Pages

October 23, 2012

tunang?

katanya, ada plan nak bertunang.
katanya, nak bertunang sejak bulan 4
katanya lah
tapi kataku, heh aku pun takdak buat apa2

tapi xpe la, bercakap memang best
berangan lagi best
nak menjadikan realiti hmm Tuhan saja yang tahu
Bausch K price range between RM200-RM300
saya xsuka cincin. saya tak pakai barang kemas, tapi saya tahu saya cuma mahu satu cincin saja seumur hidup saya, sebagai tanda cinta everlasting love kata orang putih. never last gitu.

tapi kalau nak bertunang skang, haruslah xmampu i nak beli cincin tiffany & co kotttt.  dan saya cakap saya nak cincin kahwin saya besar dan mahal dan syantekkkk. 

jadi option yang saya ada lepas gugel siti situ sana sini adalah beli cincin Bausch K (untuk merisik dan tunang nanti nak kawen cari cincin sebijik sama hehe tapi yang diamond bling bling betul hehe kata ku haha)

saya suka cincin camni. saya xsuka cincin yg ada 1 batu trkeluar tu. saya keje lasak. sangkut sana sangkut sini hmm xboleh. okey la kan. kalau ada cik kiah ke, cik tipah ke nak kecoh2 kan, ai cakap je aii you nak seponser ke cincin diamond 14karat?? keypoh kot.

dan sangat seram bila tengok majlis tunang orang lain. takpa lah, ikut kemampuan kan. saya dah ada kain untuk buat baju, kain cotton embroidery cantek yang saya beli bawah subway masa kat Mumbai dalam hujan lebat (satu2 nya kedai jual kain yang saya jumpa, itu pun masa dah nak balik, bayangkan seminggu, 4 city, hari terakhir baru jumpa- sumpah xda orang percaya bila saya cakap xjmpa kedai jual sari haha) dah la kedai tu kecik, ala2 mcm kiosk kt lrt ampang park yang jual selipar camtu, kecik je kedainya hehe.dan murah, dalam Rs800 lebih kurang RM50 kot. tempah baju moden gedebuk gedebak mungkin baru RM50. hah pastu pakai tudung adijuma, kelasss ko baru RM7. murah murah. hehe.

dan nak buat pelamin sendiri. hantaran kasi simple.
tema kaler plum + turqoise


plum + turquoise
plannye :
1. sirih
2. cake in jar (kiutt)
3. kuih akok (wajib, saya kan org trg)
4. persalinan nikah
5. hmm
6. hmm
7. hmm

hah xpe la nanti saya fikir. mungkin lambat lagi kot sebab kan hmm tatau lah nk cakap camne. 


1 comment:

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...