February 13, 2010

bukan hari yang baik.

i.
saya tamatkan hari 365 saya dengan satu insiden yang saya rasa sangat tak kelakar.
serius, saya tak suka penamat 365 ini. saya rasa teruk. jadi saya mahu tidur.

ii.
wahai tidur, awas;
saya ada satu peringatan.
jangan beri saya mimpi.
kerana saya sangat penat dan bosan.
saya bosan dengan mimpi naik ke langit, terbang di udara, jadi kaya-raya.
saya tak perlukan mimpi,
mimpi membuat saya hampa di siang hari.

mimpi pun kadang-kadang buruk.
saya benci mimpi buruk sebab kadang-kadang menakutkan.
saya seorang penakut.
saya takut hantu, dan hari ini saya sedar saya juga takut pacat. haha.

iii.
sebelum saya tidur,
saya mahu beritahu harapan saya untuk hari esok.
saya doakan semuanya baik-baik belaka.
saya mahu hari yang indah,
hari yang indah membuat saya senyum sampai ke malam.

saya mahu tengok langit cantik membiru.
saya mahu tengok awan memutih.
dan saya rindu pada bayu.
saya rasa akhir-akhir ini, KL agak panas membahang.
angin tiada. ke mana kamu?
jadi bayu, tolong kembali.
supaya saya tak perlu memikirkan jambu Pak Chu atau cendol di SS Two.

iv.
esok hari satu untuk tahun kedua akan bermula.
saya masih kabur, tetapi tidak sesekali berhenti menyimpan impian.
ingat, mimpi itu lain.
impian itu lain.

v.
tamat

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lama senyap... rindu pulak, rindu nak makan rojak mamak, sedappp tuu ;)

    take care

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...