Pages

April 1, 2009

talentime : if the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun come out at night..

"mak, jika mak mahu saya berhenti berjumpa dengannya, saya akan berhenti berjumpa dengannya. tapi mak kena ajar hati saya melupakannya... kerana hati saya tidak tahu bagaimana caranya"
itu antara dialog Mahesh dengan ibunya apabila dia disuruh berpisah dengan Melur kerana perbezaan agama dan kepercayaan.
Talentime, filem yang agak lagging namun sarat dengan unsur skeptikal dan sterotype yang merajai pemikiran kebanyakan mentaliti masyarakat malaysia. ia filem tentang cinta, tentang kepercayaan, tentang agama, tentang hubungan antara kaum di malaysia.

Talentime, terlalu banyak watak la. tapi dah itu ceritanya. aku xberminat nak bercerita tentang gaya lakonan Pamela atau Jac (aku rasa Jac memang bagus, dan Pamela agak kaku terutama apabila bercakap dalam bahasa melayu, macam baca berita, hehe) tapi apa yang aku nak kupas adalah isu2 yang ditimbulkan oleh yasmin yang bagi aku menggambarkan apa yang betul2 berlaku di luar sana.

1- pembunuhan Ganesh pada hari perkahwinannya. keluarga jiran sedang bersedih kerana kematian(malam tu ada majlis tahlil)- dan keluarga Ganesh meraikan perkahwinan. keraian+kematian= clash. memang sukar mengagak siapa yang membunuh Ganesh namun ada satu babak kakak Ganesh menggambarkan "mereka kelihatan seperti orang kuat beramal(semayang 5x sehari), tetapi mereka tak punya perasaan" dan ada satu dialog lain "kuil kita dirobohkan, apa lagi yang mereka mahu" (lebih kurang la, aku xigt). jadi disini aku assume yang membunuh Ganesh adalah Melayu.

2- Kahoe, seorang pelajar Cina yang bijak tidak senang dengan kehadiran Hafiz. Kahoe melaporkan kepada guru mereka, mengatakan Hafiz berbohong di dalam ujian (hafiz main baling2 dadu ketika menjawab soalan tersebut). namun sebaliknya, hafiz mendapat 100 markah. dan kata Cikgu Tan, Hafiz membuktikan perjudian adalah satu penipuan kerana jika membandingkan jawapannya dengan membaling dadu dan jawapan yang dijawab sendiri adalah jauh berbeza (hmm, cmne nak cerita ek).

Kahoe juga mengeluarkan satu kenyataan "ko xpayah belajar pandai2. xpayah berusaha. nanti ada orang tolong jugak" dan Hafiz menjawab, "aku tak mahu dibantu la, sebab tu aku bekerja keras.." ni mesti kisah hak keistimewaan orang melayu, kuota, subsidi dan pelbagai bentuk bantuan yang disediakn oelh kerajaan untuk membantu orang Melayu.

Kahoe juga meminati Melur, berdasarkan kepada lagu "Mo Li Hua" yang bermakna Melur dibawakan oleh Kahoe untuk Talentime.

3- yang paling utama tentulah hubungan cinta terlarang antara Melur dan Mahesh. Mahesh, seorang bisu ditugaskan untuk mengambil dan menghantar Melur sepanjang tempoh latihan untuk Talentime. Melur, yang tidak tahu Mahesh seorang yang bisu merasakan Mahesh seorang yang kurang ajar kerana tidak pernah menjawab setiap kali Melur mengucapkan terima kasih kepadanya, dan ada satu ketika, Mahesh melempar batu kepada Melur membuat Melur naik angin.

Melur hanya mengetahui kondisi Mahesh daripada Hafiz, menimbulkan rasa bersalah. and the rest history (aku tak ingat sangat la). Sangat kelakar apabila melihat nenek Melur cuba bercakap dengan Mahesh, penuh perasaan dan intonasi sebab kononya nak Mahesh faham pergerakan mulut la. "you think mahesh can understand your Yorkshire accent?" disambut hilai tawa satu panggung (mungkin xsmpi 20irang je pun ada kat dalam panggung tu).

paling kelakar bila diorang dating 2 orang kat taman, tiba2 muncul budak2 yang dalam umur 2-3 tahun dengan memakai pampers sahaja. memang imaginasi tak boleh blah masa tu. mcm iklan drypers. aku punya bantai gelak masa tu. aku suka puisi yang Melur selalu bacakan untuk mahesh, "if the moon can linger in the morning so bright, why can't the sun come out at night.."


dan aku rasa itu juga yang Mahesh sampaikan kepada Melur masa kat tangga. kena tengok lagi sekali cerita ni, nak dabel check betul ke itu yang mahesh cuba sampaikan kepada Melur.

4- aku juga suka hubungan antara Embun binti Abdul Rahman (ibu hafiz, lakonan kak Yan) denagn Jit Murad (xingt nama dia). memang kelakar habis. walaupun hubungan mereka hanya di katil hospital( apa korang pk, masa tu cik Embun sakit, jit Murad datang melawat, 2-2 pakai baju hosital kaler hijau tu ok)..memang sweet dan kelakar. Jit Murad akan datang dengan berkerusi roda, dan Embun tanya dah lama ke duduk atas kerusi tu. balas Jit, "saya jarang berjalan, selalunya saya terbang.." dan la dia cakap xda orang nampak dia, invisible kononnya. aku igat dia ni malaikat maut la. haha. Embun (ibu hafiz) bergelut dengan ketumbuhan otak akhirnya meninggal dunia dengan memegang sebiji straberry pemberian Jit Murad di tangan. sedih masa Hafiz datang dan peluk mak dia atas katil.

5- perasaan skeptikal Datin Kosong (Kalsom lakonan Ida Nerina) terhadap Cina digambarkan dengan cara Datin Kalsom enggan memakan masakan yang dimasak oleh MeiLing. "ko dah check ke ntah apa MeiLing pegang kat rumah dia?" jawab oleh melati, adik Melur."a'a, kat rumah dia ada 5 ekor anjing yang besar..". ha, kena sindir.

Datin Kosong cuma merasa lega apabila mengetahui Mei Ling telah memeluk Islam. tapi standed la, "apsal tak tukar nama melayu?" dan dijawab adik Melur “auntie Mei Ling masuk Islam, bukan masuk Melayu atau arab,” aku rasa antara apa yang cuba disampaikan kat sini, orang2 yang konon golongan atasan (datin) yang mungkin berpendidikan pun punya perasaan stereotype cam gini.

itu antara babak-babak (sikit aje) dalam cerita Talentime. itu belum masuk kisah cikgu Adibah dan cikgu Tan yang suka kentut , kisah seorang budak Cina yang memang tak putus asa nak join talentime, semua ujibakat dia menyelit. hahaha. nak cerita panjang-panjang pun bukan korang nak baca.aku bagi thumbs up , 5 bintang, 10/10 utk Yasmin. dia tidak pernah mengecawakan, filemnya tak pernah mengecewakan. lagu-lagunya segar dan puitis. bagi aku, filem ini memang dekat dihati, memang menyentuh hati, bisa membuat aku berbunga-bunga. xperlu berguling-guling kat taman bunga, tukar baju 5-6 kali sampai ke Switzerland, dalam cerita ni naik motor honda lampu bulat pun aku tengok dah sweet gile. hahaha.

simple, puitis, penuh jiwa, sarkastik, agak terbuka, berani, yang penting REAL.

ini yang aku mahu. ini filem yang aku mahu tonton. bukan senang nak tarik aku g panggung tengok cerita melayu. tapi yasmin, memang aku tunggu. dan Julai ini, nantikan Mualaf. bertuah orang2 di temasek, dapat nonton Mualaf dulu dari tempat kita.

ps : bagi sesetengan orang mungkin beranggapan, ala Yasmin. standard Yasmin pastinya akan dilatari dengan bahasa dan lagu yang puitis, ipoh, bangunan olskul, dan penuh berbudaya (betul ke ayat aku ni, hehe). bosan la. xda kisah lain ke? namun bagi aku, ini filem memang sangat Malaysia. aku suka sesuatu yang real. apa yang Yasmin berikan pada aku memang real. aku memang xsuka kisah2 drama kat tivi, duduk rumah besar2, bawak kereta besar2, kisah orang main golf, bawak kereta takda bumbung. huh, memang tak boleh belah. yang aku pelik kan, suka bebenor buat cerita kisah2 korporat ni, orang2 gitu tengok ke drama2 melayu camtu? yang main2 golf tu, bisnes juta2, kawan ngan datuk-datuk, tan sri-tan sri, ada masa ke nak bukak TV3 tengok Spa Q kol 6?

21 comments:

  1. stuju2! aku ske la malaikat maut tu.. lawak (die org ke malaikat maut?)kwn aku kate org yg baik2 klu time nk mati ade org akn bg buah.. sbb tu mse kak yan nk amik buah tu die mcm kberatan.. huhu.. wallahualam... x tau sjauh mne kbnrn nye.. aku pn ske karya yasmin ahmad,,, dulu aku over feeling tgok mukhsin ngis2 pastu x sdar handle cerek yg plastik tu dah lebur. dapor berasap bau bhn kmia pn aku x pasan.. air dlm cerek pn kering. hehe. dah la asapkn umah org..time tu aku tumpg umh kwn aku kt kajang.. =p

    aku pn bg 10/10 utk yasmin ahmad.. yey! 10 bintang!!

    ReplyDelete
  2. owh emiii, aku suka bangat cite nihhhh, siyesli, xsabar2 nak tunggu kuar, siap tengok early bird ag, tapi kenapa mmg xramai org ek??aku ingat kan ari 2 xramai org sbb wayang kul 11 pg, org xbangun ag, aku suka aku suka, rasa cam nak tengok ag jek

    ReplyDelete
  3. ish.. aku lom tinguk laa... mcm besh jaa...

    ReplyDelete
  4. mama mia
    betul la malaikat maut ek?aku knfius sbb hafiz leh nmpk gak, jd aku assume bkn la.

    best kn, best kn? jom tgk lg!

    rosealley
    aku tgk kol 6.45, time org dh abes keje. pn xramai org. adeh.

    jard
    ko g la tgk ngn org yg ko angau tu. hehehe

    ReplyDelete
  5. Beb...Spa Q main kol 6.30 daaaa...
    aku tgk cite tu....tgk kbodohan bberapa watak yang dh lnjut usia...tp pmikiran cam dak2 jer...hangin aku...ader jer komplen...mmg real life ade byk mnusia cam gini....

    *Aku lom tgk telentime lg...ganu xde panggung wat.....huhuhu

    ReplyDelete
  6. kacang masin
    ala, ko mcm xleh turun cni. book je tiket flight, smpi la ke KL. hehehehe. ko kn masyuk skang. hahahaha

    ReplyDelete
  7. nyah, jom tgk citer ni togeder-geder

    ReplyDelete
  8. yup..gmbr yasmin ahmad mmg x pernah mengecewakan ak..hehehe
    plg suka part last skali when Kahoe joins Hafiz perform on the stage..trus berjurai air mata..sedih...wuuu

    ReplyDelete
  9. shamie-grace
    ala nyah ni, geli geleman plak mak rasa.

    haha

    zack
    gua tahan air mata beb. minah rock mana main nanges3 neh. ilang la macho gua.

    kihkihkih

    ReplyDelete
  10. aku tak tgk lagi...naper tak ajak aku?

    ReplyDelete
  11. sarakokohani
    nape x ajak? hmm.klu aku ckp aku tgk ahri keje, kantoi plak aku ngn bos aku.



    kn?

    ReplyDelete
  12. peh ini orang sudah ulas filem

    ReplyDelete
  13. adib
    ko tau x b4 derang tayang malaysian god kt uitm tu, derang tayang seman.osman puteh pn ada.

    baru tau.

    ko pn kena join kelab orang filem la aku rasa.

    ReplyDelete
  14. Ko masuk pertandingan esei ke? huhuhu... ok2... kidding je... cam menareks... nnt aku try tgk cite neh... huhuhu....

    ReplyDelete
  15. actually yeah aku ada tengok info tu kat film-screening hehe. Aku ada folo jugak film screening ni. macam seronok je pegi tengok cerita-cerita art nih. tapi macam takde kaki je. ini minggu sah-sah tak boleh. hehe

    ReplyDelete
  16. b|ithegal
    a'a. pertandingan esei kategori budak2 lebih umur.


    haha

    adib
    tgk 2 la jom. tp nnti derang bisingmkata aku skandel ngn ko. ape la kwn2 ko tu, mmg kaki bakar punye orang.

    hahaha.

    ReplyDelete
  17. yeah diorang tu agak kambing. tak urban langsung haha.
    boleh je nanti bila ada cerita best aku roger rabbit

    ReplyDelete
  18. adib
    derang kamben gak ke? ku igt aku je sorang kamben.

    busuk punya owang. hahaha

    ReplyDelete
  19. oooo...waa... mcm tu ke citer nyer.. semangat kemalaysiaan betol la citer ni rupanyer ek...

    "ko xpayah belajar pandai2. xpayah berusaha. nanti ada orang tolong jugak" -->> mcm kena kat batang idung sendiri je ayat dia ni kan hehe

    “auntie Mei Ling masuk Islam, bukan masuk Melayu atau arab,” -->> erm aku suker ayat dia ni ;)

    best jugak rasanya cite ni.nti mau donlot la hik3.. aku pun bukan senang nk tarik aku g panggung tgk filem malay huhu...

    nyway thanks coz sharing citer ni ;)

    ReplyDelete
  20. (-•Oº°‘¨ ie3za ¨‘°ÂºO•-)•
    ko g la tgk k..

    ReplyDelete
  21. aku pun dh p tgk kat panggung citer ni and yes, double thumbs up to yasmin. bgi aku ini crite dia yg paling best. mmg susah aku nk p tgk wyg citer melayu ni tp demi yasmin aku sanggup dan spnjg suku trakhir criter ni aku duk nagis jer sbb mmg menyentuh jiwa gila citer nih.

    i love it! oh~ o re piya~

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...