September 20, 2012

Getting around Delhi

Cara paling mudah dan cepat dan kalau dah malas sangat na fikir camne nak melawat tempat-tempat menarik dalam Delhi, boleh naik Hop On-Hop Off Bus. Harga Rs600  (Rm70 )per person/route, tiket valid untuk 2 hari (skang xberapa sure). Dulu harganya Rs300 aja. Kalau saya, saya suggest amek Red route, sebab saya suka Red Fort dan Jama Masjid dan Chandni Chowk pn dekat. dan boleh g India Gate. 
Jama Masjid
Dan dekat area Jama Masjid ada salah satu restoren femes dan dikatakan the oldest restaurant in Delhi. Sejarahnya bermula sejak zaman dulu kala, dikatakan owner tu dlu tukang masak dari istana di zaman Moghul. Namanya restoren tu Karim.Kalau dari jama Masjid, keluar ikut kiri, nanti ada jalan sebok setentang ngn pintu tu, jalan la jalan jalan pastu hah tanya orang. sebab kedai tu celah lorong.  saya tak berapa suka briyani tapi ada satu Kebab Shikh, sedap. tapi mahal kot. untuk harga Malaysia pun kira mahal.
Karim's restaurant.

View dari depan Jama Masjid. and dont worry. that guy still alive. he's only sleeping. hehe
Saya jalan kaki je dari red fort ke Jama masjid tu. bergantung pada bulan berapa korang ke situ. 1st time sy ke sana ms musim panas, bulan Jun. sangat panas, sengsara okeh rasa nak sorok muka dalam tanah. But this time, bulan march dah penghujung winter.Agak sejuk, kalau malam tu boleh mencecah 14°c. Kalau siang angin sejukkk. Nyaman je nak jalan2. banyak lagi benda menarik nak tgk ke delhi ni, tapi saya rasa kebanyakan tempat nak masuk memang kena bayar dan ada pemeriksaan keselamatan yang agak ketat. tak payah lah nak bawak benda pelik2. ext HDD pn diorg suh bwk keluar dari beg. Dan seperkara lagi, kebanyakan benda memang murah, tp entrance fee utk stiap tmpt yg dilawati tu, kalau total up boleh cecah Rm100 satu hari. Lain lah kalau korang local. ehehe.

Delhi - Pahar Ganj

Delhi, metropulus (hehe) kedua terbesar di India. Paling besar tentulah Bombay tapi Delhi adalah pusat pentadbiran dan pintu masuk paling senang kalau nak melawat ke tempat-tempat menarik di India utara. Agra cuma 2 jam dari Delhi, Jaipur lebih kurang 5 jam, Jodhpur 11 jam, Varanasi 11 jam kalau kira belas2 jam tu dekat la. Cuba bayangkan turun kt Kochi atau Bangalore, 3 hari 3 malam la baru sampai Delhi kalau naik ketapi hehe.

Masa saya kat sana, saya stay kt Vivek Hotel, Pahar Ganj. Pahar Ganj ni kira mcm chow kit la, xpn mcm Jalan Tar, penuh ngn backpackers lodge, price ranging from Rs200- to mahal2 suka hati la nk cari rate brp. Standard 1 malam saya duduk kt hotel Rs700, lebih kurang RM40-RM45 satu malam. Hotel okey dah tu,  ada aircond, bilik air, ckup2 lah utk saya yang memang bajet, dan yang penting tempat ni dekat gila dengan New Delhi Railway Station, memandangkan nadi pengangkutan utama saya adalah keretapi. Jalan kaki je dah sampai. memang dekat. 

Vivek hotel. Ni pagi, dalam kol 7pagi, sunyi sepi. Bila kol 10, Pahar Ganj sangat happening bila kedai-kedai dah bukak.
Cara ke Pahar Ganj paling senang dan murah. Korang boleh arrange dengan hotel untuk pick up dari airport. Harganya lebih kurang Rs500-Rs700 per taxi. Kalau xnk, naik pre-paid taxi atau pre-paid auto (kalau berani lah, kalau agak2 takut kena tipu nanti diorang bawak ke tempat lain hah cmne?) ataupn naik metro.

Ada metro dari Airport terus ke New Delhi Railway Station (Ajmer Gate). Tambang lebih kurang Rs80. lebih kurang RM6 aje. Bila sampai, terus ke stesen keretapi, naik jejantas utk cross ke belah Pahar Ganj. Senang cite, Metro tu anggap Monorel Brickfield, utk ke Hilton, kita kena masuk KL Sentral utk cross ke Hilton cmtu la. Xjauh pun dr Airport ke Pahar Ganj, tapi kalau rasa nak tgk zombie kampung Pisang, hehe ce try naik auto malam2 nanti ngn baju koyak rabak jalan senget melintas jalan. hehe. 

-----------

Nnti samb camne nak jalan2 kt Delhi plak.

India trip -seken time

Sorry, cerita trip June 2011 pun tak abes cite. tapi dh lupa sume.

Xpe, sy cite trip March 2012 plak.
Ulang balik route yang sama cuma kali ini pergi dengan cinta hati, melihat keindahan dunia sambil berkongsi hobi dan cari chemistry ecehh. (hari2 gaduh okeh).

dan saya kira ini memang rezeki saya untuk pergi kali ke-2 sebab entah macam mana, tiba2 AA xda buat promosi pun, tapi tup2 tiket murah pula. apa lagi poie je la. dan memang syukur sangat sempat pergi, sebab kitoang naik antara flight terakhir dari Delhi ke Malaysia. saya sedih la sebab India tu macam kampung halaman sendiri okeh (diorg sume mesti gelak ahahahaha)

Kitorang pegi dalam 12 hari kot. dan ini roughly itinerary saya.



2 Mac - 14 Mac 2012

2 - Fly in
3 - Delhi
4 - Delhi
5 - Delhi
6 -Delhi - Jaipur
7 -Holi (Jaipur)
8 -Jaipur - Jodhpur
9 -Jodhpur
10 -Jodhpur
11 -Jodhpur
12 -Agra
13 -Agra-Delhi
14 -Delhi
15 -KL

Plan asal banyak berubah sebab masa pegi tu time Holi, ngn tiket ketapi abes,stuck kat satu2 bandar tu lebih lama dari plan asal, pastu ngn booking hotel semua lari, dah la fully book, memang stress. tapi back up plan memang kencang main dalam kepala.



September 17, 2012

cerita lama

rasanya dah 2 tahun kot last entri pasal India. haha gila.
siap dah pegi lagi sekali masa Mac 2012, dan balik, kisah india episod pertama tu pn tak abes cite lagi.
dan ni tengah plan nak g lagi sekali jugak, tapi still xda pape. haha gila.

xpe la tunggu je la kalau ada.


nak kawen kat mana?

saya xpasti saya dah ready nak kawen ke tak.
tapi sies tatau nak kawen kt mana,
tp rasanya nak kawen kt area KL/Selangor aje.

saya IC no 11. saya mmg org teranung gila2. saya sek, belaja, membesor, balik raya sume kt kemaman.
tapi utk wedding saya, saya cadang nak kawen kt KL.
boleh kan?

saya nk buat majlis kecikk je, kecikkk sangat tapi kiut dan agak bajet dan yang penting orang-orang paling saya sayang- famili, dan all my bff boleh datang. kiranya nak nikah dan resepsi kt KL juga, hari yg sama, sekaligus sungguh2 ni.

ada 3 tempat dalam list.
1) dewan taman warisan pertanian, putrajaya
2) dewan sejarah, KL
3) Sangkot , hulu langat.

dan semuanya bergantung kepada bajet. masalahnya bajet takda lagi. camno hah?
hahahaha.


kasut-gombak rasa macam nak kawen. hahaha

hmm, lama x menulis kat sni. lama sungguh. dah la memang xda follower pun haha xpe. dan saya nak menulis semula. sebenarnya, saya ada benda besar nak buat. besar sungguh.blog ni kan macam diari. jadi alangkah baiknya kalau saya boleh menulis semula. jadi saya xlupa. saya leh trace dan mungkin leh share dengan korang sume. camne nak mula. gini citenya, kasut-gombak nak kawen. tapi tatau nak setat dengan apa. belum rancang apa-apa cuma terlintas aje haha boleh? boleh terlintas? kalau terlintas je boleh kawen ke? jadi ke? jadi langkah pertama, adakah bagitau bf sy yg sy dh setat plan nak kawen? euuuu hahahaa. ke kena bgtau mak dlu? hahahaha. ok sies tatau. korang rasa camne? hahahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...