June 30, 2009

BINGKAS lum tutup tirai..

i.
Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS)
18-20 Jun 2009
SK Pulau Kundor,
Kota Bharu Kelantan
ngee, aku suke sekolah ni. dah la tepi pantai..! pastu nak sampai kat sekolah kena lalu jambatan kayu yang agak uzur tapi view marbelles, ada pokok-pokok nipah, air sungai pun hijau dan bersih n satu sudut ada sangkar ikan air tawar. tapi tu la, jambatan kayu, uzur, dan sempit. cuma boleh dilalui oleh sebuah kenderaan je dalam satu-satu masa. bila aku jumpa je port baik nak shoot, dah kena lari turun dari jambatan. kalau x, maunya aku kena gilis ngan kete yang lalu. masa aku jalan2 nak g amek gambor kat jambatan tu, ada beberapa orang penduduk tempatan tanya aku,

"hmmm, nak buat retok* baru ke?"
ngeeee, aku sengih je la.

"dari JKR ke?"
ngeeee, aku sengih dan sengih lagi.

hah, kepada calon kawasan tu, leh la masukkan dalam manifesto nak bina retok* baru untuk pilihanraya akan datang. ngeh!

ii.
Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS)
25-27 Jun 2009
SK Pauh Lima,
Bachok Kelantan

hmm, sekolah ni lain sikit. sekolah ni ada construction, jadi agak terbatas la pergerakan dan aktiviti yang boleh dibuat. kisah kat Bingkas nih agak mistik dan banyak juga keajaiban berlaku. Aku suka lambang sekolah ni, ada buah mempelam dengan no '5' dalam buah mempelam tu. hehehe. best kan lambang sekolah dia?
langit indah. masa petang tu, tiba2 aja ada satu cahaya yang terang disebalik awan tu. sangat indah. dan beberapa orang berkesempatan melihat kalimah Allah terbentuk di langit. Subhanallah. tapi sayang, aku tak berkesempatan. gambar pun tak da. aku cuma sempat amek gambar cahaya terang tu aje.

*****************************************
setiap Bingkas memang ada cerita sendiri. kalau mahu cerita, pak malau pun surender nak sponser kertas kajang. aku nak ucapkan terima kasih pada yayasan salam sebab beri aku peluang ni, bukan setakat adik2 tu yang insaf, tapi rasanya setiap kali recall pun aku leh sentap. waah! terima kasih pada kak lang jugak, en. ghani-ceo yayasan salam yang sentiasa turun padang dan untuk mereka-mereka yang sentiasa bersama ngn aku.

nyah, korang hebat!


June 22, 2009

hidup susah, mati pun susah..

abes selama ni ko hidup macam mane?
macam monyet??

*gambar : tepung pasong kuih yang agak rare, hampir pupus kat kemaman. tapi xsure kalau leh senang nak jumpa kuih ni kat pasar chabang 3.

** semua entri tiada kaitan dengan dendam kesumat.. lawak semata.

June 16, 2009

kasut-gombak hidup semula..

dah dekat sebulan kot aku xjejak dunia siber. sbb aku dah lama sangat kat dunia luar. blog sendiri pun x menten, blog orang lain lagi la aku xsinggah. huh.

kini, aku kembali.
aku juga bersiaran dari kampung halaman dengan kucing2 comel di atas riba sambil minum air yang mak aku buat, bukan lagi dari meja empuk ofis dan ber-e-kon.. status aku sekarang adalah suri rumah mak aku sepenuh masa, bukan lagi perempuan berkerjaya. hebat kan?
yang paling menyeronokkan, aku spent sebulan lepas aku berhenti kerja dengan follow program Yayasan Salam berBingkas-Bingkas menjelajah sekolah-sekolah luar bandar kat malaya. aku baru je balik dr Bingkas kat Perak..dan esok aku dah naik ke Kelantan.. Bingkas lagi meh..!
gambar kawan aku yang diuplod tanpa permisi..LMS- larut, matang dan selama. aku dan kawan aku giler excited tengok pokok bakau. walaupun area tu femes dengan mee udang (bukan sedap pun, harap udang je manis), tapi lagi berbaloi ke kuala sepetang untuk menikmati pemandangan pokok bakau dan melihat sisa-sisa sejarah bekas laluan keretapi pertama di Malaya..

walaupun sengkek, tapi hidup bahagia.
sapa tak nak?

June 3, 2009

syurga cinta filem melayu terbaik aku pernah tengok!


June 1, 2009

masa minggu lepas..

iklan Peter Stuyvesant beb..tapi pompuan berbikini terpaksa tukar sebab terenganu hadhari. keh keh keh..
tengok je la gambar yek. malas nak cerita panjang-panjang. nanti korang jeles. yang pasti, xrugi kalau korang zoom-zoom ke Terengganu. yey yeah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...