Pages

December 9, 2008

'Haramkan serta-merta pembanguan lereng bukit'

kehadapan pemandu-pemandu bas RapidKL T622 laluan LRT Kelana Jaya ke Taman Mayang.

Saya mewakili penumpang-penumpang bas T622 pagi tadi ingin mengucapkan syabas kepada pemandu bas RapidKL tersebut kerana kelihatannya pemandu bas gagal membawa kami ke lokasi sepatutnya. Lagak pemandu bas ketika kami membeli tiket adalah biasa-biasa sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang sikap yang luar biasa ataupun senang cerita, berkelakuan aneh.

Jadi, kami (termasuk saya) seperti biasa-biasa menaiki bas seperti biasa kerana biasanya bas akan berhenti di pitstop ke-7 (kate org trg, 'tebeng' kat signboard berhenti kat situ). Seperti biasa-biasa juga, bila saya tengok jam belum jam 9pagi, kebiasaannya bas tetap akan masuk ke kawasan tersebut sebelum pukul 9 pagi. jadi memang perkara yang luar biasa kalau ternampak kelibat bas tersebut berada di pitstop ke-7 dalam julat jam 10pagi- 4 petang. Kalau ada pun, mungkin pemandu bas itu menghantar awek ataupun pemandu bas baru yang tak dengar kata mandor yang dah cakap bas tu yang memang xkan masuk ke pitstop ke-7 selepas jam 9 pagi.

tetapi pada hari ini, sungguh ganjil perilakunya kerana seperti biasa-biasa, ada satu laluan berbukit sebelum lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, pemandu bas seperti biasa akan memusingkan stereng ke kiri untuk masuk ke terowong sempit selalu naik air bawah NKVE.

tetapi,agak luar biasa apabila;

pemandu bas itu terus belok ke kanan tanpa rasa bersalah, atau buat-buat tak tahu yang dalam bas ada lagi beberapa orang yang pejabatnya di laluan kiri, jadi bas tu sepatutnya belok ke kiri dahulu! (dalam bas tu ada 8 orang, 7 orang berhaluan kiri, cuma ada seorang sahaja yang berhaluan kanan). apa kes tak nak belok kiri. saya dah buat muka nganga. budak sebelah saya dah cuak-cuak. ada 2 orang mat saleh berkolar putih galas beg laptop buat derk. kontrol macho kot. seorang perempuan cina berusia pertengahan 30-an memberanikan diri bangun berjalan perlahan-lahan ke arah pemandu bas. entah apa yang dibualkan, saya memang tak dengar. tapi saya rasa perempuan itu sedang cuba memujuk pemandu bas tersebut untuk singgah ke kiri kot nanti. apa yang saya mampu lihat cuma pemandu bas itu menggeleng-geleng kepala dan perempuan itu memandang ke arah rakannya sambil mencebik lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya lalu menelefon seseorang. memaki, mungkin.

saya perlahan-lahan melangkah ke arah pemadu bas yang nampak biasa-biasa je, seperti tak da apa-apa berlaku.

bro, awat bas tak gi kiri tadi? ada ramai lagi nak turun sana.. belum kol 9 pun.

arini saya dapat arahan daripada pihak atasan, kena bawa bas macam hari sabtu. hari sabtu bas tak masuk kiri. sebab tu saya tak masuk kiri.

aik, arini kan selasa. arini kan kerja. bukan public holiday pun..

ye la, memang la arini selasa. saya cuma ikut arahan pihak atasan. memang tak leh masuk sana. pagi tadi pun depa* jalan kaki (depa* merujuk kepada orang-orang yang nak ke kiri).

o, abes tu kami-kami kena jalan kaki la??

a'a.

maka kami diturunkan hidup-hidup di tepi lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, dan terpaksa melalui terowong sempit selalu naik air yang kalau bas atau lori yang lalu memang makhluk bernama manusia bisa kena langgar melainkan bersandar pada dinding rapat-rapat. terowong sempit selalu naik air itu juga seperti biasa asyik-asyik dinaiki air tiap kali hujan lebat berlaku. terowong ini juga punca kesesakan trafik tapi seperti biasa, pengguna-pengguna terowong sempit selalu naik air ini sudah biasa dengan keadaan tersebut, dan sudah biasa dengan keadaan lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup. alhamdulillah, hari ini tidak hujan, dan terowong sempit selalu naik air tidak dibanjiri. untuk pengetahuan semua, memang seperti biasa sangat la rare untuk melihat ada makhluk bernama manusia melalui terowong itu, melainkan pekerja-pekerja kontrak yang mahu ke tapak pembinaan sebelah.

maka kami kena la menapak ke ofis arini. walaupun jarak ofis tu boleh kata dalam jarak500 meter dari lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya sepanjang hidup, tapi bagi kami, tak da salahnya untuk bas tu masuk ke pitstop ke-7. tapi mungkin bagi korang-korang yang optimis, mungkin akan berkata tak da salahnya untuk kami-kami berjalan ke pitstop ke-7. 500meter je pun!

Kami, pengguna-pengguna bas T622 sudah sedia maklum, masak benar dengan beberapa situasi :
1) bas tak masuk lepas kol 9pagi
2) bas masuk lepas kol 5 - 7petang sahaja.
3) bas takkan ke kiri langsung pada hujung minggu dan cuti umum.

tapi pagi tadi,
1) jam belum 9 pagi. tapi bas tak ke kiri juga
2) belum berlaku. skip.
3) hari ini hari bekerja. come on la. apa kes drebar tu cakap kat saya hari ni kena kira macam hari sabtu haah?? ini la alasan paling tak munasabah yang saya dengar. gelihati lutut saya mendengar penjelasan tersebut.

oh ye, saya ingin menokok tambah sedikit. sekarang ni saya perasan pemandu bas dah pandai main ngelat.

sebagai contoh, saya balik kerja jam 5.30 petang. saya tunggu bas kadang-kadang dari jam 5.45 petang, sampai 7.15petang pun side mirror bas pun tak kelihatan. menghilang ke mana ya?? maka saya terpaksa la naik teksi. tetapi saya bernasib baik kerana ada ramai lagi pengguna bas T622 yang senasib dengan saya, menunggu bas berjam-jam, tetapi akhirnya tiket seringgit yang dibeli yang kononnya boleh digunakan untuk semua laluan bas tempatan dan seberapa kali yang boleh terpaksa menyimpan sahaja tiket itu sebagai koleksi semata-mata dan duit lain pula dikeluarkan untuk menaiki alternatif lain iaitu teksi NGV yang sibuk nak naikkan harga tambang padahal full tank NGV harganya lebih kurang sama macam makan nasi kandar original kayu dekat SS2. Kadang-kadang kami seperti gajah jatuh ditimpa tangga ketika makan tebu, terhantuk pula pada batu. terpaksa membayar lebih pula kepada pemandu teksi atas alasan jalan jem berpunca daripada lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya dan terowong sempit selalu naik air itu. Nasib baik lah ramai yang kena tinggal bas, boleh la naik teksi penuh 4 orang, boleh la tong-tong tambang.. kisah teksi NGV yang sibuk nak naikkan harga tambang padahal full tank NGV harganya lebih kurang sama macam makan nasi kandar original kayu dekat SS2., lampu trafik yang seperti biasa tak pernah betul lampunya dan terowong sempit selalu naik air dah kisah lain la. pihak RapidKL tidak perlu lah bersusah payah menjawab mengenai situasi itu. itu dah masuk pihak berkuasa lain yang sangat banyak kuasa tetapi bekerja guna prinsip, tak kuasa i nak layan. huh..!

Berbalik kepada kes bas, saya menuntut jawapan dari pihak rapidKL. Sila jelaskan, dimana logiknya saya membayar tambang seringgit, tetapi saya tidak dapat sampai ke lokasi yang diingini atas alasan, hari ni kena kira macam hari sabtu.. maknanya bas tak masuk ke kiri. saya cuma mahu penjelasan itu. sila lah mereply dengan panjang lebar supaya saya berpuas hati dan pemandu bas serta mandornya itu tidak kelihatan bodoh. tolonglah..

sekian, harap maklum.


pengguna pengangkutan awam yang setia,


.................................
kasut-gombak

ps : kalau betullan kerajaan akan mengharamkan pembangunan di kaki, lereng atau atas bukit, aku setuju 100%. kalau betul kerajaan buat camtu, my vote goes for them la.. ha ha


7 comments:

  1. Dorang akan haramkan pembangunan kat lereng bukit. Tapi sebenarnya dengan bukit-bukit dorang akan tarah. Justeru itu, tiada lagi pembangunan di lereng bukit.

    Selepas ini, mungkin Cheras, Ampang yang jauh dari bauan angin laut, berpotensi ditimpa tsunami.

    ReplyDelete
  2. sian kamoo.. takper2.. pasti ader hikmahnya.. aper lagi.. angkat la skuter.. hehe

    ps: takziah utk famili mangsa yg terkorban dlm bencana.

    ReplyDelete
  3. U can make a different! Beli the bus company! eheh... tul ker 500m? jauh lagi ma... kalau aku...ish! sbar la... tak lama lagi... anda d glomac...

    ReplyDelete
  4. cian ko ek dan juga cian kat aku sebab letih membaca n3 ko yg panjang dan ayat yg berulang² ni.hehe..


    ps : ko hantar lah aduan ko tu kat rapidkl.masuk website rapidkl tu.

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...