August 29, 2008

Ceritera Merdeka Kisah Atok : Siri 3

Yes Sir..!

Setelah membuat sedikit kira2 dalam akaunnya Tuan John ingin membuat beberapa pembayaran lalu memanggil pembantunya Mat.
"Mat pergi ambilkan saya checkbook"

"Baik tuan", kata Mat.

Mat kemudian ke belakang rumah untuk berjumpa rakannnya Minah.

"Minah mari sini kejap", kata Mat.
"Apa he nye?"balas Minah.
"Bak aku cebok".

ps: Selamat puasa!!! kredit citer ni utk adib. suke2 ati aku je copy citer atok dia. jgn dia mintak komisyen sudah..



August 28, 2008

Ceritera Merdeka Kisah Atok : Siri 2

Haji Usop pakai suar kontot.

Pada suatu hari di pekan Bidor, seorang warga tua cina yang mirip wajahnya seperti Haji Usop telah dilanggar sebuah motokar.. Ya Tobek yg berada di tempat kejadian terus bergegas mendapatkan cina yang disangkakannya Haji Usop itu..

"Ya Allah Hj Usop! takpe bior saya bawakkan ke klenet(klinik)." Dia pun menahan sebuah kereta bagi membawak cina tadi ke klinik. Di dalam kereta cina tadi mengeluh... "Haiyyaaaa". dan Ya Tobek pun menjawab "iye le.. Ya le ni.."

Halfway baru si Ya Tobek ni perasan sesuatu yang pelik dan berkata dalam hati. "Ish bior betui Haji Usop ni pakei seluor pendek..?"

August 27, 2008

Ceritera Merdeka Kisah Atok : Siri 1

Bagaimana tentera british tewas kepada askar jepun di Changkat Jong

Seorang komander british sedang mengetuai battalion nya yang terdiri daripada asakar2 gurkha dan beberapa orang tempatan untuk menyerang hendap askar jepun di sebuah kawasan lombong menerusi celah2 hutan..

apabila sudah merasa masanya sesuai untuk menyerang komander British tadi menjerit "FIRE!!" sebagai isyarat untuk menyerang..
dengan serta merta kedengaran suara lantang Sarjan Saruji berkata, "Itu bukan paya tuan, itu lombong!!"

dalam keadaan konfius mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh askar jepun...

ps : Aku xpernah baca kisah ni dalam buku sejarah. huhu.

August 25, 2008

Selamat Pengantin Baru

stok kawan2 bujang aku dah berkurang lagi sorang. huhu..
tahniah untuk Zaid dan Nirmin, selamat pun menjadi suami isteri. aku doakan korang bahagia sehingga ke anak cucu cicit..

ps : nk join kelab Orang2 Bujang Malaya? keahlian dibuka sekarang. Special Offer : dapat baca blog aku secara percuma seumur hidup.. hahahahaha.

August 19, 2008

kasut-gombak-berjalan-jalan

Bukit Tabur
Sabtu, 16 Ogos 2008 :
Memang dah lama aku ngan nany plan naik Bukit Tabur ni tapi xjadi2. Jadi selepas berhempas pulas memfreekn diri, pada pagi Sabtu, aku, nany farouq, ema, kak yani, jackal, ustat, su, ngan ijoi berkumpul kt pintu masuk Puncak Niaga. konon nk kumpul kol 7pg, tp kol 8.30 pg baru smpi kt situ. huhu.

Kitorang pegi memang gamble. takde sorang pon yang pernah jejakkan kaki kat situ. tapi jangan bimbang, ikut sahaja laluan yang disediakan. Kata sorang bro tu, tak pernah ada orang sesat kat sini, tetapi kebarangkalian untuk cedera adalah tinggi, kena hati-hati!

Perkara2 yang penting sebelum naik ke Bukit Tabur berdasarkan pengalaman aku.
1) Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pakai selipar jepun? duduk bawah je la. bawa towel kecil. topi. glove? boleh la.
2) Bawa air minuman at least 1.5L. bawa coklat (pembekal tenaga ekspres). taruk semua dalam beg galas. tak yah bwk beg2 sandang tepi, mangkuk tingkat ataupun plastik giant.
3) Fit. kena warming up properly.
4) Naik awl pagi. Kitorang naik kol 8.40pg, sampai bawah kol 2 ptg. terbakar kepala. huhu.
5) Bawa lah seseorg yg berani nak tunjuk2 jalan, yang berani nk try nk pnjat kat mane, nak pijak kaki kat mane, nak berpaut kat mana.
5) Kena berani sket.
6) Bawak baju spare. tinggalkan kat dalam kereta. kalau korang bawak bekalan air yang cukup, bila turun korang mesti pk nak mandi air terjun. jadi pi la air terjun kat belakang zoo negara tu. tapi kalau korang xbawak bekalan air yang cukup, korang cuma pk nak pi mamak! sies..
Empangan Klang Gate dari atas Bukit Tabur. yang puncak korg nampak kat gambar ke-4 tu east peak. lagi mencabar. dah expert baru leh naik yang tu.
Kebanyakan laluan ada yang ok, ada yang payah. watch your step, kalau xmau terguling2 ke bawah. hindustan lain la, depa da ilmu magis, golek je tukar baju. golek je sampai kat london, klu kita yang tergolek, risau takut ke lubang kubur la jawabnya. mendaki je, memang memenatkan.. kalau penat, benti je. pastu sambung balik. tak yah paksa diri. nikmati keindahan sekeliling. kat gambar atas tu tempat laluan tali yang pertama. ada 2 tempat kena turun pakai tali. tapi yang paling mencabar, yang ni la. aku tergelincir, seb bek tangan berpegang pada tali. kalau tak, maut kartihe..
sebelum turun, trekking dulu untuk naik ke kamar permaisuri. dalam 2-3 minit je dari laluan turun. nasihat aku paling penting, bawak air la. jangan la korang harap ada 7e kat atas. memang takde. jangan jadi macam kitorang, ketandusan air kat atas tu. mula la terbayang sirap limau la, milo ais la, vitagen la. nampak paip bocor kat longkang pon leh terjerit2 air, air, air! sungguh sadis..

Perkara wajib tengok.
1) View memang cantik. nak tengok KL? xyah tengok pon takpe. hmm, tahap penglihatan xsampai 5KM. jerebu beb..
2) Ada 1 tempat tu korang leh tengok 2 kalimah. Allah dan Muhammad SAW. yang ni memang aku xpernah tau. dah smpi bwh, da sorang bro tu tunjuk gambar kat kitorang. kna perhati kan betul2. kena ada trip lain la ni..
3) Singgah kat kamar permaisuri.

Last sekali, jangan lupa bawak kamera..! Nanti korang jadi giler kat atas tu. o, ini cantek, o ini cantek.o, yang ni cantek, o yang ni cantek.. aku harap Bukit Tabur ni jadi border antara KL ngn hutan-hutan kat belakang tu sampai bila2..amin.
kasut-gombak kat kamar permaisuri. cantik2..
Kalau rasa nak naik, ajak la aku tau. Pas raya aku naik lagi. Nak tengok sunrise. ecece..
Lagi gambar di Bukit Tabur, sila 'klik'.

Kota Bharu

8-10 Ogos 2008

Musim kawen dAh tiba, dan ia mmbawa aku ke Kelantan. Beberapa ketidakpastian berlaku, ditambah plak aku jenis yang tak suka buat ape2 tanpa plan yang proper, jadi aku end up g Kelantan naik ketapi sorang2.. tak sampai kat Kajang lagi aku dah tido..zzzz
sampai je kt KB, budak sekolah lama aku, Ikhwan datang amek. aku check in, nak tukar baju kurung, tapi iron plak takde. aku pi kenduri kawan aku pakai kemeja. hmm, biorla. aku lambat. kawan aku dah siap sanding sume pon. pastu pi rantau panjang. takde benda yang menarik perhatian kecuali hotdog besar yang dibakar panas2. xnampak menarik. rasa musykil nak makan pon ade. huhu. dari rantau panjang, kawan2 aku sume turun Besut. siot je, tinggal aku sorang2 kt KB malam tu.
pagi esok, aku jalan kat KB sorang2. kat tangan aku cuma da kamera, peta KB, n list tempat2 menarik. target pertama, pasar siti khatijah sebab nak amek gambar macam dalam poskad. hehe. tengok makanan pergh, memang heaven la. terkejut aku masa nak beli laksam, jual main kilo2. haha.
sepanjang aku jalan2 kat KB, aku jmpa ramai budak2 minta sedekah. aku rasa depa sume budak2 rohingya. datang kat aku wat muka sedih, bila dah dapat senyum bukan main pastu pi kat geng dia. aku kejar, terus diorang lari. dah la jumpa muka sama dari pagi sampai petang.
aku masuk sume muzium, tapi aku termiss muzium negeri sebab aku tak dapat figure out nak lalu jalan mana. aku cari stesen bas melilau padahal stesen tu sebelah je ngan hotel tempat aku tido. sengal. muzium2 nya cantek, dah la berdekatan antara 1 sama lain. kebanyakkan muzium adalah istana lama. memang tinggi nilai senibinanya. kagum aku. terus rasa nak kawen ngan anak raja. haha.

satu benda yang korangg tak leh miss jugak tentulah lunch kat kedai nasi ulam di Pusat Kraftangan. Temptnya cantik. Orang memang ramai giler. wajib makan - keli goreng. oleh sebab aku sorang2, aku pun dok la makan kat 1 meja ni ngan sorang bro tu. tiba2 da pakcik datang borak. aku gitau dia aku datang dari KL, kawan aku kat KL recommend tempat ni kat aku. dia pon ape lagi, kalau camtu pakcik belanja. dia tokey kedai makan tu rupanya. memang langkah kanan. dah tau orang belanja, tambah lauk lagi. hahaha.
Hasil pemerhatian aku sepanjang 2 hari kat KB bandar Islam, ia sebuah bandar yang agak selamat.(tak pasti tentang kadar jenayahnya, tapi minggu lepas kereta bf kakak aku hilang depan hotel kt KB). jalanraya memang diorang punya, masuk simpang takde nak bagi2 signal, parking leh suka2 hati, n korang akan musykil samada jalan tu satu hala atau 2 hala. sume lorong belakang kedai selamat untuk dilalui. dan 1 lagi kaum wanita ada dimana2..! hehe. walaupun aku berseorangan, tapi kalau niat ikhlas, bukan nak datang merompak, insyaAllah Tuhan akan lindungi kita. n tada, aku slamat balik ke KL!
berjalan sorang2 memang bosan, sekeping pon takde gambar aku. kat umah pengantin pun ada 1 je, tu pun blur. ceh.. tapi aku bebas, x terikat ngan sape2. klu bawak budak2 lain, nak2 kalau jalan ngan pompuan cerewet, memang banyak songeh. lenkali aku nak g lagi Kelantan, sebab aku nak cuba naik jungle train!

Tanjung Tuan
25Julai-27 Julai 2008

Aku ngan bee, jentrong, kak yani, bulu, intan, popo, nurul, mad datsun, za, ngn adib pi cuti2 malaysia kt cape Rachardo aka Tanjug Tuan kat PD. dengar PD je aku rasa nak muntah, leh x? tapi bila diorang cakap stay kat Tanjung Tuan, aku on aje.. Nama je kat PD, tp Tanjung Tuan ni di bawah jajahan takluk negeri Melaka.
Apa yang menariknya dengan Tanjung Tuan ni :
1) Disini terletaknya rumah api tertua di tanah air, dibina oleh Portugis pada kurun ke-16. Bangunan yang asal telah musnah dalam perang dan dibina semula pada tahun 1860.

2) Parameswara, Raja Melaka yang pertama dipercayai disemadikan di sini.

3) Tanjung Tuan adalah the shortest point utk ke Sumatera, kira2 38KM. korang leh la wat rekod merenangi Selat Melaka ke Sumatera.

4) Setiap tahun, kira2 300,000 ekor burung penghijrah menjadikan Tanjung Tuan sebagai pitstop sebelum meneruskan perjalanan ke Hemisfera Utara. MNS menganjurkan Raptor Watch Week pada minggu pertama Mac setiap tahun. Nak jadi volunteer pun boleh.

5) Korang berpeluang melihat kesan tapak kaki Hang Tuah tertanam di sebuah tembok batu. Beliau dipercayai menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Tanjung Tuan. Juga terdapat sebuah telaga, dipercayai digali oleh Hang Tuah.

6) Pantai kat bawah Rumah Api tu cantek la.. air xsah ckp, mmg xjernih. tp view cantek, sgt menenangkan... kena trekking yang leh membawa kepada kesemputan gak. Kitorang almost call JPA3, sebab tak larat nak balik. haha.
Kalau nak masuk kat dalam rumah api tu, jangan lupa minta surat kebenaran daripada Jabatan Laut. ye la, tak pasal2 kang malam tu tido lokap.

Esoknya kitorang turun ke Melaka, bandaraya bersejarah. saje nak pekena asam pedas. singgah kejap kat menara taming sari. sies la, aku tak pernah tau wujud menara tu. tiket masuk RM10. student price RM8. kitorang sume, hmm, ada 2-3 orangg je student. yang lain sume pesara. dah la nk kena ada 10 student kad bru leh dapat student price. aku kuarkan kad ofis aku, kawan aku kuarkan kad alumni, sorang lagi kuarkan kad klinik gigi UPM. ada yang bagi student kad expired. pastu, aku suh kwn aku yang paling ensem g beli tiket. pompuan, kalau mamat ensem datang ushar, ,mti dia layan baik punye. dia tunjuk je student card yang tipu2 tu, terus dapat student price. haha. jahatkan?

apa lagi aku nak citer..aku tau korang tak baca pon entri ni kn? tapi xkesah la. ini la citer2 yang aku simpan dr bulan lepas. ada banyak lagi story lain sebenornya, tapi xlarat dah nk taip. ni aku tulis shorthand ni.. kalau longhand, tahun depan pun tak abes.

ps : k la, seperti biasa jumpa tahun depan!


August 11, 2008

aku rasa aku bz. atau aku mmg bz tp buat2 xbz, atau aku xbz tp buat2 bz?

aku ada banyak cerita nk story,

aku ada banyak gambar nak tunjuk,

tapi aku xde banyak masa nak post.

thn depan la ek?







bz lar.


August 6, 2008

Boom-de-yadda, boom-de-yadda


I love the mountains
I love the clear blue skies
I love big bridges
I love when great whites fly.

I love the whole world
and all its sights and sounds

Boom-de-yadda, boom-de-yadda

i love the ocean
i love the dirty things
i love to go fast
i love egyptian kings

i love the whole world
and all its craziness

Boom-de-yadda, boom-de-yadda

i love tornados
i love arachanid
i love hot magma
i love the giant squids

i love the whole world
it’s such a brilliant place.

Boom-de-yadda, boom-de-yadda

yang kat bawah ni plak versi main2..

ps : lalalalalala~~



August 5, 2008

lelong2

allop..

aku nk g jmpa nik aziz kt kelantan. so, ada sape2 nak jalan2 g KB x?

aku ofer ni. aku tgh cari geng. g balik naik ketapi. geng2 aku sume naik kete. tp aku xnk naik kete. bukan sebab xmuat, tp sebab aku takut. giler ape, lalu jalan gua musang malam2. kete sume pompuan plak tu. xde lelaki ikut. dah la sume 1st time nak lalu situ, termasuk aku. eii, xberani aku. jadi aku xkire, aku tetap naik ketapi. ada sape2 mau ikut? meh la. wiken ni. g malam jumaat, balik ahd. smpi pg isnin la. aku tau mmg kematu la duduk dalam ketapi tu, tp amek seat second class. tido baring je la smpi KB. ok what.. nnti aku lanje la korang minum milo panas kat dalam ketapi tu.

tmpt tido.. hm..hm.. masjid bnyk, xpon tido kot kosi2 kt HUSM. mau?

ps : jgn tnye aku nape aku xnk fly atau naik bas. naik bas? tetap lalu gua musang. fly? hmm, bajet maa..

August 4, 2008

aku tengah makan biskut ABC kaler koko tu.

aku bajet leh la balik kg wiken lepas. dah lama xbalik seh, dah lama xtgk molly. last jejak kaki kt kg masa g trg. ala, trip candat sotong tu, tu pn singgah kejap je anto sotong kat molly.

biasanya aku balik kg ngn ayah aku, tp memandangkan aku da hal ari sabtu, maka secara luarbiasanya aku terpaksa la balik ngan bas. tiket xbeli lg, jd aku gamble pi hentian putra. ala, biasa klu sorg2, sng je dapat tiket. klu kenyit2 mata kt abg kaunter, kmfirm leh dapat. setakat selit sorang2 dalam bas, duduk kt bawah tmpt simpan2 barang pon aku ok je. janji dapat balik.

tapi nasib aku mmg xbaik la. tiket habis, yang jaga kaunter plak sume akak2, aku senyum mcm tngkap cintan kat akak kaunter pon lum tentu depa layan. lain la aku lelaki gagah macho mcm hero batman, kmfirm akak kaunter anta 1 bas kosong kt aku. hehe.

malas la nak cite lebih2. aku mmg frust giler sbb xdpt balik. cian molly tggu aku, aku dah janji ngn dia nk bwk balik patung miki. bukan mahal pon, aku beli kat flea market amcorp mall. 3 ekor sploh hingget. molly jgn sedih2 tau, nnti cuti 31 ogos aku balik, kita pi tgk bunga api sama2. tggu aku ye molly.

dah malam ni, aku xlarat nak balik pj. aku tau budak2 umah aku sume ada tengah melepak kat dataran, tgk festival drum tu. k la, tumpang diorang je la balik umah. jadi aku pon menapak dr pwtc g dataran. melecet kaki seh. sies aku mmg flat giler, bateri dah nak empty ni, cari diorang plak satu hal. macam cari udang sekor dalam tomyam 1 tempayan. susah betul. sampai je kat diorang, aku terus baring atas rumput dataran yang xbrp nak ijau tu. bior le, dh penat sgt. sambil melayan bunyi org ketuk2 drum tu, aku tgk langit.. nak bilang bintang, sebijik pon xnmpk. KL cerah sgt.

bila aku bukak mata pagi esok, aku tgk langit biru atas aku. hari dah cerah. golek2 rasa keras, hmm, ada batu atas rumput tu patutla sakit. aku bangun duduk tercongok. nmpk org2 DBKL tgh sapu2 sampah kat situ, ada yang cabut khemah, kemaskan pentas, siram pokok bunga. . jam kat big ben dah tunjuk kol 7.30 pagi. orang2 lain xde dah. budak2 rumah aku pun xde.

cess, sampai hati tinggalkan aku. bukannya nk kejutkan ajak aku balik!!!

ps : caye x ngn citer aku?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...