Pages

March 30, 2009

When giving up is no option.

esok satu benda besar bakal berlaku.
sebagai seorang yang tak berapa sukakan cabaran nak2 hal bersangkut dengan kerja- ditambah lagi aku memang tak suka kerja aku..









terus aku rasa nak bagi notis 24jam.
aci kan?

March 26, 2009

aku singgah 7e beli teh boh. apa barang minum teh cap celup..

semalam memang hari yang indah.
sebab tak tahan tengok langit2 biru tu,
maka aku cabut lari dari ofis pas lunch hour.
target? PWTC la.
guwe mau cuci2 mata tgk Pemuda.
xkan la nak aku tengok Wanita plak.
xgoyang iman pun. hahaha

okeh2. berbalik ke bumi nyata.
Yayasan salam ada buat Pameran Foto : Pembunuhan di Gaza bertempat di ruang legar Aras 3 PWTC.. berlangsung dari 24hb Mac- 28hb Mac 2009. Pameran ini anjuran Yayasan Salam Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar dan BERNAMA. dan pada hujung bulan ini, pameran ini akan terbang ke London untuk dipertontonkan kepada orang2 puteh yang memang buta bab2 hal kekejaman di Palestin.
terdapat perlbagai cenderamata untuk dijual seperti sticker, postcard, lanyard, dan kain selempang Palestin tu.. jom Heboh korang laju je pegi ek, benda2 camni korang tak nak support plak.

semalam tu launching la.
masa aku sampai tu baru nak rasmi.
mana buleh rasmi kalu aku xda. sapa nak potong2 riben? huh.
tapi giler bapak ramai orang.
dan aku cuba untuk menyelit2 dikalangan photog media,
tapi x berjaya.
dah la aku je pompuan.
sebagai seorang gadis melayu yang pemalu(uwek),
aku menolak pelawaan seorang bro photog tu suh aku masuk menyelit.
aku malu la,
sebab aku kalah dari segi gear. huhu.
jadi arip je la yang tembak2.
ada la 1 terkena, tu pun semacam je aku tengok.
mata ada sikit pejam la. aiyooo!
dari kiri: Datuk Seri Najib Tun Razak, secret service, secret service, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Datuk Ahmad Talib.

hah, malas aku.
xda gambar pun.
makan lagi baik.
aku ngan arip pun nak g makan free.
dah takdir, terserempak ngan aizuddin saad.
arip sempat pow gambar Najib ngan mamat tu.
"hah, klu ko xbagi, aku simbah ko ngan air sirap.."
kata arip sambil menunjuk buku 3 lima.
nak samseng konon.
ceh.
tapi kan,
sebab dah sub con kat orang,
maka dapatlah kitorang simpan kamera dan makan2 kuih lapis dengan girangnya. haha

tibe2 Datuk panggil, suh amek gambar volunteers Salam ngan Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim.
waah, abes kalu aku yang amek gambar, cmne aku nak ada dalam gambar.
memang xbuleh belah.
sentap hati.
xpe, xpe, xpe.
aku amek je la.
tapi orang yang bersabar akan dapat ganjaran apa.
yay! dapat gambar gak. dari kiri : xkenal, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, isteri Rais, Datuk Ahmad Talib, awek kasut-gombak(wow), serta En. Ghani CEO Salam.

gambar lakonan semula : Re-launching Salam. dari kiri Chegu, seorang gomen servant, arip, si Desh pekerja am DBKL dan Fiza, pemetik buah kepala sawit. bila lagi mau glamer bai..kasi can je ni.

jadi korang, jangan lupa datang beramai2 ke pameran ni. adalah satu tanggungjawab untuk korang beli poskad kat sini. makan mcD laju je, tp suh beli poskad xmau. apa kes.. sape2 xbeli, tu pandai-pandai lah korang nak jawab la kat Akhirat nanti. aku ajak buat benda baik ni. hehehehe.

March 25, 2009

kat pantri aku ada teh cap celup.

pagi yang indah.
walaupun pagi2 aku dikacau oleh kawan aku yang-
"emi, aku ada projek ni. ada font cantek2 x? emel kat aku buleh?"
pukul 7 pagi ko call aku semata-mata nak dapakan font? mmg emergency gile la tuh.

oh, aku xsuke sangat orang call aku pagi2. sebab :
1- aku mamai - kadar ketepuan mimpi yang masih tinggi.
2- kena kontrol air liur.yaks.
3- kantoi aku subuh gajah la. hahaha

tapi sies la,
pagi ni indah.
langit sangat biru.
awan sangat putih.
pastu kat telinga plak mendayu2 suara faizal tahir nyanyikan lagu 'aku punya kamu'
berbunga jiwa,
cukup buat aku tersenyum.
permulaan hari yang baik.
jadi tugas korang, jangan spoilkan hari aku yang indah ok.
bukan setiap hari aku bermula dengan baik.
janji?

March 23, 2009

aku rasa AF memang masih relevan dengan hidup aku..

hah. ni untuk kamu2. diambil dari blog ayor lemuju. dia organizer kot. hahaha

Perhimpunan 1 juta Rakyat membantah pengajaran Bahasa Inggeris dalam Bahasa Inggeris

TUJUAN: MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDP AGONG
TARIKH: 1 EPREL 2009
TEMPAT: SEGIEMPAT SAMA ATASBANDAR DAMANSARA

ATURCARA:
8:00 pagi - mula berhimpun
9:00 pagi - ucapan penaja (kopi janda dan losyen kacip fatimah)
9:05 pagi - ucapan berapi-api pemimpin parti siasah haluan kiri untuk meniup api semangat dan menghasut para penunjuk perasaan
9:50 pagi - mula berarak ke Kuala Lumpur untuk menyebabkan kesesakan lalulintas dan mengganggu perniagaan
9:55 pagi - tidak mengendahkan amaran polis dan terus merempuh penghadang polis
10:00 pagi - mengelak daripada terkena balingan bom asap dan tembakan air campur kimia
11:00 pagi - kalau tidak tahan lari untuk berlindung di masjid atau surau yang berdekatan
12:00 tengah hari - sidang akhbar pemimpin untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan kejam polis ala zionis, umumkan jumlah kehadiran "rakyat" yang melebihi jangkaan, iaitu 30,000 walaupun yang hadir sebenarnya hanya 2,000 orang

Kempen ini boleh juga diberi nama: Perhimpunan 1 juta Rakyat Menyokong Pengajarang Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu.

Objektif: menggagalkan Wawasan 2020

HA HA HA.
tolong jangan ambil serius perkara perhimpunan ini okeh. anggap sahaja untuk hiburan ari isnin.

March 20, 2009

apo nak dikato..

jom..!

March 18, 2009

di atas langit, di bawah bumi. apa ada di tengah2?

.
.
.
.
.
.
.
boleh sesiapa explain kat aku, napa jawapannya 3 titik? sampai skang aku x paham2 lagi.

March 17, 2009

awak rasa saya jual mahal?

aku tau aku tak popular.
blog aku xfemes pun.
komen pun sikit2 je.
dan kekadang kawan-kawan yang komen tu budak2 sekelas dulu.
keep in touch kata orang.
follower pun ada sikit, dan mungkin mereka follow blog aku dengan harapan aku follow blog diorang.
memang kalau ramai follower buat kita rasa macam best.
rasa fofuler.
rasa macam mantap la.
sesekali timbul rasa riak.
"orang follow blog aku, mungkin sebab blog aku best..'"
ntah.
macam2 cara orang buat untuk tambah trafik ke blog memasing.
kekadang tanda apresiasi, bagi anugerah.
blogger paling baik hati,
blog paling best,
blog paling cun.
hati orang, lain-lain.
hati korang, lain-lain.
mana aku tahu kamu rasa cmne bila kamu follow blog orang.
mana aku tahu apa niat kamu tinggalkan jejak kat blog orang.
atau apa harapan kamu bila kamu pos komen dekat blog orang.
mana aku tau apa kamu rasa bila orang bagi kamu anugerah?
aku xsuka sangat bloghopping,
aku xsuka sangat tinggal komen.
aku mungkin baca blog kamu,
tapi aku xminat nak tinggal jejak.
almaklumlah, kasut aku buruk.
kasut aku kotor.
bila aku punya masa, aku baca la blog korang.
ada yang aku baca sekadar sebelah mata.
ada yang aku baca sambil pejam mata.
ada yang aku baca sepenuh hati.
ada la sesekali aku tinggalkan komen,
tu pun bila aku nak kamu komen blog aku (hahaha)
aku juga sekadar punya hubungan di ruang siber dengan kamu.
mungkin cukup setakat itu.
senang cerita, aku dah penat nak handle kamu2 yang penuh kegilaan itu.
cukup la dengan aku baca entri kamu-kamu.
aku x mahu memanjangkannya melepasi sempadan jalur lebar itu.
kerana dunia aku dah cukup gila di luar sana.

apa kejadah aku cakap camni harini?

oh.
aku dah letak shoutbox, rajin2 la kamu tinggalkan mesej ya? tu je sebenarnya aku nak cakap. hahaha.tapi aku xmengharap sangat kamu akan tinggalkan pesanan. shoutbox tu pun aku letak atas permintaan Sarip (bukan seorang blogger)

"dol, letak la bnda leh jerit2 tu.senang aku nak kumen.."

maka aku buat la. bukan apa, bimbang dia merajuk sampai ke negara China. orang2 kepala botak ni nampak je cam brutal, tapi hati kecik je sebenarnya. satu lagi, walaupun namanya shoutmix, kamu xperlu jerit.bukan budaya orang timur. dan aku mencari ami. mana dia?

ikhlas,
aku yang sengal otak pada hari ini.

ps : terima kasih kepada kamu-kamu yang baca blog ni. terima kasih kepada kamu-kamu yang follow blog ini. terima kasih kepada kamu-kamu yang komen di blog ini. jika ada antara kamu yang rasa jatuh cinta dengan aku (baik lelaki atau perempuan) simpan sahaja hasrat itu kerana aku BELUM berpunya (apekah, hahahaha)

untuk kamu, kamu, kamu dan kamu..

Gadis. It's a nice framing, kan? pic taken by Aizuddin Saad



March 13, 2009

Neopan untuk Sarip

Align CenterAn airbus A380. the world's largest passenger aircraft prepares to land at Mumbai Aiport.

love this pic. rasa macam dalam slumdog millionaire plak.
"amitabh batchan...!"

more pic : http://about.reuters.com/books/ourworldnow/volume1.htm

March 12, 2009

yay, leh buat medic!

alhamdulillah.
adik perempuan aku dapat 10A.
9A1, 1A2.



seb bek dia x mengikut kecemerlangan kakak dia-->aku le tu. kalu ikut aku, huh mesti hidup dia jadi cam aku la. xberapa nak jadi. hahahaha.

the girl who can't be moved

arini result SPM keluar.
aku tunggu dengan penuh debar ni,
aku ada 2 orang adik yang amek SPM tahun lepas.
adik kembar aku la.

sorang lelaki, sorang perempuan.
sebab diorang ni kembar x seiras, kepala otak pun x selevel.
aku x mengharap sangat kat adik lelaki aku tuh.
harap BM dia lulus, cukup lah.
kalau yang perempuan tu,
aku harap dia x meneruskan kecemerlangan macam aku, cukup2 makan aje.
haha
aku harap dia dapat straight A's la.
tapi aku xnk dia kecewa sangat kalau x dapat semua A.
aku mimpi semalam dia dapat 8A je,
result sama sebijik macam percubaan dia aritu.
lebur harapan nak apply medic.
haha.
seb bek mimpi.
so aku menunggu penuh debar ni.

result leh amek kol bape ek?

March 11, 2009

musim kahwin kembali lagi.

i.
malaysia nama je negara khatulistiwa tapi tanpa sedar betapa banyak musim kita ada.ada musim hujan, musim panas, musim durian, musim cuti sekolah.skang musim kawen.musim kawen ni tak tentu, boleh jadi musim kawen ni jatuh pada musim cuti sekolah, kadang2 musim kawen jatuh pada tarikh cantek macam 8hb 8 2008-macam tahun lepas. berebut2 orang kahwin tarikh masihi nih.ntah apa yang best aku xtau. kekadang jawapannya, senang ingat. cantik. apa ada pada cantik? kalau kalendar Islam pulak, bulan Safar orang memang mengelak. suwey katanya. macam2.

tapi tu la, bila dah ramai sangat kawen tarikh2 cantik ni, kekadang 3-4 member kawen. nak g yang mana satu? dah la rumah semua kat ceruk dunia. cuba kawen serentak, kat KLCC ke, senang aku datang. kan?hahaha. untuk bulan ni, ni je satu2nya wedding yang aku leh attend. ada berlambak lagi. tiba2 rasa macam cerita Sepi. dok menyusun kad kahwen. ntah hape2 la aku ni.

ii.
nazihah & ridwan razaki (aku memang panggil dia ngan nama bapak, sebab kawan aku lagi sorang nama ridwan latif, xnk kasi tukar aku paggil ngan bin-bin, senang cerita)
2-2 ni budak sekolah aku. yang lelaki tu aku kenal dari sekolah rendah. xigt dari darjah berapa. memang dah kenal lama. masa sekolah menengah aku rapat plak dengan pengantin perempuan.sampai tingkatan 5 aku balik sekolah naik basikal sama-sama ngan pengantin perempuan. bila dengar diorang berdua bertunang, aish time bila bercinta. khabarnya dari sekolah. macam x caya je sebab 2-2 x sekelas, balik sekolah pun x sekali, time bila diorang dating ni?? time bila main kirim2 salam ni? time bila main tukar2 surat ni? pelik aku. aku tumpang gembira untuk mereka berdua. diorang buleh la kawen sebab yang lelaki tu dah pakai civic (nak bagitau, buleh pakai civic baru tu maknanya stabil la tuh..huh)

iii.
soklan cepumas, standed ISO 2000 bila g kenduri kawen,
"hah ko bila lagi?"

rata-rata kawan aku akan jawab dengan muka sedih.
"ala emi, boifren xda lagi. "
"ala, sapa nak kat aku ni."
"ala, sedih sebab baru clash."
"ala, duit x cukup lagi."

adeh, niat aku tanya sebab senang aku nak bajet2 cuti, nak beli tiket balik kampung ke, cari job ke..tapi jadi lain la plak. kekadang aku bolayan je, malas nak dengar cerita sadis mereka.ngeh..

tapi jawapan kembar aku lagi best~
"mak tak bagi kawen lagi.." hahaha.

memang pun mak aku x bg kawen lagi. mak aku rasa kitorang muda sangat lagi, dia suh cari duit banyak2..

jawapan aku plak?
"ko dah nak kawen sangat tu, ko kawen je la. yang sebok tanya aku pehal?"
dan aku akan gelak kuat2. bukan buleh menang rumah teres 2 tingkat pun kalau jawab soklan tu.

iv.
tapi kan, bila terbayang pasal kawen ni aku akan gelihati la, memang aku sengih2 sorang2. sebab aku xtau aku kawen dengan sapa, bila. xdapat bajet langsung. sies.tp aku suka bayangkan apa yang aku nak atas dulang hantaran aku. apa pihak lelaki kena bagi kat aku la.
aku nak 3 dulang je.
1 sirih junjung.
1 cincin.
1 lagi L lens. amacam?

aku nak Canon 70-200mm f/2.8 ngan IS. body xpe, dah ada. aku ada 5D dah (berangan) tapi kalu la ditakdirkan laki aku tu nak bagi system nikon, kena bagi body satu, ngan Nikkor 70-200mm f/2.8 gak. aku ada Perkinson, xleh handheld. kena la ada VR.hehehe.bek pilih. nak aku stick ngn canon atau nak aku masuk the dark side?? ngeeeeeeeee..

tp tu la,pakai la gear apa pun, well equiped, klu gambar hampeh x guna jugak. kan?tapi korang tau xperasaan kalau bawak lens putih belang2 tu ke hulu ke hilir? suma mata pandang la.waah, leh rasa bongkak siot. macam drive civic je. hahaha.

bahrambang nggoh aku ni..hahahahaha.

ps : minggu ni aku happy sket. mungkin sebab xkeje hari isnin. mungkin sebab minggu ni keje 4 hari je. agaknya kalau tiap2 minggu keje 4 hari je, xpun tiap2 hari isnin cuti, mesti prestasi kerja aku meningkat. memang siot kan?

March 4, 2009

satu kesalahan ke kalau aku lunch minum vitagen je sebotol?

aku ada satu masalah.
aku bukan pekak.
aku boleh mendengar tapi kekadang bila aku tengah buat kerja/ berangan/berimaginasi(hahaha, apa yang korang fikir hah? notti..)
pastu tiba2 ada orang bercakap dengan aku, aku biasanya akan jadi blur.
otak tak dapat digest jadi mungkin akan keluar jawapan ntah hape2.
aku rasa korang biasa kot macam tu.

contoh :

tukang tanya : ayam nak spicy atau original?
tukang jawab : ya--> aku le jawab macam tu.

luckily aku xjadi bahan gelak orang masa tu.

jadi sebelum bercakap dengan aku, sila helo-helo banyak kali k, lambai2 ke kat depan muka aku
untuk cek aku x berada dalam mode 'koya'.

ps : Gemuk takkan kembali. dah masuk hari ke-5. aku redha. huhu. dan aku mahu ke Parlimen.

March 3, 2009

selasa, rabu, khamis, jumaat..yay!

hari yang kosong.

aku rasa kosong.






atau
hati aku yang kosong?

ps : kamu tahu di mana aku boleh baca pasal undang-undang tubuh Negeri, Perak misalnya. -->dalam fasa mengisi kebosanan.

March 2, 2009

Berapa lama mau tunggu daa..

i.
Gemuk aku hilang.
Aku sangat sedih.
Melilau dah mak dengan adik aku cari. xtau Gemuk ke mana.
Ayah aku siap jumpa bomoh.
kata tok bomoh, Gemuk ada. xhilang. cuma dia keluar bermain.
aku story kat Bee.
Bee tanya aku,
nape tok bomoh tu xleh locate Gemuk kat mana?
aku cakap, tok bomoh tu takda GPS la.

ii.
pagi tadi makcik nasi lemak sabotaj aku sampai aku terlepas bas.
siap gelakkan aku.

"hahaha, terlepas bas.."
pastu sengih2.

makcik ingat kelakar ke pagi2 isnin buat lawak camtu. ada kang aku celup sambal nasi lemak tu dengan kasut aku ni.
hmmm,
merah lagi punch card aku arini.

iii.FMDC amazing photo race 2009
aku xlarat nak bercerita. laporan penuh di sini dan di sini. huh, penat tak hilang lagi.

yang pasti, ia satu race yang menyeronokkan dan memenatkan.
36 gambar nak kena submit termasuk 4 gambar wajib. masa canon photomarathon baru kena submit 3 gambar. adeh, sengal kepala otak cari subjek nak di shoot.

team aku-terjah menang 1 kategori gambar wajib- Reflections of the street, ke apa ntah tajuk dia. tapi bila aku tengok gambar tu balik, hmm macam gambar2 aku yang lain aje. snapshot aja. memang tak cantik. Jadi jangan harap aku upload. haha.

tahniah kepada semua pemenang, komitee, dan semua. dan untuk team member aku 'Terjah'- adi dengan eastone. Takdak diorang takda la Terjah.

Judges pun otai2 semuanya, dan ada Zainal Halim. sempat salam ngan dia masa amek hadiah, huh memang amek berkat la. aku x basuh tangan ni. balik je terus pegang kamera, mana tau gambar aku nanti jadi best macam gambar2 Zainal Halim. hahaha.
gambar penutup cerita. TAMAT.

ps : aku takdak mood arini. Gemuk tak jumpa lagi.. Semalam aku mimpi dia balik tau, datang tido sebelah aku. bila aku celik mata, dia tak da pun. macam dirobek2 je hati aku ni. hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...