June 21, 2013

hari gila

tak tahu berapa kali aku ckp aku gila arini
naik  lrt dari masjid jamek nak balik taman paramount je pon
tp mental nye tak tau la apa yang aku fikir,
mula2 salah naik
sedar pun sbb pelik, awat la xkeluar2 dari terowong ni
tgk2 kt klcc huh

dah tukar dah, tapi tiba2 mental.
pastu dh nk cuit orang sebelah,
"akak lrt ni reverse eh tadi?"

x ke gile aku tnye soalan cmtu tadi. hahaha.

June 15, 2013

Finland

hidup sekarang, bangun bukan main awal lagi,
tapi selagi tak jam 4 pagi, mata ni tak nak katup. huh boleh?
bayangkan mcm zombie je g keje, tido 2 jam kol 7 dh kena masuk opis? hmm

kebanyakan masanya aku tgk tv la. melayan cik estero bersiaran 24jam tapi aku tgk satu channel je , TLC. feveret

dan biasalah rancangan berulang2, tapi kekadang xpnah tgk pon.
dan semalam aku tgk psl finland. kagumm gile

Finland, sebuah negara yang kecik, dan cuma 30% je negaranya adalah daratan (haha xpn terbalik, 70% je daratan, 30% air) tapi bagi aku, negara yang hmmm tiptop utk diduduki (*note : aku lum bc/gugel psl 10 negara terbaik didunia utk diduduki) tp bg aku hmm finland tu cm best je.

"Finland, a country of forests and lakes, is perhaps best known for its unspoilt natural beauty. In the far north, the White Nights, during which the sun does not set, last for around 10 weeks of the summer. In winter the same area goes through nearly eight weeks when the sun never rises above the horizon."

bnyk benda bagus kat Finland ni, walaupun negaranye kecik, populasi sekitar 5juta orang, dan xda sumber asli, tapi kekaguman no 1 terhadap negara Finland adalah :

#1 "we dont have petroleum or gas, but our main asset is brain"
bapakk kagum aku bila dgr salah sorg penduduk dia ckp cmtu. percentage adult yang ada tertiary education adalah tinggi, dan yang bagusnya diorg xkan brag pn diorg ni pandai. hmm, klu kita tgk kt tv, mat saleh american (selalunye) akan brag tahu tu tahu ni, tp finnish xkan bgtau pn diorg tahu benda tu.

#2 education
Sistem pendidikan Finland diiktiraf sbg no 1 di dunia. part ni aku kagum sbb :
1- sesi persekolahan hanya bermula pada umur 7 tahun. xda pre school
2- masa gred 1, diorang akan belajar 5 bahasa- English, Finnish, Swedish, French & Russian (xsilap)
3- segala2nye percuma. dari buku sampai makan sampai lah ke transportation, semuanya percuma hingga umur 16 tahun. dan utk remaja yang tengah belaja pn, semuanya disubsidi termasuk tempat tinggal dan transport, bernilai lebih kurang 500 euro sebulan (perghhh)
4- sek kerajaan sangat bagus sampaikan sekolah private tak leh bikin duit kat sana. haha maksud aku, sek kerajaan bagus, xda permintaan utk ke sekolah swasta hehehe

#3 nature
Bab nature ni aku suke. kalau korang drive 10minit dari CM, korang rasa korang sampai mana? paling2 pun mesti sangkut kt roundbout kt Masjid Negara tu. Kalau kt Helsinki, korang naik bas 5 min korang akan sampai kt kampung. kerajaan sediakan plot2 tanah, diorg park kereta kt luar tu, lepas tu kt tanah tu  diorg boleh bina kotej kecik, dan diorg leh bercucuk tanam.gardening. comell kot. tenang. walaupun utk setiap orang keluasan tanah tu kecik je, tapi kalau masuk kawasan tu jadi kagum. rasa mcm duduk dlm hutan. dan Finland ada undang-undang, lebih kurang, alam sekitar adalah milik setiap insan (haha ayat). setiap orang ada hak utk kutip cendawan ke, kutip paku pakis ke, kt kwsn tanah sesapa wlpun property orang selagi tak merosakkan alam sekitar. dan diorg sangat menghargai alam sekitar.

#4 transport
sana xjem. kereta tak banyak. ramai orang naik bas, trem, basikal, jalan kaki. penduduk Helsinki tu dlm 1.5 juta orang kot, tapi kalau tengok bandar Helsinki tu, tenang je. majikan subsidi kos transportation utk menggalakan orang g keje naik public transport.

hm bnyk lagi klu nak ckp bab menda lain. tu belum lagi starter kit utk org yang nk bersalin la, hmm mcm2 la lagi kemudahan yang disediakan. belum lagi ckp psl teknologi. kagum gua. kat sana pun kebanyakannye cashless. semua bayar pakai fon. naik tambang bas pakai fon, beli air kt vending machine pakai fon  kelasss uolss.

aku kagum, sebab negara diorg xda balak seluas2 alam mcm kt malaysia ni, xda minyak xda gas tapi yet apa kerajaan dia boleh bagi kt penduduk. bukan soal harga kereta turun ke x, tapi mungkin leh contohi public transport diorg.

wahh cerita mcm dh penah g sana je hahaha. kbai






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...