Pages

May 21, 2009

the last testament

i.
“Visiting Terengganu but not tasting nasi dagang is like going to Egypt and not visiting the pyramids.”

ii.
ami, aku sempat sidai baju ok. see the leg laa. aku sampai je KL terus basuh baju, esok kering teruk packing balik dalam beg untuk trip seterusnya. oh, rabu depan gi kedah pulak- nak test kuasa mistik. kihkihkihk.

iii.
mak ngan ayah aku datang sini wiken ni, tapi anak dia pergi sana. mak aku la, aku dah cakap aku balik terengganu, sape suh dia datang. hah, kan tak dapat jumpa gak?

choi..!

iv.
err, hari ni last day aku kat ofis. anggap je ini persaraan aku secara total dari dunia IT. aku mahu jadi pekerja sosial sepenuh masa. serius. dan aku kena bekerja semula secepat mungkin sebab aku kena saving-untuk misi jogjakarta dan acheh (impian beb bermisi-misi ke acheh) dan menyimpan untuk...
~kawen??

yaks!

May 20, 2009

keluar dari ibu kota lagi

2-2 gi terengganu.
2-2 gi pulau.
2-2 g hari khamis.
2-2 balik KL hari ahad.
agenda sutun-sutun ada jugak..
tapi redang ngan perhentian tu jauh bai..
jeti pun lain-lain tau.
so awak,




kita jumpa kat KL dah la.
**kasut-gombak bersama geng-geng satu lagi akan mengikuti ekspedisi selam sambil menyutun-nyutun serta aktiviti lain-lain yang dikira bersesuaian dan berkaitan dengan air atau tidur atau konda-kondi atau membeli songket atau salah satu daripadanya atau kesemuanya sekali, atau mana-mana yang dikira bersesuaian dengan peringkat umur dan indeks jisim badan.

yabedabedu..!

May 18, 2009

di bawah naungan banyan

apasal banyak sangat virus attack Malaya neh.
gilak.










hati-hati.

May 13, 2009

hari-hari terakhir di ibu kota

i.
Kem Motivasi Bimbingan Kasih
BINGKAS SK Seri Lagenda Langkawi
30April-2Mei 2009
LISRAM (Lapangsasar Antarabangsa Langkawi)
Bingkas Langkawi. 1st time aku jejak kaki ke utara, ke Langkawi pulak tu. tapi korang ingat aku gi sana sebab nak beli pinggan mangkuk ke (mak aku oder macam-macam, tapi aku beli daim je sepeket.. sebab ringan dan muat sumbat dalam beg. jahat tak aku?) program terpaksa diadakan di LISRAM, sebab SK Seri Lagenda tu kurang kemudahan. Syukran-syukran sebab LISRAM beri keizinan untuk menggunakan tempat tu untuk Bingkas, free lak tuh.

LISRAM memang spooky beb, sebab memang tengah hutan belantara, takda penghuni kecuali pak guard di pondok pengawal dan cengkerik dan siput babi. coverage pun cukup2 makan je. terpencil sungguh. banyak kisah gak kat Bingkas Langkawi ni daripada hantu takda kepala sampai tersadai dalam hujan kat pantai Cenang. yang pasti, aku xteringin pun nak jadikan Langkawi destinasi bulan madu. awak, kita gi tempat lain heh?? (statement poyo, sape lak awak ni???haha)

ii.
Kem Motivasi Bimbingan Kasih
BINGKAS SK Utan Aji, Perlis
8Mei - 10Mei 2009
SMK Syed Alwi, Kangar
Bingkas Perlis. kiri kanan sawah padi, aku memang jakun tengok sawah. seb bek tak sawan. Perlis tak se-mencabar macam Bingkas Langkawi. tidur pun atas tilam, empuk. hehehe. ye la, tido kat asrama sekolah. takda kisah siput babi atau hantu takda kepala dan malam pun tak bertemankan bunyi cengkerik. cuma yang mencabar kat sini adalah emosi. waah. cmni sebenarnya, 2 orang pelajar yang aku jaga datang dari keluarga yang bermasalah. panjang sangat permasalahan dia, nanti insyaAllah aku postkan surat wasiat seorang pelajar yangmemang boleh bikin hati korang tersentuh, menanges sampai keluar air hidung.
iii.
Bingkas ke-3 akan berlangsung di Kedah (lagi 2 minggu), lepas tu kat Bukit Gantang, lepas tu Penang, lepas tu Kelantan, lepas tu berakhir di Johor. minggu ni yayasan salam sepatutnya masuk ke Kg Orang Asli Sg Jang kat KKB untuk program Hygiene, tapi postpone ke bulan depan. minggu depan aku cuti-cuti Malaya kat Terengganu (campur selebret hari tamatnya aku bergelar seorang pekerja).. yay!

aku pun dah tak punya banyak masa kat KL ni, agak2 gundah sebab aku dalam fasa meninggalkan orang-orang yang aku sayang (berjauhan secara fizikal, aduh) dan semua aktiviti yang aku suka tapi dalam masa yang sama, aku mendekatkan diri dengan mak ayah aku.. xpe, kasi can aku duduk bawah ketiak mak dulu, insyaAllah aku akan kembali semula ke KL dengan restu mak. aku dalam fasa transformasi hidup (tapi tak decide nak buat apa lagi, sbb mak aku....) mcm tak berapa nak suka je kalau aku serius benor dengan keje2 volunteer works ni.
* 3 orang kawan aku dan CEO yayasan salam sekarang berada di Timor Leste untuk setup projek ICT kat sana. walapun dengar cerita aku diproposed untuk jaga satu projek ICT bawah Yayasan Salam jugak (membabitkan ibu tunggal kot), yang pasti, aku dah angkat tangan siap2 gak untuk g Timor Leste! kalau tak dapat, xpe. aku join MALBATT. huahuahauahaua. aku nak tolong Kak Lang gak untuk Bingkas, tapi kak lang, bagi saya borak bincang baik2 dulu dengan mak saya yek!

May 6, 2009

makhluk Tuhan paling seksi

aku ada kembar tau.
aku kasut-gombak, kembar aku pastinya bukan kasut.
nama sebenar dia memang langsung tak bersekutu dengan kasut atau gombak.
aku lain Lah.
nama dalam IC kasut ben gombak (eh, jantan le plak..)
dulu dia takda kasut.
pelopor pakai kasut adalah aku.
sekarang dia tiru aku, pergi mana-mana nak berkasut.
siap dia ada timberland dengan sketchers.
(cett,mana buleh. aku pakai selipar jepun harga RM3.50 jer. ini lawan tokey namanya!)
tapi aku pakai selipar jepun pun aku dah tawaf satu KL tau. (aku xkecoh pn..haha)
ok, berbalik pada foto.
foto diatas menunjukkan aksi comel kasut-gombak ketika menjadi model iklan rokok dan selipar Bata. masa ni belum ada lagi kotak rokok ditampal dengan gambar-gambar mengerikan dan rokok masih boleh menaja Pestabola Merdeka serta kumpulan Wings masih boleh beraksi dengan rambut panjang di Hiburan Minggu Ini.
pendek kata,
pada zaman tersebut semua masih boleh.

begini,
aku musykil.
aku tak pasti aku yang mana satu.
sebab masa tu aku kecil sangat lagi.
tak tahu pun apa makna kembar,
kenapa sama besar, sama tinggi.
siapa erma, siapa erme (bukan nama sebenar..)
aku tak ingat aku berdiri sebelah mana,
yang sebelah kanan, atau yang kiri.
jadi,
tugas korang yang bijak bistari,
apa binatang tak da keris kat hidung?

hah?

ps : untuk makluman, pada ketika foto ini diambil, kasut-gombak masih tidak tahu apa makna kasut dan masih belajar menyarung selipar dengan bantuan ibu dan bapa sebab tak dapat membezakan yang mana satu untuk kaki kanan dan yang mana satu untuk kaki kiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...