January 12, 2015

it is time for ID


alhamdulillah,
perkahwinan kami dah nak masuk setahun 4 bulan. tak sedor pong.
rasa utk 1st year ni, kami dalam phase honeymoon lagi. hehe. 
phase honeymoon, jalan2, shopping, makan, buang duit hehehe, dan spent brg utk rumah. 
kitorg skang duduk rumah sewa. rumah skang almost lengkap lah, geram gak kekadang xleh deko lebih2 sebab tahu takkan duduk lama pon kt umah sewa ni, sebab ada beli rumah ms awal2 kawen aritu. 

masuk tahun baru 2015 ni, kami dapat berita gembira rumah baru tu dh boleh duduk. skang tunggu dapat kunci jek. bila dengor nak dapat kunci, mmg hepi gila sbb saya suke deko2 rumah ni. umah sewa skang ni deko nya boleh lah, cincai carca marba walaupon tak sama mcm katalog ikea, tapi rasanya 90% perabot kt umah tu IKEA mari. jd masuk rumah baru ni. plannya nak jadikan rumah tu sama sebijik macam katalog IKEA haha. barang dah ada, tunggu masuk umah baru just tambah sikit2 dan yang penting boleh cat dinding! umah sewa skang dindingnya kaler oren, aduh xtau nak combine kaler cmne. dinding bilik putih tapi berkulat. nk deko lebih2 pon rasa alahai gerammnya dengan dinding ni kan. ahaha.

rumah baru tu kecik je. ckup lah utk kami berdua, dan bertiga (kalau ada baby, or anak kucing) dan yang penting mampu lah sket (walaupun rasanya mcm kena cut abes bajet jenjalan haha). umah apartment saiz 1070sqf, ada balkoni  dan sliding doorr (i likeeeeeee. sgt suka chy matahari, n this house hopefully can give enough pencahayaan ke hidup kami) and ada yard kt dapur (sukenya dapat jemur baju kat luar haha, sebab umah skang jemur baju kt dlm bilik). xkesah pon xda gym, xheran ngn semua fasilitis, janji umah ada balkoni haha.

jd skang kejenye berangan aje. g opis google. kt umah google. nk cari idea. ye la kena la fikir skang. malas la bila dh masuk umah, dh pindah baru nk fikir nk cat, nk tukar tu, nk psg ni kan. dh x bnyk masa dh ni. 

rasanya semua berangan kan nak rumah cmne kan.
saya suka konsep simple, minimalist, very scandinavian, putih2 haha. senang cite kat malaysia ni nk dpt konsep gitu senang aje pi IKEA. hehee. so utk taknah susah susah pening kepala kan, saya plan nk tiru je memana gambo kt internet (google je lah) yang pakai sofa mcm saya, perabot cam saya, pastu tiru sebijik2, kaler dinding, kapet, deko cmne haha. baru la umah jadi cantek sebijik sejebon mcm IKEA haha. amacam terer x?

to do list (berangan nak buat lah) sebelum masuk rumah :
1-psg lantai lamina (sgt nak, ni mula2 akan buat. kirenya sanggup tido atas lantai umah xda perabot janji lantai ni ada. haha. 
source-internet. suke kaler gini. 

2- crown molding / cornice (benda sama. hmm, tau x sy selama ni igtkn cornice tu mahal haha. igtkan sama ngn plaster siling rupenye tidak. sblm ni igt xnk buat plaster siling sbb bajet, tp rupanya benda yg saya suka tu xyah buat plaster siling pon. cornice namanya wakakaka. slalu tgk show DIY mat saleh psg sendiri je crown molding tu. n slalu trdetik dlm hati, awat lahh kt malaysia ni semua kena g suh kontraktor plaster siling buatkan. rupanya mmg boleh buat sendiri. dan menda tu murah je. baru brapa ringgit utk satu batang. siap boleh psg kt pintu n tingkap. utk jadikan border. pergh baru lah umah gaya mat saleh sket haha.  xsuka gaya bunga2 kerawang makcik sgt. mana seswai ngn konsep minimalis scandinavian umah aii iteww hehe.
hah boleh psg kt pintu okeh. 

rupanya abg ipar beli sendiri je cornice ni. angkut dalam myvi haha. bayar upah orang pasang. murah2 aje.

3. kitchen kabinet (IKEA- mesti IKEA)
gila dah tutup hati jiwa raga, xda second choice or third choice, memang nk IKEA gak kihkih. tp skang on hold dlu, sebab kekangan kewangan. takpe, kita proceed dengan lantai dlu. masak kt yard je dulu. haha.

4. cat dan DIY wallpaper (paint, bukan kucing! walaupun kucing memang tetap dalam list lepas pindah rumah baru. rasanya kucing tu dlm list yang ke 9. haha. nak cat warna apa?  dan plan nak buat DIY wallpaper. pergh semmat. google jek DIY sharpie wallpaper. saya ada tengok seorang kawan buat sneidri, lukis je kat dinding tu ngn marker (ada pen khas lah. bkn marker pen biasa). mmg lawa. saya bukan fancy bunga2 punya orang. i like something clean, simple, sng cite xda kerawang bunga kaler2. pergh tidak diizinkan dalam umah hehe. 

ni rumah kawan. cantikkan? kredit utk azilah ahmad tajuddin.



5. apa lagi eh. rasanya tu jek. dan oh langsir. plan nk install rail langsir tu tinggi siling. gantung langsir tinggi semmat okeh. dan langsir pon xda nye nk berbunga2 nak berscallop scallop. itu juga tidak akan diizinkan sama sekali masuk ke rumah haha.

eh pening plak cakap banyak2.


tapi rasa nya colour palet rumah tu nanti cm earthy natural gite. ada kelabu biru dan kaler beige. saya bukan interior designer tak reti nak cakap bahasa design. kelabu pon bnyk shade and tone kan, tp nnti cat tau lah kaler ape. haha
k la tak reti cakap banyak2. tak reti nak terjermah apa yg diberangankan dalam kepala.
nanti dh siap kite tunjuk.

till then, adios.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...