Aku nak kongsikan sedikit je pengalaman aku masa aku gi Kemboja ni. Memandangkan latar belakang aku xde sedikit pun tentang journalism, setakat belajar format diari masa UPSR darjah 6 zaman dulu-dulu je, maka aku cerita je mengikut gambar yang terpapar. Malas nak cerita ikut kronologi. Kalau ikut kronologi, 4 hari baru habis daa..
Ok, mulakan cerita.
Aku ke Kemboja untuk menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja 2008 anjuran Yayasan Salam dan MAYC Veteran Kedah. Terbahagi kepada 2 team, team pertama bertolak pada 28hb dan 30hb Nov untuk, lebih menjurus kepada program dokumentari. Manakala team kedua terbang ke Kemboja pada 7hb Disember untuk melakukan program ibadah Korban di sana, dan pada hari-hari seterusnya, melagho ke angkor wat.. haha.
Aku berada dalam team pertama, sebabnya last minit punya decision and aku xpk bos aku bagi cuti lama-lama. team pertama sebenarnya takda keje banyak pun. macam aku, g sana untuk tangkap-tangkap gambar dan berlakon. haha. Team pertama juga membawa wakil media seperti TV9 (ada tayang kat tv masa raya haji aritu, muka ku dgn beg timberland kaler dark brown tu banyak kali je keluar, haha), BERNAMA, Anjung Seri, Milenia dan Sinar harian.
Secara peribadi, pendedahan itu penting. bukan untuk glamor tetapi bagi aku ia penting supaya masyarakat tahu apa yang Yayasan Salam buat di sana adalah real, bukan scam. yang pasti, orang-orang seperti aku dapat melihat sendiri betapa sukarnya kehidupan masyarakat Islam di sana.
Pada tahun ini, 40 ekor lembu akan dikorbankan di sini dan akan diagih-agihkan ke 3 perkampungan Islam di Wilayah Kratie. Dengan pendedahan in, diharapkan lebih ramai warga prihatin dapat menyumbang untuk program Salam di Kemboja ini. Untuk makluman, kira-kira Rm60,000 diperlukan untuk menaik taraf dan memperbaiki kemudahan penduduk seperti tadika, surau dan perigi.
Suasana pagi di Praksandai. Ini jalan utama untuk masuk ke kampung ni. Sekali kereta lalu, habis naik sume debu2 merah. Jangan la nak jemur baju kat sini, takda makna. huhu.
Tropengbeang, Tanaksawai dan Praksandai. 3 kampung ini terletak di Wilayah Kratie, kira-kira 5 jam perjalanan dari Phnom Penh. Rata-rata penduduknya bekerja sendiri seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan untuk kegunaan sendiri. Tiada kemudahan elektrik, tiada kemudahan air. Sumber air adalah dari Sungai Mekong yang warnanya seperti kopi o tak cukup susu. Cuma beberapa rumah diterangi lampu kalimantang pada malam hari, itu pun berbekalkan kuasa daripada generator ataupun bateri kereta. Tidak semua rumah mempunyai bilik air sendiri, boleh dilihat masih ada yang mandi dan membasuh pakaian di sungai.

Pagi ni sebelum kitorang bertolak ke Tropengbeang, Kampung Baru kot dalam BM. aku pun xpasti. Kami ke sana untuk gotong-royong bina masjid, dan sambutan hari raya la. ada la sembelih lembu, masak-masak sume. Rumah tingkap biru tu rumah yang aku duduk. rumahnya cantik dan bersih, walaupun dalam rumah kosong, xde apa-apa. Malam-malam SANGAT sejuk, sejuk tak terkata.
Aku terserempak dengan dik-adik ni sedang berbasikal ke sekolah. Memakai tudung, tapi pakai skirt, dan sekadar berselipar jepun. Hehe. Tiada beg, cuma beberapa buah buku tulis dan beberapa batang pensel. Kalau adik aku, jangan kata selipar jepun, kasut Bata pun dia taknak pakai. paling-paling koman pun Converse. huh
Kereta lembu boleh didapati dengan banyak di sini. Aku sempat gak merasa naik kereta lembu ni. Dengan jalan berlopak2, huh lembu-lembu ni main redah je., bukan reti nak elak. Ada sorang kawan aku tercampak ke tanah. hahaha.
Aku naik lori ni untuk ke kampung Tropengbeang. Agak jauh la jugak dari Praksandai. Jalan lagi teruk. Aku tak tau berapa jauh Tropengbeang, dengan Praksandai sebab asyik tengok pemandangan ngan letih melompat-lompat dalam lori. Macam naik kuda, tapi best best walaupun sakit pinggang aku dibuatnya. Pelik aku tengok lori ni, handmade kot. enjin xde cover2.. sebelah driver je lak enjinnya. huahuahua, Tengok diorang, enjoy je kan. Gambor driver tu asyik senyum jer.. Bagus, awet muda.
Bergambar kenangan di hadapan masjid dalam pembinaan di Tropengbeang. Masjid ini dibina dengan duit sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan. Terdapat sebuah surau di sebelah masjid ini, tiada kemudahan paip untuk berwuduk, cuma terdapat sebuah perigi di belakang surau.
Sebuah tadika terletak di bawah surau, berlantaikan tanah, berdinding kayu yang jarang-jarang, sebuah papan hitam dan beberapa meja usang. Jadi, kali ni Yayasan Salam ke Kemboja selain untuk ibadah Korban Aidiladha, mereka juga ke sana untuk membantu memperbaiki, menaik taraf, meningkatkan beberapa kemudahan seperti masjid dan tadika untuk penduduk di sana.
Okes, sekarang kita dah tiba ke Tropengbeang. 2 ekor lembu yang disembelih untuk dihidangkan kepada penduduk kampung. Bukanlah hidang mentah-mentah. ape daa..
Kawah-kawah ni untuk masak nasi daging. Tokwan yang masak. Tokwan dah berusia 80tahun, (berkain pelikat) masih gagah dan sanggup ikut misi Yayasan Salam ni, turun ke Kemboja dari Kedah untuk jadi tukang masak. tapi Tokwan arah-arahkan orang je la.. dia xda la nak gi kacau-kacau nasi dalam kawah tu. huhu.
Nasi daging yang dimasak oleh Tokwan. berebut-rebut. tapi sayang, tak cukup. Lain kali kena masak banyak lagi.
Masjid dalam pembinaan. 2 pekerja kontrak diimport khas dari Malaysia sedang bertungkus-lumus berlakon untuk di ambil gambarnya. huh. Jangan marah ye En Ghani!
Lepas kenduri, gotong-royonG, kitorang singgah jap kat rumah penduduk kampung ni untuk tukar baju. Ye la, pagi tadi pakai baju kurung, nak beraya. Tapi tu la, ada seorang akak kat sini minat la plak dengan tudung yang kawan aku pakai. mula-mula kitorang ingat akak tu nak suh pakaikan dia tudung macam kitorang. kawan aku beria la ngajor cara-cara pakai tudung. tapi akak tu dok gelak-gelak ngn kawan dia, ntah apa yang dibualkan. akhirnya lepas kitorang buat-buat tak faham terpaksa buat-buat faham gak, huhu akak tu nak tudung yang kawan aku pakai rupanya. kena la bagi. huhu.
Lepas bertungkus-lumus bergotong royong masak-masak ngn bina masjid (leh percaya ke?), dah tukar uniform skang kitorang nak masuk bendang la plak. Hijau kan padi tu. Huh, sangat hijau. aku rasa rumput kat emirates stadium dah hijau cantik, yang ni lagi cantik..
seumur hidup, ni kali pertama aku masuk dalam bendang. takda lintah. ni nak tanam anak padi. rosak padi orang kitorang kerjakan. pasni komfirm tuan sawah tanak bagi kitorang masuk dah.
lepas masuk sawah, kitorang naik sampan lak. Sungai Mekong. Nadi bagi kebanyakan penduduk Di Kemboja. Kitorang naik sampan ni untuk ke kampung seberang. huh, dasyat kan?? Hah, aku tipu je. Ni saje je merasa naik sampan. Uish, xstabil..
Babak menangkap ikan ini adalah lakonan semata-mata. haha. kitorang sempat merasa naik sampan kecik, g tangkap ikan kat sungai mekong. tapi bukan betul2 kat sungai. air sungai mekong tu mengalir masuk ke kawasan yang rendah. jadi macam tasik la.. dalam. siap lawan macam dragon bot lagi. nasib baik bot tak terbalik. bukannya ada life jacket ke apa..
Esoknya, sebelum bertolak ke Phnom Penh, aku jalan-jalan kejap kat kampung Praksandai tu. Ni la pasar kat sana. Macam-macam ada. Penduduknya ramah. Nak beli barang xfaham. Tapi ada beberapa penduduk kat sana yang reti berbahasa Malaysia ( sebab pernah kerja kat Malaysia), rajin je menolong jadi translator.
Ini klinik gigi. Macam comel lak aku tengok klinik ni.. hehe. Tapi xmasuk lak kat dalam tu. Ntah camne rupe. Kol 10pagi kitorang bertolak balik ke Phnom Penh. Sepanjang perjalanan leh nampak sawah padi luas menghijau. aku tak pernah ke Kedah, jadi aku xtau padi kat Kedah rupa camtu gak ke..

Van ni aku jumpa kat stesen minyak dalam perjalanan balik ke Phnom Penh. Benda-benda camni standard kat sana. Kalah keretapi barang. Jangan harap la kalau kat Malaysia lepas nak angkut barang camni. Ni baru lah asia hebat namanya.
Ni gambar di hadapan sebuah masjid di Phnom Penh. Luaran tidak diselenggara dengan baik, tetapi dalamannya bersih. Bil elektrik dan air ditampal di dalam masjid, dengan tunggakan kira-kira Rm3000. Dah balik ke Phnom Penh, kami jalan-jalan ke Killing Field, tempat pembunuhan beramai-ramai ketika era pemerintahan Pol Pot dan Tuol Sleng, bekas penjara yang menempatkan tahanan sebelum mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam.
Sekitar tahun 1976-1979, Saloth Sar,Perdana enteri Kemboja atau lebih dikenali sebagai Polpot, pemimimpin de facto ketika zaman pemerintahannya mengetuai gerakan regim Khmer Rouge dan mengamalkan prinsip agrarian collectivization, dimana Polpot mengarahkan penduduk di kawasan bandar berpindah ke kampung untuk bercucuk tanam dan menjadi buruh paksa dengan matlamat untuk memulakan ketamadunan dari asas yang kosong. Perpustakaan, hospital, kuil dan apa-apa sahaja yang dianggap kebaratan akan dimusnahkan.
Okes, ini Killing Field. Dalam bangunan tu, ataupun Stupa dipenuhi dengan tengkorak-tengkorak mangsa pembunuhan beramai-ramai ketika era regim Khmer Rouge memerintah.
Pemerintahan Polpot menyebabkan hampir 750,000 to 1.7 juta penduduknya mati akibat daripada kesan penderaan, kebuluran, penyakit dan kerja berat. Regim Khmer Rouge ini membunuh sesiapa sahaja yang tidak patuh pada arahan mereka, golongan profesional seperti doktor, peguam dan guru malah turut menyasarkan etnik minoriti dan etnik yang paling terjejas adalah orang Islam Cham.
nampak itu katil besi?? nampak itu gambar dinding?? okes, sekarang aku bawak korang ke Tuol Sleng Genocide Museum.. ini merupakan bekas penjara semasa Polpot bermaharajalela dulu. (peringatan: google sendiri). kalau korang nak tau, kat muzium ni penuh dengan gambar-gambar Cambodian yang dipenjarakan dan dibunuh di sini. Katil ni merupakan tempat regim khmer rouge menyeksa tahanan sebelum dibunuh. gambar kat dinding tu kalau korang perhatikan sebenarnya gambar mangsa yang telah dibunuh, dengan darah2 menitik kat lantai. kat dalam muzium ni penuh dengan gambar2 mangsa, sebelum dan selepas dibunuh.
Gambar-gambar ni diambil sebelum tahanan dibunuh. Mangsa kena duduk atas kerusi yang dekat belakang kerusi tu macam ada besi terpacakyang ngam-ngam kena kat belakang kepala. Jadi mangsa-mangsa ni kena duduk tegak la. Ada gambar yang mangsa tengah menitiskan air mata pun ada.

okes, tak nak dah citer dah pasal Polpot. cuba teka ini ape?? okey la, yg meliuk lentok tu ular. lepas tu anak ayam. lepas tu semut. yg kaler itam tu aku xtau serangga apa. yang pasti sume adala, cengkerik, belalang, lipas etc. Rasa ? aku xrasa lak. kalau aku tau korang nak, aku tapau bawak balik aritu.
Sebelum balik, kitorang berjalan-jalan kat Central Market, Asean Market, dan sempat singgah di istana nak amek gambor. Gambar lepas ni banyak adegan melompat. Nak buat camne, aku memang teror bab-bab amek gambor lompat ni.. sronok, nampak happy je. hehe.

Walaupun tak berkesempatan ke Siem Reap (datang misi ke nak berjalan-jalan?), tapi untuk misi kali ni memang satu pengalaman yang berbeza. Melihat kepada kesusahan orang-orang di sana, memang jauh berbeza dengan di Malaysia. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Dok dengar Yayasan Salam cakap nak ke Afrika plak. kalau dapat ke Darfur kan bagus.. kn???
okes, sekian cerita panjang-lebar aku. terima kasih kerana membaca. hehe.
ps : mau lagi gambar, klik ->sini<-.
ps : mau lagi gambar, klik ->sini<-.
aku nak join buat humanitarian nih... mcm mana ek??
ReplyDelete(ps: polpot kejam!!!)
ko follow aku masuk yayasan salam. ngeh ngeh ngeh..
ReplyDeleteala, ko keje kt RTM tu dekat jer ngn ofis Yayasan Salam. kt area amcorp Mall tu jer..
ngee.. ku tgh tny pakcik google.. hehe
ReplyDeletehehehe..
ReplyDeletedia jawab x tu?
moga usaha kamu and the geng membuahkan hasil.
ReplyDeletenaik keta lembu sampai tercampak ke tanah? atooiiii, atit montot. huhuhu
siannyer nengok gambar hitam putih tu, tak sampai hati... eksekius me, bai bai
maksu
ReplyDeletesmpt landing baik punye.. xjatuh atas montot! hehe
Yayasan salam tak nak kasi aku offer letter ke suh aku kerja kat situ?
ReplyDeleteAla, kau jatuh atas tanah pun tak sakit sebab montot ko tak mantap kan...kan?
ami
ReplyDeleteoffer letter pebenda nih? ko apply keje kt cna ke?
n FYI, bkn aku yg jatuh wokey..
Wah! Ni boleh buat show kat Maskara! Eh...tak dpt tangkap gambar mamat hensem yang hari tu ke?
ReplyDeletelawanya gambar yg kat bendang tu....
ReplyDeletedan juga gambar yg lompat2...:)
-kalau aku tau korang nak, aku tapau bawak balik aritu.-
ReplyDeletekelakar.hahaha..
azzam supardi
ReplyDeletemamat ensem tu lari laju sgt mcm lipas kudung. sejak2 jadi ironman ni..huh
anntaj
nk melompat skali??jom..!
abdullahjones
gggggggggggggg..abdullahjones disini???ggggggggggggggggggggg..
dah.. ku dah jadi ahli yayasan salam.. tp part time la. hehe.. ko full time ek?
ReplyDeletejard the great
ReplyDeletehehe..aku part time jugak.. yay yay. wlcome to the club.. ngee, leh lepak ngn ko ye nanti.
n3 ko telah berjaya membuka pintu hati jard.dan aku harap sani express tu ade bace gak n3 ko ni.hehe..
ReplyDeleteps : best baca n3 ko nie. ikhlas neh.satu usaha murni yg patut dipuji.bangga aku ade org kg seperti ko.
mr penyubiru
ReplyDeleteaku mmg suke wat org kg aku bangga. haha.
o mamat ferarri tu sani tokey bas tu ek? aku xpnah naik bas dia pons cmne gak dia leh jadi kaye gitu? bkn ke bas dia g KL-KT-KL-KT je? kaya lagi transnasional. huhu.
wah...cantik betul gambar2 yang ko ambik..kagum aku..kalau ko bagi awal sure aku masukkan dalam sinar harian..
ReplyDeletemcm bes jer dgr ko buat charity work camnie...mcm nak join pun yer jgk nie...ader 2 concern aku...1) aku keje, so aku buat part time la kan...mmg x ganggu time keje la eh? 2) aku nie transport tarak, x per ker? setau aku keje2charity nie memerlukan transportation...advice skit...
ReplyDelete