Pages

January 30, 2009

Segalanya untukmu Palestin

1. CUCI KERETA AMAL UNTUK PALESTINE

Kelab Vivac dengan kerjasama SALAM & Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) akan menganjurkan program cuci kereta amal untuk rakyat Palestin yang terus-terusan ditindas oleh puak Israel. Kehadiran semua adalah dialu-aukan tidak kira sebagai pencuci, pembawa tabung dana, mahupun penyumbang kereta untuk dicuci pada hari tersebut. Bagi yang berpengalaman mencuci kereta sebelum ini, jangan sia-siakan pengalaman yang ada...

Program : Cuci Kereta Amal Untuk Palestin
Tarikh / Hari : 1 Februari 2009 / Ahad
Masa : 9.00 pg - 5 ptg
Tempat : Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam

"Teruskan Menyumbang Tanpa Mengukur Nilaian"


2. MALAM PUISI 'DI BAWAH LANGIT GAZA'
EKSPRESI SIMPATI RAKYAT TERHADAP KESENGSARAAN WANITA DAN KANAK-KANAK PALESTIN

Bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia menyampaikan suara hati mereka yang bersimpati terhadap kesengsaraan wanita dan kanak-kanak Palestin, TV9 bersama-sama Yayasan Salam dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) akan mengadakan Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'.
Butir-butir acara adalah seperti berikut:

Tajuk : Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'
Tarikh: 1 Februari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : Rumah Pena, No. 734, Jalan Lapangan Terbang Lama, 50470 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selain penyair terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dijadualkan mendeklamasi puisi pada malam itu, warga seni seperti 'Papa Rock', Ramli Sarip, Ustazah Datuk Norbahyah Mahmud, Khalid Salleh, Dinsman, Sutung Umar RS, Puzi Hadi, S M Zakir, Nasriah Salam serta Kumpulan Sofaz. Selebriti TV9 seperti Aziz Desa, FarahAdeeba, Mek dan Fimie akan turut menjayakan program ini.

Anda dijemput hadir.
Untuk keterangan lanjut hubungi Nal Azri di talian 03-79584021.

ps : moh ramai2.. maklumat lanjut : layari www.salam.org.my

4 comments:

  1. hmmm... best jugak yerk.. usaha diorng nih..

    ReplyDelete
  2. jard the great
    hah, jard. apo laie, jom ler.. ko kn salam gak.. meh meh meh

    ReplyDelete
  3. aku gi shah alam isnin nih.. hehe.. tp naik public transport jer..

    ko tahu tak kat mana pejabat imigresen??

    ReplyDelete
  4. jard the great
    imigresen? wangsa maju aku tau la. kt tmn sri rampai. kt lain nggak tau dong..!

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...