Pages

October 6, 2009

raya belum abes..

4 tahun tak bukak blog. giler bizi okek!

cerita memang banyak. macam-macam kisah. dari kisah aku naik gemuk sebab makan banyak sangat masa raya (ok, aku tipu) sampai la aku kena merempat kat tangga flat umah sewa aku kol 3 pagi (ini benar), cerita 4 hari 3 suku malam pun lum tentu habis. tapi xyah citer, bukan best. xleh bikin filem pun. kalau buat filem, lum tentu laku gak. hahaha.

oleh sebab aku dah malas menaip sekarang, maka aku tepek la beberapa gambar yang tak cantik mana pun untuk tatapan korang. semangat raya aku tahun ni. sanggup ke laut sampai ke gunung!
tunggu aku develop gambar dari holga, kawan baru aku tuh. selagi aku xdevelop, selagi tu aku xkan update blog. hehe. jumpa lagi!

September 16, 2009

tipikal entri nak raya

stanrdard ISO 2000:9001, nak raya mesti sume pun kasi post entri kad raya.
bulan boleh makan siang akan menjelma lagi beberapa hari je.
anak en. zul -ala si erme tu. oh, xkenal meh? ala, tuan punya blog nak cakap
"Selamat Hari Raya"
kalau korang ada buat open house, apa salahnya jemput aku kan walaupun jadual aku bulan depan dah full. tahun ni aku beraya as a anak dara lagi tau.. jadi sah-sah balik kemaman. sapa2 rasa nak pekena kopi haipeng, atau lepak ngan aku kat pantai kemasik sambil makan pisang goreng nangka panas sambil photoshoot raya, roger-roger la. roger kat blog buleh. dan untuk yang pulang ke kampung, aku cuma nak cakap, raya kat kampung tu memang lagi best dari raya kat bandar! kan?

September 8, 2009

siri bercakap dengan kawan : jehan kaya

Itu jehan kaya. ada kamera macam aku. canonian. geng 50mm tapi 50mm dia dah hancus, luluh. budak yayasan salam, suka makan, suka makan dan suka makan. pekerjaan, jilat setem di pos malaya. nama lain, dabel chin. sebab? lu fikirlah sendiri.

September 1, 2009

Misi jejak kasih i.

Aku sekadar mahu berkongsi cerita. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Segala cerita dan gambar adalah benar, dan ia untuk peringatan kepada aku juga supaya sentiasa menghargai setiap hembusan nafas hidup ini.
Itu adalah Zul, sedang berkejaran dengan buih-buih ombak. Dia gembira, kerana dia baru sahaja ditemukan dengan abang dan kakaknya, yang telah terpisah sejak kecil. Aku, Arif, Zul dan Mak As (misi jejak kasih ii) mengharungi perjalanan yang jauh, dari kota penuh lumpur hingga ke utara Malaya dalam usaha menjejak kasih, mahu menyambung semula satu hubungan yang terputus akibat takdir yang kurang baik.

Zul hanya berusia 2 tahun apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat HIV. Dia dipisahkan daripada abang dan kakaknya (ketika itu, abang dan kakaknya masing-masing baru berusia 8 tahun, dan 4 tahun) untuk di hantar ke sebuah rumah perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak HIV di Kuala Lumpur. Zul dibesarkan di sana. Dengan berbekalkan hanya nama kampung, kami menjejak kedua beradik ini tanpa kesukaran. Perkara baik, memang Tuhan permudahkan jalan. Alhamdulillah.

Pertemuan mereka bertiga memang penuh emosi (ngeh, aku sedih betul masa tu sampai terpaksa nyanyi-nyanyi dalam hati kasi hibur). Abang Zul, Mizi berusia 15 tahun, hanya tamat tingkatan 1 membanting tulang membantu meringankan beban keluarga besar ibu saudaranya. Zarina, kakak Zul bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tidak dapat dipastikan sehingga tingkatan berapa kakaknya akan bersekolah. Kecuali Zul, kedua-dua abang dan kakaknya sihat dan bebas dari HIV.
Zul, kini berusia 10 tahun sedar yang dia tidak lagi seorang diri dalam dunia, masih punya saudara sedarah sedaging bernama abang dan kakak. Walaupun pertemuan mereka sangat singkat, namun itu adalah hadiah paling bermakna di bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk aku dan kamu-kamu yang punya otak rasional, dan ilmu dan iman dan akal (ya, akal yang membezakan kamu dan haiwan), tolong sayangi diri sendiri. Tolong jangan rosakkan diri. Hidup ini terlalu indah untuk dirosakkan begitu sahaja. Lebih baik mati daripada menjadikan hidup merana.

Terima kasih tidak terhingga untuk kawan-kawanku yang hebat dan baik hati, jika tidak kerana mereka yang bersusah-payah menggali sejarah, tak mungkin keluarga Zul dapat ditemukan. Untuk Tuhan, terima kasih kerana beri aku peluang untuk melihat dunia orang lain.

Semoga hidup mereka diberkati Tuhan. Amin.

August 21, 2009

Bulan baik datang lagi..

memang kurang ajar untuk sesiapa yang membawa masuk roti boy ke dalam LRT ketika perut menguis-nguis kelaparan dan waktu berbuka puasa ada lagi 3 jam.








selamat sahur!

August 18, 2009

mahu ke seberang..lagi

demam laskar pelangi belum kebah.
gila.
poket kering.
cuti kosong.
raya lagi.
tahun depan sudah ada destinasi libur yang lain;
tapi asyik terbayang Lintang bersepeda di lalang kering,
dan laskar pelangi berlarian di celah batu.
demm,
tempat tu cantik nak mampos.

gila.
poket kering.
cuti kosong.
raya lagi.
ah,
peduli apa aku.
aku tetap mahu ke pulau kecil di selat Karimata.
aku mahu ke Belitung.
tapi bila??

August 12, 2009

episod melihat benda ajaib..lagi

langit akan memuntahkan hujan bintang malam ini.









mari bersedia dengan secangkir kopi, carikan satu lokasi gelap gelita dan siapkan tempat untuk berbaring dengan nyaman untuk melihat langit.

ayuh!


August 10, 2009

matahari terbit di kota djogdja


juli, hari 23.
terbang ke jogja.
tiba jam enam sore.
matahari turun.
hari pun senja.

check in di puspita.
naik becak ke wijilan.
nasi gudeg dicoba.
dimakan pelan-pelan,
diselangi aqua tanggung
dan suara indah, ada band!
lalu kami tinggalkan jalan raya
berbelok ke rotowijayan
mencari dagadu, melihat kraton,
dan berjalan di pohon kejujuran.

juli, hari 24
jam lapan, siang hari.
matahari tegak,
jalan masih sunyi.
mobil disewa,prambanan dicari.
tiba di puing pertama,
hebat tamadunnya,
tapi sayang,
awan merembes hujan.

jam 2 siang,
matahari dipuncak,
tapi langit masih kelam,
makan siang di boyong kalegan
antara kaki gunung dan kota runtuhan.
tujuh cawan dan ikan nila,
bisa berakit juga bersila.
jam 4 siang.
tamadun terakhir dikejar
kantoi di loket borobudur.
rasa kelakar
dan macam orang bodoh.
hahaha.
memang tertulis oleh-Nya,
kami perlu kembali.

lalu jam tujuh,
senja berbaris,
matahari pun jatuh.
kijang memecut pulang ke kota,
malioboro sesak, banyak nyawa,
dagadu berlambak, dalam remang cahaya.
terusnya ke benteng,
ada buku gratis, dan pesta makan-makan.
ketemu cowok di alun-alun
dari riau asalnya bernama arung,
bermain gitar dan berleluncon,
kawan baru seakar serumpun.

juli, hari 25.
jam 6 pagi.
jalan masih sunyi.
taksi caj sudah menunggu,
mahu dibawa ke stasiun tugu.
destinasi seterusnya,
berkeretapi ke solobalapan.
di tengah jawa, satu jam perjalanan
dari siang hingga malam berbintang
putar-putar menyimpan kenangan
pasar klewer, batik, indomie dan bakso
mas ardie, the managers, dan pasar malam solo
memang bikin jantung berdegup kencang!
juli, hari 26
jam 7 siang,angin belum ada.
pulang semula ke jogja,
naik pramex, baru 7ribu rupiah!
murah-murah!
mobil dicari lagi,
lepas dikaw-tim ,
dapatlah kijang bersama supir,
bayar 350k hingga ke sore.

jam 11 siang hari.
matahari sudah tegak berdiri,
tiba di kaliurang,
hati terdetik,
giler sejuk dan cantik!
berbekal rasa dan aqua tanggung,
kami menunjuk gunung,
bermain awan, dan bersapa bayu,
aish cak pong cak pong!

Jam dua siang.
matahari dipuncak,
borobudur dituju lagi.
kali ini, masuk ikut loket VIP.
ada internet dan kopi gratis.
besar candinya, dan telah di konservasi,
tahan hingga seribu tahun lagi.
puas, puas, puas.
tempat wajib semua dah dijejaki.
jadi bila pulang ke negeri,
bisa jaja story.

juli, hari 27.
hari akhir.
singgah di kraton, taman pintar dan beringharjo.
juga ketemu dagadu asli dan batik istana.
hari akhir juga,
baru kami perasan
merapi ada di merata-merata.
dah 4 hari di jogja, tak pernah tahu,
yang merapi bisa dilihat dengan mata kasar
dari semua sudut kota jogja.
hah, aku salahkan langit.
jerebu mungkin.haha.
uang dibelanjakan hingga ke rupiah terakhir,
dan baru tersedar airpox tax belum bayar!
dalam poket cuma ada 5k,
tapi cukainya 100k.
haha, menanges korek duit.
seb bek sarah ada cash money duit malaya..

jam 8,
hari sudah sore,
kami selamat tiba di tanah air,
alhamdulillah semua ok,
walaupun semua ada tanda-tanda H1N1,
selsema, batuk dan badan panas.
tapi lepas je di kaunter saringan.

aish aish aish,
kota seni, penuh hikayat dan budaya
kotagede, epik ramayana dan tamansari
banyak lagi untuk dijelajahi!
memang sah kena terbang lagi!

*cerita telah dishort-cut kan kerana kekangan waktu dan aku tahu-korang memang takkan baca punya! hahahaha

Kredit untuk Puisi Nyanyian Angsa, daripada Si Burung Merak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...