Pages

May 14, 2008

aku : tangan yang menulis

Myanmar : tangan yang menadah
Minggu lepas, Myanmar dilanda Taufan Nargis. Lebih kurang 22, 000 orang terkorban, 40,000 orang dikhuatiri hilang, hampir sejuta orang penduduknya hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.


China : tangan yang mengharap
Dan, pada hari Isnin, 8 Mei 2008, Wilayah Sichuan digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.9 Skala Ritcher, meranapkan hampir keseluruhan struktur bangunan di bandar itu. Jumlah kematian dianggarkan seramai 12, 000 orang dan berkemungkinan 18, 000 orang lagi tertimbus di dalam sisa runtuhan.


Iraq : tangan yang menggapai
Gambar ini pula menunjukkan tangan seorang wanita Iraq yang berpaut pada trak askar ketika menunggu bekalan makanan yang diedarkan oleh tentera Iraq di Bandar Sadr, Baghdad.

Malaysia??
Selain isu Karpal, perkara paling hangat di Malaysia tentulah kenaikan harga beras. Seperti laporan Utusan Malaysia pada 11 Mei, kita menghadapi satu fenomena baru iaitu kenaikan harga beras.

Kita bising mengenai kenaikan harga beras dan barang runcit yang lain, tapi tanpa kita sedari, rakyat Malaysia dan pelancong asing membelanjakan hampir RM 67 billion sepanjang tahun lepas untuk membeli-belah : sumber-Malaysia Retail Industry.

Kita bising apabila makcik nasi lemak di gerai depan rumah menaikkan harga nasi lemak sebanyak 20sen, tapi kita lupa kita sanggup membayar RM40 untuk menonton wayang di Gold Class, kita sanggup membayar RM200 untuk sehelai jaket Nike, kita sanggup membayar RM6 untuk sepotong kek secret recipe, dan kita sanggup membayar RM2500 untuk N95 8GB.wow..

Secara peribadi, aku rasa sesukar mana kehidupan kita ketika ini, kita masih punya kehidupan yang jauh lebih baik berbanding dengan orang lain di luar sana.Kita tidak dilanda bencana alam, kita tiada masalah kebuluran, kita tiada perang saudara dan kita masih bebas bergerak tanpa sekatan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. bersyukurlah kepada-Nya.hidup seadanya..

ps : my life is good.it's not perfect but it's good..

20 comments:

  1. apa pun tangan maksu tak sanggup, huhuhu

    ReplyDelete
  2. mak su
    maksu -tangan yang meng'komen'.

    hehehehe..

    ReplyDelete
  3. agreed... tapi kan, agak-agak ko jadi tak nak beli kamera tu? jeles nih...

    ReplyDelete
  4. kasut,
    suma yg ko tulih tuh ako x berapa nak mampu beli. Huhuhuhu......

    ReplyDelete
  5. Dan RM5.4 juta bagi bayaran sms program realiti. Yess

    ReplyDelete
  6. nani
    kamera?

    beli tetap beli.

    tapi kena tggu duit jatuh dari langit dulu.

    hahaha..

    garbina
    ko g bandung. shoping sakan kat cna. =P

    ReplyDelete
  7. Hmm.... baru nak belanja ko.. takper lah.. aku delete nama ko.. Ramai lagi yg lebih lapar dari kamoo.. (seperti aku!) ahaks

    ReplyDelete
  8. panadol-7-eleben

    org tu pki city, mkn mahal2 hari2, xpe2..xyah risau pon psl harga beras.

    pedas2..

    ReplyDelete
  9. Tak!
    Aku telepon pun malas cas.

    ReplyDelete
  10. luahan hati yg best..uhuhhu..

    ReplyDelete
  11. ad3ck
    sayang isteri ditinggal2kn..

    sayang anak ditangan2kn..

    hehe..

    ReplyDelete
  12. salam. yup aku setuju dgn pendapat ko erme. kita patut bersyukur dan hidup dgn seadanya kan.. itu sudah cukup membuatkan aku gembira... nice post.

    ReplyDelete
  13. dewi maya
    thx.

    aik, udah tukar nama sich ya sejak pulang dari bandung.ekeke..

    esok tukar nama plak. ye la, kan kite nk pi penang.aku pggil ko combi, nk?

    ReplyDelete
  14. kasut..seram la tgk tangan tu..kesian pun ada.

    ReplyDelete
  15. rucalica
    agak2 seram mcm citer congkak x?

    azzam supardi
    hmm..

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...