Pages

January 13, 2009

lama tak cerita panjang : nak bebel banyak hari ni.

aku nak cari rumah sewa..

tak tahan dah dok umah tu.

macam neraka.

ko igt aku suka sangat ke bab-bab berkira ni.

siaplah, aku pindah nanti memang aku hangkut peti ais, sofa, periuk nasi, tivi, astro. hah, baru ko tau perasaannya orang berkira. aku tak pernah cakap apa2 pon bila korang duduk baring tak hengat dunia kat sofa tu, masak nasi hari2 pakai periuk nasi, tengok tivi dari pagi sampai ke malam, langsung tak bagi can kat aku nak tengok channel lain.

wei, aku pantang betul la dengan orang-orang yang suka sangat tengok drama, nak-nak kat tv3. wei, apa kejadahnya ada astro bayar 60hingget tiap2 bulan tapi dok bukak tv3 je dari pagi sampai ke malam??

aku tak pernah masak pun kat dapur tu. korang claim ngn aku, cakap beli barang tu barang ni, aku bayar je, walaupun aku tak guna. hah, ni nak main berkira duit dapur 5 ingget ngan aku sampai bermasam-masam muka, amek ko duduk la kat umah tu kosong. takda apa. hah, amek, amek. duduk la kat dapur tu, ada dapur ngan tong gas je aku tinggalkan.

selama ni aku sabar je. o, depan-depan aku tak berani cakap. tapi anta emel, bukan main lagi sound baik punya. bila panggil meeting, suma diam macam batu. bila aku suh cakap, taknak cakap apa2 plak. kat emel tu karangan 3 mukasurat, suma isu timbul. dah berdepan sepatah haram tak cakap apa, buat bodoh macam xpernah ada apa yang berlaku.. aku diam je, malas nak cakap ngan orang-orang tua ni. kang aku tegur cakap aku kurang ajar plak.

dah la aritu aku dah masam muka ngan budak ofis (kes aku tegur jugak la), dah masuk sebulan kot tak bertegur. ntah, bila nak tegur dia aku jadi serba salah. lagipun dia dah sound aku pasni dia takkan bercakap dengan aku walau 1 patah perkataan pun. kalau buleh cakap bahasa isyarat, dia sanggup bercakap guna bahasa isyarat , tu pun kalu dia nak cakap ngan aku la. ko bayangkan perasaan aku g keje tiap-tiap hari camne. kawan naik satu bas, tunggu lrt, sama-sama, makan sama, tiba2 tak beregur. macam neraka je g ofis. balik rumah plak masam muka ngan budak rumah. memang aku rasa sengal tahap gaban la. malas nak pikir. so aku sampai je rumah memang berkurung dalam bilik. layan X-Files lagi baik.

lama tak tepek gambar. saje je bagi intro. gambar ini bukan satu signal yang menunjukkan aku dah kawen, atau nak kawen atau kepunyaan orang. aku masih single trang tang tang. gambar ini merupakan satu petunjuk bahawa aku akan jadi tukang tangkap gambar- tangkap gambar orang kawen misalnya, untuk karier aku akan datang. aku takkan guna istilah fotografer, xlayak pon. aku hanyalah budak perempuan yang suka tangkap gambar. dan aku akan belajar, belajar, dan belajar.

wiken ni aku ada 2 workshop fotografi, 1 dengan bro zamrud, n alhamdulillah aku antara yang terpilih utk attend workshop dia secara PERCUMA sebab kebiasaanya dia caj riban-riban la utk attend cos dia. n aku ada 1 lagi workhop dengan bekas pensyarah UTM, n sekarang dia full time photographer, banyak shoot wedding yang cantik2. terlepas peluang untuk berguru dengan saiful nang,tapi tak pe. belajar je dengan sesape. wiken lepas first time aku follow orang shoot wedding, memang banyak yang aku belajar. thanks to bro chiko, n sume kawan-kawan baru yang aku kenal. fotografi memang satu bidang yang diconquer oleh lelaki, jadi aku kena berani dan berusaha. tapi dalam banyak2 kan, aku paling suka photojournalisme la. aku harap satu hari aku dapat jumpa dengan bazuki, atau shamsharin-antara fotografer malaysia yang femes dan bekerja dengan agensi luar seperti Reuters dan AFP.

ahad ni jugak aku ada Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia. Sangat sedih sebab aku tak dapat join. majlis ni la antara majlis yang semua kawan-kawan volunteer aku akan hadir, bukan senang nak berkumpul. aku pun dah lama tak join aktiviti salam, bizi memanjang. utk korang, aku bukan sombong tau..!

waah, panjang cerita aku kali ni. aku pendam benda ni dah lama. aku tulis, aku save,. xpublish pon. aku tensen. aku banyak diam la. tu antara sebab la aku dah tak banyak tulis entri, blog orang pun aku dah tak singgah. aku banyak je cerita best-best nak share ngan korang tapi aku takda mood. kisah singapore sume aku tak citer lagi. korang tak tengok lagi aku main biola. (wakakakaka-sapa ada facebook ada tengok kot gambar aku). siap ada pakcik kat belakang tu tengok sengih je. mesti sebab best. hahaha.tak caya ek aku main biola?? xpe la, lu piki la sendiri.

memang kawan senang nak cari. tapi susah nak berganti. aku susah nak substitute orang la. xkan punye. orang tengok aku hepi, padahal dalam hati aku lara je. sentap beb. tapi aku tak nanges la. bukan pesen aku kuor ayor mate ni. kekadang bagus gak ada ego yang tinggi.haha. k la, ckup la ngomelan aku arini. aku nak g amek lesen ni. syarat candidsyndrome, nak kena ada lesen, transpot sendiri. nk g amek lesen la ni. chow..!

ps : hah, marah betul aku ni. muktamad. pindah. sebelum aku pindah, aku nak g jumpa jiran rumah hujung tu. selalu senyum2 je, tegur sepatah dua je.. ni aku nak g mintak no tepon. leh la keep in touch pas aku pindah. hahaha. ape kes? mau ngorat bro tu ka?? wakakakaka..

18 comments:

  1. yahoo.. jadi orang pertama comment..

    ReplyDelete
  2. Jom la pindah. Kita duk serumah. mantap? hahaha

    ReplyDelete
  3. Uikss..
    aku knl sape ko..
    tmpt jatuh lg dkenang...
    hahaha..
    ko duk mne skunk??
    sadis je aku baca cite ko tuh????
    adakah mreka yg ko mksudkn tu aku knl???
    jeng-jeng-jeng
    Keep Movin' Bebe...xde mkne ko nk lyn tu sume...buang karan jerk...
    Hav a Gud Day Ya...

    ReplyDelete
  4. aku pun senasib dgn kau.dapat housemate yang berkira. tapi aku malas la nak bising2 dgn diorang, bagi diorang sendiri terasa, tapi diorang tak terasa beb.susah mcm ni.

    kalau aku keluar rumah ni kan, aku angkut jugak segala tv, astro, mesin basuh, stove. sama la, depa duk tgk tv pulak cite2 jenis series yg selalu nak kena ikut.kadang2 aku baru je nak tengok berita, diorang dh tuka cenel suka2 hati siap bgtau aku lagi pasni diorang nak tgk cite ape. so kalau aku tgk pun series yg die tgk tu, aku tak faham punya pasal bukan aku ikut pun. padahal tv tu tv aku, astro atas nama aku. aku hajat nak beli sofa tapi aku pk2 nanti diorang jugak yang ganyang. hall pun bersepah lepas diorang layan tv, sampai mak aku marah aku, sbb aku je nak kena provide semua kelengkapan. diorang tu setakat beli pinggan plastik, bekas letak gula, pun nak kecoh.

    sampaikan aku sendiri yg jadi kera sumbang, malas nak campur dgn diorang yg berkira pasal aku sakit hati. terpaksa aku yg makan hati beb. sbb? aku malas nak gaduh dan bising2.

    last2 aku tinggalkan tv kecik aku kat hall, lcd, home theatre dan segala bende best aku letak kat bilik aku.kalau diorang nak kata aku berkira, sila la pk balik. aku beli mesin basuh, tv, stove pakai duit sendiri je.takde sesen pun mintak duit orang. kalau diorang tak puas hati lg dgn aku, aku x tau nak cakap mcm mana.

    sorila komen aku ni mengalahkan org buat entry. aku saja nak share sbb aku rasa apa kau rasa. ini kali pertama aku masuk blog kau, tiba2 terbaca post ni. aku pun tersentap sama. hehe.

    dan sori terpaka menjadi anonymous sbb aku taknak org jejak sapa aku bagi mengelak kejadian gaduh aku dgn hosmet.biar jela aku memendam sorang2.

    ReplyDelete
  5. aku rase kalo gaduh ngan kawan baik sendirik, aku panggil ia 'the phase'.
    fasa dimana semua silly jokes tidak lagi kelakar dan cerita bodoh tidak boleh diceritakan kerana annoying.
    tapi fasa ni boleh berakhir ;)

    tapi kalo dengan mereka yg selama ni tidak pernah memberi apa2 makna dalam hidup aku, ya ampun, aku angkut barang2 masuk bilik semua ;)

    ReplyDelete
  6. dan mereka memang org yang tidak pernah special dlm hidup aku.
    sbb tu semua angkut masuk bilik.haha

    ReplyDelete
  7. hambik kooo sekali bebel bes gak ;p

    ermm ermee aku harap cite2 ko nak jadik photographer tercapai, aminn :)

    ReplyDelete
  8. aku sokong kamu...pindah je terus...jgn kasik can...har...har...padan muke mereka...

    ReplyDelete
  9. kalu aku cnfirm pindah umah... kalu takat pindah brg2 msuk blk, tu xkan selesaikn pe2. mkin gaduh je. ko still tatap muke dorg n masih dgr suare dorg... e... xmola aku.... kalu aku jd ko, paper lame yg aku beli pn, aku akan kuarkn dr umah tu k...

    ReplyDelete
  10. Gila babi...gila babi...
    aku ingatkan kau dah pakai penolong editor kat blog kau ni.

    ReplyDelete
  11. ami
    ape yahoo..yahoo. dlm mood sadis ni beb..haha

    ami
    dok serumah?? huh, aku campak ko masuk longkang..ngeeeee

    kacang masin
    ko xkenal ssape dah. sume bdk baru beb.. ita, umi, kak su sume dah xde.bdk baru sume..

    sengal beb... klu dlu leh gak melepak masuk dok bilik korang kan, skang pintu bilik sume tutup. xleh dah nak lepak2 borak2.. tido ramai2 dalam bilik. huhu.

    bosan.

    sama nasib
    panjang sungguh entri ko sama nasib. hmm..tp susah kan??

    aku ngan budak2 lama dlu takda masalah pun. aku ant yang paling lama kat dalam umah tu la, yang lain2 sume budak baru.

    masuk rumah cuci kaki je. xyah risau nak beli periuk belanga. pakai je.. tapi tu la.. xbersyukur.

    jehan
    ko dah pindah.. ko dah selamat. ko dah bahagia!

    didi
    hah, ko sakit tinge tak dengar aku bebel? hehehe

    sarakokohani
    aku pindah masuk umah ko, leh? ekekeke..

    ijan
    dgr sore diorang, pagi2 dah bukak tv pastu gelak2 mengilai macam hantu je aku dgr. sakit jiwa beb..

    ami
    hahahha. babi pun xgile camni. wakakakakka

    ReplyDelete
  12. nanti buat kenduri masuk umah baru :)

    ReplyDelete
  13. aku alami tekanan jugak nih..

    aku nak pindah umah.. tp org umah tak bagi pindah.. huhuhu...

    ko nak pindah kat mana?? ade kosong kat KL nih.. hehe

    ReplyDelete
  14. emi ko bakar jer umah ko...kalo tak pon bom jer macam israel

    -balak ju-

    ReplyDelete
  15. 13may
    aku lanje keyEfsi

    jard the great
    aku mau dok PJ..!

    balak ju
    gile bakar rumah. cian makcik tuan rumah.

    ReplyDelete
  16. senang jer ko sewa umah berdua udah....x payah nak cr2 orang lain..privacy skit....

    -org baru

    ReplyDelete
  17. isk isk isk, kesian kesian, jom masuk umah aku meh, aku pun baru nak pindah ni:)

    ReplyDelete
  18. anda memang ada bakat cuma kena usaha lebih untuk jadi yg terbaik..

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...