Pages

September 20, 2012

Delhi - Pahar Ganj

Delhi, metropulus (hehe) kedua terbesar di India. Paling besar tentulah Bombay tapi Delhi adalah pusat pentadbiran dan pintu masuk paling senang kalau nak melawat ke tempat-tempat menarik di India utara. Agra cuma 2 jam dari Delhi, Jaipur lebih kurang 5 jam, Jodhpur 11 jam, Varanasi 11 jam kalau kira belas2 jam tu dekat la. Cuba bayangkan turun kt Kochi atau Bangalore, 3 hari 3 malam la baru sampai Delhi kalau naik ketapi hehe.

Masa saya kat sana, saya stay kt Vivek Hotel, Pahar Ganj. Pahar Ganj ni kira mcm chow kit la, xpn mcm Jalan Tar, penuh ngn backpackers lodge, price ranging from Rs200- to mahal2 suka hati la nk cari rate brp. Standard 1 malam saya duduk kt hotel Rs700, lebih kurang RM40-RM45 satu malam. Hotel okey dah tu,  ada aircond, bilik air, ckup2 lah utk saya yang memang bajet, dan yang penting tempat ni dekat gila dengan New Delhi Railway Station, memandangkan nadi pengangkutan utama saya adalah keretapi. Jalan kaki je dah sampai. memang dekat. 

Vivek hotel. Ni pagi, dalam kol 7pagi, sunyi sepi. Bila kol 10, Pahar Ganj sangat happening bila kedai-kedai dah bukak.
Cara ke Pahar Ganj paling senang dan murah. Korang boleh arrange dengan hotel untuk pick up dari airport. Harganya lebih kurang Rs500-Rs700 per taxi. Kalau xnk, naik pre-paid taxi atau pre-paid auto (kalau berani lah, kalau agak2 takut kena tipu nanti diorang bawak ke tempat lain hah cmne?) ataupn naik metro.

Ada metro dari Airport terus ke New Delhi Railway Station (Ajmer Gate). Tambang lebih kurang Rs80. lebih kurang RM6 aje. Bila sampai, terus ke stesen keretapi, naik jejantas utk cross ke belah Pahar Ganj. Senang cite, Metro tu anggap Monorel Brickfield, utk ke Hilton, kita kena masuk KL Sentral utk cross ke Hilton cmtu la. Xjauh pun dr Airport ke Pahar Ganj, tapi kalau rasa nak tgk zombie kampung Pisang, hehe ce try naik auto malam2 nanti ngn baju koyak rabak jalan senget melintas jalan. hehe. 

-----------

Nnti samb camne nak jalan2 kt Delhi plak.

No comments:

Post a Comment

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...