Pages

March 11, 2009

musim kahwin kembali lagi.

i.
malaysia nama je negara khatulistiwa tapi tanpa sedar betapa banyak musim kita ada.ada musim hujan, musim panas, musim durian, musim cuti sekolah.skang musim kawen.musim kawen ni tak tentu, boleh jadi musim kawen ni jatuh pada musim cuti sekolah, kadang2 musim kawen jatuh pada tarikh cantek macam 8hb 8 2008-macam tahun lepas. berebut2 orang kahwin tarikh masihi nih.ntah apa yang best aku xtau. kekadang jawapannya, senang ingat. cantik. apa ada pada cantik? kalau kalendar Islam pulak, bulan Safar orang memang mengelak. suwey katanya. macam2.

tapi tu la, bila dah ramai sangat kawen tarikh2 cantik ni, kekadang 3-4 member kawen. nak g yang mana satu? dah la rumah semua kat ceruk dunia. cuba kawen serentak, kat KLCC ke, senang aku datang. kan?hahaha. untuk bulan ni, ni je satu2nya wedding yang aku leh attend. ada berlambak lagi. tiba2 rasa macam cerita Sepi. dok menyusun kad kahwen. ntah hape2 la aku ni.

ii.
nazihah & ridwan razaki (aku memang panggil dia ngan nama bapak, sebab kawan aku lagi sorang nama ridwan latif, xnk kasi tukar aku paggil ngan bin-bin, senang cerita)
2-2 ni budak sekolah aku. yang lelaki tu aku kenal dari sekolah rendah. xigt dari darjah berapa. memang dah kenal lama. masa sekolah menengah aku rapat plak dengan pengantin perempuan.sampai tingkatan 5 aku balik sekolah naik basikal sama-sama ngan pengantin perempuan. bila dengar diorang berdua bertunang, aish time bila bercinta. khabarnya dari sekolah. macam x caya je sebab 2-2 x sekelas, balik sekolah pun x sekali, time bila diorang dating ni?? time bila main kirim2 salam ni? time bila main tukar2 surat ni? pelik aku. aku tumpang gembira untuk mereka berdua. diorang buleh la kawen sebab yang lelaki tu dah pakai civic (nak bagitau, buleh pakai civic baru tu maknanya stabil la tuh..huh)

iii.
soklan cepumas, standed ISO 2000 bila g kenduri kawen,
"hah ko bila lagi?"

rata-rata kawan aku akan jawab dengan muka sedih.
"ala emi, boifren xda lagi. "
"ala, sapa nak kat aku ni."
"ala, sedih sebab baru clash."
"ala, duit x cukup lagi."

adeh, niat aku tanya sebab senang aku nak bajet2 cuti, nak beli tiket balik kampung ke, cari job ke..tapi jadi lain la plak. kekadang aku bolayan je, malas nak dengar cerita sadis mereka.ngeh..

tapi jawapan kembar aku lagi best~
"mak tak bagi kawen lagi.." hahaha.

memang pun mak aku x bg kawen lagi. mak aku rasa kitorang muda sangat lagi, dia suh cari duit banyak2..

jawapan aku plak?
"ko dah nak kawen sangat tu, ko kawen je la. yang sebok tanya aku pehal?"
dan aku akan gelak kuat2. bukan buleh menang rumah teres 2 tingkat pun kalau jawab soklan tu.

iv.
tapi kan, bila terbayang pasal kawen ni aku akan gelihati la, memang aku sengih2 sorang2. sebab aku xtau aku kawen dengan sapa, bila. xdapat bajet langsung. sies.tp aku suka bayangkan apa yang aku nak atas dulang hantaran aku. apa pihak lelaki kena bagi kat aku la.
aku nak 3 dulang je.
1 sirih junjung.
1 cincin.
1 lagi L lens. amacam?

aku nak Canon 70-200mm f/2.8 ngan IS. body xpe, dah ada. aku ada 5D dah (berangan) tapi kalu la ditakdirkan laki aku tu nak bagi system nikon, kena bagi body satu, ngan Nikkor 70-200mm f/2.8 gak. aku ada Perkinson, xleh handheld. kena la ada VR.hehehe.bek pilih. nak aku stick ngn canon atau nak aku masuk the dark side?? ngeeeeeeeee..

tp tu la,pakai la gear apa pun, well equiped, klu gambar hampeh x guna jugak. kan?tapi korang tau xperasaan kalau bawak lens putih belang2 tu ke hulu ke hilir? suma mata pandang la.waah, leh rasa bongkak siot. macam drive civic je. hahaha.

bahrambang nggoh aku ni..hahahahaha.

ps : minggu ni aku happy sket. mungkin sebab xkeje hari isnin. mungkin sebab minggu ni keje 4 hari je. agaknya kalau tiap2 minggu keje 4 hari je, xpun tiap2 hari isnin cuti, mesti prestasi kerja aku meningkat. memang siot kan?

3 comments:

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...