Pages

December 6, 2014

Kolkata

Yellow cab, igt kat new york je ada
sangat suka Kolkata!

Bila nak travel, memula check dlu weather. tahu x India ni bnyk season? Jangan fikir panas jek. tak pun. dan setiap city pon lain2 cuacanya. India pon ada musim sejuk okeh macam kat New Delhi and Rajasthan (tapi bukan semua city), peak season dari bulan Dis-Mac. lepas tu panas. dulu first time g India tak cek pon New delhi tu cmne. rupenye bulan Jun super panas sampai takdaya nak tahan (masa ni hotel murah dan susah cari tourist hehe), tapi bila kitorang sampai Mumbai monsoon okeh. siap flight delay berejam sebab hujan lebat sangat (urgh memang salah kombo city haha).

Untuk trip honeymoon kali ni, kitorg g bulan enam (dah tahu panas kt New Delhi, kt Kahsmir pon summer tp suhu sedap lagi la berjalan siang sejuk sket, tapi dah tak larat nak postpone). tp kt Kolkata arghh monsoon baru nak stat! tetiap hari hujan hujan hujan hujan, lebat lak tuh. haha. apa kami mampu buat tetiap hari? duduk tengok jalan dari tepi hotel. macam gambar atas tu. nmpk jalan basah. hujan tuh. siap ada satu hotel tu masa nk ekluar, kitorg kena harung air, takda la dalam tapi tinggi dari kasut gak. masa tu kasut lencun abes tahap beli kasut lain untuk pakai sebab jemur pon tarakk guna sebab tak sempat kering haha.

pendapat aku, Kolkata best. sangat suke Kolkata. pastu rasa nk ripit kolkata. Kolkata ada signature mark, xsama mcm town india yang lain. diorg ada beca tarik tu dan yellow cab, dan ada tram. takyah g san fransisco. dah la buruk tramnya haha. Excited gile tengok tram tu. tapi tak sempat naik.

Pulled Rickshaw

Kitorang landing tengah malam. kitorg tido dalam epot atas kosi jek sebab dedua taknak amek risiko dengan naik cab malam malam takut kena tipu) dan tak decide nak duduk area mana pon lagi.  bila dah cerah baru naik cab pegi bandar untuk beli tiket ketapi. kat Kolkata pon ada tourist reservation bureau kat Fairlie Place (bukan stesen keretapi. takda keretapi pon kt situ). Dari epot, kitorang terus g situ. Kitorg nampak bangunan Indian Railway. teksi berhentikan kitorg dekat situ. bila kitorg masuk, security tu cakap outside outside. bila keluar tepi jalan tak nampak ape, kecuali nampak gerai orang meniaga. jauh jugak kitorang jalan tapi tak jumpa. patah balik jumpa security tu, dia cakap just outside. dah frust, kitorg nampak lah sorang tourist (mcm tourist tapi bukan mat saleh.) xda beg ke ape ke cuma dress up mcm traveller lah. kitorang pon lintas nak tanya dia. dah jumpa dia rupanya dia cina dari China dan kelakarnya dia langsung takleh cakap english. adeh. so how?

dia lepak dengan orang orang yang meniaga kt situ. ada sorg uncle boleh cakap english, dan dia pon tjuk. ok rupenye kaunter tu cuma dekat gerai gerai tu tak nampak sebab terlindung dengan gerai gerai tepi jalan. dah melintas baru nmpak sighboard besar tulih tourist reservation bureau kt building tu haha. 

alkisahnya, cina tu baru sampai India dan dia dibantu oleh uncle yg boleh cakap omputeh tu (dan dia pon leh cakap mandarin), cina tu tak jumpa hotel ke hotel taknak accept dia (maybe sebab dia xleh cakap pmputeh langsung, jadi dia terpaksa pegi balai polis mintak tolg. polis tu pon carikan chinese yang faham (kebetulan kt kolkata ada komuniti cina yg kecil, dan ada chinatown), jadi lelaki tu dtg dn tolg la cina ni dan bawak ke tmpt beli tiket ketapi ni.

Jadi aku pon tggu lah kaunter bukak dengan cina tu skali. uncle tu bila dh nmpk kitorg, dia suh kitorg temankan cina tu. uncle tu balik lah. nak borak punya la payah. cina tu install translation apps, jd perantara kitorg cuma lah telefon (yang translate pon xberapa paham haha). ada gak moment yang krik krik krik sebab apps tu translate merepek sangat haha). ms beli tiket pon aku tolg dia, sbb nmpk dia struggle sangat (luckily orang kaunter pon baik). dah siap beli, kitorg ajak dia balik hotel kitorg dan ajak diorg jalan jalan sekali. ketapi dia malam tp ms tu awal sangat lagi utk dia g stesen ketapi, baru kol 11pg. dh malam tu kitrog carikan teksi utk dia, dan suruh teksi tu hantar ke stesen ketapi. ms tu doa bnyk2 moga dia xsalah naik train. huhu.

ni la dengan cina tu. haih borak refer kat telefon jek.


utk yang tak tahu, sistem keretapi india ada kuota utk tourist dalam setiap train. Jd nk senang, g je beli kat tourist reservation bureau tu. dan diorg memang layan kita baik sbb dia tahu kot kita tourist, dan mana lah paham ngn sitstem ketapi diorg dan akan cuba bantu kita utk dapatkan seat terbaik dan ketapi terbaik). kalau korg dh ada itinerary, dh fix, hah beli jek semua sesiap. nak g ke mane, balik ikut celah mana, senang kalau tiket dah confirm.

kitorg tido area new market (ok duduk sini, market banyak, seronok, nak makan senang, memang area backpackers pon sini. hotel kt kolkata agak mahal. untuk 700 rupees bilik basic gile kot. klu kt new delhi tu 700 rupees dh dpt bilik ada ekon ngn tv.

jalan-jalan area situ semua jalan kaki. dan kitorg makan kedai dekat2 jek. tak sempat g tempat lain cuma duduk area situ. lepas tu keluar untuk g stesen keretapi Howrah. kt kolkata ada beberapa stesen ketapi so make sure check dlu tiket korang kena naik ketapi kat mana.kang terpaksa explorace plakk kat sana nanti.









1 comment:

  1. salam..

    saya nk g kolkata march ni..
    dekat kolkatta ada metro ke.. dari satu tempat ke satu tempat gerak naik auto ke tau jalan2 je..

    tram dia dkt dgn esplanade ka.. nak try jugak

    ni email saya norwahidayaakub@gmail.com

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...