Pages

June 27, 2008

ceritakan pengalaman anda yang paling menarik tidak lebih dari 13 ribu patah perkataan.

kumpul kol 10.30 kat plaza tol gombak.

hmm.

kol 10 konon perjalanan bermula.

masalah komunikasi. bosan menunggu. kol 11 xmuncul lagi geng2 lain. nu3k amek tripod, kitorg posing amek gambar kat stesen minyak BHP lepas plaza tol Gombak.

dari kiri : ad3ck, zaid zainal, nany farouq, kasut-gombak dan nu3k.

masalah komunikasi berjaya diatasi selepas memutuskan untuk menggunakan bahasa melayu pasar sebagai bahasa perantaraan. berbekalkan 4 buah kete, 20 biji tayar (4 tu tayar spare) dan minyak full tank, kitorg bergerak keluar dar KL memulakan misi keamanan ke negeri nananana, teranung kite..

ad3ck tanya "kasut , nape langit tu kaler oren??"
aku cakap, dunia dah nak kiamat. huhu.

langit oren.huhu.

itu sebenarnya tanda2 besar kita dah nak sampai kt kawasan perindustrian petroleum di Paka. dengan muka mamai dan kekaguman melihat betapa banyak api dan lampu yang ada kat loji2 minyak tu, kami memulakan sesi penggambaran. oleh kerana jalan raya sangat la lenggang dan beberapa memberku claimed diorang bayar road tax, kami sempat berposing atas jalan raya.

banyaknya asap. tercemar paru2 ku.

kol 6 pagi kitorang tiba kat uitm dungun untuk mengambil jaket keselamatan. pagi2 buta bermain kejar-kejaran dengan kucing pak guard.uitm dungun menghadap pantai.tercetus dalam hati, kan bes klu upm terletak kat ctu.huhu.lepas solat subuh kat surau kg ape ntah kat dungun (surau kaler ijau), kitorg tanpa menoleh ke belakang memecut terus kt KT.

bebiket main sorok2 dalam semak. ommei ngat!

aku dok kete lain. tapi aku jadi pemandu pelancong untuk kete blakang (nany, nu3k, zaid, ad3ck). jadi bila je lalu kat tmpt2 cntek aku akn tnjuk isyarat tangan kat kete blakang (bateri henset lak abes). masa lalu kat masjid terapung, bersungguh2 aku suh diorg pndang kanan, bila aku usha2 huh wat tait mata rupanya penghuni kereta itu. cess.

masjid terapung dari dalam kete.

perut dah berkeroncong, kitorang singgah kat pantai batu buruk untuk brekfes. ad3ck bergegas ke gigian pantai sebab dia ingat warung tu dalam air. huh. ngigau ke? dia ni kuat jeles gak tau. aku tengah tulis2 nama aku kat atas pasir, tiba2 dia attack nama atas pasir tu macam raksasa. rosak nama baikku. seb bek kat terengganu, oltromen cuti ari sabtu, klu tak ko memang dah kena fire tau. masa nak balik, kasut aku hilang. aku saspek raksasa ngigau tu yang sorok.

pantai batu buruk. muka2 xmandi dari semalam.

kitorg check in kat homestay pulau duyong. fully furnished waa cakap sama lu. dah la FOC. ini sudah bagus. mandi2, lepas tu gi jalan2 kat pasar payang.

sarah memang pandai berlakon bab-bab amek gambar ni. pilih kak, pilih.

balik dari pasar payang, terus bersiap ke jeti kg pulau ketam. kg pulau ketam betul2 setentang dengan masjid kristal. suma orang bergambar sakan. macam2 gaya.

xmabuk lagi ni.

ad3ck : "kasut, nanti amek gambar aku muntah tau.leh?"
aku : "hmm, leh. (dlm ati: bes ni klu dapat jual kat ebay, tapi laku ke??).."

ad3ck memulakan aksi. eii, muntah badang. yaks..

g pulau ketam. kg pulau ketam betul2 setentang dengan masjid kristal. suma orang bergambar sakan. macam2 gaya. lebih kurang sejam perjalanan, kitorang selamat sampai ke tempat yang dituju. belakang kitorang adalah pulau bidong. aku sempat borak ngan tekong bot.

aku : "bang, mamat mata sepet yang uwek2 tu bekas pelarian vietnam kat pulau bidong. jom kita campak dia kat cna,nk?"

ada beberapa bot pancung dan bot besar mencandat kat area ctu gak. kalau panggil sure pakcik bot sebelah leh dengar . semua orang pon labuhkan umpan. 1st attemp, janggut je yang sangkut. 2nd attemp dapat sekor.

sotong 1st. bru nak panas enjin. bru intro.ni yang paling kecik. yang lepas2 ni sume bapak besar, mata lagi besar dari mata aku.

bila dah tengah malam sket, laut pon dah semacam. mula beralun kuat, angin kuat gak. aku dah cuak. tapi tekong bot kool aje. dia cakap arus bertukar, sebab tu berombak. aku ingat pesan ayah aku, xyah takut dengan laut sebab sekarang bukan tengkujuh. laut tenang. hmm, iyo la tu. aku dah cuak dah bila tengok ombak tu main2 masuk dalam bot. nak berdiri pon xleh.huhu.

kol 5 pagi, kitorg bertolak balik ke jeti. dapat ja 30 kg sotong (atau 50kg). tu pon hasil usaha joe ngn ju (awak2 bot). aku dapat dalam 13 ekor. tahan bubu, dapat 3 ekor ikan yu, dan beberapa kilo nemo.

nemo terbaring atas lantai bot.

alhamdulillah, selamat sampai jeti. aku pon xde mabuk2 atau muntah. juara candat kategori berkumpulan tentulah afif dan ijan (diorg geng). utk acara single, aku lah juaranya.

pemandangan dari jeti kg pulau ketam. jambatan sultan mahmud di pagi yang gelap, kini sudah cerah.

balik umah, mandi2, pastu pi brekfes.lepas pekena nasi dagang, kitorang ke masjid kristal dan taman tamadun islam. kena bayar sploh hingget tu walaupon xsiap. bergambar sakan kat masjid kristal. masjid kristal tu cantek la, tapi taman tamadun islam tu aku xberapa berkenan la. mcm membazir. pakai dwet ehsan ke?

wazzup2..


berkenalan dengan anngota kumpulan nasyid now-can-believe-or-not. dari kiri : ad3ck, nany, zaid, ina, sarah, nu3k, kasut-gombak.

selepas abes ronggeng rokiah kat masjid kristal, kitorang membuat onar plak kat muzium negeri, losong. sepanjang 23 tahun aku jadi rakyat trg, ni la kali pertama aku jejak kat cni. mak ai, besar giler.

cover album rain terbaru.huhu.

kontrol2, jangan jatuh dalam air. 15 kaki dalam xsilap aku. xpon lagi dalam.

petangnya kitorang dibawa melawat ke heritage bay. mereka2 ini semua berangan seolah2 bot itu mereka yang punya.

nak tengok bot aku x?

mahal tuh nak parking kat cni.

bot kayu kecik tu la aku punya. korang ingat sebarang orang ke leh parking kat marina ni?huh. jangan pandang rendah sama gua tau. dgn bot kayu ni la gua pegang rekod manusia paling lama mengelilingi pulau tenggol. dah 165 hari, xabes2 lagi pusing. DR SMS pi ISS pon dah balik ke bumi.

malam ahad tu ada BBQ. semua sotong terpaksa dikorbankan untuk upacara ini, dan tiada seekor pon sotong yang diawet untuk tatapan umum. aku ni xmakan sotong, tapi memandangkan aku lapar yang akut, dan semua hidanagan pon sotong, maka aku terpaksa telan gak sotong tu. malam tu jugak nany, ad3ck, nu3k, jaja balik ke KL sebab esok kena keje bah..!

sotong, sotong, sotong. lenkali nak candat ayam lak.

pagi isnin, kitorang pon berkemas2 la nak pulang ke ibu kota. dalam perjalanan balik ke KL tu, banyak betul tempat persinggahan. kalau wat filem, maunya kena wat sequel. mana cukup nak story dalam 1 filem. ingat 7 perhentian ke?

sedang tinggalkan tapak kasut di nor arfa batik.

lepas tu pi kg jambu bongkok, umah nenek belah ayah aku. lama xjumpa nenda, pakcik2 dan makcik2 ku kat ctu. huhu.

belakang : kopitiam haipeng di kemaman. tapak ori. xpernah pindah dari zaman aku kecik2.

singgah sebentar kat umah aku di kemaman. kareem dan garbina beria nak jumpa molly. ida muka sedih sebab belum menang motor. haha. dah sampai kemaman, ape lagi. haipeng la!

kopi dan roti haipeng

last shot. bateri pon dah nak abes.

persingggahan terakhir di Cherating. margrib dah pon. bajet leh tengok matahari terbenam. tapi sori la korang, Cherating kat pantai timur. matahari terbenam ikut barat. memangla xdapat tengok sunset. huhu. sampai umah kol 1 pagi. huhu. giler la. esoknya, kelaut kat opis.huhu.

terima kasih daun keladi kepada kak sal dan keluarga. banyak tolong kitorg kat sana. bagi pinjam umah, sewa bot, beli sarapan, dapat keropok free.huhu. lain tahun leh la kitorg g lagi.

so far, ni lah percutian aku paling best. sampai tak tau nak citer cmne. huhu.

geng-geng kelaut dibintangi oleh :
kak alisah
aniza
ida
kasut-gombak
nany farouq
kareem
sarakokohani
ad3ck
nu3k
zaid
afif
ijan
chimek jaja
tim
nani niosh
garbina

('lu kira la sendiri' patah perkataan)

16 comments:

  1. apa kaitan 50 hinggit ngan bukit pelanduk tu??

    dah..dah..pergi buat balik karangan nie.kali nie tambah 3208 patah perkataan lagi.huhu..

    Apsal aku rasa cam best lak korang gie ganu ek. Aku pun balik gak ganu,tapi rasa cam biasa jer.hehe..

    Ko patut postkan N3 ko nie kat website Tahun Melawat Trg tu.Mesti ramai yg nak pegi melawat ganu.hehe..

    ReplyDelete
  2. 1. apsal gambo first (dan semua yang kat bhp) ko tak bagi sekali hah? hah? hah? tak dapat pong? kelauts betol.

    2. ko tuh tak tido laa? yang nani coll ko 18 kali tak angkat tuh pe ehehehe.

    3. warung tepi pantai tuh ina pnye keje. haku da laa tengah lapo. mati2 ku hengat warung2 tuh salah satu tarikan di terengganu sempena tahun melawat terengganu 2008. ches. sbb tuh laa ku sabotaj hasil ukir ko padan muke hehe.

    4. haku rase yang sorok kasut ko pong otromen ina. dia perancang semuenye.

    5. bahana main2 muntah ~> muntah betol2. lol. btw juara muntah ko tak umumkan plak kan?

    6. bot ko tuh muat tak klu naik 8 orang? ku nak tumpang? ehehe.

    7. "so far, ni lah percutian aku paling best. sampai tak tau nak citer cmne. huhu." <~ yang ko dah citer panjang lebar sampai 8 ribu perkataan tuh ape? lol.

    8. adekah penyu biru betol2 wujud? bukan penyubiru! ;p.

    ReplyDelete
  3. waaaa...bestnya...

    jeles jeles :P

    ReplyDelete
  4. jgn2 kalo print out ko nyer blog bwat journal candat-trip pon boleh laku la..
    tp tolong jgn byk sgt mengarut..plzz..

    ReplyDelete
  5. yer aku pun suka trip kali ni..
    lps ni kite g daerah lain lak..
    kt muzium t'ganu tu byk tmpt kite x g tau. aku tgk2 dlm pamphlet..ade byk tmpt lagi..patut kne lawat.mungkin lps ni trip kite ke kenyir lak..sarah pny idea laa

    ReplyDelete
  6. mr penyubiru
    50ingget, bkt pelanduk ngn uwek.
    hmm, xleh nk story la. aku xtau nak citer cmne. private punye citer. kihkihkih.

    dlu aku xpnah nk jln2 kt KT, sbb mcm xde apa. tp bes rupenya.. bek ko g pusing2 kt cna. bwk anak2, isteri ko cuti2 malaysia kt cna.


    ad3ck
    1. aku xbg?ade la.ade la. ade la.

    2. tu aku xtido la. tp enset dlm beg. xdengar dol.

    3. ina punye psl, aku laks yg kena. ceh.

    4.ina ke yg sorok?dia wat muke innocent je lepas kejadian trbabit. trnyata kamu sume muka kure2. suke pure2!

    5. juara muntah ijan kot. xpon ida. tp lelaki-ko la!

    6. bot aku muat utk 2 org je. aku ngn molly.eh~molly org ek?

    7. kihkihkih. tu aku bkn citer, aku tulis.

    8. penyu kaler biru?hmm, hmm, mm, ade ke?

    ReplyDelete
  7. 13 may
    p penang pon xsebes g trg .hehehe.

    nu3k
    suke ati aku la nk ngarut2. ko pon bnyk ngarut gak. hehe.

    nhanania
    aku nk g KB. bkn 8. jom..!

    ayie
    komen ko mcm pengkritik AF je. hehe. lupe nk tnye, kopok ok x?

    ReplyDelete
  8. sangat panjang lebar cerita kau. hari jumaat aku start baca, hari ni baru habis. mesti karangan spm kau dpt A, sbb pemeriksa kertas kau tak larat nak baca panjang-panjang karangan kau. overall, penceritaan yang baik, ada coherent flow dari pegi sampai balik, ada intro, body dengan ending. gambar pun best (sbb ade gambar aku). thanks erme sebab ajak aku. huu.. memang trip yang paling best yang aku pernah ikut.

    p.s - anak kucing kat uitm tu sombong, xnk orang pegang

    ReplyDelete
  9. Kasut,
    Trip ke Ganu mmg beh maaa...aku suka...aku sungguh sukak tapi BUKAN ako yg sorok kasut ko yer tapi kan....hehehehe.....ada citer tau. Nak tau? Kena tguuuu..... Yg psl warung tuh, sapa soh ko caya laks Min. Ahakzzz...

    ReplyDelete
  10. zaid
    aku mmg teror bab2 mereka2 cerita ni. pnuh hiperbola dan plastik. kihkihkih.

    mekaseh kt korg gak sbb sudi mmcukupkn korum.

    ina
    masih xdpt ku lupa. lg best dr penang. penang tu dh bes dah, tp ni lg bes. hmm. ina, g melaka jom. photo outing. mau?aku perlukn props aka korg2 la.. hehe.

    ReplyDelete
  11. dah tak leh nak kira, setiap kali nampak gamba sotong, trus tak hengat

    ReplyDelete
  12. trip kali ni best sebab ade haku kan?...hue...hue...

    ReplyDelete
  13. (sambong ayat sarah) dan juge haku kan? kan? kan??? kannnnn?????????

    ReplyDelete
  14. mak su
    awat maksu?anti sutun ke?

    sarakokohani
    msti la sbb ada ko. klu ko xde, kmfrim trip ni xjadi. hehehe..

    ad3ck
    ye la..sbb ko jgak. (copy ayat atas)-->
    klu ko xde, kmfrim trip ni xjadi. hehehe..

    ReplyDelete
  15. ijan
    aku rasa sume pon suke. hehehe.

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...