Post pasal India versi 1.0 pon tak abes tulis.
Lepas tu post pasal India versi 2.0 pon tak cite abes lagi.
Nah skang nak cite pasal trip ke India kali ke 3 plak haha.
First time pegi dengan kawan pastu jejaka bergelar boyfren sepatutnya follow. tapi beberapa hari sblm fly, dia plak kena pi Mesir utk cover satu assigment kat sana. phew terbang lah ke India dengan Sarah.
Kali ke-2 memang niat nak bawak jejaka bergelar boyfren tu pi sebab tahu dia memang suka amek gambar, maka terjadilah trip kedua (dan masa kami pegi tu antara detik2 terakhir sebelum AA menamatkan perjalanan ke New Delhi)
Kali ke-3 ni pi dengan jejaka bergelar suami. untuk honeymoon plak. Eii klu orang lain dengar, semua macam haih korang ni memang suke sangat dengan India eh?
Hahha, aah, yap aku memang suka gila dengan India, dan dia pon sama. senang cite, KAMI MEMANG SUKA INDIA haha.
Alkisahnya, kami dah plan nak honeymoon kat India sebelum tunang lagi kot haha. dah niat ni nak backpack sebulan. lepas kawen takda cuti, (kawen sept, plan g mac) jadi plan pi bulan mac (masa Holi festival, festival tabur kaler kaler tu macam dalam mohabbattein). tapi aku xlepas cuti bulan mac, laki aku g sorang dan tiket kitorg semua tukar date (so bajet dabel kat situ sebab kos tukar semua dah berapa lum campur beza harga tiket masa nk fly tu mahal la plak )
tak kesahlah cmne pon utk trip kali ni sepatutnya bajet tapi jadi over bajet lebih 3x ganda dari biasa. dari sebulan pi pendekkan jadi 11 hari jek. untuk sebuah negara yang besar, sebenarnya makin murah bila kita duduk lama sebab kita boleh travel naik trasnport murah mcm keretapi, tapi masa dh pendek terpaksa plak naik domestik flight (sebab kalau travel dengan ketapi ngn jeep amek masa nak sedap 3 hari. total perjalanan 6 hari). tp kitorg cuma ada masa 11 hari.
kali ni kami cuma nak ke Srinagar (Kashmir). kami turun Kolkata, naik ketapi 22 jam dari Kolkata ke New Delhi, dari ND ke Srinagar naik flight.
Ada flight dari Kolkata ke Srinagar (tapi semua transit ND). tapi kami memang suka ND dan rindu sgt kat ND especially area Pahar Ganj tu, kami decide naik ketapi smpi ND, rehat dlu baru pegi Srinagar.
Nanti sy sambung citer lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila susun kasut anda di sini.