March 25, 2010

it's complicated..again

aku takut jarum (selain hantu dan telan ubat).
nak toreh ke, nak jahit ke, aku xda masalah.
dan memang masalah besar sebab vein aku halus nak mampos.
tebuk situ tak mahu, tebuk sini tak mahu.
last2 pakai jarum untuk baby.. (yep, aku mmg bebeh)

tapi alhamdulillah, semuanya selamat.
dan aku masih boleh je gelak2 aje atas meja bedah;
(walaupun sesekali aku ketap gigi dan tendang meja bila rasa sakit)
aku sorang2 kat hospital dan next kin terdekat aku ada kat johor (mungkin aku sepatutnya letak nama orang lain)
tapi mujur ada jehan yang risau (takut aku mamai dan jatuh longkang) sebok suh arep macha datang;
dan aku takda masalah nak mengada2 sekali sekala. hehehe.

balik je kat rumah, tengok emel wahh kisah sadis plak.
kena menyelamatkan hati pulak. it's complicated..again!
huh,
lepas beberapa kali memerah ayaq mata, aku tak kata sukses 100% tapi status relationship dah bertukar semula. seb bek.
(aku cuba menjadi perempuan yang lemah.hahaha)

oh,
kalau korang nak tanya aku sakit apa, aku akan jawab sedut lemak. hehehe.


March 22, 2010

hari penuh drama

memang bukan hari yang baik bila bangun pagi dan cek emel- dapat notification daripada facebook - mr xxx has updated his relationship status to say that you two are in a complicated relationship.

ngeri siot.
tapi tu lah,
hidup kadang-kala perlu drama.

dan aku sebagai heroin merangkap pengarah kena la pandai2. nak buat cerita lagi saspen ke.. nak tambah drama golek2 macam hindustan ke.. atau nak buat benda paling sweet ke..

tapi sebab aku punya imaginasi tak macam james cameron, maka ending cerita aku biasa2 aja. sebab dramanya takda la kronik sangat pun. yang pasti, endingnya kitorang membilang titis hujan kat tepi lebuhraya mahameru sampai jemu. wooo, KL semalam hujan tak benti tau. jadi bayangkan berapa juta titis hujan yang aku kira.

dan hari ni, aku in a relationship..again. haha!
saya dah kata, awak memang makin mengada-ngada sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...