August 12, 2010

trans pahang

kali ni punye berjalan, memang sampai jemu. sampai sakit pinggang, mental pun down. seribu kilometer kat darat, campur beberapa puluh batu kelaut dalam satu minggu plus takda mamak. mana tahan. psiko!
naik lori perabot masuk ke kampung denai.

naik lori, naik feri, naik kayak, naik darah, semua pun ada.
mandi laut, mandi sungai, mandi perigi, kejadian tak mandi pun ada jugak.

macam-macam kisah jugaklah untuk kali ni punye trip. daripada kena paw ngn budak darjah 5, asyik mintak jibbitz aku je, sampai lah kejadian judi2 belakang funfair yang sunyi sepi, tumpang lori perabot, almost tak dapat masuk tioman sebab feri last kat mersing, bilik pun takda. tapi rezeki, dapat jugak jejak tioman.

tioman! dengan budak tukang pow button crocs. huh! baik ada makna. haha


funfair kat endau. kete parking banyak kat tepi jalan tapi dalam funfair, sunyi sepi. lampu je liplap. kami jalan-jalan ke belakang, ada tempat tutup dengan kanvas. oh, funfair ni dah tutup rupanya. sekali bila pegi belakang kanvas tu, cehh ada orang tengah berjudi rupanya.


2 hari terakhir, kami bermalam kat Kg. Denai, rumah pak daud tukang kebun sekolah., satu2nya umah orang kampung yang ada estero. Sekolah ni dalam 15km dari jalan besar. dalam 5 km tu offroad. mau jahanam kete kalau masuk hari2. Kampung ni kampung orang asli Jakun, semua rumah bergantung harap pada genset untuk dapatkan api. Sekolah ada panel solar dengan genset yang kalu setat je bunyinya kalah enjin ketapi wap. Api takda, air gomen pun tak masuk. petang2 orang kampung mandi air sungai, kalau tak ke sungai pun, orang kampung akan ke perigi yang airnya keruh benar, nak buat masak pun rasa macam tak sudi.
rumah pak daud.

Walaupun kampung ni sebelah sungai, tapi sungai ni ayornye masin bila time air laut pasang. jadi nak mandi sungai, basuh2 baju ke kena tunggu air pasang surutlah. 2 hari kat sana, kami bawak masuk bekal nasi lah, ngan jajan2 buat alas perut. orang kampung bukan Islam, camne nak makan. masa duduk dalam tu lah, ada satu hari tu jangan kata tak mandi, nak kencing pun kena tahan. kata budak2 kampung, kalau nak kencing pegilah longkang. ape kejadah aku nak buang air kat longkang. xda kelass nyah! hehe. seb bek ada tandas sekolah, meraba2 dalam gelap naik tingkat 3 pegi tandas guru nak buang hajat. ada lah kaver.

alkisah hari terakhir, dah la tak mandi, kebulur bukan main, siap je keje kat sekolah maka menumpang ntah sapa2 punye 4wd mintak tolong bawak kami keluar. huh, berlari2 ke bandar pegi cari kedai makan nasi ayam. makan puas2, minum puas2, buang air puas2, yang penting aku dapat basuh kaki dengan tangan puas2. baru rasa bersih.

dari rompin plannya nak mandi lepas keluar highway PLUS. ada 3 jalan nak keluar, samada naik ke Kuantan masuk LPT, ataupun jalan sampai Kuala Pilah, masuk PLUS ikut Soromban, ataupun turun Mersing, masuk Keluang sampai air itam baru naik PLUS. sume option pun memang jauh, tapi jalan terpilih adalah masuk Segamat. haha, jauh. segamat singgah lah sat, mandi2 dan solat2. oder roti canai ngn teh tarik siap. muka tatau malu katakan.

masa odw ke highway pun orang dah setat menapak pegi masjid. sadis, malam puasa masih di perantauan. sampai KL pn dah tengah malam. nasib baik sempat jugak bersahur kat tempat sendiri. tapi ada aku kesah sahur ke tak. janji dapat tido dalam selimut tilam bantal sendiri, itu yang penting.
** kisahnya kami ke Kuala Rompin untuk projek Salam E-Initiative untuk sebuah sekolah orang asli di Kampung Denai, Kuala Rompin. Alhamdulillah, semua pun dah setel, DS Jamaludin Jarjis pun dah datang rasmi, naik heli siap. jadi lepas ni, orang-orang kampung bolehlah belajar guna komputer!





7 comments:

  1. BESTNYE...tempat su sekolah dulu rompin tue...adehhh..rindunyer...

    ReplyDelete
  2. hahaha..best x, xdpt mandi??
    skunk butang crocs ko dah berkurangan ke??

    ReplyDelete
  3. ekstrem doh.kena tahan2 kencing..kehidupan tuh :)

    ReplyDelete
  4. salam. 15th ramadan. selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. like!

    cam dalam FB plak...

    hehhe hehhe

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  6. wah.... hebat pengembaraan nih, mcm adventure indiana jones without the kissing mooching part :D

    salam lebaran :)

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...