September 16, 2009

tipikal entri nak raya

stanrdard ISO 2000:9001, nak raya mesti sume pun kasi post entri kad raya.
bulan boleh makan siang akan menjelma lagi beberapa hari je.
anak en. zul -ala si erme tu. oh, xkenal meh? ala, tuan punya blog nak cakap
"Selamat Hari Raya"
kalau korang ada buat open house, apa salahnya jemput aku kan walaupun jadual aku bulan depan dah full. tahun ni aku beraya as a anak dara lagi tau.. jadi sah-sah balik kemaman. sapa2 rasa nak pekena kopi haipeng, atau lepak ngan aku kat pantai kemasik sambil makan pisang goreng nangka panas sambil photoshoot raya, roger-roger la. roger kat blog buleh. dan untuk yang pulang ke kampung, aku cuma nak cakap, raya kat kampung tu memang lagi best dari raya kat bandar! kan?

September 8, 2009

siri bercakap dengan kawan : jehan kaya

Itu jehan kaya. ada kamera macam aku. canonian. geng 50mm tapi 50mm dia dah hancus, luluh. budak yayasan salam, suka makan, suka makan dan suka makan. pekerjaan, jilat setem di pos malaya. nama lain, dabel chin. sebab? lu fikirlah sendiri.

September 1, 2009

Misi jejak kasih i.

Aku sekadar mahu berkongsi cerita. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Segala cerita dan gambar adalah benar, dan ia untuk peringatan kepada aku juga supaya sentiasa menghargai setiap hembusan nafas hidup ini.
Itu adalah Zul, sedang berkejaran dengan buih-buih ombak. Dia gembira, kerana dia baru sahaja ditemukan dengan abang dan kakaknya, yang telah terpisah sejak kecil. Aku, Arif, Zul dan Mak As (misi jejak kasih ii) mengharungi perjalanan yang jauh, dari kota penuh lumpur hingga ke utara Malaya dalam usaha menjejak kasih, mahu menyambung semula satu hubungan yang terputus akibat takdir yang kurang baik.

Zul hanya berusia 2 tahun apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat HIV. Dia dipisahkan daripada abang dan kakaknya (ketika itu, abang dan kakaknya masing-masing baru berusia 8 tahun, dan 4 tahun) untuk di hantar ke sebuah rumah perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak HIV di Kuala Lumpur. Zul dibesarkan di sana. Dengan berbekalkan hanya nama kampung, kami menjejak kedua beradik ini tanpa kesukaran. Perkara baik, memang Tuhan permudahkan jalan. Alhamdulillah.

Pertemuan mereka bertiga memang penuh emosi (ngeh, aku sedih betul masa tu sampai terpaksa nyanyi-nyanyi dalam hati kasi hibur). Abang Zul, Mizi berusia 15 tahun, hanya tamat tingkatan 1 membanting tulang membantu meringankan beban keluarga besar ibu saudaranya. Zarina, kakak Zul bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tidak dapat dipastikan sehingga tingkatan berapa kakaknya akan bersekolah. Kecuali Zul, kedua-dua abang dan kakaknya sihat dan bebas dari HIV.
Zul, kini berusia 10 tahun sedar yang dia tidak lagi seorang diri dalam dunia, masih punya saudara sedarah sedaging bernama abang dan kakak. Walaupun pertemuan mereka sangat singkat, namun itu adalah hadiah paling bermakna di bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk aku dan kamu-kamu yang punya otak rasional, dan ilmu dan iman dan akal (ya, akal yang membezakan kamu dan haiwan), tolong sayangi diri sendiri. Tolong jangan rosakkan diri. Hidup ini terlalu indah untuk dirosakkan begitu sahaja. Lebih baik mati daripada menjadikan hidup merana.

Terima kasih tidak terhingga untuk kawan-kawanku yang hebat dan baik hati, jika tidak kerana mereka yang bersusah-payah menggali sejarah, tak mungkin keluarga Zul dapat ditemukan. Untuk Tuhan, terima kasih kerana beri aku peluang untuk melihat dunia orang lain.

Semoga hidup mereka diberkati Tuhan. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...