December 6, 2014

Kolkata

Yellow cab, igt kat new york je ada
sangat suka Kolkata!

Bila nak travel, memula check dlu weather. tahu x India ni bnyk season? Jangan fikir panas jek. tak pun. dan setiap city pon lain2 cuacanya. India pon ada musim sejuk okeh macam kat New Delhi and Rajasthan (tapi bukan semua city), peak season dari bulan Dis-Mac. lepas tu panas. dulu first time g India tak cek pon New delhi tu cmne. rupenye bulan Jun super panas sampai takdaya nak tahan (masa ni hotel murah dan susah cari tourist hehe), tapi bila kitorang sampai Mumbai monsoon okeh. siap flight delay berejam sebab hujan lebat sangat (urgh memang salah kombo city haha).

Untuk trip honeymoon kali ni, kitorg g bulan enam (dah tahu panas kt New Delhi, kt Kahsmir pon summer tp suhu sedap lagi la berjalan siang sejuk sket, tapi dah tak larat nak postpone). tp kt Kolkata arghh monsoon baru nak stat! tetiap hari hujan hujan hujan hujan, lebat lak tuh. haha. apa kami mampu buat tetiap hari? duduk tengok jalan dari tepi hotel. macam gambar atas tu. nmpk jalan basah. hujan tuh. siap ada satu hotel tu masa nk ekluar, kitorg kena harung air, takda la dalam tapi tinggi dari kasut gak. masa tu kasut lencun abes tahap beli kasut lain untuk pakai sebab jemur pon tarakk guna sebab tak sempat kering haha.

pendapat aku, Kolkata best. sangat suke Kolkata. pastu rasa nk ripit kolkata. Kolkata ada signature mark, xsama mcm town india yang lain. diorg ada beca tarik tu dan yellow cab, dan ada tram. takyah g san fransisco. dah la buruk tramnya haha. Excited gile tengok tram tu. tapi tak sempat naik.

Pulled Rickshaw

Kitorang landing tengah malam. kitorg tido dalam epot atas kosi jek sebab dedua taknak amek risiko dengan naik cab malam malam takut kena tipu) dan tak decide nak duduk area mana pon lagi.  bila dah cerah baru naik cab pegi bandar untuk beli tiket ketapi. kat Kolkata pon ada tourist reservation bureau kat Fairlie Place (bukan stesen keretapi. takda keretapi pon kt situ). Dari epot, kitorang terus g situ. Kitorg nampak bangunan Indian Railway. teksi berhentikan kitorg dekat situ. bila kitorg masuk, security tu cakap outside outside. bila keluar tepi jalan tak nampak ape, kecuali nampak gerai orang meniaga. jauh jugak kitorang jalan tapi tak jumpa. patah balik jumpa security tu, dia cakap just outside. dah frust, kitorg nampak lah sorang tourist (mcm tourist tapi bukan mat saleh.) xda beg ke ape ke cuma dress up mcm traveller lah. kitorang pon lintas nak tanya dia. dah jumpa dia rupanya dia cina dari China dan kelakarnya dia langsung takleh cakap english. adeh. so how?

dia lepak dengan orang orang yang meniaga kt situ. ada sorg uncle boleh cakap english, dan dia pon tjuk. ok rupenye kaunter tu cuma dekat gerai gerai tu tak nampak sebab terlindung dengan gerai gerai tepi jalan. dah melintas baru nmpak sighboard besar tulih tourist reservation bureau kt building tu haha. 

alkisahnya, cina tu baru sampai India dan dia dibantu oleh uncle yg boleh cakap omputeh tu (dan dia pon leh cakap mandarin), cina tu tak jumpa hotel ke hotel taknak accept dia (maybe sebab dia xleh cakap pmputeh langsung, jadi dia terpaksa pegi balai polis mintak tolg. polis tu pon carikan chinese yang faham (kebetulan kt kolkata ada komuniti cina yg kecil, dan ada chinatown), jadi lelaki tu dtg dn tolg la cina ni dan bawak ke tmpt beli tiket ketapi ni.

Jadi aku pon tggu lah kaunter bukak dengan cina tu skali. uncle tu bila dh nmpk kitorg, dia suh kitorg temankan cina tu. uncle tu balik lah. nak borak punya la payah. cina tu install translation apps, jd perantara kitorg cuma lah telefon (yang translate pon xberapa paham haha). ada gak moment yang krik krik krik sebab apps tu translate merepek sangat haha). ms beli tiket pon aku tolg dia, sbb nmpk dia struggle sangat (luckily orang kaunter pon baik). dah siap beli, kitorg ajak dia balik hotel kitorg dan ajak diorg jalan jalan sekali. ketapi dia malam tp ms tu awal sangat lagi utk dia g stesen ketapi, baru kol 11pg. dh malam tu kitrog carikan teksi utk dia, dan suruh teksi tu hantar ke stesen ketapi. ms tu doa bnyk2 moga dia xsalah naik train. huhu.

ni la dengan cina tu. haih borak refer kat telefon jek.


utk yang tak tahu, sistem keretapi india ada kuota utk tourist dalam setiap train. Jd nk senang, g je beli kat tourist reservation bureau tu. dan diorg memang layan kita baik sbb dia tahu kot kita tourist, dan mana lah paham ngn sitstem ketapi diorg dan akan cuba bantu kita utk dapatkan seat terbaik dan ketapi terbaik). kalau korg dh ada itinerary, dh fix, hah beli jek semua sesiap. nak g ke mane, balik ikut celah mana, senang kalau tiket dah confirm.

kitorg tido area new market (ok duduk sini, market banyak, seronok, nak makan senang, memang area backpackers pon sini. hotel kt kolkata agak mahal. untuk 700 rupees bilik basic gile kot. klu kt new delhi tu 700 rupees dh dpt bilik ada ekon ngn tv.

jalan-jalan area situ semua jalan kaki. dan kitorg makan kedai dekat2 jek. tak sempat g tempat lain cuma duduk area situ. lepas tu keluar untuk g stesen keretapi Howrah. kt kolkata ada beberapa stesen ketapi so make sure check dlu tiket korang kena naik ketapi kat mana.kang terpaksa explorace plakk kat sana nanti.









Berapa bajet kah saya punya bajet?

First off all, saya memang bajet. saya bukan kedekut tapi saya memang bajet bila bab jalan-jalan especially pasal accomodation.

Tahu x saya xpenah bawak lebih dari seribu ringgit ke mana mana saya pegi? dan ada beberapa trip ke luar negara bajet seribu include tix return. (thanks airasia!)

dulu dulu AA deal memang murah.
JOGJA
saya pegi jogja tiket return brp jek. seratus kot? ke rm50? saya cuma bawak RM600. 200 daripadanya memang allocate utk accomodation (i wont say hotel, sbb err saya tido hotel ke? ahhaha), transport and makan. pegi 7 orang. saya kutip 200 setiap seorang (supaya takda sesapa short duit and selalunye bila pegi dengan grup kekadang orang ni bayarkan dlu, orang ni bayarkan lepas tu, lepas tu lupa nak kira la ape la last last short duit). sewa kijang 2 hari (ngam2 naik 7 orang), tido 4 malam rasanya, ngn makan. 200 memang ckup, jadi balance 400 tu semua utk shopping.

New Delhi-Agra-Jaipur-Mumbai (7 hari)
first trip g India pon rasanya saya cuma tukar RM700? xberapa igt. tapi half of it goes to transportation and hotel. Rough bajet almost seribu
- ticket KUL- New delhi dengan balik Mumbai-KL (total dalam RM200, gila murah okeh).
-tiket dr New Delhi g Mumbai (RM250, fly dengan Air India)
-transport dengan hotel untuk 5 malam, makan, spent about RM500 ( we went to 5 cities in 7 days, 2000km punya journey). belen shopping. average hotel dalam 1000 rupees, (lebih kurg 50-60) tu pon kebanyakan bilik family suite. sebab plan pegi 4 orang. last2 tggl 2 orang jek.

New Delhi-Jaipur-Jodhpur-Agra-New Delhi (14 hari)
second trip longer. Kali ni tiket return KL-New Delhi-KL about RM330
bawak cuma seribu. rasanya half jugak spent utk trasnport, makan dengan hotel. average hotel tetiap malam dalam 700 rupees (paling murah kitorg tido kt agra, 400 rupees, lebih kurg RM22 satu malam. takda ekon tapi masa tu Mac, dah nak end winter, pon sejuk. malam2 suhu drop sampai 14 degrees.

Kolkata-New Delhi-Srinagar-Pahalgahm-New Delhi-Kolkata
ni last trip aritu, kami spent more on flight ticket sebab tukar date plus beli tiket baru utk my husband. tiket return new delhi-srinagar cost us almost Rm1600 for 2 person. (gila mahal tp pejam mata sebab June is summer (weii panas gile kenot tahan thats why kiotrg nk g srinagar jugak at least sejuk dr tempat lain). tiket return Kl-Kolkata dah 600 sorg. giloes mmg kali ni duit perabeh kt tiket je.
Kali ni pegi tak tukar duit langsung, semua suami tanggung. tu pon dia bawak seribu lebih je haha. tido berapa malam je, sebab 2 malam memang tido dalam ketapi (22 jam journey dr Kolkata-New delhi, 44 jam total duduk dlm ketapi haha), dan satu malam tido kt epot Kolkata (sejuk nak mati).

Pegi kemboja pon sama, cuma bawak dlm 100 dollar (erk dh 4 x g kemboja),g singapore bawak seratus dollar, g thailand bwk 200 ringgit, haih ape lg.

gua memang bajet bajet punye org. kalau dlm malaysia pon kitrog suke tido tmpt unik mcm chalet comel comel, tak pnah tido high end resort ke, rasanya hotel paling mahal kitorg tido dalam malaysia ni kt langkawi. masa tu kononnya nak bercuti, tido kt HIG (hotel baru bukak sgt masa tu, dpt RM230 utk total 2 malam).

kitorg tak prefer tido hotel mahal2 (ratus ratus) sebab
-selalunya sekadar utk letak beg. kitorg klu berjalan, memang celik mata dari subuh sampai tengah malam baru balik. buat apa kasi beg duduk dlm bilik mahal2.
-bajet (haha). kekadang x semestinya kemudahan hotel tu pakai gak pon. and ada je hotel murah yg selesa. (macam tune!) kalau ada tune, memang tido tune. x kesah pon nk add ekon ke ape sbb aku memang xsuka tido dlm ekon, takda tv? haih ckup la dh keje ngn astro ni, siang malam pg ptg tgk tv, bnda trakhir aku nk buat bila travel adalah tgk tv!) . utk RM50 satu malam kt tune, dpt katil best,ada power shower, dah ckup bg aku. skang pon bnyk je hotel bwh RM80 yg okey.
-i need a good night sleep. but a good sleep doesnt mean you cannot get it from budget (ye ke?).
for me as long as i have a pillow, i can sleep anywhere. dari zaman buat keje volunteer dulu, smpi keje kt NGO (limit bermalam cuma RM120, selalunya berjimat gila cuba cari hotel yg lg murah), stended dh tido atas lantai. sleeping bag is my second katil dlu. tido kt lantai sekolah, lantai umah orang, jd bila dpt tido dlm bilik rasa sykur sgt. bnyk dh hotel aku tido kt dlm malaysia ni bawah RM70, skang semua hotel dh ok, nak nak yang baru. smua bed selesa, ada duvet putih tu, ada ekon ada tv so apa lg mahu?

btw, katil kat umah aku dah best sangat. tetiap malam aku tido atas katil yg selesa, sekali skala tido hotel murah xda nye menjatuhkan standed aku ke ape hehe.

tepuk dada tanya selera. ikut suke hati nak tido hotel bajet berapa, tapi kalau bab accomodation, memang selalunye aku bajet kat situ. sebab kalau travel seminggu nak duduk hotel harga 200, dah 1400 utk seminggu. bnyk tu. kalau poket tebal boleh lah. aku poket tebal gak tp lg prefer ketebalan poket tu disalurkan ke tmpt yg lain cthnye beli kasut ke, atau shopping kt ikea haha.








December 5, 2014

Honeymoon yang tertangguh

Post pasal India versi 1.0 pon tak abes tulis.

Lepas tu post pasal India versi 2.0 pon tak cite abes lagi.

Nah skang nak cite pasal trip ke India kali ke 3 plak haha.

First time pegi dengan kawan pastu jejaka bergelar boyfren sepatutnya follow. tapi beberapa hari sblm fly, dia plak kena pi Mesir utk cover satu assigment kat sana. phew terbang lah ke India dengan Sarah.

Kali ke-2 memang niat nak bawak jejaka bergelar boyfren tu pi sebab tahu dia memang suka amek gambar, maka terjadilah trip kedua (dan masa kami pegi tu antara detik2 terakhir sebelum AA menamatkan perjalanan ke New Delhi)

Kali ke-3 ni pi dengan jejaka bergelar suami. untuk honeymoon plak. Eii klu orang lain dengar, semua macam haih korang ni memang suke sangat dengan India eh?
Hahha, aah, yap aku memang suka gila dengan India, dan dia pon sama. senang cite, KAMI MEMANG SUKA INDIA haha.

Alkisahnya, kami dah plan nak honeymoon kat India sebelum tunang lagi kot haha. dah niat ni nak backpack sebulan. lepas kawen takda cuti, (kawen sept, plan g mac) jadi plan pi bulan mac (masa Holi festival, festival tabur kaler kaler tu macam dalam mohabbattein). tapi aku xlepas cuti bulan mac, laki aku g sorang dan tiket kitorg semua tukar date (so bajet dabel kat situ sebab kos tukar semua dah berapa lum campur beza harga tiket masa nk fly tu mahal la plak )

tak kesahlah cmne pon utk trip kali ni sepatutnya bajet tapi jadi over bajet lebih 3x ganda dari biasa. dari sebulan pi pendekkan jadi 11 hari jek. untuk sebuah negara yang besar, sebenarnya makin murah bila kita duduk lama sebab kita boleh travel naik trasnport murah mcm keretapi, tapi masa dh pendek terpaksa plak naik domestik flight (sebab kalau travel dengan ketapi ngn jeep amek masa nak sedap 3 hari. total perjalanan 6 hari). tp kitorg cuma ada masa 11 hari.

kali ni kami cuma nak ke Srinagar (Kashmir). kami turun Kolkata, naik ketapi 22 jam dari Kolkata ke New Delhi, dari ND ke Srinagar naik flight.
Ada flight dari Kolkata ke Srinagar (tapi semua transit ND). tapi kami memang suka ND dan rindu sgt kat ND especially area Pahar Ganj tu, kami decide naik ketapi smpi ND, rehat dlu baru pegi Srinagar.

Nanti sy sambung citer lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...