Memang dah lama aku ngan nany plan naik Bukit Tabur ni tapi xjadi2. Jadi selepas berhempas pulas memfreekn diri, pada pagi Sabtu, aku,
nany farouq, ema, kak yani, jackal, ustat,
su, ngan ijoi berkumpul kt pintu masuk Puncak Niaga. konon nk kumpul kol 7pg, tp kol 8.30 pg baru smpi kt situ. huhu.
Kitorang pegi memang gamble. takde sorang pon yang pernah jejakkan kaki kat situ. tapi jangan bimbang, ikut sahaja laluan yang disediakan. Kata sorang bro tu, tak pernah ada orang sesat kat sini, tetapi kebarangkalian untuk cedera adalah tinggi, kena hati-hati!
Perkara2 yang penting sebelum naik ke Bukit Tabur berdasarkan pengalaman aku.
1) Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pakai selipar jepun? duduk bawah je la. bawa towel kecil. topi. glove? boleh la.
2) Bawa air minuman at least 1.5L. bawa coklat (pembekal tenaga ekspres). taruk semua dalam beg galas. tak yah bwk beg2 sandang tepi, mangkuk tingkat ataupun plastik giant.
3) Fit. kena warming up properly.
4) Naik awl pagi. Kitorang naik kol 8.40pg, sampai bawah kol 2 ptg. terbakar kepala. huhu.
5) Bawa lah seseorg yg berani nak tunjuk2 jalan, yang berani nk try nk pnjat kat mane, nak pijak kaki kat mane, nak berpaut kat mana.
5) Kena berani sket.
6) Bawak baju spare. tinggalkan kat dalam kereta. kalau korang bawak bekalan air yang cukup, bila turun korang mesti pk nak mandi air terjun. jadi pi la air terjun kat belakang zoo negara tu. tapi kalau korang xbawak bekalan air yang cukup, korang cuma pk nak pi mamak! sies..
Empangan Klang Gate dari atas Bukit Tabur. yang puncak korg nampak kat gambar ke-4 tu east peak. lagi mencabar. dah expert baru leh naik yang tu.
Kebanyakan laluan ada yang ok, ada yang payah. watch your step, kalau xmau terguling2 ke bawah. hindustan lain la, depa da ilmu magis, golek je tukar baju. golek je sampai kat london, klu kita yang tergolek, risau takut ke lubang kubur la jawabnya. mendaki je, memang memenatkan.. kalau penat, benti je. pastu sambung balik. tak yah paksa diri. nikmati keindahan sekeliling. kat gambar atas tu tempat laluan tali yang pertama. ada 2 tempat kena turun pakai tali. tapi yang paling mencabar, yang ni la. aku tergelincir, seb bek tangan berpegang pada tali. kalau tak,
maut kartihe..
sebelum turun, trekking dulu untuk naik ke kamar permaisuri. dalam 2-3 minit je dari laluan turun. nasihat aku paling penting, bawak air la. jangan la korang harap ada 7e kat atas. memang takde. jangan jadi macam kitorang, ketandusan air kat atas tu. mula la terbayang sirap limau la, milo ais la, vitagen la. nampak paip bocor kat longkang pon leh terjerit2 air, air, air! sungguh sadis..
Perkara wajib tengok.
1) View memang cantik. nak tengok KL? xyah tengok pon takpe. hmm, tahap penglihatan xsampai 5KM. jerebu beb..
2) Ada 1 tempat tu korang leh tengok 2 kalimah. Allah dan Muhammad SAW. yang ni memang aku xpernah tau. dah smpi bwh, da sorang bro tu tunjuk gambar kat kitorang. kna perhati kan betul2. kena ada trip lain la ni..
3) Singgah kat kamar permaisuri.
Last sekali, jangan lupa bawak kamera..! Nanti korang jadi giler kat atas tu. o, ini cantek, o ini cantek.o, yang ni cantek, o yang ni cantek.. aku harap Bukit Tabur ni jadi border antara KL ngn hutan-hutan kat belakang tu sampai bila2..amin.
kasut-gombak kat kamar permaisuri. cantik2..Kalau rasa nak naik, ajak la aku tau. Pas raya aku naik lagi. Nak tengok sunrise. ecece..
Lagi gambar di Bukit Tabur, sila
'klik'.
Kota Bharu8-10 Ogos 2008Musim kawen dAh tiba, dan ia mmbawa aku ke Kelantan. Beberapa ketidakpastian berlaku, ditambah plak aku jenis yang tak suka buat ape2 tanpa plan yang proper, jadi aku end up g Kelantan naik ketapi sorang2.. tak sampai kat Kajang lagi aku dah tido..zzzz
sampai je kt KB, budak sekolah lama aku, Ikhwan datang amek. aku check in, nak tukar baju kurung, tapi iron plak takde. aku pi kenduri kawan aku pakai kemeja. hmm, biorla. aku lambat. kawan aku dah siap sanding sume pon. pastu pi rantau panjang. takde benda yang menarik perhatian kecuali hotdog besar yang dibakar panas2. xnampak menarik. rasa musykil nak makan pon ade. huhu. dari rantau panjang, kawan2 aku sume turun Besut. siot je, tinggal aku sorang2 kt KB malam tu.
pagi esok, aku jalan kat KB sorang2. kat tangan aku cuma da kamera, peta KB, n list tempat2 menarik. target pertama, pasar siti khatijah sebab nak amek gambar macam dalam poskad. hehe. tengok makanan pergh, memang heaven la. terkejut aku masa nak beli laksam, jual main kilo2. haha.
sepanjang aku jalan2 kat KB, aku jmpa ramai budak2 minta sedekah. aku rasa depa sume budak2 rohingya. datang kat aku wat muka sedih, bila dah dapat senyum bukan main pastu pi kat geng dia. aku kejar, terus diorang lari. dah la jumpa muka sama dari pagi sampai petang.
aku masuk sume muzium, tapi aku termiss muzium negeri sebab aku tak dapat figure out nak lalu jalan mana. aku cari stesen bas melilau padahal stesen tu sebelah je ngan hotel tempat aku tido. sengal. muzium2 nya cantek, dah la berdekatan antara 1 sama lain. kebanyakkan muzium adalah istana lama. memang tinggi nilai senibinanya. kagum aku. terus rasa nak kawen ngan anak raja. haha.
satu benda yang korangg tak leh miss jugak tentulah lunch kat kedai nasi ulam di Pusat Kraftangan. Temptnya cantik. Orang memang ramai giler. wajib makan - keli goreng. oleh sebab aku sorang2, aku pun dok la makan kat 1 meja ni ngan sorang bro tu. tiba2 da pakcik datang borak. aku gitau dia aku datang dari KL, kawan aku kat KL recommend tempat ni kat aku. dia pon ape lagi, kalau camtu pakcik belanja. dia tokey kedai makan tu rupanya. memang langkah kanan. dah tau orang belanja, tambah lauk lagi. hahaha.
Hasil pemerhatian aku sepanjang 2 hari kat KB bandar Islam, ia sebuah bandar yang agak selamat.(tak pasti tentang kadar jenayahnya, tapi minggu lepas kereta bf kakak aku hilang depan hotel kt KB). jalanraya memang diorang punya, masuk simpang takde nak bagi2 signal, parking leh suka2 hati, n korang akan musykil samada jalan tu satu hala atau 2 hala. sume lorong belakang kedai selamat untuk dilalui. dan 1 lagi kaum wanita ada dimana2..! hehe. walaupun aku berseorangan, tapi kalau niat ikhlas, bukan nak datang merompak, insyaAllah Tuhan akan lindungi kita. n tada, aku slamat balik ke KL!
berjalan sorang2 memang bosan, sekeping pon takde gambar aku. kat umah pengantin pun ada 1 je, tu pun blur. ceh.. tapi aku bebas, x terikat ngan sape2. klu bawak budak2 lain, nak2 kalau jalan ngan pompuan cerewet, memang banyak songeh. lenkali aku nak g lagi Kelantan, sebab aku nak cuba naik jungle train!
Tanjung Tuan
25Julai-27 Julai 2008 Aku ngan bee, jentrong, kak yani, bulu, intan, popo, nurul, mad datsun, za, ngn adib pi cuti2 malaysia kt cape Rachardo aka Tanjug Tuan kat PD. dengar PD je aku rasa nak muntah, leh x? tapi bila diorang cakap stay kat Tanjung Tuan, aku on aje.. Nama je kat PD, tp Tanjung Tuan ni di bawah jajahan takluk negeri Melaka.
Apa yang menariknya dengan Tanjung Tuan ni :
1) Disini terletaknya rumah api tertua di tanah air, dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Bangunan yang asal telah musnah dalam perang dan dibina semula pada tahun 1860.
2) Parameswara, Raja Melaka yang pertama dipercayai disemadikan di sini.
3) Tanjung Tuan adalah the shortest point utk ke Sumatera, kira2 38KM. korang leh la wat rekod merenangi Selat Melaka ke Sumatera.
4) Setiap tahun, kira2 300,000 ekor burung penghijrah menjadikan Tanjung Tuan sebagai pitstop sebelum meneruskan perjalanan ke Hemisfera Utara. MNS menganjurkan Raptor Watch Week pada minggu pertama Mac setiap tahun. Nak jadi volunteer pun boleh.
5) Korang berpeluang melihat kesan tapak kaki Hang Tuah tertanam di sebuah tembok batu. Beliau dipercayai menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Tanjung Tuan. Juga terdapat sebuah telaga, dipercayai digali oleh Hang Tuah.
6) Pantai kat bawah Rumah Api tu cantek la.. air xsah ckp, mmg xjernih. tp view cantek, sgt menenangkan... kena trekking yang leh membawa kepada kesemputan gak. Kitorang almost call JPA3, sebab tak larat nak balik. haha.
Kalau nak masuk kat dalam rumah api tu, jangan lupa minta surat kebenaran daripada Jabatan Laut. ye la, tak pasal2 kang malam tu tido lokap.
Esoknya kitorang turun ke Melaka, bandaraya bersejarah. saje nak pekena asam pedas. singgah kejap kat menara taming sari. sies la, aku tak pernah tau wujud menara tu. tiket masuk RM10. student price RM8. kitorang sume, hmm, ada 2-3 orangg je student. yang lain sume pesara. dah la nk kena ada 10 student kad bru leh dapat student price. aku kuarkan kad ofis aku, kawan aku kuarkan kad alumni, sorang lagi kuarkan kad klinik gigi UPM. ada yang bagi student kad expired. pastu, aku suh kwn aku yang paling ensem g beli tiket. pompuan, kalau mamat ensem datang ushar, ,mti dia layan baik punye. dia tunjuk je student card yang tipu2 tu, terus dapat student price. haha. jahatkan?
apa lagi aku nak citer..aku tau korang tak baca pon entri ni kn? tapi xkesah la. ini la citer2 yang aku simpan dr bulan lepas. ada banyak lagi story lain sebenornya, tapi xlarat dah nk taip. ni aku tulis shorthand ni.. kalau longhand, tahun depan pun tak abes.
ps : k la, seperti biasa jumpa tahun depan!