Pages

April 6, 2009

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga

i.
hujung minggu yang memenatkan tetapi menggembirakan. 2 hari berkampung kat rumah woren dan rumah biru. kenduri Bee dan Wan. kawen jugak diorang berdua akhirnya walaupun percintaan diorang berdua kadang2 dilambung badai.

Bee memang seorang kawan yang BAIK. kawan propaganda nih. hahaha. banyak sangat jasa dia neh kat aku. tak reti aku nak cerita. Bee, aku doakan yang terbaik untuk ko ngan Wan! aku belum uplod gambar lagi, tapi ada la beberapa link gambar diorang berdua kat cni.. dan cni..
ii.
akhir2 ni aku rasa aku cicir banyak barang. dalam 2 minggu ni, aku tercicir walet (luckily jumpa balik), tiket earth hour (aku pegang tiket untuk 17 orang lain tapi tiket aku sendiri xda), hilang payung (yang ke-2 dalam masa 2 bulan) dan yang ke-4 untuk 6 bulan terakhir, aku salah bayar bil, salah akaun kat cimclicks. dana yang cukup untuk aku survive 2 minggu. banyak siot. yang paling pelik, aku bukan salah 1-2 nombor, tapi aku salah masuk semua nombor. ntah nombor sapa2 ntah aku masuk. orang cimb tu pun boleh pelik,
"camno hah ko buleh salah nombor banyak sangat neh?"
aku diam, xtau nak jawab apa. aku cuma akan diamkan diri je kalau aku xdapat refund balik duit aku-mengenangkan kebodohan diri.

dan semalam aku tercicir LAGI akses kad ngan TNG aku kat KL Sentral.. aku seluk poket tengok ada card holder kosong dengan lanyard je. DEMM!

dah la aku baru je buat kad baru 2 bulan lepas sebab kes tercicir gak. masa tu seb bek xkena denda tapi jenuh gak la nak menjawab. dalam kepala otak aku dah pikir camne nak menjawab kat HR + jumpa lee kuan + denda + beli TNG + topap TNG . aduyai.. denda bukan sikit, pendek kata cukup untuk belanje korang sume makan kentaki.

tapi aku tenang beb, kena kool. aku trace balik laluan aku, tapi sebenarnya aku sndiri hilang jejak. aduh. aku pun pi la jumpa orang kaunter information, cuba nasib. tapi dia kata xda plak orang pulangkan kad. harapan terakhir, aku menapak g pondok polis. last resort.

aku masuk, baru je cakap say hilang akses kad- jeng jeng jeng -bapak polisi tu sengih2. waah, positif. aku suka gile. poket aku tetibe rasa tebal balik. esei 500 patah perkataan yang aku dah draf dalam kepala otak terus aku delete. rasa macam menang motor je masa polis tu pass akses kad ngn TNG kat aku. hahaha.

walaupun kena ceramah ngan polis tu,tapi aku xkesah dah. aku melangkah keluar dari pondok polis tu dengan rasa lega yang amat. tapi aku dah jalan 3-4 tapak, baru aku perasan aku tertinggal suratkhabar yang aku baru beli kat meja polis tadi. hmmm.. xpe la, xnak patah balik. nanti polis tu perasan plak aku memang 'cakduh'..!

ps : terima kasih kepada antie yang jumpa kad aku dan hantar kat pondok polis. aku rasa cam nak hadiahkan dia bunga ros sedozen tapi tu la, dia x tinggalkan kontek num/ nama pun. terima kasih antie! ~~ bukan maksu yek! jangan aku tercicir boifren aku sudah. hahahaha.

12 comments:

  1. erkk.. ko ade boifren?? hehehe..

    waa.. bnyk benda ko salah buat.. tgh angau ker??

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. jard
    jard, skrin enfon aku slalu kosong. cian tk aku.

    xmcm ko. ko len la, dh x menyendiri. dh x lone ranger.

    hahahahahaha.

    ReplyDelete
  4. apa yg ko ingat ni...
    weh sory weken lepas aku x dapat follow ko..

    ReplyDelete
  5. siapa.aku.shah
    aku dok igt kt ko la.
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. huhu...byknye lupe...
    mkn semut ekk...
    hehe...

    ReplyDelete
  7. woh... jgn mcm tu sgt.. awk tu muda lg (sy x kata kt awk, sy kata kt cermin)

    hehe.. sy pn loqlaq gakk... huhu

    ReplyDelete
  8. pelupa gak dia ni..hehe..i see myself bila baca entry ni..dulu la..hahaha

    ReplyDelete
  9. nona
    semut tu bnyk dlm gula kt pantri. rasanya aku bnacuh semut tiap2 hari..

    mamma mia
    trima kasih krn mengingtkan..
    gua mmg muda lagi

    ND
    haah..mmg aku tulis psl ko pn. huahuahua

    ayie
    naseb baik gua xpnjt pokok kelapa. klu x, dh lama jatuh mcm mat jenin.

    ReplyDelete
  10. jangan panjat!!! jangann!!! hehe

    ReplyDelete
  11. "walaupun percintaan diorang berdua kadang2 dilambung badai."

    hahaha. gila kan masa tu?

    ReplyDelete

Sila susun kasut anda di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...