December 26, 2013

The Secret Life of Walter Mitty

walter mitty.

gila. xtau nak tulis apa.
tapi saya puas hati dengan cerita ni. gila best.


walter mitty.
org biasa yang punye journey luar biasa, dan end up dok kt front cover life magazine final printed edition.

ada bnyk elemen yang aku suka ngn movie ni.
banyak sgt
dari segi jalan cerita, dari segi sinematografi hmm dari segi memacam2.
nnati aku kasi review.

Btw, aku mmg suke ngn lagu dlm trailer bwh ni gak.tajuk dia dirty paws by monsters of men.

                                                  *****************************


Ben Stiller directs and stars in THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY, James Thurber's classic story of a daydreamer who escapes his anonymous life by disappearing into a world of fantasies filled with heroism, romance and action. When his job along with that of his co-worker (Kristen Wiig) are threatened, Walter takes action in the real world embarking on a global journey that turns into an adventure more extraordinary than anything he could have ever imagined.

Starring: Ben Stiller, Kristen Wiig, Shirley MacLaine, Adam Scott, Kathryn Hahn, and Sean Penn



December 18, 2013

india lagi

dah 2 kali trip, tetap tak abes gak bercerita psl india ni.
xtau sebab terlalu bnyk cite, atau dh abes kata-kata tapi aku rs masalah sebenar adalah malas gile nak taip. haha

fyi, aku dah g india 2x. dan tgh planning trip ketiga. dah beli tiket pon hehe.plannye mac ni hehe. first trip june 2011, second trip march 2012, ni insha Allah march 201 4 nak g lagi. 

ni nk cite pengalam roughly trip first ngn trip kedua.

trip first.
mula2 dlu pi ngn sarah. dr kl ke new delhi pastu g agra ngn jaipur, dan mumbai.
yg beli 4 org, 3 wanita, 1 hero-boifren aku. tp 2-3 hari sblm fly, bf aku kena pi mesir plak. ms tu mesir tengah bergolak, jadi dia dihantar ke sana.  isk sedih gak masa tu sbb dia xdpt ikut dh la last minit. dh la aku xsmpt jmpa dia lgsung sblm dia fly sbb ms tu aku sebok outstation, ngn pakcik aku kawen gak esoknya. aku pi jugak ngn sarah, wlpon org ckp bahaye sbb pompuan je berdua, tp dh nekad. dan mmg sgala info, booking, itinerary plan peta sume ada dlm kepala otak aku, jd xda la rs trkontang kanting kt sana wlpon ilang 2 orang.

kelako ms ni, kitorg beli tiket mmg murah nak mampos, return rm200++ trmasuk sume luggage ngn nasik lemak pak nasir. ms tu x stadi abes lg psl india, aku la kepalanye. oh apa kata balik ikut mumbai. xda la jauh. igt new delhi tu ngn mumbai tu jauh mcm kl g perlis je, rupenye salah scale. haha. dah beli tiket, dh plan tup2 bru kire jarak delhi-mumbai ada lebih kurang 1400 km giteww. 

ada bbrp cerita aku nk share gak ms trip pertama ngn kedua dan korg boleh jadikan ni tips jugak. sori ayat panjang gile tapi dah gini ceritanya. cerita pendek-pendek kang kata tergantung plak haha.

1- new delhi-mumbai jauh engkau tau x? jauhh. klu highway mcm plus tu xpe la. naik train pon lebih kurang 22 jam, dan masalah sebenar kitorg adalah masa. 5 city dalam 6 hari. gile ke apa. last2 kitorg pon terpaksa beli satu lagi tiket domestik flight dari jaipur ke mumbai. 

2-kitorg pegi bulan jun. dah beli, bru nak cek temp (ye la asyek fikir india mcm kita, panas sepanjang tahun) rupe-rupanya time tu off season sbb musim panas. panas gila kot. dlm 40 ++ degree celcius. cmtu la. korg susah tgk mat saleh kt sana. igtkn panas mcm kita la. tp sies tak tahan. leh cair mekap mak. bila nk g mumbai, flight delay almost 3 jam sbb flight dr mumbai xleh take off. ujan trlalu lebat kat mumbai. oh monsoon season plak kt sana. huwaa. tepuk dahi.

agra, first trip. jun 2011. super terik panas isk panas gila. lokal kena berkaki ayam bila masuk taj mahal ni, termasuk kt luar ni. tourist, kena beli tiket lagi mahal, kita akan dibekalkan dgn sarung kasut mcm bilik bedah ngn air mineral. bayangkan pijak lantai panass panass tengah hari. mau melecur kulit.
 pendek kata, sblm beli tiket, sila check dlu weather kt sana. ada musim sejuk, cthnye new delhi.  selalunye org ke sana bulan dis-mac. walaupon tahap xturun salji, tp sejuk kottt. siang nye ada matahari tp xpanas terik, best je jalan, dan bila malam uiii tejukk. tejukk gileeeee ok. ms aku kt agra, temp malam drop smpi 8 degree celcius.

3-tiket keretapi. stadi betul2 route. masa mula2 landing, esoknya pepagi kitorg g stesen ketapi. kalau town besar mcm new delhi, ada tourist reservation bureau kt NDLS (new delhi railway station). nak beli tket dr malaysia, sies wa cakap susah gile wei wlpon leh beli online. jd kena beli kt india gak. jd 7 pg kitorg beratur smpi opis tu bukak pintu. mmg penuh ngn tourist, jd xyah berebut la ngn lokal. isi form, dan tulis nombor tren ngn route (lg senang kalau tau nk naik train yg mana satu). sistem keretapi diorg bkn mcm kita. satu kali je g alor star tiap2 malam. tapi utk satu perjalanan dr new delhi ke jaipur, ada berpuluh2 trip. ada yg perlahan ada yang laju. jadi pandai2 lah pilih

dan masa tu jugak, rs bersyukur gila kitorg dtg berdua je. rasanya kalau dtg berempat, msti kitorg berpecah. xsemestinya ada tiket, bila kuota full nganga je la mulut. mungkin kena tukar trip, dan ada satu kali tu, tiket kitorg dalam waiting list. sblm boarding dalam tren, leh cek senarai nama ada tmpal kat notification board. fyi, nama kitorg di tulih dlm bahasa hindustan kot. tp sng je cari, tgk je koc mana, ngn no seat, agak2 sama ejaan nama kt dinding ngn tiket, ye la kot.

second trip. march 2012. dengan future husband yang tak dapat join first trip. xigt kelas berapa, tapi ni night train dari jodhpur (the blue city, gila gojesss. town paling romantik. sies, romantik dari taj mahal) ke agra. hmm lebih kurang 11 jam. ni sakit pinggang. aku seat seat 3 tier. aku paling atas. future husband seberang sana dgn laptop tu. sejuk gila malam kot, dan xselesa nk tido sbb sume jejaka lokal tu pandang aku xberkelip. selimut xda, cmne nk tido. sies ckp, aku duduk bersila, kepala kena senget sbb kepala mmg dh kena siling koc hha. 

ni first trip. dr agra ke jaipur. lebih kurang 6 jam perjalanan. xpaham aku knp org2 keliling tu nk gak duduk kt seat tu. kwn aku kt bwh tu, sarah. bkn sharing pon. xda rasa tanggungjawab lgsung nak blah. dah nmpk ada org, nk jugak duduk sembang. ms tu penat sgt, aku set alarm sbb mana lah tau smpi stesen mana, takut trlajak. tp sblm smpi, ada org kejutkan aku, ckp dh smpi jaipur. 
ada gak satu kali, ms trip kedua. dr new delhi ke jaipur masa tu. ada 4 seat, direbut oleh 6 org. kebanyakannya ada tiket yang sah. imagine! yg berebut tu seat sblah aku je kot. sume tnjuk tiket sama, no seat sama, no koc sama, no tren sama, date sama. huwaa nanges. ms tu sume mat saleh la. aku pon xtau cmne diorg setel tp 1 kapel tu tukar tmpt dduk depan. huhu

nak cite pendek kata panjang gile. nanti aku cite by episod. dlu rasanya pnah cite smpi agra je. tp bab mumbai jaipur sume xpnah cite. nanti kita cite lagi.

klu ada pertanyaan, leh emel sy kt erme_harlini@yahoo.com.
sy mmg gembira je klu org nk tnye atau share cite india ngn sy. mata berbintang bintang klu cerita psl india. hahaha.






October 10, 2013

yay dah kahwin

alhamdulillah,

selamat jadi bini orang.

it might not turn out like what im planning and expecting (but i care less with what had happened on dat day, penat la nak fikir. masa tu rasa kalau nak kena langgar garuda pun langgar la. xsaba nak ending kan majlis tu. hah, ada ke pengantin pompuan yang xsabo2 nak majlis abes? xda kan. haahaha)

yang penting

saya, erme harlini bt zullkifli selamat menjadi isteri kepada en aizuddin dengan satu kali lafaz sahaja.

yay dah kahwin!


ok ini muka first time mekap. haha. dan saya kata kat sume orang, saya takkan cabut gelang hitam 2 gelung tu, dan saya pakai jam besar saya. xmau barang kemas bagai. saya tak mahukkkkk. dan hmm i think i look good lah with make up and of course the beautiful dress, done by with cousin, afiqah razali. such a talented girl la dia tu. muda lagi! saya dagil, inai pun takda. sebenarnya kes penat nak mampos. tu tak berinai. 

so amacam, cun tak?


June 21, 2013

hari gila

tak tahu berapa kali aku ckp aku gila arini
naik  lrt dari masjid jamek nak balik taman paramount je pon
tp mental nye tak tau la apa yang aku fikir,
mula2 salah naik
sedar pun sbb pelik, awat la xkeluar2 dari terowong ni
tgk2 kt klcc huh

dah tukar dah, tapi tiba2 mental.
pastu dh nk cuit orang sebelah,
"akak lrt ni reverse eh tadi?"

x ke gile aku tnye soalan cmtu tadi. hahaha.

June 15, 2013

Finland

hidup sekarang, bangun bukan main awal lagi,
tapi selagi tak jam 4 pagi, mata ni tak nak katup. huh boleh?
bayangkan mcm zombie je g keje, tido 2 jam kol 7 dh kena masuk opis? hmm

kebanyakan masanya aku tgk tv la. melayan cik estero bersiaran 24jam tapi aku tgk satu channel je , TLC. feveret

dan biasalah rancangan berulang2, tapi kekadang xpnah tgk pon.
dan semalam aku tgk psl finland. kagumm gile

Finland, sebuah negara yang kecik, dan cuma 30% je negaranya adalah daratan (haha xpn terbalik, 70% je daratan, 30% air) tapi bagi aku, negara yang hmmm tiptop utk diduduki (*note : aku lum bc/gugel psl 10 negara terbaik didunia utk diduduki) tp bg aku hmm finland tu cm best je.

"Finland, a country of forests and lakes, is perhaps best known for its unspoilt natural beauty. In the far north, the White Nights, during which the sun does not set, last for around 10 weeks of the summer. In winter the same area goes through nearly eight weeks when the sun never rises above the horizon."

bnyk benda bagus kat Finland ni, walaupun negaranye kecik, populasi sekitar 5juta orang, dan xda sumber asli, tapi kekaguman no 1 terhadap negara Finland adalah :

#1 "we dont have petroleum or gas, but our main asset is brain"
bapakk kagum aku bila dgr salah sorg penduduk dia ckp cmtu. percentage adult yang ada tertiary education adalah tinggi, dan yang bagusnya diorg xkan brag pn diorg ni pandai. hmm, klu kita tgk kt tv, mat saleh american (selalunye) akan brag tahu tu tahu ni, tp finnish xkan bgtau pn diorg tahu benda tu.

#2 education
Sistem pendidikan Finland diiktiraf sbg no 1 di dunia. part ni aku kagum sbb :
1- sesi persekolahan hanya bermula pada umur 7 tahun. xda pre school
2- masa gred 1, diorang akan belajar 5 bahasa- English, Finnish, Swedish, French & Russian (xsilap)
3- segala2nye percuma. dari buku sampai makan sampai lah ke transportation, semuanya percuma hingga umur 16 tahun. dan utk remaja yang tengah belaja pn, semuanya disubsidi termasuk tempat tinggal dan transport, bernilai lebih kurang 500 euro sebulan (perghhh)
4- sek kerajaan sangat bagus sampaikan sekolah private tak leh bikin duit kat sana. haha maksud aku, sek kerajaan bagus, xda permintaan utk ke sekolah swasta hehehe

#3 nature
Bab nature ni aku suke. kalau korang drive 10minit dari CM, korang rasa korang sampai mana? paling2 pun mesti sangkut kt roundbout kt Masjid Negara tu. Kalau kt Helsinki, korang naik bas 5 min korang akan sampai kt kampung. kerajaan sediakan plot2 tanah, diorg park kereta kt luar tu, lepas tu kt tanah tu  diorg boleh bina kotej kecik, dan diorg leh bercucuk tanam.gardening. comell kot. tenang. walaupun utk setiap orang keluasan tanah tu kecik je, tapi kalau masuk kawasan tu jadi kagum. rasa mcm duduk dlm hutan. dan Finland ada undang-undang, lebih kurang, alam sekitar adalah milik setiap insan (haha ayat). setiap orang ada hak utk kutip cendawan ke, kutip paku pakis ke, kt kwsn tanah sesapa wlpun property orang selagi tak merosakkan alam sekitar. dan diorg sangat menghargai alam sekitar.

#4 transport
sana xjem. kereta tak banyak. ramai orang naik bas, trem, basikal, jalan kaki. penduduk Helsinki tu dlm 1.5 juta orang kot, tapi kalau tengok bandar Helsinki tu, tenang je. majikan subsidi kos transportation utk menggalakan orang g keje naik public transport.

hm bnyk lagi klu nak ckp bab menda lain. tu belum lagi starter kit utk org yang nk bersalin la, hmm mcm2 la lagi kemudahan yang disediakan. belum lagi ckp psl teknologi. kagum gua. kat sana pun kebanyakannye cashless. semua bayar pakai fon. naik tambang bas pakai fon, beli air kt vending machine pakai fon  kelasss uolss.

aku kagum, sebab negara diorg xda balak seluas2 alam mcm kt malaysia ni, xda minyak xda gas tapi yet apa kerajaan dia boleh bagi kt penduduk. bukan soal harga kereta turun ke x, tapi mungkin leh contohi public transport diorg.

wahh cerita mcm dh penah g sana je hahaha. kbai






May 12, 2013

rindu nak tulis-tulis

gile lama tak tulis.
nak tulis jugak satu benda

tadi tapau keepsi.
oder cheezy hot box ngn zinger hot box
bila belek 2-2 zinger.
hey mana leh, bayar lebih singget takkan beger dapat sama.
suh tukar. jgn nk marah2 eh. memang dh byr utk dpt cheezy, mana aci kasi beger standed.
xaci xaci

tu je.
bai

December 25, 2012

blog kawen baru

blog baru pasal kawen-kawen je :


sila klik sini : http://lemon-gray.blogspot.com/

December 22, 2012

hari ini dalam sejarah kasutgombak kena pinang

15 disember 2012.
hari gila. hari cuak.
gila, saya punya cuak stok tak mau kuar dari bilik.
tiba2 rasa mau anta wakil.
ramai orang kat luar. 
tatau nak jalan camne, nak duduk camne, nak sengih camne;
urat pipi sakit tahan senyum sebab otak ligat fikir menda lain.
dalam hati, rasa syukur
seb bek xda pelamin;
seb bek xmekap;
seb bek xpakai baju bling2;
kalau x, urhh mesti lagi banyak mata melihat;
mesti lagi nervous.
bila kuar, saya ingat saya cakap kat makcik saya,
tak nak boleh?
rasanya ramai yang dengar kot hahaha
macam kena kawen paksa hahaha
ada jugak rasa nak lari dari bilik
tapi tatau nak panjat keluar celah mana.
bila tiba masa keluar, mata rasa kabur
tak nampak apa
dengar suara sayup2
emi pi duduk sana, ujung sana
nanti mak dia sarung cincin
saya tak tengok kiri kanan
jalan laju nak mati
saya tak kasi salam
tak tengok kamera
terus hulur tangan kiri kanan
cium tangan 
pastu salam semua orang, 
urhhh itu 10 minit paling lama
dont ask about photo
my bf is a photographer.
a good one. i think he is one of the best photojournalist in Malaysia
dont talk about his gear.
memacam.
me myself, juga suka amek gambar.
dan saya mahu yang terbaik la kalau bab2 amek gambar ni
tapi bila majlis ni? hmm
saya bagi G1x kat adik saya,
ema pakai kamera 400d lama saya, xda flash
dan sy expect bf sy akan suruh adik dia amek gambar
tapi xda jugak
abang ipar saya amek gmbr pki ipad
dan saya?
amek gmbr hantaran pn pakai telefon je.
hahaha hancuss.

dan hari bersejarah yang saya sangat nerveous nak tempuhi terjadi tanpa ada gambar2 cantek hahaha.
tapi saya dah xpedulik. org suh pusing amek gmbr pn, 5 saat saya blah. dan duduk sebelah nenek sampai semua orang balik. ye saya sangat malu dan gemuruh dan taknak jumpa sesiapa.
jadi jangan harap nak tengok gambar saya sarung cincin. hahahaha.

dan itu antara detik2 penting yang tidak didokumenkan dengan baik.
saya kena belajar cara kawal stage fright.
nanti nak kawen mesti lagi nebes.
takkan nanti xda gambar, kan? hahaha

btw lepas semua setel, saya, kembar saya, abang ipar saya, dan dia, kami ke Pantai Penunjuk di Kijal.
Bagi saya itu pantai paling cantik di Terengganu yang bukan kat pulau. tak da la sama macam kat redang atau perhentian, tapi utk pantai tanah besar, sies ini terbaik. ada lah amek gambar sikit2.



 tu je pun hahahaha. 

takpa la, janji semua selamat.
dan utk pengetahuan semua, baru masuk 7 hari saya bertunang, cincin dah hilang. uwaaaa







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...