Pages

October 28, 2008

nak secawan??

di satu pagi yang gelap (masa subuh la), tapi kini sudah terang.

aku tengah jalan kaki nak g lrt. standard, aku memang akan melintas kat 1 umah bro ni tau. umah orang bujang. time aku lalu tu tetiba sorang bro rumah tu ada kat luar pagar. nak keluar jugak la tu agaknya. aku tunduk, jalan terus sebelah kereta dia. wat2 tak nampak.

"dik, nak gi lrt ke? meh le abang tumpangkan.."

"xpe la, bang. ari2 saya jalan kaki.."

"ala, sejalan je nih. meh la masuk."

aku wat dono. aku jalan lagi.

"apedaa, aku nak usha mamat myvi hitam plat putrajaya tu. ni dapat kawan dia plak. haish.." getus aku dalam hati.

dia berhentikan kereta kat tepi jalan tunggu aku masuk.

hmm.

"naik je la"

aku masuk dalam kereta. dia sambung drive. bro tu senyap je. cuma kendengaran bunyi enjin menderum2 memecah kesunyian.

ketap ketup ketap ketup aku slide kamera kat hs aku. mati akal.

"dik nak gi mana ni?"

"meeting." sambil aku pandang dressing aku. tshirt free tourim malaysia kaler oren striking, kasut buruk, tudung senget, pagi2 buta hari sabtu. nampak dah tak logik kat situ. lantak la.

"abang nak g brekfes ke apa?"

"bengkel."

sepatah.

senyap.

.
.
.
.
.

sampai lrt, aku keluar.

aku angkat tangan tanda terima kasih.

bro tu pun blah ngan honda merah bunyi cam motobot.

aik, xde mintak no fon pon. nama pon tanak tanya.

huh.

nampak sangat tanak tekel aku.

hahaha.

ps : berkenal-kenalan la dengan jiran anda. dik? nampak sangat aku cam muda lagi. Ha ha ha.

October 23, 2008

khamis : seronoknya esok dah jumaat!

budak rumah aku semalam kena kejar ngn anjing. sorang sempat selamatkan diri dengan masuk kat dalam kete. sorang lagi dah tergamam, sedar2 dah dalam longkang.

tu la, sape suh korang gatal2 pi park gheta kat tepi hujung kat tempat gelap sana. terhendap2 macam nak mencuri pon ada. tu yang kena kejar tu. haha.

jangan takut, saya baby dog lagi..!

ps : aku memang bantai gelak masa dengar diorang cerita. sbb masa kejadian tu aku memang dgr orang jerit2 kat luar umah. xbajet plak kawan aku yang kena. hahahaha.

October 20, 2008

My Best Friend's Wedding~eh Convocation..

Semalam aku g UPM sebab kawan baik aku - Hafiz sejak zaman2 belajo dulu konvo. Kecian dia, tengah2 panas buta aku ajak dia ke sana, ke sini. dengan jubah yang tebal giler, pki kot lagi. huhu. Nak amek gambor punya pasal la. Alhamdulillah, tengahari tu xhujan. cuma rumput2 ijau yang bertaburan kt UPM tu bnyk yang becak. xleh la posing bergolek2 kat bukit ekspo ataupun kat padang ragut ala2 kat new zealand tu.. hahaha.

ps : jehan la ni, dh bertmbah 1 lg brg dlm wish list aku. aii 50mm. bile la gaji mau masuk ni.. korg2, klu knvo ke pggil2 la aku amek gmbor. FOC je.. hehe.

October 15, 2008

Shrek IV: The Missing Mision

shrek aku ilang

ya, shrek aku telah hilang..!

sape la rajin bebenor mengebas barang dari tempat ku sepanjang ku berada di perantauan. kalu zaman2 dulu aku saspek panadol 7-eleben, tapi sejak2 dia tak keje dah kat ofis nih, mesti ada orang lain amek. bek ngaku sape amek. cepat.. hens-ap!

maklumat lanjut shrek
nama sebenar : sheikh reza bukhoron majeed (keturunan pak arab rupenye, tp idung kemek)
nama glamer : shrek
tarikh lahir : 12 Jun (tahun dirahsiakan)
tinggi : 2 inci 3 suku
berat : berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
isteri : fiona tagore, keturunan nak-anak raja zaiban dari cairo
bil anak : tiada
pekerjaan : pelakon, jurucakap dolby digital, model, usahawantani (penternak lintah berjaya)
drama lakonan : tiada
filem lakonan : shrek, shrek 2, shrek the third
alamat tetap : no 13, kg paya jaras dalam, selangor.

kali terakhir shrek dilihat di cubicle kasut-gombak, sedang berdiri di tepi pc sambil merenung masa depan.

"kepada sesape yang menemui shrek, pulangkan cinta hatiku. saya merinduinya.. pulangkan shrek. PULANGKAN~~.Percayalah, kepada sesiapa yang mengambilnya, anda akan mendapat balasan Tuhan. kepada sesiapa yang menemui dan membawanya pulang pula hanya Tuhan dapat membalas jasanya.."-petikan kata-kata fiona.

so apa lagi..pulangkan Lah!

October 14, 2008

the return of kasut-gombak

aku baru je di'discaj' semalam.

and now,








i'm back!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...