Pages

September 1, 2009

Misi jejak kasih i.

Aku sekadar mahu berkongsi cerita. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Segala cerita dan gambar adalah benar, dan ia untuk peringatan kepada aku juga supaya sentiasa menghargai setiap hembusan nafas hidup ini.
Itu adalah Zul, sedang berkejaran dengan buih-buih ombak. Dia gembira, kerana dia baru sahaja ditemukan dengan abang dan kakaknya, yang telah terpisah sejak kecil. Aku, Arif, Zul dan Mak As (misi jejak kasih ii) mengharungi perjalanan yang jauh, dari kota penuh lumpur hingga ke utara Malaya dalam usaha menjejak kasih, mahu menyambung semula satu hubungan yang terputus akibat takdir yang kurang baik.

Zul hanya berusia 2 tahun apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat HIV. Dia dipisahkan daripada abang dan kakaknya (ketika itu, abang dan kakaknya masing-masing baru berusia 8 tahun, dan 4 tahun) untuk di hantar ke sebuah rumah perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak HIV di Kuala Lumpur. Zul dibesarkan di sana. Dengan berbekalkan hanya nama kampung, kami menjejak kedua beradik ini tanpa kesukaran. Perkara baik, memang Tuhan permudahkan jalan. Alhamdulillah.

Pertemuan mereka bertiga memang penuh emosi (ngeh, aku sedih betul masa tu sampai terpaksa nyanyi-nyanyi dalam hati kasi hibur). Abang Zul, Mizi berusia 15 tahun, hanya tamat tingkatan 1 membanting tulang membantu meringankan beban keluarga besar ibu saudaranya. Zarina, kakak Zul bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tidak dapat dipastikan sehingga tingkatan berapa kakaknya akan bersekolah. Kecuali Zul, kedua-dua abang dan kakaknya sihat dan bebas dari HIV.
Zul, kini berusia 10 tahun sedar yang dia tidak lagi seorang diri dalam dunia, masih punya saudara sedarah sedaging bernama abang dan kakak. Walaupun pertemuan mereka sangat singkat, namun itu adalah hadiah paling bermakna di bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk aku dan kamu-kamu yang punya otak rasional, dan ilmu dan iman dan akal (ya, akal yang membezakan kamu dan haiwan), tolong sayangi diri sendiri. Tolong jangan rosakkan diri. Hidup ini terlalu indah untuk dirosakkan begitu sahaja. Lebih baik mati daripada menjadikan hidup merana.

Terima kasih tidak terhingga untuk kawan-kawanku yang hebat dan baik hati, jika tidak kerana mereka yang bersusah-payah menggali sejarah, tak mungkin keluarga Zul dapat ditemukan. Untuk Tuhan, terima kasih kerana beri aku peluang untuk melihat dunia orang lain.

Semoga hidup mereka diberkati Tuhan. Amin.

12 comments:

  1. tayankkkkkkk...
    aku sedih ni..
    nak sgt mcm mane reaksi zul tu bile dpt jumpa abg & kakak kandung dia.

    uwaaaa....aku sedih

    ReplyDelete
  2. boleh bertanye?
    ape yang mmbuatkan anda terjebak dlm misi ini?

    yar~ sgt2 sdih..

    ReplyDelete
  3. simpati buat mereka yang diuji sedemikian rupa, moga rahmat Allah sentiasa bersama mereka

    ReplyDelete
  4. shamie grace
    uwaaaaaaa, sedih dr x-files kt bingkas.
    abang dia la, mmg giler, peluk je adik dia. melekat berdua. yang perempuan tu tak sangat.

    flipFlop
    terjebak? huhu. anggap juga takdir.

    ReplyDelete
  5. kasut.. aku juga sedih.. tapi tak tahu sedih gembira kerana pertemuan mereka atau sedih kerana takdir mereka begitu.. Kasut dan kunce-kuncunya sgt hebat! Tahniah korang. Semoga Allah bisa membalas setiap waktu, langkah yg korang usahakan.. Hebat cerita ko ni, nnt jumpe boleh cerita lagi kan? :)

    ReplyDelete
  6. Eli
    Aku tabik spring kat korang-korang yang korek2 maklumat tu semua. tanpa usaha korang, xjadi misi ni tau x.

    jard the great
    ko nanges tak, klu ko x nanges, maknanya lum ckup emosi. haha.

    ReplyDelete
  7. huhu...erme aku sedey + gembira...sedey bila perkara2 camni menimpa seorang kanak2 + gembira bila korg dapat kembalikan keceriaan pada zul...

    Besarnya pahala dibulan ramadhan nie bila kita berbuat sesuatu perkara untuk kegembiraan orang lain...terharu ngan apa yg korang lakukan..

    ReplyDelete
  8. semua org layak untuk [luang kedua

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...