Pages

July 3, 2009

jaga bahu kiri elok-elok..

peristiwa ini berlaku pada satu hari bekerja bagi negeri-negeri yang bekerja di seluruh malaya.

pada satu hari,
aku teman nenek aku g klinik.
klinik swasta la, bukan klinik gomen.
ala, nak cepat.
sakit runcit2 je pun, bukan emergency.

sambung cerita.
petang-petang, klinik mana ada orang.
lain la spital gomen.
pegi pagi, petang belum tentu setel amek ubat.
aii, iklan lagi.
ok, sambung cerita.

begini ceritanya..
dah sampai klinik,
ada la 3-4 orang customer.
sume kakak-kakak la, dan ada sorang pakcik berbaju batik tengah tunggu giliran;
dan ada sorang mamat kat konter ubat.
ngah nak beli ubat.
tengok gaya macam nak beli ubat batuk.
(aku fitnah je ok, astaga..)
tapi biarlah, nak kasi lebih nilai pada ini cerita.

berapa banyak iklan daa..
sambung lagi cerita.

ok, giliran belum sampai.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
mamat konter dah blah.

tiba2..

jeng jeng jeng..

sorang pekerja klinik macam sawan lepas keluar dari tandas.
"argh, henset aku ilang.. enset aku ilang..aku tertinggal dalam tandas tadi.." sekejap-sekejap raba2 kocek baju yang xda kocek pun sebenarnya.. antara perbuatan lain yang dilakukan oleh pekerja klinik yang ilang enset itu juga adalah melilau2 dalam klinik.
kadang-kadang masuk dalam tandas jugak.
dabel check kata orang.

pekerja-pekerja klinik yang lain pun apo lagi, mula la buat sesi soal siasat.
"ko letak kat mana henset tadi?"
"ko kompem ko tertinggal kat dalam tandas?bukan ke ko simpan dalam laci tadi?"
"camne ko leh tertinggal henset dalam tandas plak?"
"betui ke ko letak kat henset tu atas sinki kat tandas?"
dan pelbagai lagi bentuk soalan menggunakan sepenuhnya 5W2H yang dipelajari zaman-zaman sekolah dulu.

pastu ada suara2 mula cari suspek.
"oh, akak rasa mamat yang datang kat konter tadi tuh.. lama sangat dia masuk tandas tadi. sah, dengan dia dah." kata suara satu.

"hah, ye dah. tengok muka pun cam orang pecah umah.. sah dah henset ko ngan dia" cocok suara dua lak.

"cube ko miskol nyah, dia xjauh lagi tuh kot." kata suara tiga lak.

tuan punya enset muka dah sedih nak mampos. kelihatan seperti budak lepas SPM yang beli henset mahal sejurus menyimpan duit gaji 3 bulan pertama. kesian, hangus duit pelaburan.

"camne nak call, bateri enset lak abes" kata tuan empunya enset yang ilang.
gilak dramatik kan?

hmm, konklusi aku, nak je aku suh budak tu g blok no dia, pastu g beli enset nokia 1208, baru seratus ingget. abes citer. nampak sangat aku mudah putus asa kn, bukannya nak jadi hero g cari penyangak tu.

pastu suara ke-4 tiba2 ramah lak bertanya dengan sorang pakcik yang juga sedang menunggu giliran kat dalam klinik tuh. pakcik tu dari awal mengamalkan dasar berkecuali dalam perkara bedah siasat di atas.

"errrm, pakcik. pakcik ada masuk tandas tadi?" tanya suara 4.
"ada" sepatah pakcik jawab
"pakcik ada nampak enset atas sinki?"
"ada" jawapan sama seperti di atas.
"pakcik ada amek henset tu?"
"ada."
sambil bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah konter dan menyeluk poket seluar kanan seraya mengeluarkan enset dan letak atas konter.

gulp.

dia yang amek?

"nape pakcik amek enset tu xpulangkan, kan pakcik dengar kitorang cari enset tadi?" tanya suara 4 lagi.

"doh mana pakcik tau. pakcik ingat nak anto enset ni kat tokei" jawab pakcik tu selamber pastu sambung duduk kat kosi tunggu giliran.

aku diam jer. dh amek, diam lak tuh, pastu leh cakap nk anto kat tokei. tokei mane? tokei kedai enset? demm... pengajaran, ingat orang muka pecah rumah jahat semua jahat, dan adakah orang pakai baju batik tak reti buat dosa?? ngeh ngeh ngeh..

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Pengajaran...org yg amik harta org (curi?) ada yg lurus gak, tak pandai menipu

    ReplyDelete
  3. kikiki... pakcik tu mmg bergayo!

    ReplyDelete
  4. biasalah....kita selalu menilai pada tanggapan pertama
    orang tua...pakai baju batik...muka ala-ala penuh keimanan dibandingkan dengan laki muda....muka pecah umah

    pengajarannya...jgn menilai seseorang dari penampilannya :D

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...