Pages

May 29, 2008

aci tak aci? [hapdet kat bawah-tagged lagi]

aku melangkah masuk perlahan-lahan kat 1 kedai mamak ni.

ramai dol mamat ensem (mamat k, bukan MAMAK).

so kena la kontrol ayu beb.

aku pilih port baik punye.

dah parking, aku kuarkan vaio pink aku, ready to surf.

sorg mamak tu dok usha aku mcm aku brhutang ngn dia.

aku tau la aku xoder ape pon lagi.

sabo bleh?

aku betul-betulkan tudung, angkat tangan, lambai-lambai gemalai kat mamak tu, kuarkan suara dengan agak kuat .

"aci, oder plis..!"

mamak tu terkedu. mamat meja sebelah aku sengih. awek meja depan aku dok mengekek gelak.

aku silap cakap ke?

mamak tu datang kat aku. muka kaget.

"Unga peru enna? aiyo adik manis, saya muka ada macam Rajinikanth adik pggil aci. saya abang la. entha indhiya naattu maanilathula romba janathogai irruku.."

erk~ cmne leh sasul lak.

ps : sori la bai..saspen tadi.hahaha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[hapdet 300508: 1000-aku malas nak tambah entri baru la. citer mamak tu tgh meletop2 tau.]

7 fakta mengenai diri aku sebagai kasutgombak..

1) org putih pggil footwear. footwear of gombak. yeah, u rite.let's gone!
2) brand amerika ( i hate amerika, u kno)
3) saiz 6.5 (kalau bata saiz 5, selipar jepun saiz 9 stgh)
4) kaler coklat bintik2 putih
5) berpasangan
6) tapak flat aje
7) multi-function. itu la kasut opis, itu la kasut jalan2, itu la kasut raya, itu la kasut ballet.

7 perkara yang menakutkan aku sebagai kasutgombak..

1) kena curi
2) kena basuh
3) kena pijak
4) kena buang
5) kena jual kat bundle(ebay ok lg, leh demand)
6) terpijak "tet" sampai kena samak
7) kalau tuan saya beli kasut baru

7 lagu buat masa sekarang yang diminati oleh kasutgombak..

1) yesterday - the beatles
2) at your side - the corrs
3) hujan - adibah noor
4) imagine - john lennon
5) ku mahu kau tahu -hujan
6) here in my home - MAFU
7) itu aku - sheila on 7

7 perkara / perkataan yang selalu kasutgombak sebut..

1) mungkin
2) sengal
3) giler r
4) ye r
5) gempak
6) ngot
7) mengong

7 perkara(material-plastik) yang amat bernilai buat kasutgombak..

1) nikon D60 yang kat dalam kedai fotokem tu
2) laptop vaio kaler pink kat dalam sony center tu
3) jaket adidas yang patung pakai kat butik adidas tu
4) deuter 40L yang aku tengok kat kedai madam sia pertama complex tu
5) volvo XC 90 yang ada kat showroom depan warung mak jah tu
6) umah banglo 3 tingkat kat area seblah opis aku ni. bila la nk duduk ctu?
7) betapa bernilai tgk la, smpi aku simpan kat kedai xsangup nak beli.hahahaha


7 pertama kali dalam hidup kasutgombak..

1) Pertama kali aku sekolah darjah 1 lepas aku abes tadika
2) Pertama kali aku UPSR masa aku darjah 6
3) Pertama kali aku PMR masa aku tingkatan 3
4) Pertama kali aku SPM masa aku tingkatan 5
5) Pertama kali aku belajar kat matrik lepas aku abes tingkatan 5
6) Pertama kali aku belajar kat U lepas aku abes matrik
7) Pertama kali aku kerja lepas aku abes blaja kat U

7 orang yang kasutgombak mahu tag..

1) nany farouq
2) shafiq BGK
3) lisa idayani
4) ruzaini panadol7e
5) ijan altantuyi
5) amibyl (aku tau ko xnk jwb pon)
6) ad3ck sepet

amaran : korang tukar la kasutgombak tu kepada saya. k?aku bkn suh korg bercerita psl pertama kali ttg aku.hehe.

May 27, 2008

here in my home

pernah dengar lagu here in my home?

aku pun xpernah dengar atau tahu sehinggalah aku terbaca tentang projek ini dalam satu majalah- yang pasti bukan URTV atau Mangga.

Malaysian Artistes For Unity merupakan satu projek oleh Pete Teo yang menggabungkan rakyat Malaysia di dalam sebuah lagu anti-racism . Memang ramai selebriti yang terlibat.. daripada artis terkenal, pembuat filem, penari, pelajar hingga ke pemain bolasepak. Ada Jerome Kugan, Shebby, Erme Harlini pn ada. cayalah!

and they do it for free..!

Pete Teo juga mahukan lagu ini didengari oleh semua golongan masyarakat. oleh itu lagu dan video klip ini boleh dimuat turun secara percuma di sini.

this song is a gift to the nation.

Lagu ini adalah untuk mereka yang percaya bahawa Malaysia adalah untuk bangsa Malaysia.



Anda boleh ikuti temubual bersama Pete Teo dan Awie-the rock star (yap, awie antara artis yang terawal mempersetujui utk join projek ini) dalam majalah Off The edge keluaran May.

Video klip diarahkan oleh Yasmin Ahmad.

Saksikan juga the making of Here in My Home di hitz.tv pada 29 Mei pada jam 5.30 pm.

lagu best, video klip sempoi, memang cayalah!

enjoy it!

and 1 more thing..

kami memerlukan keprihatinan anda.

ini merupakan program terbaru yayasan salam. maklumat lanjut sila klik di sini.

ps : share-sharekan lagu ni dengan rakan-rakan anda.

May 23, 2008

kisah misteri bakal terungkap


sies je tgk muka depa 2 org ni..

korang knal x diorg berdua tu sape?

xkn lupa kot.

ni la dana scully ngn fox mulder.

diorg tgh baca blog aku tau.

perasan.kihkihkih..!

aku memang suka gile kt cite ni.

ini la drama yg aku paling setia nk tgk-selain ER.

xsabo aku nk tggu movie the X-files ni.

kita tggu je la premier kat Malaysia 31 Julai 2008 nnti.

ps : jgn marah, tayangan tu sempena minggu kelahiran aku tau.

May 21, 2008

salam dari kasut-gombak

lamanya xupdate blog.

baru masuk opis arini.

balik dari Penang aku terus demam.

semalam MC lagi.

giler r, dlm masa kurang 30 hari, aku dah MC 2 kali.

dalam masa 6 bulan, aku dah 7 kali g klinik.

memang rekod.

kena beli medical insuran la.

ada sape2 nak jual kt aku?

hehe..

dan aku pon kena tagged ngn panadol-7-eleben, n shafiq.

k la, aku jawab.

LIST OUT TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR & THE REASONS FOR YOUR CHOICES

1- NIKON D60
dari dulu aku nak DSLR. aku suka tgk gmbr cntek2. aku nk berkongsi pemandangan yang aku tgk dari perspektif mata aku. aku nyesal lak beli T-2 tuh. aku berangan gak nk jd freelance photografer. tgkp gmbr org kawen. tggu la, nnti zaid ngn mira kawen, aku nk tgkp gmbr diorg.

2- TEDDY BEAR
aku xpnah ada teddy bear. yg kecik2 tu bnyk la. aku xpnah ada pon yg besar. aku tgk kwn2 aku (trutama yg pmpuan) suma mesti ada 1 teddy bear yg besar gedabak. sebab diorg ada so aku nak ada gak la.

3- BEBIKET
aku nak bela kucing. aku nk ada anak kucing yg comel. n aku akn pastikan anak kucing yg aku bela tu xkn besar2 iaitu dgn cara tidak memberi diorg makan.hahaha. (dpt chipmunk lg bgus)

4- DEUTER 40L
kn aritu aku ckp aku nk upgrade deuter aku. aku ni kn jenis yg suka bwk brg bnyk tau klu g jalan2. balik kg 2 hari je, tp bwk bekal baju ckup utk seminggu. tu korg xtgk lg beg yg aku galas kt depan, plastik2 yg penuh kt tgn. jadi aku kena bwk beg besar sket, leh sumbat sume sekaligus.

5- GILERA RUNNER VXR 200
aku pon xtau apa masalah aku, tp aku mmg minat giler ngn skuter nih. bnda paling smat dalam dunia. mmg giler r. klu aku bwk, kmfirm korang jeles giler.

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS JENG_JENG_JENG

1-PANADOL-7-ELEBEN


5 IMPRESSIONS OF HER/HIM
1- pemberita sambilan masa keje kt opis aku nih.
segala gossip, skandal, berita hangit, tnya kat dia. kmfirm dia tau. dia ni CNN.

2- takut gemuk (dulu la, skang x lagi)

-klu brekfes ngn dia, dia beli betik je sepotong, xpon roti krim tuh. tp skang dia makan xingat dunia. hahaha.


3- secretary aku.

-dia la tukang tolg reply sms aku dikala zaman aku brskandal ngn sorg kwn aku nih(hahaha). mmg bzbodi sungguh. sume sms dlm henset aku dia baca. siap tolong reply kn, dh la reply melampau2. sungguh diada-adakan ceritanya.


4- ayu
-sies, antara aku ngn dia, kdg2 aku rasa aku lelaki, dia pmpuan. aku lg brutal dr dia. kihkihkih

5- cakap tak serupa bikin

-tajuk emel dia xpnah sama ngn citer dlm emel.
sies.


MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR YOU

-dia la sifu aku kt cni. report2 yg aku xdpt wat, yg kena guna formula ntah hape2, aku pass kt dia. dan skang dia telah pergi. sob2..


2- SHAFIQ


5 IMPRESSIONS OF HER/HIM

1- BONGEK..haha.xcaye tny kete dia.

2- JIWANG

3- Budak2 sungguh.

4- aku tukang burn cd dia (alamak, lupa lak bwk installer nero tuh)

5- ape lagi aku nk reka psl dia ek??hmm, hmm, hmm


MOST MEMORABLE THING SHE/HE HAS DONE FOR YOU

-selalu teman aku brekfes masa zaman panadol-7-eleben masih disini.


skang aku nak tagged sape lak?
hmm, xyah lak. sbb aku tgk sume kwn2 aku dh kena tagged. maksu pon dh ramai yg tagged dia, 13may pon bz, xde nya nk jwb tagged ni, tp aku berbesar hati nak tagged ami yang lari dari syurga.

ni plak aku nk citer psl trip aku ngn geng2 aku dari Yayasan Salam bawa penghuni dari Rumah Shifa g cuti2 Malaysia kat penang. memang BEST!!!

[update : 210508/1814]
tumpang glamer jap : gmbr intro sebelum brtolak ke butterworth.

ketibaan rombongan cik kiah. ada kapet merah.mata sume pon bengkak-almaklumla, baru bngun tido.

dari KTM Butterworth, kitorg nek feri g pulau. ini la adik2 dari Rumah Shifa. comel2 sume n suka menyanyi.

sebelum check-in kt USM, kitorg singgah brekfes kat tmn tun sardon. roti canainya nmpk mcm maveles, teh tarik pon kaw tp bile minum, manis la.
destinasi pertama-fort cornwallis. aku hilang minat nak jalan2 kat cni, xwarm-up lg.mungkin sebab penat sgt kot.

ada sorg artis yang ikut kitorg kt rombongan ni. kasut-gombak ditenggelami keglameran ijan altantuyi. sbb xnk org kenal, dia pki spek itam gtu. glamer nyah.


abes jalan2, kitorg singgah plak makan kt nasi kandar kassim mustafa. keciwa gile. aku bajet tu la nasi kandar paling marveles aku pnah makan tp tidak. jauh la ngn nasi kandar originak kayu kt PJ. nk pi pekena nasi kandar line clear, tp line aku plak yg xclear. xpe la, len thn aku g lg.

lepas berpanas-panasan kat fort cornwallis, kitorg g plak kt tmpt brhawa dingin-bukit bendera. kejadian ngeri-arif kena serang ngn kera kt ctu.huhu.
lepas jalan2, pekena plak pesemboq kt atas tuh. amboi nany, syoknye makan.


kotaraya..!kotaraya..!eh awat senget lak ni...?

ini la ahli rombongan cik kiah kita.

esoknye, kitorg brtandang plak kat miami bay. fuh, sedar2 smpi kt miami la plak. tau x cmne nk bezakn gmbr adik2 dari umah Shifa ngn kakak2 fasi dari yayasan salam?pose yg terlebih over tu la kakak2 fasi.hehehe. ni la 1st time ever aku men sukaneka paling sengal. mmg klaka. enjoy abes.

dh seronok mandi manda kt pantai, makan la plak. susah2 je mcD tu sponsor kitorg. mmg xckup.mekaseh..

abes mkn,kitorg g war museum. gambar paling macho. muahahahaha.

singgah plak kt pasar chowrasta.

pose terakhir sblm balik USM-packing-balik KL

sebelum balik, kitorg pi merasa chaketeow kt sg dua. ramai org. tp yg lawaknya, tagline tuh-telur ayam dibasuh.

ini la rupe char kuay teow telur ayam dibasuh, nmpk suci dan murni kn?haha. dlm aku menkomplen xsedap, abes jgak 2 pinggan.

masa utk pulang. ayuh!

-TAMAT-

ps: utk kak mei dan sensei yang sudi membentangkan kapet merah masa aku smpi kt cna, tenkiu very2 much. sori r xsmpt jumpa korang, tp aku tgglkn sesuatu utk korang-tapak kasut aku kt tiang no 1 stesen KTM Butterworth. hehe..




May 14, 2008

aku : tangan yang menulis

Myanmar : tangan yang menadah
Minggu lepas, Myanmar dilanda Taufan Nargis. Lebih kurang 22, 000 orang terkorban, 40,000 orang dikhuatiri hilang, hampir sejuta orang penduduknya hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.


China : tangan yang mengharap
Dan, pada hari Isnin, 8 Mei 2008, Wilayah Sichuan digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.9 Skala Ritcher, meranapkan hampir keseluruhan struktur bangunan di bandar itu. Jumlah kematian dianggarkan seramai 12, 000 orang dan berkemungkinan 18, 000 orang lagi tertimbus di dalam sisa runtuhan.


Iraq : tangan yang menggapai
Gambar ini pula menunjukkan tangan seorang wanita Iraq yang berpaut pada trak askar ketika menunggu bekalan makanan yang diedarkan oleh tentera Iraq di Bandar Sadr, Baghdad.

Malaysia??
Selain isu Karpal, perkara paling hangat di Malaysia tentulah kenaikan harga beras. Seperti laporan Utusan Malaysia pada 11 Mei, kita menghadapi satu fenomena baru iaitu kenaikan harga beras.

Kita bising mengenai kenaikan harga beras dan barang runcit yang lain, tapi tanpa kita sedari, rakyat Malaysia dan pelancong asing membelanjakan hampir RM 67 billion sepanjang tahun lepas untuk membeli-belah : sumber-Malaysia Retail Industry.

Kita bising apabila makcik nasi lemak di gerai depan rumah menaikkan harga nasi lemak sebanyak 20sen, tapi kita lupa kita sanggup membayar RM40 untuk menonton wayang di Gold Class, kita sanggup membayar RM200 untuk sehelai jaket Nike, kita sanggup membayar RM6 untuk sepotong kek secret recipe, dan kita sanggup membayar RM2500 untuk N95 8GB.wow..

Secara peribadi, aku rasa sesukar mana kehidupan kita ketika ini, kita masih punya kehidupan yang jauh lebih baik berbanding dengan orang lain di luar sana.Kita tidak dilanda bencana alam, kita tiada masalah kebuluran, kita tiada perang saudara dan kita masih bebas bergerak tanpa sekatan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. bersyukurlah kepada-Nya.hidup seadanya..

ps : my life is good.it's not perfect but it's good..

May 12, 2008

glory-glory morning glory..

finally,

MU wins the Premier League..suke la tuh..

tapi

aku xhepi pon MU menang EPL tuh.

sebab

aku xpenah minat MU.

tapi aku suke sket la diorg menang brbanding chelsea.

sebab

aku lagi xminat ngn the blues.

fyi,

aku juniorgunners.

ps: jom kita mulakan demam euro 2008!


May 6, 2008

hadiah birthday aku

aku tgh pk, hadiah ape aku nak bagi kat diri aku sendiri untuk hadiah birthday aku tahun ni.

birthday aku lambat lagi sebenornye..

tp

bior ler, nk mintak gak.

aku nak DSLR..

mcm bes je..

aku xpnah dpt hadiah birthday.

so utk meng'cover' hadiah2 dari dulu yang aku xpnah dapat,

aku nak belikan DSLR utk erme harlini a.k.a aku sndiri a.k.a kasut-gombak.

bes..bes..

sonoknye!

mana lagi besh?nikon D60 atau sony alpha200?

aku tgh layan lagu sempurna gak, tp versi andra and back-bone. lagu yang comel and munge2. lagi sweet dari versi gita gutawa. kuntum2 jiwa aku!



Lagu : Sempurna
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk aku bisikkan dan hapus semua sesalku


Get Music Tracks! Create A Playlist!

ps: ok, leh stat kumpul dwet!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...