jadi partner aku..

dan 1 lagi syarat, kamu mestilah wanita. kaum Adam tidak digalakkan sama sekali memohon kerana dikhuatiri mendatangkan fitnah.
haha.


sapa sudi?

April 1, 2009

talentime : if the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun come out at night..

"mak, jika mak mahu saya berhenti berjumpa dengannya, saya akan berhenti berjumpa dengannya. tapi mak kena ajar hati saya melupakannya... kerana hati saya tidak tahu bagaimana caranya"
itu antara dialog Mahesh dengan ibunya apabila dia disuruh berpisah dengan Melur kerana perbezaan agama dan kepercayaan.
Talentime, filem yang agak lagging namun sarat dengan unsur skeptikal dan sterotype yang merajai pemikiran kebanyakan mentaliti masyarakat malaysia. ia filem tentang cinta, tentang kepercayaan, tentang agama, tentang hubungan antara kaum di malaysia.

Talentime, terlalu banyak watak la. tapi dah itu ceritanya. aku xberminat nak bercerita tentang gaya lakonan Pamela atau Jac (aku rasa Jac memang bagus, dan Pamela agak kaku terutama apabila bercakap dalam bahasa melayu, macam baca berita, hehe) tapi apa yang aku nak kupas adalah isu2 yang ditimbulkan oleh yasmin yang bagi aku menggambarkan apa yang betul2 berlaku di luar sana.

1- pembunuhan Ganesh pada hari perkahwinannya. keluarga jiran sedang bersedih kerana kematian(malam tu ada majlis tahlil)- dan keluarga Ganesh meraikan perkahwinan. keraian+kematian= clash. memang sukar mengagak siapa yang membunuh Ganesh namun ada satu babak kakak Ganesh menggambarkan "mereka kelihatan seperti orang kuat beramal(semayang 5x sehari), tetapi mereka tak punya perasaan" dan ada satu dialog lain "kuil kita dirobohkan, apa lagi yang mereka mahu" (lebih kurang la, aku xigt). jadi disini aku assume yang membunuh Ganesh adalah Melayu.

2- Kahoe, seorang pelajar Cina yang bijak tidak senang dengan kehadiran Hafiz. Kahoe melaporkan kepada guru mereka, mengatakan Hafiz berbohong di dalam ujian (hafiz main baling2 dadu ketika menjawab soalan tersebut). namun sebaliknya, hafiz mendapat 100 markah. dan kata Cikgu Tan, Hafiz membuktikan perjudian adalah satu penipuan kerana jika membandingkan jawapannya dengan membaling dadu dan jawapan yang dijawab sendiri adalah jauh berbeza (hmm, cmne nak cerita ek).

Kahoe juga mengeluarkan satu kenyataan "ko xpayah belajar pandai2. xpayah berusaha. nanti ada orang tolong jugak" dan Hafiz menjawab, "aku tak mahu dibantu la, sebab tu aku bekerja keras.." ni mesti kisah hak keistimewaan orang melayu, kuota, subsidi dan pelbagai bentuk bantuan yang disediakn oelh kerajaan untuk membantu orang Melayu.

Kahoe juga meminati Melur, berdasarkan kepada lagu "Mo Li Hua" yang bermakna Melur dibawakan oleh Kahoe untuk Talentime.

3- yang paling utama tentulah hubungan cinta terlarang antara Melur dan Mahesh. Mahesh, seorang bisu ditugaskan untuk mengambil dan menghantar Melur sepanjang tempoh latihan untuk Talentime. Melur, yang tidak tahu Mahesh seorang yang bisu merasakan Mahesh seorang yang kurang ajar kerana tidak pernah menjawab setiap kali Melur mengucapkan terima kasih kepadanya, dan ada satu ketika, Mahesh melempar batu kepada Melur membuat Melur naik angin.

Melur hanya mengetahui kondisi Mahesh daripada Hafiz, menimbulkan rasa bersalah. and the rest history (aku tak ingat sangat la). Sangat kelakar apabila melihat nenek Melur cuba bercakap dengan Mahesh, penuh perasaan dan intonasi sebab kononya nak Mahesh faham pergerakan mulut la. "you think mahesh can understand your Yorkshire accent?" disambut hilai tawa satu panggung (mungkin xsmpi 20irang je pun ada kat dalam panggung tu).

paling kelakar bila diorang dating 2 orang kat taman, tiba2 muncul budak2 yang dalam umur 2-3 tahun dengan memakai pampers sahaja. memang imaginasi tak boleh blah masa tu. mcm iklan drypers. aku punya bantai gelak masa tu. aku suka puisi yang Melur selalu bacakan untuk mahesh, "if the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun come out at night.."


dan aku rasa itu juga yang Mahesh sampaikan kepada Melur masa kat tangga. kena tengok lagi sekali cerita ni, nak dabel check betul ke itu yang mahesh cuba sampaikan kepada Melur.

4- aku juga suka hubungan antara Embun binti Abdul Rahman (ibu hafiz, lakonan kak Yan) denagn Jit Murad (xingt nama dia). memang kelakar habis. walaupun hubungan mereka hanya di katil hospital( apa korang pk, masa tu cik Embun sakit, jit Murad datang melawat, 2-2 pakai baju hosital kaler hijau tu ok)..memang sweet dan kelakar. Jit Murad akan datang dengan berkerusi roda, dan Embun tanya dah lama ke duduk atas kerusi tu. balas Jit, "saya jarang berjalan, selalunya saya terbang.." dan la dia cakap xda orang nampak dia, invisible kononnya. aku igat dia ni malaikat maut la. haha. Embun (ibu hafiz) bergelut dengan ketumbuhan otak akhirnya meninggal dunia dengan memegang sebiji straberry pemberian Jit Murad di tangan. sedih masa Hafiz datang dan peluk mak dia atas katil.

5- perasaan skeptikal Datin Kosong (Kalsom lakonan Ida Nerina) terhadap Cina digambarkan dengan cara Datin Kalsom enggan memakan masakan yang dimasak oleh MeiLing. "ko dah check ke ntah apa MeiLing pegang kat rumah dia?" jawab oleh melati, adik Melur."a'a, kat rumah dia ada 5 ekor anjing yang besar..". ha, kena sindir.

Datin Kosong cuma merasa lega apabila mengetahui Mei Ling telah memeluk Islam. tapi standed la, "apsal tak tukar nama melayu?" dan dijawab adik Melur “auntie Mei Ling masuk Islam, bukan masuk Melayu atau arab,” aku rasa antara apa yang cuba disampaikan kat sini, orang2 yang konon golongan atasan (datin) yang mungkin berpendidikan pun punya perasaan stereotype cam gini.

itu antara babak-babak (sikit aje) dalam cerita Talentime. itu belum masuk kisah cikgu Adibah dan cikgu Tan yang suka kentut , kisah seorang budak Cina yang memang tak putus asa nak join talentime, semua ujibakat dia menyelit. hahaha. nak cerita panjang-panjang pun bukan korang nak baca.aku bagi thumbs up , 5 bintang, 10/10 utk Yasmin. dia tidak pernah mengecawakan, filemnya tak pernah mengecewakan. lagu-lagunya segar dan puitis. bagi aku, filem ini memang dekat dihati, memang menyentuh hati, bisa membuat aku berbunga-bunga. xperlu berguling-guling kat taman bunga, tukar baju 5-6 kali sampai ke Switzerland, dalam cerita ni naik motor honda lampu bulat pun aku tengok dah sweet gile. hahaha.

simple, puitis, penuh jiwa, sarkastik, agak terbuka, berani, yang penting REAL.

ini yang aku mahu. ini filem yang aku mahu tonton. bukan senang nak tarik aku g panggung tengok cerita melayu. tapi yasmin, memang aku tunggu. dan Julai ini, nantikan Mualaf. bertuah orang2 di temasek, dapat nonton Mualaf dulu dari tempat kita.

ps : bagi sesetengan orang mungkin beranggapan, ala Yasmin. standard Yasmin pastinya akan dilatari dengan bahasa dan lagu yang puitis, ipoh, bangunan olskul, dan penuh berbudaya (betul ke ayat aku ni, hehe). bosan la. xda kisah lain ke? namun bagi aku, ini filem memang sangat Malaysia. aku suka sesuatu yang real. apa yang Yasmin berikan pada aku memang real. aku memang xsuka kisah2 drama kat tivi, duduk rumah besar2, bawak kereta besar2, kisah orang main golf, bawak kereta takda bumbung. huh, memang tak boleh belah. yang aku pelik kan, suka bebenor buat cerita kisah2 korporat ni, orang2 gitu tengok ke drama2 melayu camtu? yang main2 golf tu, bisnes juta2, kawan ngan datuk-datuk, tan sri-tan sri, ada masa ke nak bukak TV3 tengok Spa Q kol 6?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...