Pages

March 12, 2009

the girl who can't be moved

arini result SPM keluar.
aku tunggu dengan penuh debar ni,
aku ada 2 orang adik yang amek SPM tahun lepas.
adik kembar aku la.

sorang lelaki, sorang perempuan.
sebab diorang ni kembar x seiras, kepala otak pun x selevel.
aku x mengharap sangat kat adik lelaki aku tuh.
harap BM dia lulus, cukup lah.
kalau yang perempuan tu,
aku harap dia x meneruskan kecemerlangan macam aku, cukup2 makan aje.
haha
aku harap dia dapat straight A's la.
tapi aku xnk dia kecewa sangat kalau x dapat semua A.
aku mimpi semalam dia dapat 8A je,
result sama sebijik macam percubaan dia aritu.
lebur harapan nak apply medic.
haha.
seb bek mimpi.
so aku menunggu penuh debar ni.

result leh amek kol bape ek?

March 11, 2009

musim kahwin kembali lagi.

i.
malaysia nama je negara khatulistiwa tapi tanpa sedar betapa banyak musim kita ada.ada musim hujan, musim panas, musim durian, musim cuti sekolah.skang musim kawen.musim kawen ni tak tentu, boleh jadi musim kawen ni jatuh pada musim cuti sekolah, kadang2 musim kawen jatuh pada tarikh cantek macam 8hb 8 2008-macam tahun lepas. berebut2 orang kahwin tarikh masihi nih.ntah apa yang best aku xtau. kekadang jawapannya, senang ingat. cantik. apa ada pada cantik? kalau kalendar Islam pulak, bulan Safar orang memang mengelak. suwey katanya. macam2.

tapi tu la, bila dah ramai sangat kawen tarikh2 cantik ni, kekadang 3-4 member kawen. nak g yang mana satu? dah la rumah semua kat ceruk dunia. cuba kawen serentak, kat KLCC ke, senang aku datang. kan?hahaha. untuk bulan ni, ni je satu2nya wedding yang aku leh attend. ada berlambak lagi. tiba2 rasa macam cerita Sepi. dok menyusun kad kahwen. ntah hape2 la aku ni.

ii.
nazihah & ridwan razaki (aku memang panggil dia ngan nama bapak, sebab kawan aku lagi sorang nama ridwan latif, xnk kasi tukar aku paggil ngan bin-bin, senang cerita)
2-2 ni budak sekolah aku. yang lelaki tu aku kenal dari sekolah rendah. xigt dari darjah berapa. memang dah kenal lama. masa sekolah menengah aku rapat plak dengan pengantin perempuan.sampai tingkatan 5 aku balik sekolah naik basikal sama-sama ngan pengantin perempuan. bila dengar diorang berdua bertunang, aish time bila bercinta. khabarnya dari sekolah. macam x caya je sebab 2-2 x sekelas, balik sekolah pun x sekali, time bila diorang dating ni?? time bila main kirim2 salam ni? time bila main tukar2 surat ni? pelik aku. aku tumpang gembira untuk mereka berdua. diorang buleh la kawen sebab yang lelaki tu dah pakai civic (nak bagitau, buleh pakai civic baru tu maknanya stabil la tuh..huh)

iii.
soklan cepumas, standed ISO 2000 bila g kenduri kawen,
"hah ko bila lagi?"

rata-rata kawan aku akan jawab dengan muka sedih.
"ala emi, boifren xda lagi. "
"ala, sapa nak kat aku ni."
"ala, sedih sebab baru clash."
"ala, duit x cukup lagi."

adeh, niat aku tanya sebab senang aku nak bajet2 cuti, nak beli tiket balik kampung ke, cari job ke..tapi jadi lain la plak. kekadang aku bolayan je, malas nak dengar cerita sadis mereka.ngeh..

tapi jawapan kembar aku lagi best~
"mak tak bagi kawen lagi.." hahaha.

memang pun mak aku x bg kawen lagi. mak aku rasa kitorang muda sangat lagi, dia suh cari duit banyak2..

jawapan aku plak?
"ko dah nak kawen sangat tu, ko kawen je la. yang sebok tanya aku pehal?"
dan aku akan gelak kuat2. bukan buleh menang rumah teres 2 tingkat pun kalau jawab soklan tu.

iv.
tapi kan, bila terbayang pasal kawen ni aku akan gelihati la, memang aku sengih2 sorang2. sebab aku xtau aku kawen dengan sapa, bila. xdapat bajet langsung. sies.tp aku suka bayangkan apa yang aku nak atas dulang hantaran aku. apa pihak lelaki kena bagi kat aku la.
aku nak 3 dulang je.
1 sirih junjung.
1 cincin.
1 lagi L lens. amacam?

aku nak Canon 70-200mm f/2.8 ngan IS. body xpe, dah ada. aku ada 5D dah (berangan) tapi kalu la ditakdirkan laki aku tu nak bagi system nikon, kena bagi body satu, ngan Nikkor 70-200mm f/2.8 gak. aku ada Perkinson, xleh handheld. kena la ada VR.hehehe.bek pilih. nak aku stick ngn canon atau nak aku masuk the dark side?? ngeeeeeeeee..

tp tu la,pakai la gear apa pun, well equiped, klu gambar hampeh x guna jugak. kan?tapi korang tau xperasaan kalau bawak lens putih belang2 tu ke hulu ke hilir? suma mata pandang la.waah, leh rasa bongkak siot. macam drive civic je. hahaha.

bahrambang nggoh aku ni..hahahahaha.

ps : minggu ni aku happy sket. mungkin sebab xkeje hari isnin. mungkin sebab minggu ni keje 4 hari je. agaknya kalau tiap2 minggu keje 4 hari je, xpun tiap2 hari isnin cuti, mesti prestasi kerja aku meningkat. memang siot kan?

March 4, 2009

satu kesalahan ke kalau aku lunch minum vitagen je sebotol?

aku ada satu masalah.
aku bukan pekak.
aku boleh mendengar tapi kekadang bila aku tengah buat kerja/ berangan/berimaginasi(hahaha, apa yang korang fikir hah? notti..)
pastu tiba2 ada orang bercakap dengan aku, aku biasanya akan jadi blur.
otak tak dapat digest jadi mungkin akan keluar jawapan ntah hape2.
aku rasa korang biasa kot macam tu.

contoh :

tukang tanya : ayam nak spicy atau original?
tukang jawab : ya--> aku le jawab macam tu.

luckily aku xjadi bahan gelak orang masa tu.

jadi sebelum bercakap dengan aku, sila helo-helo banyak kali k, lambai2 ke kat depan muka aku
untuk cek aku x berada dalam mode 'koya'.

ps : Gemuk takkan kembali. dah masuk hari ke-5. aku redha. huhu. dan aku mahu ke Parlimen.

March 3, 2009

selasa, rabu, khamis, jumaat..yay!

hari yang kosong.

aku rasa kosong.






atau
hati aku yang kosong?

ps : kamu tahu di mana aku boleh baca pasal undang-undang tubuh Negeri, Perak misalnya. -->dalam fasa mengisi kebosanan.

March 2, 2009

Berapa lama mau tunggu daa..

i.
Gemuk aku hilang.
Aku sangat sedih.
Melilau dah mak dengan adik aku cari. xtau Gemuk ke mana.
Ayah aku siap jumpa bomoh.
kata tok bomoh, Gemuk ada. xhilang. cuma dia keluar bermain.
aku story kat Bee.
Bee tanya aku,
nape tok bomoh tu xleh locate Gemuk kat mana?
aku cakap, tok bomoh tu takda GPS la.

ii.
pagi tadi makcik nasi lemak sabotaj aku sampai aku terlepas bas.
siap gelakkan aku.

"hahaha, terlepas bas.."
pastu sengih2.

makcik ingat kelakar ke pagi2 isnin buat lawak camtu. ada kang aku celup sambal nasi lemak tu dengan kasut aku ni.
hmmm,
merah lagi punch card aku arini.

iii.FMDC amazing photo race 2009
aku xlarat nak bercerita. laporan penuh di sini dan di sini. huh, penat tak hilang lagi.

yang pasti, ia satu race yang menyeronokkan dan memenatkan.
36 gambar nak kena submit termasuk 4 gambar wajib. masa canon photomarathon baru kena submit 3 gambar. adeh, sengal kepala otak cari subjek nak di shoot.

team aku-terjah menang 1 kategori gambar wajib- Reflections of the street, ke apa ntah tajuk dia. tapi bila aku tengok gambar tu balik, hmm macam gambar2 aku yang lain aje. snapshot aja. memang tak cantik. Jadi jangan harap aku upload. haha.

tahniah kepada semua pemenang, komitee, dan semua. dan untuk team member aku 'Terjah'- adi dengan eastone. Takdak diorang takda la Terjah.

Judges pun otai2 semuanya, dan ada Zainal Halim. sempat salam ngan dia masa amek hadiah, huh memang amek berkat la. aku x basuh tangan ni. balik je terus pegang kamera, mana tau gambar aku nanti jadi best macam gambar2 Zainal Halim. hahaha.
gambar penutup cerita. TAMAT.

ps : aku takdak mood arini. Gemuk tak jumpa lagi.. Semalam aku mimpi dia balik tau, datang tido sebelah aku. bila aku celik mata, dia tak da pun. macam dirobek2 je hati aku ni. hehehe.

February 27, 2009

aku tengah bilang, berapa saat lagi nak pukul 5.30 petang?

hari jumaat.
hari baik-baik.
penghulu segala hari.

aku turun nak g bilik air bawah.
dengar si minah A sedang pot pet pot pet dengan si minah B.
aku terjah.
opocot!
terkejut si minah A.
aku saja bikin saspen.
mesti dia ingat dia kantoi ngumpat pasal aku.
aku masuk bilik air. pasang telinga.
ko ingat aku tak dengar?
huh, dasar pompuan.
pagi-pagi dah mengumpat.

aku kuar bilik air,
terus naik atas
masuk bilik.
aku bisik kat bee.
tadi si minah A dengan si minah B mengumpat pasal si minah C.
kata bestfriend bertiga.
main cakap-cakap belakang.
huh, dasar pompuan.
pagi-pagi dah mengumpat.

hari jumaat.
hari baik-baik.
penghulu segala hari.

ps : aku anto peluru kang.. haha

February 24, 2009

macam nak perang lagi je ni..

aku cukup2 menyampah dengan orang yang kunci alarm, tapi x reti2 nak bangkit.

gelap2 hari dah berbunyi,
set lagu top terkini,
nak canang satu dunia,
aku nye henset stereo baik punya,
dia tidur kat tingkat bawah,
aku yang duduk kat bilik atas pun leh dengar.

tapi tuan punye tepon tido xgerak, xberganjak,
macam mati.
sesekali berkalih ke kanan kiri,
kekadang grup-grup bunyi kunyah gigi,
sambil menganyam mimpi
memecah keheningan pagi

alarm dah bunyi berkali-kali
aik, tpi x reti2 nak bangkit lagi
xdengar kot.
kesian,
aku tumpang simpati

dia pekak barangkali.

hahahahaha.

ps : meh cni aku cek tinge ko. oo, patut la, lama x korek. kihkihkih.

February 20, 2009

tetiba aku rasa macam elizabeth wong plak.

adeh. aku kantoi la plak. cet.

aku kena candid dengan chot. dan aku baru tahu arini sebab kawan aku bagitau.

dan.
aku nak gelak.
hahaha.
hahahaha.



chot!!!!!!!!!
aku nak gelak dengan title tuh.
dating ko cakap. adeh, see the leg la beb.
hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...