aku nak cari rumah sewa..
tak tahan dah dok umah tu.
macam neraka.
ko igt aku suka sangat ke bab-bab berkira ni.
siaplah, aku pindah nanti memang aku hangkut peti ais, sofa, periuk nasi, tivi, astro. hah, baru ko tau perasaannya orang berkira. aku tak pernah cakap apa2 pon bila korang duduk baring tak hengat dunia kat sofa tu, masak nasi hari2 pakai periuk nasi, tengok tivi dari pagi sampai ke malam, langsung tak bagi can kat aku nak tengok channel lain.
wei, aku pantang betul la dengan orang-orang yang suka sangat tengok drama, nak-nak kat tv3. wei, apa kejadahnya ada astro bayar 60hingget tiap2 bulan tapi dok bukak tv3 je dari pagi sampai ke malam??
aku tak pernah masak pun kat dapur tu. korang claim ngn aku, cakap beli barang tu barang ni, aku bayar je, walaupun aku tak guna. hah, ni nak main berkira duit dapur 5 ingget ngan aku sampai bermasam-masam muka, amek ko duduk la kat umah tu kosong. takda apa. hah, amek, amek. duduk la kat dapur tu, ada dapur ngan tong gas je aku tinggalkan.
selama ni aku sabar je. o, depan-depan aku tak berani cakap. tapi anta emel, bukan main lagi sound baik punya. bila panggil meeting, suma diam macam batu. bila aku suh cakap, taknak cakap apa2 plak. kat emel tu karangan 3 mukasurat, suma isu timbul. dah berdepan sepatah haram tak cakap apa, buat bodoh macam xpernah ada apa yang berlaku.. aku diam je, malas nak cakap ngan orang-orang tua ni. kang aku tegur cakap aku kurang ajar plak.
dah la aritu aku dah masam muka ngan budak ofis (kes aku tegur jugak la), dah masuk sebulan kot tak bertegur. ntah, bila nak tegur dia aku jadi serba salah. lagipun dia dah sound aku pasni dia takkan bercakap dengan aku walau 1 patah perkataan pun. kalau buleh cakap bahasa isyarat, dia sanggup bercakap guna bahasa isyarat , tu pun kalu dia nak cakap ngan aku la. ko bayangkan perasaan aku g keje tiap-tiap hari camne. kawan naik satu bas, tunggu lrt, sama-sama, makan sama, tiba2 tak beregur. macam neraka je g ofis. balik rumah plak masam muka ngan budak rumah. memang aku rasa sengal tahap gaban la. malas nak pikir. so aku sampai je rumah memang berkurung dalam bilik. layan X-Files lagi baik.
lama tak tepek gambar. saje je bagi intro. gambar ini bukan satu signal yang menunjukkan aku dah kawen, atau nak kawen atau kepunyaan orang. aku masih single trang tang tang. gambar ini merupakan satu petunjuk bahawa aku akan jadi tukang tangkap gambar- tangkap gambar orang kawen misalnya, untuk karier aku akan datang. aku takkan guna istilah fotografer, xlayak pon. aku hanyalah budak perempuan yang suka tangkap gambar. dan aku akan belajar, belajar, dan belajar.
wiken ni aku ada 2 workshop fotografi, 1 dengan bro zamrud, n alhamdulillah aku antara yang terpilih utk attend workshop dia secara PERCUMA sebab kebiasaanya dia caj riban-riban la utk attend cos dia. n aku ada 1 lagi workhop dengan bekas pensyarah UTM, n sekarang dia full time photographer, banyak shoot wedding yang cantik2. terlepas peluang untuk berguru dengan saiful nang,tapi tak pe. belajar je dengan sesape. wiken lepas first time aku follow orang shoot wedding, memang banyak yang aku belajar. thanks to bro chiko, n sume kawan-kawan baru yang aku kenal. fotografi memang satu bidang yang diconquer oleh lelaki, jadi aku kena berani dan berusaha. tapi dalam banyak2 kan, aku paling suka photojournalisme la. aku harap satu hari aku dapat jumpa dengan bazuki, atau shamsharin-antara fotografer malaysia yang femes dan bekerja dengan agensi luar seperti Reuters dan AFP.
ahad ni jugak aku ada Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia. Sangat sedih sebab aku tak dapat join. majlis ni la antara majlis yang semua kawan-kawan volunteer aku akan hadir, bukan senang nak berkumpul. aku pun dah lama tak join aktiviti salam, bizi memanjang. utk korang, aku bukan sombong tau..!
waah, panjang cerita aku kali ni. aku pendam benda ni dah lama. aku tulis, aku save,. xpublish pon. aku tensen. aku banyak diam la. tu antara sebab la aku dah tak banyak tulis entri, blog orang pun aku dah tak singgah. aku banyak je cerita best-best nak share ngan korang tapi aku takda mood. kisah singapore sume aku tak citer lagi. korang tak tengok lagi aku main biola. (wakakakaka-sapa ada facebook ada tengok kot gambar aku). siap ada pakcik kat belakang tu tengok sengih je. mesti sebab best. hahaha.tak caya ek aku main biola?? xpe la, lu piki la sendiri.
memang kawan senang nak cari. tapi susah nak berganti. aku susah nak substitute orang la. xkan punye. orang tengok aku hepi, padahal dalam hati aku lara je. sentap beb. tapi aku tak nanges la. bukan pesen aku kuor ayor mate ni. kekadang bagus gak ada ego yang tinggi.haha. k la, ckup la ngomelan aku arini. aku nak g amek lesen ni. syarat candidsyndrome, nak kena ada lesen, transpot sendiri. nk g amek lesen la ni. chow..!
ps : hah, marah betul aku ni. muktamad. pindah. sebelum aku pindah, aku nak g jumpa jiran rumah hujung tu. selalu senyum2 je, tegur sepatah dua je.. ni aku nak g mintak no tepon. leh la keep in touch pas aku pindah. hahaha. ape kes? mau ngorat bro tu ka?? wakakakaka..