December 25, 2012

blog kawen baru

blog baru pasal kawen-kawen je :


sila klik sini : http://lemon-gray.blogspot.com/

December 22, 2012

hari ini dalam sejarah kasutgombak kena pinang

15 disember 2012.
hari gila. hari cuak.
gila, saya punya cuak stok tak mau kuar dari bilik.
tiba2 rasa mau anta wakil.
ramai orang kat luar. 
tatau nak jalan camne, nak duduk camne, nak sengih camne;
urat pipi sakit tahan senyum sebab otak ligat fikir menda lain.
dalam hati, rasa syukur
seb bek xda pelamin;
seb bek xmekap;
seb bek xpakai baju bling2;
kalau x, urhh mesti lagi banyak mata melihat;
mesti lagi nervous.
bila kuar, saya ingat saya cakap kat makcik saya,
tak nak boleh?
rasanya ramai yang dengar kot hahaha
macam kena kawen paksa hahaha
ada jugak rasa nak lari dari bilik
tapi tatau nak panjat keluar celah mana.
bila tiba masa keluar, mata rasa kabur
tak nampak apa
dengar suara sayup2
emi pi duduk sana, ujung sana
nanti mak dia sarung cincin
saya tak tengok kiri kanan
jalan laju nak mati
saya tak kasi salam
tak tengok kamera
terus hulur tangan kiri kanan
cium tangan 
pastu salam semua orang, 
urhhh itu 10 minit paling lama
dont ask about photo
my bf is a photographer.
a good one. i think he is one of the best photojournalist in Malaysia
dont talk about his gear.
memacam.
me myself, juga suka amek gambar.
dan saya mahu yang terbaik la kalau bab2 amek gambar ni
tapi bila majlis ni? hmm
saya bagi G1x kat adik saya,
ema pakai kamera 400d lama saya, xda flash
dan sy expect bf sy akan suruh adik dia amek gambar
tapi xda jugak
abang ipar saya amek gmbr pki ipad
dan saya?
amek gmbr hantaran pn pakai telefon je.
hahaha hancuss.

dan hari bersejarah yang saya sangat nerveous nak tempuhi terjadi tanpa ada gambar2 cantek hahaha.
tapi saya dah xpedulik. org suh pusing amek gmbr pn, 5 saat saya blah. dan duduk sebelah nenek sampai semua orang balik. ye saya sangat malu dan gemuruh dan taknak jumpa sesiapa.
jadi jangan harap nak tengok gambar saya sarung cincin. hahahaha.

dan itu antara detik2 penting yang tidak didokumenkan dengan baik.
saya kena belajar cara kawal stage fright.
nanti nak kawen mesti lagi nebes.
takkan nanti xda gambar, kan? hahaha

btw lepas semua setel, saya, kembar saya, abang ipar saya, dan dia, kami ke Pantai Penunjuk di Kijal.
Bagi saya itu pantai paling cantik di Terengganu yang bukan kat pulau. tak da la sama macam kat redang atau perhentian, tapi utk pantai tanah besar, sies ini terbaik. ada lah amek gambar sikit2.



 tu je pun hahahaha. 

takpa la, janji semua selamat.
dan utk pengetahuan semua, baru masuk 7 hari saya bertunang, cincin dah hilang. uwaaaa







hantaran untuk dia

3 hari sebelum majlis saya ada audit urghhhhhh

tapi saya berjaya siapkan hantaran untuk dia berikan kepada saya (yg pink kaler tu);
dan saya dapat balik kg malam khamis, dan siapkan hantaran saya untuk dia pada sabtu pagi
dengan bantuan makcik2 saya. sies, sangat penat sebab hampir 3 minggu saya memang tido 3-4 jam sehari, u have no idea how tired i am.. huhuhu.

dan ini lah dia.. jeng2
ada 7 semuanya.
left to right
kain utk baju melayu, coklat, buah, kek (my fav..! it is rainbow cake and it is sooo beautiful) dan kuih2. i bought 2 steel container tu dan letak kuih akok dan creampuff.
lagi satu ada sirih. tp sirih biasa je, juga buat pakai bunga2 tissue bajet itu hehehe.


dan semuanya dah siap buat. yay!

December 12, 2012

yay siap satu part!

manage to finished my other half hantaran.
i choose to do it myself because hahaha i love to take control and i think maybe if his mom doing it, there's might be chance that it will  be full with bling2, glitters, ruffles, and bright pink kaler, or yellow, or gold heehehehe. (jgn marah makcik)


okey ini antara hantaran yg saya dah buat utk pihak dia anta kt sy. 
1. kain
2. cincin
3. buah (nnti taruk buah dlm tu)
4. coklat
5. kek kiut mcm entry sblm ni
6. tepak sirih (sies trlupa gila xckup 1 bantal)

yg dia kasi kt sy, satu haram pn sy xbuat pape lg. sy ada 2 hari lg utk siapkan semua tu hahahaha.
tp xpe sume sekejapp aje bisa disiapkan.

saya suke kotak tu dh la murah, dan nmpk ekslusif dan kaler dark brown yg kebetulan matching ngn riben. kan cantek dan simple and clean cut. suke gila.
tp klu ada masa nk tambah bunga tu keliling.

okey x?

December 2, 2012

bantal hantaran polka dot DIY

Ya bekerja macam orang gila.

boleh pulak ada audit minggu yang sama majlis di rancang.
struggle. cuti pun lum tentu dapat. rasa nak mati.
kalau tau awal2 kan senang.

tarik napas.


saya tahu saya nak buat bantal hantaran sendiri.
dulu tengok orang sewa RM10 satu dah rasa mcm murah,
sebab sies tak pernah tahu menda tu boleh bikin sendiri saje.

dan lepas gugel2, ooomaimakk so easy to DIY la.
so i went to Nilai (nk g jalan TAR but that time taknak sangkut dalam KL sbb perhimpunan agung satu parti kt PWTC jem kottt)
buat sendiri jugak

polistrin : RM3.50 satu x 14 = RM45.50
Kain cotton polkadot beli kt Jelita kelas koo RM15 semeter. angkut 2.5 meter RM37.50
Total : RM83

tambah lagi riben bagai hmm ada lah total kos dkt RM100.
kalau sewa pn RM130.
tp sebab saya pakai kain mahal. kalau beli kain langsir RM2 semeter lagi murah.
tapi plan nak sewakan kat orang jugak jadi no hal.

yang plain tu tissue paper. kain kotton 2 kaler, pink dan biru. ni test.

ni contoh satu dah siap. bunga tu cuma tatau nk lekat cmne. bunga buat dari tissue paper . tak nak gam sebab taknak rosakkan bantal.


amacam, kiut tak?

dan kalau ada yang terasa nak sewa bantal ni, bagitau je lah yeh. bantal pink ada 7, bantal biru ada 5. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...